Friday, April 5, 2013

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 14 : CHUA JUI MENG AKAN KETUAI GERAKAN SABOTAJ DAP DI JOHOR ?



Pengumuman oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengenai pencalonan rasmi Lim Kit Siang mewakili PR di Parlimen Gelang Patah dilihat memberi kesan besar menyebabkan gerak kerja PKR Johor bagaikan kehilangan jeneral perang.

Mana tidaknya bila mana selepas pengumuman itu, Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng terus senyap menyepikan diri membawa hatinya yang rajuk selepas kerusi Parlimen Gelang Patah yang menjadi sasarannya kini diberikan kepada DAP.

Tindakan Anwar menyebelahi Lim Kit Siang sukar dimaafkan oleh Chua Jui Meng selain turut mengecewakan penyokong PKR kerana merasakan Anwar sengaja mengkhianati mereka.

Masing-masing sebelum ini cukup teruja untuk melihat Chua Jui Meng bertanding di Gelang Patah yang dikira kerusi selamat untuk Pengerusi PKR Johor itu. Segala usaha dan wang ringgit yang dikorbankan kini melayang begitu sahaja dan hasilnya pula dituai oleh Lim Kit Siang.

Bagi Anwar pula soal setia kawan dalam politik tidak pernah kekal, ia hanya berguna bila ia dianggap menguntungkan dirinya sahaja. Dalam kes di Gelang Patah, ternyata Anwar lebih meyakini pemimpin DAP berbanding pemimpin dalam partinya sendiri.

Chua Jui Meng perlu menerima hakikat di mana letak kedudukan dirinya pada mata Anwar yang tergamak membiarkan pemimpin dalam parti sendiri terkonteng-konteng tanpa pembelaan.

Tika ini banyak spekulasi membayangkan kemungkinan Chua Jui Meng akan keluar dari PKR atau pun mungkin mengambil langkah drastik mengganggu kempen PR di Johor setelah dirinya diketepikan.

Dalam perkembangan terbaru, Nanyang Siang Pau melaporkan pada hari Sabtu 6 April 2013 nanti Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman penting berkemungkinan besar mengenai hala tuju politiknya.

Ada sumber menyatakan Chua Jui Meng hampir pasti menolak tawaran bertanding di tempat lain dan mungkin menyepikan diri serta tidak akan mengambil bahagian dalam PRU 13.

Jika ia menjadi kenyataan bermakna PR akan mendepani PRU 13 dalam keadaan tempang, kalau pun Chua Jui Meng berubah fikiran saat akhir menerima tawaran bertanding di mana-mana kawasan ia tetap memberi kesan moral kepada jentera PKR.

8 comments:

Tukang Komen said...

Kit Siang tidak mungkin bertanding di Gelang Patah. Ini semua gimik pakatan. Anwar juga akan kekal bertanding di P.Pauh.

aps said...

setuju..ng tukan komen

anwar menang hampir 30ribu
melawan lebih kurang 16 ribu

Anwar buat cam tu nak solve sementara
gaduh dap - pkr

dap akan senyap.sbb bos yg turun
pkr akan senyap sbb nuar yg umum

kapal ada sebut ju meng trojon horse. marah sgt tu.xnampak nak runding2..atau mmg trojon horse..

so nak nampak real katala nak bertanding kat perak..nampak cam strategi sket.. (ko tgk sikit punya bngga penyokong apa..)

org kg mana percaya anwar meliwat..org tua2 lg la..

ahmadborhan said...

betul tu..ada agenda.
terselindong.

Anonymous said...

CIKGU MALA BERTANDING DIMANA?....CIKGU MALA BERTANDING DI MANA?

usin said...

moralnya, jangan percaya anwar.

Anonymous said...

Apo kono eh jang????

ali said...

Last month aku ada berbual dgn org permatang pauh masa nunngu connecting flight di klia...hujahnya yg dpt aku rumuskan permatang pauh menolak anwar ibrahim. Pd aku,no wonder anwar kuar ke tmpt lain. Di gelang patah,andainya DAP menang. Ini petanda yg kaum cina berpolitik atas dasar perkauman. Dgn majoriti lbih 50%, isu perkauman adalah isu kuat DAP di gelang patah. Rata2nya kawan2 (lingkungan umur 30 an)cina aku di gelang patah dan skudai pro DAP. meskipun pembangunan wilayah iskandar rancak di sana tp itu bkn penilaian pd mereka.

Anonymous said...

Kami tak tolak islam. Kami tolak PAS