Wednesday, October 17, 2012

MARI BELAJAR MENIPU CARA PAS DI KELANTAN ?



Barangkali nama Exco kanan kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa tentunya akan tercatat dalam sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang untuk berabad lamanya sebagai satu-satunya pemimpin negeri yang paling tersohor kerana kemahirannya menghiburkan rakyat jelata dengan seni silap mata.

Naib Presiden PAS itu memang wajar dikenang dan diingati khalayak, bukan kerana begitu besar jasa atau khidmat baktinya melata dirasai oleh rakyat jelata, tapi dek kerana uniknya cara Husam menonjolkan diri dan bijak memukau mata khalayak ramai.

Tanpa idea unik Husam, tentu sahaja sampai kini rakyat Kelantan tak kesampaian untuk merasai kehebatan seni rekabentuk sebuah Lebuhraya Rakyat, Stadium indah berbentuk rebana di Pasir Putih serta kecanggihan keretapi laju yang sekelip mata berdesup pantas menjalar di atas landasan.

Ya... kerana idea Husam, semua tiga pembangunan tercanggih di abad millenium ini kini menjadi realiti. 

Dengan hanya sesaat mata terpejam rapat, semuanya indah kelihatan dalam bayangan. Cuma bila mata celik luas melilau tercari-cari sana sini segalanya hilang dari pandangan. Unik, pelik, ajaib dan menakjubkan, bukan?

Bak kata blogger anak Kelantan brader Kickdefella, semua idea dan projek yang digebang dikompang oleh kerajaan PAS Kelantan melalui Exco tersohornya itu, hanya nyata kelihatan bagi segelintir rakyat negeri yang tersampuk dek sindrom pelik sahaja - SPNCTN (Sindrom Pejam Nampak Celik Tak Nampak).

Tak percaya? Cuba para pembaca pejam mata dan bayangkan imej lebuhraya bertingkat dalam fikiran tuan-tuan, kemudian setelah jelas kelihatan, teruskan memejam mata dimasa yang sama bayangkan pula susuk imej stadium canggih beserta sebuah keretapi yang sedang menderu laju. 

Tidakkah terbukti segalanya menjadi realiti tatkala tuan-tuan sekalian memejamkan mata sambil membayangkannya? Hebat bukan? 

Pemimpin UMNO tak mampu lakukan seni silap mata unik sebegini, kelebihan ini hanya milik PAS dan pemimpinnya sahaja. Berkat pertapaan 61 tahun PAS sebagai parti paling eksyen dalam berkata-kata sambil menabur janji muluk lagak sang penglipur lara.

Kelebihan yang sejak berdekad-dekad lalu sudah sedia ada pada PAS dan pimpinannya itu, diteruskan lagi melalui seni silap mata yang memukau pandangan ramai dalam edisi terbaru, yang dipersembahkan melalui Bajet 2013 negeri Kelantan yang baru sahaja dibentangkan semalam oleh Exco kanan negeri yang tersohor. 

Melalui Bajet 2013 Kelantan ini, buat julung kalinya kerajaan PAS Kelantan berjaya mempersembahkan satu rancangan belanjawan yang paling berjaya seterusnya memecah rekod sebagai satu-satunya belanjawan negeri yang menghasilkan bajet lebihan.

Sebelumnya sudah bertahun-tahun sejak Kelantan diurus tadbir oleh PAS, memanjang saja defisit atau dengan kata mudahnya perbelanjaan mengurus lebih tinggi daripada anggaran perolehan tahunan.

Kali ini, hasil kebijaksanaan Naib Presiden PAS merangkap anak emas kesayangan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, akhir negeri ini cukup bertuah berjaya mencatat lebihan belanjawan berjumlah RM 45.8 juta. Jauh lebih baik daripada pencapaian tahun sebelumnya yang mencatat defisit RM 83.23 juta.

Bagaimana ia dapat dilakukan? Tentulah melalui seni silap mata. Ini kelebihan PAS dan ini juga kebijaksanaan Husam selaku penglipur lara tersohor yang pernah bertapa ilmu dengan gurunya Nik Aziz dan juga mentor kesayangannya, Anwar Ibrahim.

