Tuesday, October 16, 2012

NIK AJIS VS HARON DIN-NASHA-SHAHNON AHMAD.



Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya Sabtu lepas tanpa berselindung meluahkan kemarahannya dengan menggelar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin berlidah panjang berikutan sikap bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dianggap tidak senada dengan pendirian parti.

Reaksi keras daripada Nik Aziz itu sebenarnya berkait rapat dengan kontroversi terbaru membabitkan Nasharudin yang dalam ucapannya minggu lalu, secara terbuka telah menegur sikap sesetengah orang Islam yang terlampau mendahulukan matlamat mengejar kuasa hingga mengabaikan prinsip Islam itu sendiri.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu, dalam ucapannya di PWTC ketika Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah juga telah mengkritik tindakan pihak tertentu yang memandang enteng isu kesatuan ummah terutama sekali membabitkan penyatuan UMNO dan PAS.

Walau dibaca berkali-kali ucapan Nasharudin itu, tiada satu pun yang bertentangan dengan ajaran Islam tapi peliknya ia begitu menyakitkan hati Mursyidul Am PAS sehingga tergamak memanggil pemimpin separti dengannya sebagai berlidah panjang.

Jelas sekali, Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabar melihat tindak-tanduk Nasharudin yang berterusan melontarkan pendapat dan idea berkaitan perpaduan sesama Islam, seolah-olah bagi Nik Aziz isu-isu sedemikian tiada maknanya disaat PAS begitu kemaruk mahu mengejar kausa.

Barangkali bagi Nik Aziz, kerjasama PAS dengan DAP yang kini berpeluk erat dan berdakap sakan itu terlalu mulia untuk dipertikaikan, sementelah lagi Nik Aziz sendiri mengakui tanpa DAP amat sukar untk PAS menggapai puncak kuasa yang diangan-angankan.

Hanya kerana Nasharudin menegur partinya sendiri yang semakin terkeluar dari landasan prinsip Islam, beliau digelar berlidah panjang. Dek kerana Nasharudin pernah menemani Perdana Menteri dalam pertemuan mesra dengan para ulama Arab Saudi, beliau dihalau keluar dari PAS oleh Mursyidul Am PAS.

Nasharudin bukanlah orang pertama yang pernah diremehkan maruahnya dengan gelaran sedemikian. Para ulama kerajaan sendiri suatu ketika dulu pernah digelar sebagai 'ulama haid dan nifas' oleh Nik Aziz, manakala Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pernah dihamburkan dengan doa pelik oleh Nik Aziz supaya perut PM pecah berterabur isi dalamnya. 

Malah Nik Aziz juga pernah melabel ulama-ulama pro UMNO gelaran syaitan bisu, ulama terompah kayu dan lain-lain panggil buruk yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia yang mengaku sebagai 'tok guru dan ulama'.

Orang ramai tak pelik kalau gelaran-gelaran jelik sebegitu tersebut keluar dari mulut penyokong bawahan atau orang biasa yang cuma menjadi pengikut parti politik, tapi bila ucapan buruk sebegitu keluar dari mulut sang pemimpin yang mengaku 'ulama', memang pelik bin ajaib.

Hakikatnya, masalah tutur kata buruk dan kelancangan mulut Nik Aziz sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Itulah reputasi hakiki Nik Aziz sejak sekian lama.

Bagi sebahagian besar rakyat Kelantan, imej Nik Aziz sebagai pemimpin bermulut berus telah lama disedari ramai. 

Bagi orang Kelantan istilah 'mulut berus' selalunya dikaitkan dengan seseorang yang lancang mulutnya, kerap mengata pada orang lain , tutur katanya pula hodoh dan lebih banyak menyakitkan hati berbanding memberi pedoman pada pendengarnya.

Cuba anda semua tulis perkataan 'mulut berus' pada engin carian Google kemudian klik pada tab imej, pastinya gambar-gambar Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat kelihatan di dua barisan teratas paparan keputusan. 

Itulah reputasi sebenar Nik Aziz, sejak dulu lagi sudah sinonim dengan sebagai pemimpin bermulut berus, gemar menggelar orang lain dengan gelaran buruk disamping cukup sinonim dengan perangai buruk suka memperlekehkan sesama Islam.

15 comments:

aloya said...

1st time aku dengar pasal mulut berus, hahaha..

kira ni sama macam mulut longkang la, busuk!

Anonymous said...

Nasharuddin yang 'berlidah panjang' adalah lebih mulai dari Nik Aziz yang 'lidah bercabang'. Lidah panjang Nasharudiin digunakan untuk mengatakan yang benar kerana Allah. Sebaliknya 'lidah bercabang' Nik Aziz digunakan untuk memperbodohkan pengikut2 taksubnya demi mengekalkan kuasa dunia. Usia Nik Aziz yang sudah lanjut digunakannya untuk terus menerus mencipta kontrovesi yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Ketaksoban untuk mendapat kuasa telah menyebabkan Nik Aziz tidak malu dan hilang harga diri apabila beliau mengatakan bahawa Pas memerlukan DAP untuk menang PRU13 kelak.

Perlakuan Nik Aziz kebelakangan ini sebenarnya sudah tidak dapat diterima oleh ramai ahli2 Pas sendiri sehingga dilapurkan ADUN Gaal, DR Nik Mazian Mohamed telah bersikap 'lidah panjang' apabila dilapurkan sebagai berkata 'Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula....'. Jelaslah bahawa apa yang diucapkan oleh ADUN tersebut bukan lagi sindiran tetapi permintaan ikhlas beliau.

