Wednesday, April 3, 2013

TUN DAIM BIKIN ANWAR MENGGELUPUR..



Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan!

Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13.

Menurutnya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Malah beliau percaya, BN mempunyai peluang untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selain dari itu, Tun Daim turut mengatakan permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya, disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau turut menafikan, andaian kononnya Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP. Ini kerana menurutnya pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau turut menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Ketika diminta mengulas mengenai makhluk bernama Anwar Ibrahim, Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.

Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya. Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai ‘Budak Bermata Biru’ Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.

Kesimpulannya, jentera BN di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima. Jentera dan petugas parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja yang dilakukan.

Apa yang penting ialah, mengembalikan semua keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.

8 comments:

Unknown said...

saalam seperjuangan... :)
mohon pautkan blog saya disini

http://daengselili.blogspot.com/

blog anti PKR telah sy pautkan disana :)..mekasihhhhh

Anonymous said...

kau buat kelako seram la.. sapa yg takut sapa skrg. setau aku daim yg takut nuar, mau dia tadah tempurung mintak org campak duit siling cari nafkah lepas kuar dari sungai buluh, klau tak kojol dlm penjara..

SAM said...

Anuwar ni belajar sastera macam mana dia bleh jd pakar ekonomi. bodo betul la ...

TOKGURU86 said...

Salam tuan. Minta jasa baik tuan untuk link kan blog saya www.tokguru86.blogspot.com

hehehe.. Jasa baik tuan saya hargai..

PEACE NO WAR

To Live Again said...

Dato Seri Najib umum jer Dato Mukhriz sebagai calon MB,InsyaAllah Kedah kembali ke pangkuan BN.Anak Kedah yg berada di perantauan akan berpusu-pusu blk mengundi untuk memantu Dato Mukhriz!Tp kalau Najib degil dn msh mahu menurut telunjuk pencacai2 umno di Kedah yg kita semua tahu siapa mereka alamat Najib akan menangis air mata darah melihat PAS akan terus mengukuhkan cengkaman di Kedah.

Unknown said...

Kenyataan terbaik oleh Tun Daim kali ini. Aku teruja segala fakta yang dihujahkan menghentam keras-keras akan Anwar Aljuburi dan Pakatan Racun yang langsung memberi harapan kosong kepada masa depan kedaulatan Negara tanah air Malaysia.

Tetapi malangnya segala kenyataan ini tidak dipablisykan oleh Straits Times Singapura, kita sudah tentu maklum akan sikap wartawan cina barua DAP.

Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain di Malaysia tidak pernah dapat dibaca di Singapura kerana kuasa PAP yang menentang kerajaan Melayu di Malaysia.

Mengikut Straits Times Singapura pada tarikh 28 March 2013 si babi Carolyn Hong tidak merepotkan segala perbualan mantan menteri kewangan Daim Zainuddin dengan New Straits Times. Si betina sepet ini tidak melaporkan yang:

1. Anwar sudah mensia-siakan peluang semasa menjadi Timbalan PM.
2. Anwar akan membikin huru-hara Negara dengan mendapat nasihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Paul Wolfowitz
3. Anwar penghasut yang hebat ucapan berapi-api lebih sukarno daripada perkara lain.

Tetapi yang dilaporkan sangat rengan akan kesalahan si Sang peliwat ini.
Mengikutnya Straits Times Singapura oleh si babi betina ini:

• Daim Zainuddin berkata Anwar mencadangkan satu komplot untuk bersedia menghadapi kekalahan walaupun dia menghebahkan peluang untuk menang dalam PRU ke 13.
• Anwar menyiapkan persepsi kepada rakyat dan seluruh dunia bahwa dia akan menang, tetapi dia tahu dia tidak akan berjaya. Jikalau Pembangkang kalah, dia akan menyalahkan kerajaan kerana ketidakadilan amalan dan rusuhan akan berlaku dijalanan.

Sudah terang si betina (bo) Hong ini mahu memberi berita palsu yang menguntungkan Pakatan Racun. Berita yang meracuni fikiran rakyat luar Negara dan rakyat Malaysia di Singapura aku harap dapat ganjaran yang berat dan balak yang menimpa sehingga ditanggung seumur hidup tidak dapat menjadi wartawan Straits Times Singapura nanti.

Aku menyeru semua rakan-rakan di Malaysia, sayangilah Malaysia, jangan dibiarkan pengikut pengkhianat –pengkhianat Malaysia menyebarkan berita palsu dan ambil tindakan lah sepatutnya.




Anonymous said...

DS Najib harus lepaskan Mukriz ke DUN untuk menangkan BN Kedah. Itu Fakta.

Anonymous said...

Lu lagi bangang. Anwar jadi Menteri Kewangan 9 tahun bawah Mamakutty. Belajar lagi politik bro..