Thursday, February 7, 2013

ISU RCI SABAH : MAHFUZ DAN MALAYSIAKINI TERUS MENIPU.



Nampaknya puak-puak Pakatan Haram ini tidak pernah puas kalau mereka tidak menipu sehari dalam hidup mereka, seolah-oleh menipu itu merupakan satu “makanan ruji” yang wajib mereka lakukan.

Kalau tak menipu, bukan Pakatan Haram namanya, bukan?

Begitulah yang terjadi mengenai fitnah Pakatan Haram yang cuba menabur persepsi jahat dengan menuduh Kerajaan BN mengarahkan agar kad-kad pengenalan yang tidak dituntut di bawa ke Sabah untuk diberikan kepada pendatang tanpa izin untuk mengundi BN.

Antara mereka yang bertanggungjawab menyemai syubhah fitnah itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, dan portal yang tidak serik-serik disaman, portal pro-Pakatan Haram, Malaysiakini.com.

Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah telah mendedahkan bahawa terdapat lima fakta yang sangat meragukan dari sekeping surat pekeliling yang dicanang keliling kampung oleh Mahfuz dan Malaysiakini.

Kononnya, surat tersebut merupakan bukti sahih, berkreadibiliti dan ampuh! Padahal, surat itu terbukti palsu, sama palsunya dengan fitnah yang ditohmah Mahfuz dan portal yang gemar menyiarkan cerita-cerita karut marut itu.

Menurut Datuk Jariah, kepala surat pada dokumen itu sangat meragukan kerana ia jelas menggunakan alamat dari Bahagian Pengurusan IT dan komunikasi. Apa ke jadahnya Bahagian Pengurusan IT dan Komunikasi yang beri arahan begitu? Pelik bukan?

Mengejutkan lagi, beliau menegaskan bahawa tajuk nombor rujukan yg digunakan pada surat ditangan Mahfuz itu tertera kod “JPN.MK.(S)” dan ia dikenalpasti bukan nombor rujukan arahan Jabatan berkaitan.

Tambahan pula, arahan Jabatan Bil.14/2012 juga sebenarnya tidak wujud sebagaimana yang tertulis di atas surat itu dan bukti menunjukkan bahawa arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah “Arahan Bil.10/2012” yang melibatkan mengenai “Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007”

Selain itu, Arahan Jabatan di dalam surat itu juga tidak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sebarang catatan “bagi pihak” sebagaimana kebiasaannya.

Dan keraguan juga dikesan apabila cetakan nama kementerian yang terletak di kaki surat tersebut merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri!

Peliknya, siapa sebenarnya yang membuat onar mereka-reka surat palsu itu? Saya yakin, pihak Kerajaan BN tidak pernah terfikir untuk melakukan fitnah bodoh sebegitu melainkan puak-puak Pakatan Haram.

Antara standard modus operandi mereka ialah mencipta “bukti palsu”, menuduh kerajaan BN dengan fitnah jahat dan mereka mendesak para pemimpin BN untuk menjawab segala tohmahan yang mereka lakukan.

Skrip fitnah mereka sudah boleh dihafal memandangkan sudah ramai pemimpin BN yang sudah menjadi mangsa tohmahan jahat puak-puak Pakatan Haram ini, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Seri Najib dikaitkan dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan Datin Seri Rosmah pula dikaitkan dengan isu cincin berlian. Walaupun dah berkali-kali melafazkan sumpah dengan bersaksikan Allah, puak-puak Pakatan Haram tetap meneruskan fitnah tersebut dengan bangga!

Mungkin itulah nasibnya bila menjadi pemimpin kerajaan di akhir zaman. Para pemimpin yang bersih pun akan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan palsu demi memuaskan nafsu mengejar kuasa politik di dunia.

Orang Islam yang sepatutnya bersatu, telah dipisahkan kerana fahaman politik singkat. Kononnya, bersahabat dengan syaitan pun “dihalalkan” demi menjatuhkan BN. Malah mereka lebih sanggup bersekutu dengan “syaitan-syaitan” pula. Islam ajar begitu, kah?

MYKMU

17 comments:

Milo panas said...