Mengikut perbentangan yang dipersembahkan oleh Husam semalam, beliau telah mengunjurkan pada tahun depan Kelantan bakal mendapat perolehan sebanyak RM 581.77 juta termasuklah wang royalti berjumlah RM200.00 juta.

Dengan anggaran kos mengurus yang 'cuma' RM 535.95 juta, maka secara automatiknya terhasillah silap mata memukau pandangan dengan lebihan RM 45.8 juta. 

Hebat, memang hebat, unik dan menakjubkan. Terbaik dari ladang dan terhangat di pasaran. Ya ke? Yalah tu... nama lagi silap mata yang mengelabui biji mata dan mengabui pandangan rakyat jelata.

33 comments:

Anonymous said...

Tadi aku tutup mata dalam seminit, cuba bayangkan macam mana Kelantan sekarang ni... ade lebuhraya 7 tingkat, keretapi laju (KL ke KB ambik masa sejam je), taman-taman syorga al-firdausi, jalanraya yang bersih dan berkilau-kilau. Itu dalam masa seminit je....

Lepas bukak mata, yang aku dapat lihat jalan berlubang sana-sini, air teh keluar dari paip, keretapi masih guna KTMB juga, sampah sarap usah cerita la... bersepah tepi jalan sampai kene tegur dengan Pork Nick....

Aduh, camtu rupenye Sindrom Pejam Nampak Celik Tak Nampak.... hebat la pemimpin kat Kelantan ni. Satu je dalam dunia ni boleh buat begitu...

Anonymous said...

PANAS! Mengapa Musa Hassan Tarik Balik Saman Terhadap Anwar?


Belum pun sempat buka mulut untuk disoal, tau-tau dah mintak tarik balik saman?

Itulah yang terjadi terhadap perbicaraan berhubung insiden kes mata lebam oleh Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1 pada 1998.

Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Reza Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut

Anonymous said...

Ada satu lagi seni silap mata macamana nak kaunseling bini orang jam 2 pagi pun ada, seni meluruskan kote yang bengkok seterusnya seni nak simpan bau puki mah agar tahan lama pun ada pada PAS

Anonymous said...

Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah ALLAH -Haron Din
Sinar Harian : 5.1.2010

Pemimpin bukan Islam Termasuk DAP tetap boleh guna kalimah ALLAH-Nik Aziz
Bernama: 15 Mei 2010 :9.23 pm

PAS dah lari dari perjuangan asal....
Prof Shahnon Ahmad mantan ahli parlimen PAS!
Mingguan Malaysia: 14.10.2012

ANWAR Ibrahim peliwat-Kata Karpal Singh di Parlimen
22 Oktober 1997-
Anwar Aljuburi_Kata Mat Sabu
Taman Melawati
-Rujukan dari Zulkifli Nordin (Bekas Peguambela Anwar)

Anonymous said...

Tadi aku pejam mata 1min..aku pejam lagi jadi 5 min... aku pejam lagi jadi. .6 min...pergh aku ternampak mcm benda bengkok kat pekan Danok rupanya macam Anwar Ibrahim!

Dan bila aku buka mata kawan aku talipon Raya Haji minggu hadapan isteri dia ajak balik Kelantan dah lama tak minum air lumpur katanya.

Aku pejam semula tiba2 aku nampak sekor kambing menyerupai manusia...macam aku kenal.
Ah aku tak mau pejam lagi ar..sebab aku bukan penyokong PAS yng suka berangan!

wasim46 said...

Muka nik ajis dan husam musa memang muka jenis manusia yg tak boleh dipercayai.tapi yang peliknya macamana boleh berkuasa sampai sekarng?ambo tak pernah pun undi pas ni tak setuju dengan cara diorang.asyik buat ceramah,mengumpat dan berjanji itu je kejenya cukup bulan amik gaji dan komisyen.tu la pasal sampai mati pun nak jadi wakil rakyat dasar menteri musang berjanggut

Anonymous said...

Tadi aku terpejam mata, nak bayangkan lebuhraya tu terutama dekat raya haji ni. Jelas aku nampak, banyak kereta dua2 arah merayap naik bukit tujuh kat kechau. Lori lak depan tuh. Sebaik saja melepasi Mentara (sempadan phg-kelantan), mak datuk lajunya kereta kat lebuhraya gua husam-k.b ni. Empat lorong lah pulak.. Tiba2.. Opss! Teh tarik aku dah sampai.. Rupanya aku lajak terlelap td. tq bro husam.

