Wednesday, October 3, 2012

PAS KATA RAKYAT MALAYSIA BODOH.



Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.

Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.

Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin PAS, cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan politik kepartian juga yang didahulukan.

Tidak serik dengan isu tersebut, kali ini pemimpin PAS yang mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am PAS itu sekali lagi cuba memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima imbuhan BR1M dan lain-lain.

Dalam satu kenyataannya kepada media, Tuan Ibrahim mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja.

"Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang," demikian katanya.

Menurutnya lagi, "asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus. 

Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian One-Off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa."

Membaca kenyataan Tuan Ibrahim itu jelas memperlihatkan kedangkalan caranya berfikir. Seolah-olah pada pandangan pemimpin PAS itu, orang yang menerima BR1M dan lain imbuhan termasuk bantuan persekolahan anak-anak adalah orang yang bodoh kerana membiarkan candu dan racun menguasai diri.

Hakikatnya tidak sedemikian. Walau wang yang diterima nilainya tidak seberapa, besar manfaatnya untuk perbelanjaan keluarga yang berpendapatan rendah. Di masa yang sama wang BR1M yang dibelanjakan itu pula mengalir ke pelbagai sektor sekaligus menyemarakkan aktiviti ekonomi setempat.

Usahlah PAS bermain dengan api cuba menganggap rakyat negara ini bodoh konon bagaikan penagih candu atau sebagainya. Jangan dihina rakyat yang berpendapatan rendah kerana kelak bila tiba musim pilihanraya khalayak ini jugalah nanti yang akan PAS cuba hampiri untuk meraih undi.

Percayalah, selagi wujud ramai pemimpin bermulut celupar dalam PAS dan lain-lain parti pembangkang yang gemar merendah-rendahkan maruah dan daya fikir rakyat marhaen seperti mana tutur kata Tuan Ibrahim, nescaya sampai kiamat pun PAS dan PR tidak akan berpeluang untuk menguasai tampuk pemerintahan negara ini.

22 comments:

Anonymous said...

GANDINGAN YANG JAHANAMKAN ISLAM.

Anonymous said...

Patutlah tak maju maju..
Mengutuk mengata...
Mengadu domba ni...
Kerja tak berkat...

Anonymous said...

Puak2 hanjing suruhan DAPigs melolong lolong menghina PM bila Tuan Ibrahim membuat kenyataan bodoh Najib akan mengadakan pilihanraya semasa musim haji supaya orang PAS yng pegi haji tak boleh mengundi.

Bukankah ini adalah sebesar2 fitnah krn sekarang ni musim haji dah bermula ttp pilihanraya seperti yng di dakwa supaya ahli pas tidak boleh mengundi tidak berlaku.Saya percaya seluruh ahli PAS percaya berita palsu yng di bawa oleh Tuan Ibrahim.Sehingga waktu ini belum ada seorang ahli PAS meminta maaf krn menyebarkan fitnah ini.

Bukan PAS kalau tidak menyebarkan fitnah!
Yang lucunya dlm waktu yng sama puak PAS mengaku lebih bertakwa dan terperasan lebih islam dari orng islam yng bukan di dalam jemaahnya! Tuihhhhhhhhhhhh..


expas

Anonymous said...

Saya mendoakan supaya orang-orang melayu bersatu .

.

Anonymous said...

Inilah kebodohan pemimpin PAS.. mereka bodoh tp mahu tunjuk pndai.. so jd BAHLOL.. Tuan Brahim ni celaka besar dlm PAS. Dia juga termasuk ULARmak yg byk ckp bohong tipu dlm PAS.

Kenapa Kelantan yg ultra mundur tu Tuan Brahim ngok xsibuk nk bicara? Belanjawan untuk bantu rakyat dlm kesusahan akhir tahun, ank2 nk sekolah, yg bujang nk kahwin, ada ibu ayah yg sakit perlukan belanja.. apakah punya DAJJAL hati perut bangsa PAS Laknatullah ini seperti sgt DENGKI dgn nikmat ini semua??

Mereka korup dlm menguruskan ekonomi mereka dn skrg mereka cmburu dan mahu fitnah sbyk2nya wpun terang2 kerajaan buat baik.