Aku tambah sikit je...Memang dia Pemimpin Pakatan Haram Jadah...skg depa mana ada Isu jadi buat Isu walau pun menipu...kalau orang kedah panggil dia Tok Qeput (mahfuz) nama ringkas....

Milo panas said...

Aku tambah sikit je...Memang dia Pemimpin Pakatan Haram Jadah...skg depa mana ada Isu jadi buat Isu walau pun menipu...kalau orang kedah panggil dia Tok Qeput (mahfuz) nama ringkas....

Anonymous said...

Puak Khawarij Pembelot Bangsa dan Agama ni memang Sial!!!

Belajar Bodoh sebab itu main politik pon politik bodoh dan TONGGONG!!

MAH_PUT !!!

Anonymous said...

Mahfuz Omar perlu desak parlimen untuk adakan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat isu duit Tabung Memali yang lesap bersama-sama tabung itu sekali semasa diuruskan oleh PAS sendiri. Selama ini Mahfuz sibuk nak buat suruhanjaya itu dan ini untuk memburukkan UMNO, tetapi bila ada isu integriti dan penindasan yang dibuat oleh PAS terhadap balu dan anak-anak korban Memali, pasal apa Mahfuz Omar tidak melalak di sana sini minta buat Suruhanjaya DiRaja?

Mahfuz Omar juga perlu menggesa diadakan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat pengurusan wang sedekah orang ramai kepada PAS Kelantan yang dikatakan nak digunakan buat lebuhraya di Kelantan, tetapi hingga kini projek itu tak tahu hujung pangkalnya. Oleh itu silalah Mahfuz Omar desak parlimen untuk buat Suruhanjaya DiRaja untuk menegakkan kebenaran, bukannya sibuk menyalak memburukkan kerajaan, tetapi di pihak PAS berbagai kemungkaran dibiarkan berleluasa. Sedarlah rakyat Malaysia sekalian. Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

Mahfuz Omar juga perlu canangkan buku CN Al-Afghani yang menerangkan berkenaan penipuan dan salahgunakuasa serta penyelewengan PAS terhadap Tabung Memali. Wang Tabung Memali telah lesap entah ke mana, ini perlu diperjuangkan oleh Mahfuz, apakah Mahfuz tak kesian kepada balu-balu dan anak-anak korban Memali yang mana hak mereka telah disamun oleh orang yang tak bertanggungjawab, sedarlah duit derma itu untuk balu-balu dan anak-anak korban Memali, bukannya untuk pimpinan PAS menggunakannya bagi tujuan lain.

Semoga Mahfuz Omar akan desak parlimen dan desak PAS untuk mengadakan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes penyelewengan Tabung Memali itu. Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

warisan tmk said...

Sebaik sahaja BN diisytiharkan memenangi PRU13, BN perlu terus merangka, mengusulkan, dan meluluskan Rang Undang-Undang Anti Fitnah, yang memperuntukkan PENJARA MANDATORI sekurang-nya 10-20 tahun ATAU hukuman bunuh bagi mereka yang MENCIPTA atau MENYEBAR fitnah.

Apa tidaknya, mengikut maksud suatu hadith Rasulullah s.a.w. 'Fitnah itu lebih buruk dari membunuh'. Jadi kalau seseorang yang membunuh boleh dihukum gantung sampai mati, atau dipenjara 10-20 tahun bergantung kepada motif pembunuhan, jadi adalah amat wajar, pencipta dan penyebar fitnah dihukum lebih berat dari hukuman ke atas PEMBUNUH.

Anonymous said...

tuan hj mahfuz al mahfiz jgn bimbang...PRU ni hj mahfuz akan belunjor dlam PRU ni...tobat lahooom,,aku dan keselurohan family ku...xakan beri undi kpd HJ almhafuz wal manpusiii...penjana penipuan yg xberkesudahan......

Anonymous said...

Takpe..janji aku dapat naik Vellfire

Nik Aziz

assaad said...

Masalahnya, segala tipu dan fitnah tidak diambil tindakan ke Mahkamah. Jadi spin menyepin, fitnah, tipu helah, telah menjadi-jadi di Malaysia ini.

Kita tidak boleh berlembut sangat dengan soal ini. Kalau mereka mereka-reka fitnah, menipu dan sebagainya. Bila ada bukti kukuh, saman aje. Jadi mereka akan takut melakukannya.