Anonymous said...

Elehhhhhhh...Anwar tarik balik dia punya saman berapa banyak daaaaaaa!

Saman terhadap saiful pun apasal tarik balik daaaaaa?
Mokhtar...mokhtar...mokhtar...dah lama tak sebut pasword tu hehe

Anonymous said...

PAS dah lari dari perjuangan asal....
Prof Shahnon Ahmad mantan ahli parlimen PAS!
Mingguan Malaysia: 14.10.2012
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
SHAH ALAM - Susulan siri kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dalam beberapa media sejak minggu lalu, antara lain dilaporkan mengecam kerjasama politik Pas-DAP, portal milik Pas pula mengetengahkan pendirian Sasterawan Negara itu semalam, memetik berkata beliau akan "istiqamah bersama dengan" parti itu.

Shahnon, bekas Ahli Parliman Sik dan ahli seumur hidup Pas berkata, beliau yakn menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, dapat melangkah ke Putrajaya.

"Saya istiqamah bersama dengan Pas menerusi kepimpinan ulama,” kata beliau dipetik portal rasmi Pas, Harakahdaily.
;;;;;;;;;;;;;;
NI PUN BOLEH DIKATAKAN SILAU MATA JUGA, HARINI CAKAP LAIN BESOK CAKAP LAIN,DAH NYANYUK MACAM NIK NAJIS JUGA,

Anonymous said...

Tengok muka pemimpin2 PAS yng ada tokoh jadi ahli silap mata peringkat daerah ialah Mahfoz.

Tak caya cuba kejam bayangkan muka Mahfoz klu sanggup la..kihkihkihkih

Anonymous said...

pejam celik
pok nik bila nk pencen

Anonymous said...

hasssan ali pun buat magik jugak


dia nak masuk pas balik

Servant of God said...

Stadium pun masih tinggal batu pecah tanah, takde nyer aku nak buang masa pejam2 mata nih...

Anonymous said...

Jgn betul2 makan babi dgn guan eng dh le.....itu lg magic.....haha

Anti PR said...

Musa malas nak layan Anwar. Mesti 10 tahun baru selesai. Cocok jubo berapa tahun selesai? Kalau kes ini diteruskan mesti dua2nya sampai mati baru selesai. Kena dakwa pulak dalam kubur.

Anti PR said...

Jawatan anugerah, mana ada tempoh pencen. Tak dok sapo bole ganti ambo sebab ambo wali selipar. Yg ado wali sepatu. Zaman nabi tak dok sepatu. Ambo nak bawo jawate sampa "Innalilah.."

Anti PR said...

Helo bro! Dia bukan ahli silap mata tapi "badut". He...he....

Anti PR said...

Saman Nallakarupan tapi tak boleh membela diri. Org kena saman dihadkan pulak utk membela diri. Anwar lagi kuat belit dpd ular..

Anonymous said...

PAS nie bukan pakar silap mata tapi pakar mata tersilap tak caya cth terbaik apa yng berlaku kpd Timbalan Presidennya Mat Sabu.

Babi dia nampak macam ayam.
Ayam dia nampak mcm babi!

muahahahaha biol punya Mat 121!

Anonymous said...

Nape aku pejam mata hanya nampak patung Buddha je kat Kelate nu... tinggi-tingi belako, mengalahkan tinggi kubah masjid.

Anonymous said...

kalau berani, kasilah Royalti hak rakyat kelantan tuh.....baru boleh sembang.....ini kata kosong ajeee...

sama2 kita boleh nilai mana lagi maju samada Terengganu under BN atau kelantan under PAS....

Anonymous said...

aik ko tktau ke anwar yg mintak settlle luar mahkamah?....lain kali jgn buat andaian...carila fakta sebenar...jgn dgr dr pemimpim yg ske spin dan melembukan ko....

Anonymous said...

ini memang silap mata. sebab apa,

DULU KATA PROJEK MEGA MEMBAZIR WANG RAKYAT.
TOP-TOP HARI INI BUAT PROJEK MEGA. SEKEJAP TIDAK BOLEH SEKEJAP KATA BOLEH.

memang silap mata.