Tuan Brahim ngok ini siap boleh tilik nasib lg dan fitnah terang2 candu lah.. muflis lah.. punya jahatnya mereka mahu menyuntik juga fitnah wpun jelas perkara baik.

Dr sudur ekonomi mikro-duitbantuan yg disbursed pd bottom million (akar umbi) itu ialah satu win-win situation- rakyat senang - ekonomi disuntik!

Apabila rakyat dibekalkan dgn bantuan, mereka akan berbelanja utk keperluan. maka kesan rantaian terhadap industri2 terlibat akan semakin rancak.. dpt untung seterusnya gaji disalurkan pd perkeja2.. dn kesan rantaian ini memberikan KECAIRAN wang dlm negera.. ini sgt penting dlm mengatasi kelembapan ekonomi luar,

tp apakan daya Bodoh dan BAhlolnya bangsa PAS ditambah dgn kuat fitah, tdk ada apa yg baik melainkan fitnah dn bohong shj dr mereka. PAS Laknatullah ini sgt terluir dgn royalti minyak.. itu shj 'zikir' besar mereka tntng ekonomi.

Anonymous said...

tk pyh dilayan bodoh piang tu, serupe perangai BAPAK PUAKA dia..lecturer tk de otak.mcm otak udang..

Anonymous said...

Inilah doktrin pemikiran PAS..memperlekehkan apa sahaja langkah pihak pemerintah. Biarpun ianya akan memberi manfaat kepada setiap penerima BR1M,bantuan RM100 utk. persekolahan anak-anak dan lain-lain imbuhan untuk rakyat..Tapi, jika ianya dari PAS..maka bermacam hujah,hukum akan keluar bagi menjustifikasikan apa saja tindakan mereka. Buatklah 1001 macam kebaikan.., selagi ianya tidak dapat dimanfaatkan utk kepentingan nafsu politik PAS..maka akan dimomokkan dengan cukup tidak bertanggungjawab sekali..HamPAS!!

Wak Din said...

Salam..

Sebuah blog yang menarik dan berinformasi. Terlanjur dah singgah sini, saya jadi follower di blog ini.

Blog hebat tuan juga telah dipautkan di blog list saya..

Diharap, tuan blog dapat melakukan perkara yang sama di blog saya juga..

Terima kasih..

Den-KLUANG Today
http://kluangtoday.blogspot.com/

Anonymous said...

BR1M salah satu cara untuk stimulate economi. daripada kerajaan bagi company buat projek untuk stimulate ekonomi, kan lebih baik bagi pada rakyat. ramai yg merasa. bayangkan bila yg dapat BR1M tu belanja secara serentak, berapa juta atau billion wang tu akan bertukar tangan? secara tak langsung wang ini akan meransang ekonomi negara. orang Paspispus patut belajar econ 101 sebelum cuba nak cakap hal budget.

Anonymous said...

bayangkan dulu masa mula2 nak tanam padi 2x setahun diorang bantah,agaknya kalau sekarang takuk tu jugak malaysia ni tak maju2

melatonin sapiens said...

Apa yg P.R tahu dlm soal perancangan dan perlaksanaan? Inilah kepakaran BN. Bajet kali ni sgt baik tepat kearah golongan sasaran golongan rendah dan sederhana tidak spt dulu termasuk era Anwar yg lebih mementingkan bantuan secara umum yg turut diterima golongan yg sudah kaya.

Kisah pemberian air percuma patut jadi renungan bayangkan pemilik rumah JUTAAN ringgit di bandar2 utama di Shah Alam dan lain2 menerima air percuma sedangkan penduduk RUMAH FLAT KENA BAYAR BIL!!!

Tukang Komen said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Apa nak kisah sangat dengan PAS ni..

Parti sesat lagu menyesatkan!!!

Buat baik pun dia kata salah.
Bila tak buat, dia kata kerajaan tak peka kepada keperluan rakyat..

Hanya org bodoh yg tak pernah bersyukur seperti pemimpin PAS nilah yg akan dilaknat oleh Allah..

Kalau tak puas hati pun, simpan ajelah, jgn ambil pemberian kerajaan dan duduk diam diam...Tak payahlah nak menghasut org lain...

