Friday, April 5, 2013

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 19 : MASALAH BESAR NAJIB ADALAH DIA SUKA TEPATI JANJI !


Hari ini genaplah 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.   4 tahun sebenarnya, adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin, namun tidak bagi pemimpin seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak.  

Dalam hanya 4 tahun, Dato’ Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.

Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato’ Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat.  Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato’ Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.

Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato’ Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah.  Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik.  Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato’ Seri Najib adalah lebih hebat lagi.

Fitnah yang melanda Dato’ Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan.  Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam.  Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.

Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato’ Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa.   Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.

Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang.

Hari ini, setelah 4 tahun berlalu, kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.  

Tidak cukup dengan cabaran fitnah, usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir.  Ia berlaku di Lahad Datu, Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.

Namun, keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Dato’ Seri Najib dengan tenang.  Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini, sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.

Dato’ Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir.   Jika nama Malaysia dikhuatiri ‘pudar’ sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.

Jika dulu kita disanjung kerana kesungguhan membantu rakyat di negara yang berkrisis seperti Bosnia atau mangsa-mangsa kekejaman PolPot di Kemboja serta lantang membela Palestine, maka kini Dato’ Seri Najib menerus dan meningkatkan lagi ‘tugas keamanan’ itu.  Akhir-akhir ini beliau telah pun berjaya membantu mengamankan selatan Filipina di samping membantu Selatan Thai dan memberi ikrar kepada rakyat Palestine.

Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari ‘gegaran’ ekonomi itu.  

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara, andainya bukan Dato’ Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.

Oleh itu, menjelang Pilihanraya-13 ini, rakyat Malaysia wajar mengambil kira segala pencapaian dan segala perkembangan yang berlaku dalam negara dalam membuat pilihan.  Ketepikan emosi dan pilihlah dengan minda yang waras.

Di kala dunia sedang bergelora dengan ancaman kuasa besar yang ingin menakluk dunia serta melalui ketidak-tentuan ekonomi, maka memilih sebuah kepimpinan yang bijak, kukuh, kuat, ikhlas dan prihatin amatlah penting.  Janganlah kita mengabaikan kapal yang cukup teguh dengan terjun ke dalam laut yang bergelora semata-mata percaya adanya sebuah kapal lain yang akan menyelamatkan kita.  Padahal kapal itu belum pun siap dibina, dan nakhodanya juga belum tentu siapa.

Justeru, berdasarkan apa yang berlaku selama 4 tahun ini, kita yakin bahawa tiada yang lebih baik untuk menakhoda Malaysia, melainkan Dato’ Seri Najib.   Apa yang penting ialah, kapal kita, iaitu BN yang telah sedia kukuh, perlu dikukuhkan lagi dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada nakhodanya demi masa depan yang lebih cerah.

21 comments:

Anonymous said...

Terbaik gap... ALHAMDULILLAH syukur...

Anonymous said...

stand by Najib!

BOB MALAYA said...

memang besar masalah ini najib ini sehingga membuatkan pembangkang tidak senang duduk mcm cacing kepanasan dengan janji yang ditepati membuatkan rakyat selesa dengan gaya kepimpinan najib yang berkaliber dan menjaga kepentingan rakyat..sedang pembangkang hanya pandai menabur janji dan kata manis tapi hampeh satu pun xder yang ditepati

komandomelayu said...

hanya orang yg benar2 buta hati dan bodoh yg menolak ds najib dan bn tetapi terlebih tolol pula boleh menyokong pas bodo dan pkr atas alasan islam!!

Anonymous said...

HIDUP GAP!!!
HIDUP NAJIB!!!
HIDUP BN!!!

Anonymous said...

Sangat setuju. Kita undi BN. Kita tolak PR.

Anonymous said...

Ini adalah pertanyaan tulus ikhlas... Anwar pernah tak menunaikan Umrah atau Haji. Kalau ada, harap sesiapa dapat cari gambar (yg bukan photoshop) untuk dijadikan bukti.

Anonymous said...

PM NAJIB BUKANLAH SEMPURNA TAPI DI MALAYSIA SEKARANG INI TIADA PEMIMPIN YG LEBIH BAIK DRP BELIAU.. JADI BELIAU SAJA PILIHAN YG KITA ADA.. JANGAN NAK CUBA TRY TUKAR KPD PEMIMPIN DARI PAKATAN HARAM TERUTAMA SI BAPAK GAY TU KELAK NEGARA AKAN PORAK PERANDA.. MALAYSIA AMAN SEJAHTERA DI BAWAH KEPIMPINAN PM NAJIB.. BIARKAN KESEJAHTERAAN ITU BERTERUSAN UTK KITA NIKMATI DI HARI MENDATANG.. BERILAH PELUANG ANAK CUCU CICIT KITA BERNAFAS DI BUMI MALAYSIA INI DGN UDARA BERSIH TAK TERCEMAR..

JANGAN DIBERI WALAU SATU UNDIPUN KPD PENYOKONG PELIWAT, PENGGADAI AGAMA DAN PENGKHIANAT BANGSA NEGARA!!

TERIMA KASIH PM NAJIB!!

MIRA EDORA said...

TAK PERLU DIPERKATAKAN LAGI APA YG NAJIB DAH BUAT UTK NEGARA KERANA SEGALA USAHANYA SELAMA INI DAPAT KITA LIHAT AKAN KEBIJAKSANAAN DIA DLM PERKEMBANGAN PESAT EKONOMI KITA. NAJIB BUKTIKAN DLM MASA 4 THAUN INI SAJA YG DIA BTL2 MENEPATI JANJI DIA TERHADAP RAKYATNYA. NAJIB MMG MEMPUNYAI KREDEBILITI DIRI YG SGT BAGUS SEKALI. AKU BENAR2 BERHARAP YG BN AKAN MENANG DAN NAJIB TETAP MENJADI PM KITA DLM PRU13.

