Sinar Harian hari ini, 25 April 2013, menyiarkan satu wawancara dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal bertanding di Gelang Patah Johor dalam PRU-13. Secara dasarnya, Kit Siang agak ‘realistik’ dalam memperkatakan soal peluangnya di Gelang Patah, soal menunaikan janji dan juga PR menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN.
Bagaimanapun, kenyataan Kit Siang bahawa PR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang mana tidak ada pada BN, menyebabkan kita merasa geli hati.
Mungkin Kit Siang lupa bahawa Mendiang Teoh Beng Hock berada di pejabat SPRM bukan kerana membuat lawatan sambil belajar tetapi kerana menjadi saksi kes korupsi yang melibatkan pemimpin DAP. Kit Siang juga mungkin terlupa sekejap bahawa bapa dan sanak saudara serta kaum kerabat termasuk gundik-gundik dan anak-anak ikan Ketua Umum PR, iaitu Anwar Ibrahim, kaya raya dalam sekelip mata sejurus Anwar menjadi Menteri. Kit Siang juga mungkin kurang faham bagaimana berekar-ekar tanah di Kelantan boleh menjadi milik pemimpin DAP dari Perak. Mungkin ini semua bukan korupsi bagi Kit Siang, tetapi hak asasi pemimpin-pemimpin PR yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.
Namun, apa yang paling menarik dalam wawancara tersebut, bukanlah soal kenyataan Kit Siang mengenai korupsi, tetapi soal yang jauh lebih asas iaitu tentang ‘Siapakah bakal Perdana Menteri PR?’
Reaksi Kit Siang kepada soalan ini mengingatkan kita kepada reaksi Anwar apabila ditanya tentang orientasi seksnya. Sama seperti Anwar dalam menangani soalan mudah itu, Kit Siang juga sukar sekali menjawab siapakah bakal PM bagi PR.
Dengan susah payah dan panjang lebar, Kit Siang menjawab seperti berikut:
“Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan PAS malah ia tidak perlu diberitahu umum. Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU-13 ini. Mungkin 45 kerusi PKR, 40 kerusi PAS dan 40 kerusi DAP. Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri”.
Kenyataan Kit Siang seolah-olah berbunyi, ‘soal siapa Perdana Menteri itu urusan kami, bukan rakyat’.
Sedangkan, rakyat perlu tahu siapa bakal Perdana Menteri sebelum mengundi sebagai kepastian bahawa nasib mereka dan negara ini berada dalam tangan orang yang layak.
Malah, penyokong DAP sendiri tentu gusar jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan memaksa hukum hudud digunapakai dalam negara. Penyokong PAS pula sudah mula menolak Anwar sebagai Perdana Menteri atas sebab akhlak yang terlalu buruk serta pegangan pluralismenya. Sementara itu, rakyat Malaysia secara umumnya juga tidak mungkin menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri kerana sifat rasis tegar yang berakar umbi di dalam salur darah keturunannya.
Kalau pun Perdana Menteri PR bukan terdiri dari mana-mana personaliti yang disebut di atas, rakyat masih perlu tahu siapakah dan dari parti manakah beliau. Ini kerana ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mempromosi cara pemerintahan yang amat bertentangan.
Rakyat juga perlukan kepastian bahawa sekiranya mereka memberi kemenangan kepada PR, maka tidak akan ada perbalahan tentang cara pemerintahan mahupun perebutan jawatan Perdana Menteri yang berpanjangan.
Tidak cukup dengan hanya berjanji bahawa PR akan dapat menyelesaikan perbalahan dan perebutan jawatan itu dalam masa yang singkat selepas memenangi PRU kerana ia merupakan satu persoalan subjektif. Malah ‘masa yang singkat’ itu sendiri merupakan satu persoalan lain pula.
Rakyat perlukan kepastian yang kehidupan mereka tidak akan terjejas sementara perbalahan dan perebutan jawatan itu berlangsung.
Jika Kit Siang gagal melihat soal ‘siapa Perdana Menteri’ sebagai sesuatu yang penting, maka Kit Siang sebenarnya tidak layak menjadi seorang ahli politik pun. Lebih-lebih lagi apabila Kit Siang juga boleh jadi antara ‘calon Perdana Menteri’ itu. Justeru, bagaimanakah PR boleh meyakinkan rakyat bahawa bakal PM nanti bukanlah seorang yang tidak faham akan kepentingan ‘institusi Perdana Menteri’ itu sendiri?
11 comments:
Saya setuju blog ini terus di moderate kan untuk mengelak berok berok dari BN dan parti pembangkang memberi komen komen bertaraf longkang .
Semua blog BN mesti dedahkan segala korasi, rasuah dan salahgunakan kuasa DAPigs, PAShit dan Aljuburi serta keluarga beliau dan semua Parit Kencingkan Rakyat setiap hari untuk mengingatkan rakyat.
Channel News Asia Singapura cuma memaparkan plan menarik mereka Lim Kit Sial pengkhianat Umno.
1. Hari ini pada 26/04/2013 5.25 pagi CNA dalam berita pagi, melapurkan Lim Kit Sial mahu menjatuhkan Johor, Sabah dan Sarawak ke tangan pakatan ranap, menjadikan 6 negeri yang boleh ditawan. Kata pengkhianat ini rakyat mesti memberi sokongan untuk ‘ubah’ kepada parti pakatan ranap supaya berjaya menggulingkan Umno dan BN.