Memang kalau dah mulut longkang, semuanya keluar busuk..

Anonymous said...

dia dengan idris ahmad lebih kuranh same. nama jer bekas pensyarah universiti, tapi dlm otak mcm hampeh! x boleh pk key yg dia dok cakap tue trmasuk dgn org2 pas sekali? atau org pas nie dah mcm ayam berak kapur? tenganga telan2 bulat2 apa yg pimpinan dia org cakap? memang benar lah peringatan Rasulullah SAW, akan datang zaman yg mana ramai org bercakap psl agama, pakar dalam bidang agama ttp perangai mcm org munafik!!!

Anonymous said...

dia dengan idris ahmad lebih kuranh same. nama jer bekas pensyarah universiti, tapi dlm otak mcm hampeh! x boleh pk key yg dia dok cakap tue trmasuk dgn org2 pas sekali? atau org pas nie dah mcm ayam berak kapur? tenganga telan2 bulat2 apa yg pimpinan dia org cakap? memang benar lah peringatan Rasulullah SAW, akan datang zaman yg mana ramai org bercakap psl agama, pakar dalam bidang agama ttp perangai mcm org munafik!!!

Anonymous said...

Ularmak pakar ekonomi PAS dh bersuara.. ni lah akibatnya org yg tiada pengetahuan ekonomi bercakap pasal pengurusan ekonomi..dan bercakap dari perspektif politik sempit.. semborono.. teori yang tolol.. ..

Model pengurusan ekonomi dan bajet terbaik yg nak dicontohkan agaknya adalah di KELANTAN.. terbaik Pok Tuan Berahim...terbaiikk

Anonymous said...

Dlm PAS byk iblis dr manusia beriman. Sbb tu xde keje lain hnya tahu kutuk dan fitnah.

Gula 20 sen naik mereka bising mcm anjing lapar dikedai kopi,tp kerajaan bg bantuan mcm2 mereka kat bazir, GILA punya syaitan2 PAS ni.. entah hape yg diorng nk sbnrya?


p/s : peniaga pun stau hal PARASIT juga pd org awam.. naik gula 20 sen, terus teh pun naik 10sen?(pdhal naik 20sen/ kilo, tkkn secawan teh tarik kena naik 10sen juga? secawan teh pakai stgh kilo gula ke?

Anonymous said...

Tuan Ibrahim adalah cerminan keseluruhan pemimpin2 PAS hari ini yang lemah dari segenap aspek termasuk lemah berfikir. Orang berfikiran lemah tidak mungkin dapat melahirkan idea yang bernas. Umum mengetahwi PAS hanya berretorik dalam apa juga yang mereka lakukan. Bercakap lebih banyak dari bekerja. Kelantan adalah contoh paling baik untuk dibuat perbandingan. 23 Tahun PAS memerintah Kelantan tidak ada sebarang perkara yang boleh dibanggakan. Malah rakyat Kelantan hari ini sudah pandai melahirkan ketidakpuasan hati secara terbuka. Lebih menarik ramai dikalangan mereka terdiri ahli2 PAS sendiri.

Semakin banyak pemimpin2 PAS mengeluarkan kenyataan semakin terserlah kedangkalan mereka.

Anonymous said...

didapati sikap dan perangai (kebanyakkan) orang Kelantan dan Kedah ini..mirip kepada jiran mereka di selatan Thai (PATANI, SONGKHLA, NARATHIWAT dan YALA).

Kebanyakkan mereka gigih tapi.. ramai yang taksub dalam BERfahaman agama dan politik serta suka berperangai anti establishment/kaki bangkang yg kronik-yang baik pun di bangkang jugak..

ssh nak di sekolahkan mereka ni..cakap apa pun adaje jawapannya..

Anonymous said...

PAS memang bodo pun....dari yg duduk diatas, sampai la yg ada kat grass root...suma BAHALOL!!!!

Anonymous said...

aku respect tuan man punya statment kalau dia boleh buat fatwa HARAM bagi penganot pas terima BR1M dll.

gen2felda

Anonymous said...



buat bajet dalam jet..

bajet bodoh tak leh pakai

pembangkang jangan terjerit jerit

satu apa pun tak leh pakai..