Nik Aziz sendiri tidak boleh menafikan bahawa dia sudah berada dipenghujung usia. Kudratnya semakin hilang, fikiran semakin lemah, pendengaran semakin kurang ,mata semakin kabur. Nik Aziz sendiri lebih kerap berkunjung kehospital dan dinasihatkan supaya banyak berehat. Kesimpulannya Nik Aziz sudah tidak relavan lagi. Wallahualam.


mtk

Anonymous said...

...kalau dah tua tu, badan pun x berapa sihat asik uzur, bawak2la bersara wali tua keramat hidup oooii...

...ke dah nak nazak nyawa hujung halkum esok baru nak sain surat letak jawatan dunia?

...dulu dia gak yg soh Tun M berenti dgn gelaran mahafiraun...skang dia lak xnak berenti nak jd MB/mursidol samdol sampai menongkat langit?

-nik ajis mahafiraun-

Anonymous said...

Nak hapuskan Parasit-Parasit dalam PAS, satu je caranya - jatuhkan Nik aziz.

Tapi rasanya dah terlambat.

PAS dah tak relevan lagi.

Anonymous said...

nik ajis maha firaun??

yaa..aku rasa gelaran mahafiraun yg diberi pd tun M dulu, selayaknya diberi pada nik ajis

perangai gila kuasa dia tu...sebijik mcm firaun!!

Servant of God said...

nik aziz bukan setakat mulut berus.

Dia taraf mulut berus jamban.

Anonymous said...

Cuba anda semua tulis perkataan 'mulut berus' pada engin carian Google kemudian klik pada tab imej, pastinya gambar-gambar Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat kelihatan di dua barisan teratas paparan keputusan.
Itulah reputasi sebenar Nik Aziz, sejak dulu lagi sudah sinonim dengan sebagai pemimpin bermulut berus, gemar menggelar orang lain dengan gelaran buruk disamping cukup sinonim dengan perangai buruk suka memperlekehkan sesama Islam.
-------------------------
INI KE YG DI KATAKAN ULAMAK?...ULARMAK, FOOLAMAK, ULAR DALAM SEMAK BOLE LA....SEDANGKN NABI MUHAMMAD S.A.W BRDAKWAH DGN CARA YG LEMBUT DAN BRHEMAH..SEORG ULAMAK AKAN SENTIASA MNJAGA TUTURKATANYA AGAR XMNYAKITKN ATI ORG LEN...
Malu weh..gambar yg 1st tuh muke wali slipau yg brmulut BERUS..

kah kah kah kah kah kahak haktuiiii

Anonymous said...

HARAP GAP BROTHER GAP KUAR

ARTIKEL

LIDAH PANJANG VS LIDAH BERCABANG

SEMENTARA CERITA TENGOK HOT

BOLEH MINTA BRO JEFF WAT GAMBAR BEST2 PUNYA..BOLEHKAN BRO..

http://jeffrydamien09.blogspot.com/

KITA SENARAI KAN KIRI-KANAN
BUKTI2 LIDAH PANJANG DAN LIDAH BERCABANG

HARAP GAP & JEF ...KEYY


Anonymous said...

Wali terompah dah dapat gelaran baru??? KAH KAH KAH KAH KAH.... itu la, lain kali jangan nak gelar orang lain je. Sekali kene kat muka sendiri wahai N.ajis Lidah Cabang... memang sesuai jadi OLARRMAK...

usin said...

ikhlas aku ckp, kalaupun Allah takdirkan pakatan rakyat dpt putrajaya, poknik tak akan dpt menikmatinya. faktor umur memainkan peranan. bahagian mana yg dap nk pakai poknik? buah fikirannya? alahai, selain tukang salak, apa lg yg sesuai sebagai tugas hakiki poknik? sudah2lah. apa yg poknik hrp umpama melukut ditepi gantang. serius dan hakikat.

Anonymous said...

Nampaknya Ayahanda(Pok Nik) sudah marah?. Oleh sebab ayahanda marah, diri ayahanda dan seluruh negeri kelantan akan dijual seluruhnya....

Anonymous said...

...aku x taula pembalasan akhirat mcmana...tapi kalau dah atas dunia bermulut berus, kat akhirat paham2 ajelah ye.

-nik ajis mahafiraun-

Anonymous said...

Tgna & dsai ini ada satu persamaan yg ketara......'dendam kesumat' terhadap umno! .....apa yg terzahir dimulut biasanya itulah yg ada di hati seseorang. Sehari dua boleh la nak berlakon.....tp x boleh selama lamanya

Anonymous said...

Nik aziz berpolitik bukan di jalan Allah. Politiknya menyimpang jauh dari cara islam.

Realitinya dia sangat anti perpaduan sesama Islam sesuatu yang sangat di tuntut oleh Rasulullah saw. Harap2 matinya masih kerana Allah...

Anonymous said...

Haha...gua x pelik bro bila org tua kutuk tue ckp mcm tu...sbb apa? Sbb dia tue bodo, x tau apa2 psl politik, dulu org soh dia belajar, org soh blajar psl sepak terajang politik, dia x mau, asik men balun jer....asik kuar fatwa2 bodo dia ntah mana dia dpt...skang nie fatwa bodo dia dh makan tuan ar...hahahaha....dulu dia kutuk org, skng dia sndr trkutuk, bahalol plak tue...ckp x mau jatuh...tue bodo sombong....hahaha....sian gua tgk neek najeeis nie...asik bercicir najeeis dia...hahahaha....