2. Lim Kit Sial manusia berkepala syaitan sudah tidak faham dan tidak memerhati sudah banyak transformasi yang dibuktikan dengan gagasan 1 Malaysia. Manusia berkepala syaitan ini masih berkeras hati dan akal dengan pendirian yang busuk hati.
3. Lim Kit Sial bapa penganjur, penghasut menaikkan semangat perkauman dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sekarang bapak syaitan ini mahu meresap ideology anti-Melayu dan bangsa cina mereka di Johor, Sabah dan Sarawak.
4. Tetapi tiada sedikit temu ramah dengan Umno atau BN yang CNA mahu diselaraskan dalam penyiaran berita CNA ini. Berita berat sebelah, pentingkan Lim Kit Sial kepala syaitan sahaja.
5. Jabatan Kedutaan Malaysia di Singapura masih tidor lagi? Ambil tindakan dengan media Singapura, jangan jadi pembelut kerajaan kamu.
Kalau Dap kata: letak anjing pun Dap boleh menang, tak mustahil semua orang dah dapat mengagak siapa yang akan diangkat sebagai PM Pakatan Rakyat.
Lu fikirlah sendiri.
INI BLOG PRIVACY AHLI NERAKA JAHANAM!
Aku post dari kenyataan media KAMI (oleh Khalid Ismeth).....rupanya parti PR ni macam-macam ada....segala komunis , syiah, dikutip masuk geng.....lepas tu bagi hak sama rata kpd semua kepercayaan mengikut anutan pluralisme lah kata kan..bahaya ni. syiah boleh membiak, komunis boleh membiak...isk.isk..isk....hancur bumi m'sia!
KENYATAAN MEDIA KAMI : HADI JANGAN JADI MACAM MAHATHIR
1. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) begitu terkilan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkenaan dengan kenyataannya semalam yang seolah mahu menghancurkan tahaluf siyasi yang dibina selama ini.
2. Tindakan yang kononnya mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sebenarnya tidak berasas. PAS tidak sepatutnya melakukan perkara yang menghancurkan persefahaman.
3. Sekiranya ada calon yang menjadi ‘pengedar dadah’, buat sahaja laporan Polis dan kemukakan bukti. Tak molek sekiranya bercakap kosong dan bertindak sebegini.
4. Hadi juga seharusnya menghormati dan tidak menghina fahaman orang lain, Islam menyebut bahawa ‘tiada paksaan dalam beragama’ malah dalam alkafirun, allah menggesa umat islam menghormati pegangan orang lain.
5. Berkenaan dengan isu gambar Karl Marx, Stanlin dan Lenin di dalam bilik gerakan, kami tidak rasa ada sebarang masalah kerana kesemuanya merupakan tokoh dalam perjuangan menegakkan negara yang berlandas kebajikan sosial.
6. Tindakan ini sama sahaja seperti menggantung gambar Tuan Guru Nik Aziz dalam bilik gerakan, apa bezanya?
7. Kalau pun ada calon yang menganut fahaman komunis, Hadi sepatutnya rasa ‘bangga’ kerana Islam sendiri meletakkan kesamarataan dan keadilan di tempat yang tinggi. Mungkin Hadi patut buka sejarah semula mengenai gerakan komunis di malaysia dalam usaha kemerdekaan negara.
9. Hadi sepatutnya meraikan kepelbagaian idea dalam negara demokrasi ini, bukan memaksa orang lain berfikir dalam satu acuan sahaja. Islam sendiri meraikan kebebasan berfikir apabila dalam al-Quran berulang kali menyebut ‘Afala Taqqilun’ (tidakkah kamu menggunakan aqal?) dan ‘afala tatafakkarun’ (tidakkah kamu berfikir?)
10. Jika perkara ini terjadi, memang sah Malaysia tidak akan ubah seperti zaman pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad bila mana rakyat dikekang daripada berfikir dan bercakap sehingga wujud budaya takut atau ‘culture of fear’ sehingga tercipta istilah Mahathirisme.
11. Kami mohon supaya Hadi menarik balik kenyataannya sebelum terlambat bagi menjamin kesejahteraan bersama.
KHALID ISMATH,
PRESIDEN,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)
UBAH - Undi Buat Anda Hancur!
Pakatan tak pernah berubah. Asik-asik kerjanya mengutuk BN:
BN perkauman.
BN rasuah.
BN mensisihkan cina.
BN menekan kebebasan bersuara.
BN menyusahkan rakyat dengan toll dan Aes.
Bila Pakatan nak berubah?
Nantilah bila Dap dah padam.
anon 12:54 am!
Komen anda pun sama taraf dgn longkang je! dan longkang anda lebih busuk dan tercemar!
Anon April 26, 2013 at 7:43 AM,
KAU ADALAH AHLI NERAKA JAHANAM!!!
Haha..sape kau nk tentukan org masuk neraka ke syurga...sesat betul ko ni..ckp mcm xde didikan agama..bwat malu n perbodohkn diri...len kali nk ckp tu pi blaja byk2 sket psl ilmu agama yea..neraka dan syurga seseorg itu hanye Allah saje yg tentukn..Allah yg akn judge kite..n ko pun belum tentu masuk syurga..jage sket mulut tu sblm ckp..jgn ckp mcm org cetek akal..
Post a Comment