IKLAN BERBAYAR

Thursday, April 4, 2013

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 13 : PUNCA ANWAR CABUT LARI DARI PERMATANG PAUH !



Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa ‘besar kepala’ sejak mendapat mandat besar dalam Pilihan Raya Umum 2008, di mana pakatan pembangkang berjaya menafikan 2/3 penguasaan Barisan Nasional di Parlimen dan Ketua Umum PKR dipilih sebagai Ketua Pembangkang setelah menang kerusi di Parlimen Permatang Pauh.
“Anwar semakin ‘besar kepala’ sejak mendapat mandat pada 2008 dan meminggirkan rakyat di sini dan hanya pulang sesekali, itupun jika terpaksa menghadiri majlis besar pembangkang negeri, manakala selebihnya untuk ceramah politik,” kata Mohd Rafizal Yusof, 40, salah seorang pengundi Permatang Pauh kepada Berita Harian.
Menurutnya, keputusan Anwar mahu berpindah parlimen berpunca daripada kekurangan sokongan rakyat terhadapnya berikutan kegagalannya menumpukan kepada program dan pembangunan di kawasan parlimen tersebut.
Seorang lagi pengundi, Yusof Sudin, 75, berkata Anwar yang diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 sudah jauh berubah kerana dilihat leka mendahulukan matlamat peribadinya berbanding berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.
“Apa erti seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat? Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat.
“Kalau Anwar pulang ke Permatang Pauh pun, niatnya hanya sekadar untuk berkempen dengan memperdaya masyarakat di sini untuk terus menyokongnya. Namun, apabila rakyat memerlukan khidmatnya, dia ‘lesap’ entah ke mana dan ini membuatkan penduduk tawar hati untuk terus menyokongnya,” katanya.
Yusof berkata, sikap sambil lewa Anwar terhadap penduduk Permatang Pauh berlaku kerana beliau terlalu selesa di kawasan yang dikatakan kubu kuatnya, selain yakin pengikut setianya akan terus menyokongnya.
“Sudah sekian lama penduduk Permatang Pauh dipergunakan Anwar dan kami semakin sedar keadaan ini dan kalau dia bertanding sekali pun di sini, saya percaya sokongan terhadapnya tidak lagi hebat seperti dulu dan kemungkinan besar beliau tewas,” katanya.
Semalam, Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, mengumumkan akan bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh dan memilih Perak pada PRU-13.

11 comments:

Anonymous said...

Petunjuk permulaan kejatuhan dinasti Anwar.
1) Lari dari kawasan sendiri dan bertanding ditempat lain akan mengundang bencana kekalahan pada Anwar.
2) Anwar sendiri telah mengumumkan bahawa Presiden PKR Wan Azizah tidak akan bertanding pada PRU13 ini.
3) Anaknya Nurul belum pasti boleh mempertahankan kerusi Lembah Pantai.

Anonymous said...

BUAT APA "CABUT" CEPAT2, KAN SEDANG KEMUT TU... ADOOOOH LAZATNYA. ADA BEBERAPA MASALAH TIMBUL KERANA LAMBAT "CHA ALIP BOT" (CABOT):
i) Gigit sakit kerana lambat cabut.
ii) Ubi jadi kayu kerana lambat cabut.
iii) Perempuan "termengandung" pasal lambat "cabut" juga.

Jadi anuar tak mau apa-apa masalah diPermatang Pauh itu sebab dia siang2 "CA ALIF BOT"

Anonymous said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

bong dom said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

bong dom said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya
http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Anonymous said...

anwar akan sedar bahawa tdk semua org bersamanya menjadi PM

Anonymous said...

Untuk meluaskan empayar kenalah keluar dr kawasan yang sudah pasti dimenangi Pakatan.Kenapalah nak menyibuk kalau calon bertukar kawasan lain.BANGANG TAHAP GABAN lah korang ni semua..Jgn jd katak bawah tempurung,duk aje selamanya tak keluar.GAP ni saya bagi nilai 5 bintang bagi kategori memfitnah dan memutarbelitkan fakta..SYABAS.

Anonymous said...

JANGAN GENTAR..ANWAR KE PERAK NAK TEST MARKET AJE..AWAT KORANG MENGELABAH.BAK KATA PEPATAH,KLAU YANG BAIK-BAIK,PASTI BOLEH DITERIMA DIMANA SAJA.INI TIDAK,HANYA MENGHARAP DITEMPAT YANG SAMA AJE.TAK BERANI KELUAR KAWASAN TAPI CERAMAH BERAPI-API MENDAHULUI TUHAN.KASIHAN KITA SESAMA INSAN.

Anonymous said...

Bro GAP,nape komen wa tak pernah paparkan..wa banyak puji sama lu tp tak penah masyuk.

Anonymous said...

Haha..dh lambat cabut termengandung la pulak..cabut lari la..haha..

Anonymous said...

Memang itu kerje Ketua Umum!!!!

Bab umum serah kat dia,

nanti dia Umum