Wednesday, February 27, 2013

PERUMAHAN RAKYAT : MANIFESTO TAK LOGIK AKAL PAKATAN.


1. Salah satu isu dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan ialah menjanjikan perumahan selesa dan mampu milik sebanyak 150 ribu buah. Perumahan mampu milik ini akan terbahagi kepada dua iaitu di bawah RM 75 ribu dan antara RM 150 ribu - RM 250 ribu.

2. Jika dilihat sekali lalu sahaja kita akan tertanya-tanya mengapa tiada sebarang pernyataan mengenai rumah yang berharga antara RM 80 ribu - 150 ribu? Sungguhpun perkara ini mungkin tampak remeh tetapi ia menunjukkan Manifesto ini tidak dirancang dengan teliti dan bersungguh. Seolah-olah angka-angka yang diletakkan di dalam manifesto tersebut sekadar sesedap rasa.

3. Mengapa ada satu lompang harga yang besar dalam penentuan harga rumah mampu milik? Sudah tentu sebuah rumah yang berharga RM 80 ribu - RM 150 ribu lebih murah berbanding harga RM 150 ribu-RM 250 ribu sebuah. Sungguhpun janji pakatan ini tampak manis namun ia tidak mencerminkan realiti perumahan negara sebenar terutamanya di Lembah Klang. 

4. Sebagai contoh di Selangor pada zaman pentadbiran Barisan Nasional, kerajaan negeri mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat. Beberapa kategori rumah dan harga ditetapkan bagi memenuhi kemampuan rakyat yang mempunyai lapisan pendapatan yang berlainan iaitu Rumah Kos Rendah (RM 42, 000.00 dan ke bawah), Rumah Kos Sederhana Rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas.

6. Dasar Pembangunan Tanah Selangor ketika itu mensyaratkan bagi pembangunan perumahan yang melebihi 10 ekar ia mestilah mengandungi pembangunan bercampur melibatkan 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana. Selebihnya terserah kepada budi bicara pemaju. 

7. Ketika menjawab soalan bertulis saya dalam sidang DUN yang lalu, Kerajaan Negeri menyatakan dasar tersebut masih dikekalkan. Malangnya sejak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh Pakatan, tiada satu pun rumah kos rendah dirancang dan dibina oleh mereka.

8. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu juga saya menghantar  soalan bertulis yang bertanyakan mengenai jumlah pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri. 

9. Jawapan bertulis Kerajaan Negeri kepada saya (ADUN Sungai Panjang) dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, memaklumkan bahawa anak syarikat kerajaan negeri telah membina sebanyak 1, 136 unit rumah kos rendah dan 190 unit rumah kos sederhana rendah sejak dari tahun 2010-2012.

10. Namun setelah melihat senarai projek perumahan yang telah siap dan dalam pembinaan yang dinyatakan, ia sangat mengejutkan kerana semua projek-projek ini diancang dan diluluskan semasa pentadbiran Barisan Nasional. Ini bermakna tiada sebuah projek perumahan baru untuk rakyat berpendapatan rendah pun yang dirancang oleh mereka.

11. Justeru adalah sangat aneh dan luar biasa bila mana sekarang mereka berjanji untuk melaksanakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah jika menang di peringkat Persekutuan? Hakikatnya mereka tidak berbuat apa-apa untuk perumahan rakyat berpendapatan rendah biarpun mempunyai kuasa yang luas sebagai pentadbir negeri.

12. Sebaliknya anak syarikat kerajaan negeri di bawah Pakatan sibuk menukar rumah-rumah kos rendah di dalam bandar kepada rumah berjuta ringgit seperti yang berlaku kepada Datum Jelatek.

13. Untuk berlaku adil, saya petik sebahagian jawapan bertulis kerajaan negeri kepada saya mengenai isu perumahan rakyat berpendapatan rendah ini yang ditukar nama oleh mereka kepada Perumahan Mampu Milik.

b. Untuk makluman Y.B. konsep perumahan mampu milik mula diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2011.
Keadaan ini timbul akibat tindakan proaktif kerajaan negeri untuk mengkaji semula syarat-syarat pembangunan sedia ada seperti pembinaan 20 peratus rumah kos rendah, 20 peratus rumah kos sederhana rendah, 10 peratus rumah kos sederhana yang telah diguna pakai sejak tahun 2000 lagi supaya ianya lebih relevan untuk dipraktikkan berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.
Sehubungan itu, sehingga kini, hanya terdapat satu projek perumahan mampu milik sahaja yang sedang dalam pembinaan oleh pemaju swasta iaitu Tetuan Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. di Sg Long, Kajang yang terdiri daripada 136 unit berkeluasan 805-881 kaki persegi. Harga jualan seunit rumah tersebut ialah antara RM 85,000.00 - RM 150,000.00 dan projek tersebut dijangka siap sepenuh pada Jun 2013.

14. Selama lebih empat tahun memerintah Selangor, Pakatan bukan sahaja tidak merancang atau meluluskan sebarang projek perumahan kos rendah untuk rakyat berpendapatan rendah, malah sanggup mengambil inisiatif menghapuskan polisi perumahan kos rendah dan sederhana rendah dengan menukarnya kepada perumahan mampu milik berharga RM 85, 000 ke atas. 

15. Alasan mengikut keadaan ekonomi semasa ini sangat melucukan. Ekonomi siapa? Rakyat atau pemaju? Kepentingan rakyat  atau kepentingan tembolok mereka?

