KLANG 14 Mac - Bagi menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang gugur semasa Ops Daulat di Sabah, Persatuan Si Gong Pandamaran menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis makan malam, di sini malam tadi.
Sumbangan itu merupakan hasil kutipan yang diusahakan Persatuan Si Gong untuk membantu meringankan beban keluarga anggota keselamatan yang kehilangan orang tersayang.
Penasihat Persatuan Si Gong, Datuk Ching Eu Boon berkata, sumbangan itu menandakan sokongan dan keprihatinan masyarakat Cina terhadap pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara daripada penceroboh.
"Masyarakat Cina di negara ini juga mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara serta menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan. Kita tidak rela negara diceroboh dan menyokong usaha pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara," katanya.
8 comments:
Aku nak tengok org Cina masuk tentera jadi prebet,barulah lebih bersemangat,jangan ingat nak cari duit dan beri duit je.
Inilah sikap 1 Malaysia yang wajib dipuji. Jangan jadi macam juak-juak PR yang cuma tahu mengutuk dan mengeji.
MArilah kita beramai-ramai menolak PR dan parti-parti pencacai mereka dalam PRU13 ini.
TIAN CHUAK MMG BERSANDIWARA..TGK BAJU DIA!!
http://myhomesoil.blogspot.com/2013/03/tian-chuak-kena-dakwa-akta-hasutan-hari.html
Sampai lah masa nya semua rakyat negara ini bersatu padu. Apa yg kurang ditambah, apa yg rosak dibaiki. Sama sama lah kita membawa generasi kita ke penghidupan yang aman dan makmur. Jangan bawa kepada kemusnahan.
mana dong zong....tak kan nak mintak2 untuk sjkc je....
Suruhanjaya Siasatan Diraja WAJIB disegerakan menyiasat pencerobohan di Lahat Datu dan apa kaitan dengan perjumpaan PETUALANG SIAL anwar ibrahim dengan nur misuari.
Juga WAJIB disiasat perjumpaan anwar dengan kumpulan militan selatan thailand !!
WAJIB DENGAN SEGERA SEBELUM ANWAR JADI PM BUKAN MELALUI SISTEM DEMOKRASI !!!
gen2felda
woooo....meroyannn mat jubo tgk gambo ni bebb...
mau2 tak menjubo 3 ari...
undi melayu kompom x dpt...undi cina pon semakin larii...
tali gantung semakin menghampiri leher mat jubo woo...
otai
Syabas 1 Malaysia
Bersatu kita teguh
Berpecah belah depa tutuh
Post a Comment