Anonymous said...

Anuwar pula suka mencapati janji...

Anonymous said...

Kami akan bantu DS Najib PRU 13 ini.Tinggalkan sementara PAS..

AnkjatiMlayu said...

Salam, Insya Allah semoga kebaikan dan perjuangan Dato Seri Najib dikira sbg HASANAH oleh Allah. Smoga Tuhan meningkatkan kewibawaan dan kejayaan beliau.. dgn izin-NYA doakan UMNO BN cemerlang menang PRU13 dgn kemenagan lebih 2/3.. dgn aman negara ini dpt ditadbir.

Hapuskanlah pakatan haram.. lenyap dr muka bumi Allah ini demi kesejahteraan umat!..Aminn

adik 80 said...

mmg benar ape yg tertulis di blog ni...DS Najib mmg seorang yg benar2 menunaikn janjinya...segala janji die pada rakyat telah ditunaikn sebelum pembuburan parlimen...inilah contoh pemimpin yg kita perlukn dlm malaysia agar negara kt ttp aman damai

dol mat said...

Najib ni adalah contoh sebenar seorang pemimpin yg menjaga malaysia dgn aman...ini lah baru dikatakn pemimpin bkn mcm anwar haram tau nak meyusah kn rakyat dan nk jual negara kat yahudi jer....

kelly eng said...

mmg terbaik lah najib aku btl2 respect
dgn najib sama pandai n bijak seperti tun M yg sentiasa ingin kn rakyat hidup dgn bahagia...malaysia benar2 memerlukan pemimpin seperti najib utk terus maju...

bro yul said...

Dalam hanya 4 tahun Ds Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara,rakyat berpuas hati dengan pentabiran ds najib kerana beliau seorang perdana menteri yg berjiwa rakyat dan menepati janji...bagi aku sifat2 yg ada pada diri ds najib tidak ada pada diri anwar....ds najib seorang perdana menteri yg selalu memahami masalah rakyat dan terbaikkk........

Penyokong Tegar Najib said...

Pertama kali saya mendengar Najib berucap adalah pada tahun 1976 iaitu 6 bulan selepas pemergiannya Tun Abd Razak .
Intipati ucapannya 37 tahun dahulu telah direalisasikan oleh Najib dalam 2 tahun kebelakangan ini.
Mmg Najib telah menepati janjinya pada kami dgn perlaksanaan program mensejahterakan rakyat.
Saya masih percaya Najib boleh membawa Malaysia kearah pembangunan yang betul dan menepati kebahagian rakyat dalam masa yang sama.
SYABAS .... !!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Berapa ratus billion yg Tun Mahathir selamat duit rakyat dengan merangka rangkaian lebuhraya, LRT, jambatan PP, PutraJaya dan berpuluh2 lagi pembangunan yang difikir beliau lebih dua puluh tahun yg lalu. Kalau nak harap pembangkang pada ketika itu semua yg nak dibuat kerajaan dibangkang, kalau sekarang baru nak buat tentu kita kerugian berbillion2. Jasa Tun Mahathir telah menyelamat duit negara berbillion2. Tapi ini tak dicerita oleh Anwar.

Tun Teja said...

Yong Yen Nie wartawan Straits Times Singapura meracuni pembaca Singapura.

1. Wartawan sial Yong Yen Nie dari Singapura Straits Times semalam Jumaat, April 5hb, menyanjung Pakatan Racun. Katanya sudah beberapa orang muda yang dia laporkan memilih mengundi pembangkang. Seorang jurutera, Vinod Hariram, 30 tahun, Sarawak, kenaikan jenayah dan terkini pencerobohan orang Filipina ke Sabah menolong dia memilih pembangkang. “Saya hendak mengundi kerajaan yang memberi keselamatan yang lebih besar.”

2. Wartawan anak gampang, kepala hotak dengu Yong Yen Nie, dan Vinod Hariram, tak baca maklumat setiap hari ke?

3. Tanpa menghargai jasa dan usaha pehak Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM mempertahankan Sabah, wartawan YYN gampang ini menghentam BN dengan buta akal dan buta hati.

4. Kenapa Yong Yen Nie menutup rahsia kotor dalang Anwar, Sivarasa, Tian Chua, Jeffrey Kittingan dan lain pembangkang yang bekerjasama dengan Nur Misuari menggulingkan BN di Sabah?

Berita palsu dari Straits Times Singapura ini akan terus berkembang jika Jabatan Kedutaan Malaysia di Singapura tidak ambil tindakan.

Anonymous said...

die slalu ke luar negara to xpernah plak dgr die g umrah atau haji ..... mungkin belum sampai seru kit ..... xtau kh

Anonymous said...

Bukan x sampai seru, kiblatnya dah ke lain......lagipun berani ke sana? Dulu ada org PAS tu pegi buat haji....sekitar 2008/2009. Dicanangkan kononnya pergi atas jemputan kerajaan Saudi.....sampai sana stranded di Jeddah x dpt masuk Mekah beberapa hari...... mujur Menteri agama masa tu zahid & LTH tolong......hehehe..... Hardy Boy. Penerbit Harakah Daily x kan x tau kut.....