PARTI AMBO SILAP(PAS)

Anonymous said...


ANUAR BERAHIM NI MEMANG KAKI PUTAQ ALAM.. MEMANG DASAR MAT PENANG BERASAL DARI BENUA KECIL INDIA JENIS KERALA LAH NI..
TUN M PUN BOLEH DIA PUTAQ, SETAKAT KITA NI APA LAGI...

Anonymous said...



Kenapalah Pok Nik dan kuncu2 dok meroyan nak minyak yang bukan datang dari perairannya.. pelik betul dah di terang berkali-kali tapi masuh dungu tak faham2..PAStu tipu rakyat...

Nak dapat sumber pendapatan yang senang je.. dah lah hutan kelantan dah botak dikerjakan...

pok ngah nik ajis said...

Hassan ali rujuk PAS,Shanon kona baring,nasaruddin tahalul syiasi. . Dan ramai lagi penceramah tak kan tinggalkan PAS. . KERANA!!!!!!!

Bila ceramah dapat habuan dari tabung milo. . .!!!!! Satu ceramah 1k ? . 1 hari 2 ceramah darab sebulan. . Gaji PM pun xleh capai 30k. .

Penceramah PAS cakap bedal dan merapu mcm mat sabu yg xde fakta langsung. . Janji pengikut tepuk tangan. . Dan jerit allahuakbar. . Janji dlm ceramah kutuk dan fitnah BN serta UMNO. .apa yg isu hal BN. . Buat serangan. . Walau pun tak betul mcm kes altatuya,cincin rosmah. .

Pengikut PAS tahu PAS xkan menang PRU sbb kalau PR menang. . .Diorang xde kerja nak tipu itu ini sbb governe dah tukar PR. . So ceramah xde. .Income pun loose. . .!!!!!!

Bayangkan cybertrooper pun tak de sapa nak bela. . .dah xde isu. . NGO-NGOK pembakang tentu sokong BN hentam balik Kerajaan yg perintah mcamana diorang dulu masa PR jadi pembangkang

MASA itu nuar , PKR,PAS DAN DAP yg dulu dipuja mcm intan dah tentu dikritik macam botoi kaca tok yu(kicap). . atau mcm Shittt. . .!!!!!
Zunar dah tentu melukis gambar2 pemimpin yg berkot* bengkok serta patung2 dikelantan akan terpampang muka pemipin PAS masa kini. . . . .

usin said...

aku membayangkan bahawa husam juga punya kemahiran silap mata untuk menarik pelantar minyak di luar perairan kelantan rapat ke pantai kelantan. dgn itu kelantan wajib dapat royalti. rm200 juta wang royalti pasti akan dapat masuk poket perbendaharaan kelantan.

pok ngah nik ajis said...

Kelantan dapat royalti 200 juta. .
Kalau dah dpt. ???? Kenapa nak melalak lagi. . Memang silap mata. . !!!!!!

Anonymous said...

ANTI PR..MOGA ALLAH BERI KAMU PETUNJUK SEBELUM DIJEMPUT KE ALAM BARZAH.

Anonymous said...

aku tengok gambar gerak-gerak tu, gerakan Nik Aziz paling aku terpikat hahaha abe nik, i love u hahaha terbaek!

Servant of God said...

Anonymous said...

kalau berani, kasilah Royalti hak rakyat kelantan tuh.....baru boleh sembang.....ini kata kosong ajeee...

sama2 kita boleh nilai mana lagi maju samada Terengganu under BN atau kelantan under PAS....

October 17, 2012 9:26 PM

----------------------------

Kalau berani? Hahahahahaha

Korang penjilat pas memang taraf tadika laa.

Udah laa tak faham2 benda tuh bukan kat perairan Kelantan, nak saiko orang setakat guna "kalau berani" hahahahaha

Servant of God said...

Anonymous said...

ANTI PR..MOGA ALLAH BERI KAMU PETUNJUK SEBELUM DIJEMPUT KE ALAM BARZAH.

October 18, 2012 8:29 AM

----------------------------

Semoga kamu juga mendapat petunjuk dan kamu sedar kamu bersubahat dengan golongan munafik.

Anonymous said...

Ini semua gang lembu belaka ! Buat andaiain bodoh