Kerana kelembutan dan kaedah berlembut inilah kejadian ini berleluasa-luasa, sampai kita akan terkeliru yang mana benar dan yang mana salah.

Benar kata Tun M, ISA dimansuhkan adalah satu kelemahan. Mereka ini tidak takut. Kerana tiada halangan atau hambatan. Fikir-fikirlah, demi keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com

Anonymous said...

Tiada izin dari Allah swt apa saja fitnah yang mereka tabur tidak akan berjaya.Allah telah memecat Anwar dalam tahun 1998.jadi masih nak kejar jawatan PM maknanya dia tidak percaya qadak dan qadar.

Anonymous said...

PAS/DAP/PKR mengamalkan politik jahat. Boleh buat apa saja jika sendiri untung, sapa tegor akan dicantas. Malaysia dalam bahaya besar jika mereka perintah.

Anonymous said...

MAHFUS NI ONE OF RCI KER? AWAT DIA BUAT KENYATAAN PASAL TU? NI KALAU MAHFUS ANAK JANTAN, HADI AWANG ANAK JANTAN DAN NIK AZIZ ANAK JANTAN DAN MAT SABUN PUN ANAK JANTAN, HANGPA SURUH TUBUH RCI SIASAT PASAL VIDEO CHINA DOLL TU SIAPA DIA HERO HEBAT DALAM VIDEO TU? LEPAS TU SURUH LA HERO HAMPA YANG MAIN BUNTUT MACAM KARPAL KATA KEJADIAN MELIWAT TELAH BERLAKU ATAS SUKA SAMA SUKA..SO BERANI KER HERO TU BUAT SUMPAH LAKNAT SEMUA HERO PONDANNN LAAA HAMPA NIII.....POOOOODDDDDAAAAAAAAAAAAA PAS PIS PUSSSSSSSSS...

Unknown said...

GAP,
manusia mcm ni boleh telan bara api menyala2krn itulah balasan bagi orang yg suka menipu, menfitnah & melaga2kan orang lain...

mengapakah engkau diwujudkan di dunia ni wahai manusia bernama mahpuh?

adakah utk menjahanamkan ummah?

adakah utk menjatuhkan maruah orang2 Islam lain yg waras?

sayangnya mahpuz seperti juga lain2 pemimpin2 pas yg telah banyak berbohong, menipu, makan harta anak2 yatim mcm mat sabu, memakan sedekah2 orangramai sewenang2nya!

pemimpin2 UMNO/BN yg banyak membantu rakyat setiap hari, di segenap pelusuk negara, membawa pembangunan (baca: KERJA)kpd rakyat tp dituduh makan duit rakyat sedangkan pemimpin2 pembangkang yg tidak pernah berbuat apa2 selain berceramah memaki hamun & memanjang2kan fitnah dianggap suci, maksum & tidak bersalah sedikitpun!

inilah sbbnya anak2 muda hari ini ada yg menjadi sgt negatif krn momokan2 fitnah & cerita bohong kononnya negara akan bangkrap, negara huru-hara, negara tidak maju dari pemimpin2 pembangkang yg jahat mulut & pemikiran, selain tidak membawa kebaikan kpd negara, sanggup pula bersekongkol dgn pihak yg ingin menghancurkan perpaduan di kalangan rakyat yg MAJORITI memilih UMNO/BN!!

Anonymous said...

Saman saja org yg buat fitnah tu, humbankan ke dalam jail ..... habis cerita!

Anonymous said...

STUPID STUPID STUPID

Anonymous said...

Mahfuz ini kalau buka mulut,semua keluar menipu.kaki kelentong no 1.lama si haramjadah ini membisu.

Anonymous said...

saya nak tanya org PAS...
jika org2 PAS ni cerdik dan pandai....napa angkat org BODOH seprti mamPOHS ni jadi ketua...

secara logiknya..hanya org2 BODOH aja yg lantik org BODOH jg jadi ketua...

org PAS... check la kelulusan si mamPHOS ni....cerdik ka dia ni....
apa raaaaaaaaaaaaaaa....
org kata hampa semua BODOH...hampa marah...tapi pikiag sendiri laaaa


aku amir