16. Jika rumah kos rendah yang berharga RM 42, 000.00 pun ada yang mempunyai masalah dengan bank dan berhadapan dengan lelongan, ke mana kumpulan berpendapatan rendah ini akan pergi pada masa akan datang? Mewujudkan setinggan baru?

17. Bagi mereka yang telah menutup akal fikir dan hati mereka untuk membenci Barisan Nasional, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Namun bagi mereka yang mahu menilai dan mencari kebenaran lihatlah hakikat bahawa Selangor di bawah Pakatan tidak memberi ruang keselesaan dan kemakmuran sebenar kepada rakyat berpendatan rendah seperti mana yang mereka laungkan.

18. Mereka mungkin berjaya mengelabui sebahagian rakyat dengan pemberian air percuma namun hakikatnya, kita mendapat RM 11 sebulan melalui air percuma, namun sebahagian generasi anak-anak kita yang mungkin berpendapatan rendah pada masa depan akan merempat kerana tidak mampu membeli rumah. Pakatan cuba menunjukkan mereka juara rakyat melalui pemberian kecil-kecilan namun mereka merancang polisi-polisi bersandarkan idea kapitalis melampau.

19. Hari ini mereka mahu menjanjikan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah pada harga RM 75,000.00 ke bawah. Berapakah tangga gaji untuk rumah seperti ini? Mampukah sebahagian rakyat yang berpendapatan rendah membelinya? Sekarang ini mereka tidak melakukan ketika berkuasa di Selangor, justeru adakah rumah-rumah ini akan dibina di luar lembah klang?

20. Lebih mengelirukan terdapat perbezaan dan percanggahan yang besar antara rumah mampu milik yang dirancang oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan sekarang dengan yang terdapat dalam manifesto Pakatan untuk pilihan raya umum ke 13.

21. Kerajaan negeri Selangor menyatakan Rumah Mampu Milik yang mereka rancang ialah antara RM 85,000.00 - RM 150,000.00. Manakala dalam manifesto Pakatan, Rumah Mampu Milik akan terbahagi dua iaitu di bawah RM 75,000.00 dan RM 150,000-RM 250,000.00. 

22. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu menyelesaikan masalah perumahan rakyat terutamanya di Lembah Klang, namun mempunyai mekanisme yang sangat bertentangan. Jika mereka tidak boleh bersetuju dalam isu yang mudah seperti ini, apa yang menjamin mereka akan melaksanakannya.

23. Bolehkah dipercayai janji Pakatan jika mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka janjikan? Mungkin benar juga kenyataan seorang pemimpin besar mereka bahawa "Manifesto bukan Janji." 

"mudahnya menanam tebu dihujung bibir."

DS KHIR TOYO

9 comments:

usin said...

kalau setakat janji 150,000 buah rumah mampu milik, pada aku tak berapa manis lagi. kan bagus kalau janjikan dalam manifesto tu 1000,000 buah rumah mampu milik. barulah dikatakan janji manis. apa kesah kalau tak mampu tunaikanpun, janji bukan mesti ditunaikan. tengok sendiri kerajaan selangor sejak memerintah hanya mampu buat 136 unit je rumah mampu milik. belum siap pulak tu. tebu jenis apa ntah yg ditanam oleh pakatan rakyat, manis bukan main. tp cam haram busuknya.....

Anonymous said...

apa yang lebih penting ialah mekanisme agihan.

kalau, agihan tidak telus dan kalau 150,000 unit dapat kat KRONI, ia bukan perumahan rakyat tetapi perumahan kroni.

komandomelayu said...

jangan dok percaya!

punya lama memerintah kelantan takde pun satu perumahan rakyat skrg baru terhegeh2 nk tiru bn konon nk buat rumah rakyat?

tanah ladang rakyat pun sapu bg cina!

pr penipu rakyat!!

Ayah Man said...

YANG MENGEMPARKAN PEMBANGKANG DARI MENIPU KECHIL KINI DAH MENIPU BESRA2AN. yG KAFIR DIDLMNYA KAFIRLAH YG ISLAM DAN ULAMAK TU TAK MUNAFIK KE. JGN MASUK LUBANG YG SAMA KENA PATUK DUA KALI. INI SANA SINI MAIN PATUK SAJE

Anonymous said...

Manifesto karut. Beruk pun terkejut beruk kalau ada orang percaya janji ni ditepati. Kaki kelentong nak tipu melayu pergunakan islam

Anonymous said...

Boleh percaya ke cukai pintu pun dia boleh tipu inikan pulak nak buat rumah mampu milik boleh jalan...da poyo

Anonymous said...

!50,000 utk berjuta2 rakyat Malaysia yg bkn kesemuanya mampu memiliki rumah yg berharga lebih stgh juta...

mmg tol cakap anon 2:10 AM...IA MMG AKAN MNJADI PERUMAHAN KRONI dan rakyat marhaen akan semakin merempat...

org Melayu akan terpinggir krn pakatan yg di dominasi oleh DAPig akan meneruskan penghapusan/penyingkiran org Melayu spt yg di lakukan oleh mentor mrk di selatan Malaysia...

Anonymous said...

Kalau manusia bernama Anwar ni apa saja dia boleh buat. dia boleh kata. betul atau tidak belakang kira.haram atau halal belakang kira.tengok berbagai-bagai fitnah karu marut dilempar tampatakut dosa.

Anonymous said...

ni bukan rumah mampu milik...RUMAH MAMPUS MILIK!