Monday, May 13, 2013

WAJIB SEBARKAN ARTIKEL INI PADA..MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI !



Orang Melayu hanya ada masa 4 tahun lagi sebelum segalanya terlambat. Melayu yang masih bergaduh dan bergasak sesama Melayu meninggalkan kesan kekalahan kepada beberapa buah negeri dan hampir kalah di sebuah negeri.

Melayu yang masih kecil dan belum faham erti politik tentu kecewa bila dapat tahu 10 tahun lagi, kuasa Melayu itu sudah tiada lagi di Tanah yang bernama Melayu. Moga itu tidak berlaku. Namun, segalanya boleh hilang jika tumpas empat tahun lagi. Segalanya boleh berlaku, jika perubahan sikap tidak dilakukan.

Cukup cukuplah sengketa dan menuding jari. Masa itu tidak harus dibazirkan. 5 tahun dahulu, faktor yang sama dibincang dan dicanang sebagai punca beberapa negeri tumpas. Namun pengajaran tidak pernah diambil.  Pelajaran tidak pernah dipelajari. Yang dibincang bagai mencurah air di daun keladi.

Yang tua terus bergasak untuk kuasa. Yang muda terus dianggap terlalu mentah dan baru dalam politik. Tua anggap muda kurang pengalaman. Muda tidak hormat tua. Itulah realitinya, tidak hormat dan pandang pada ilmu dan kebolehan. Akhirnya jurang itu diisi oleh kekalahan. Parti Melayu yang mengisi kemerdekaan negara ini baru menyambut ulang tahun yang ke-67.

Perjuangan dahulu dan sekarang umpama langit dan bumi.  Banyak yang muda sudah tidak faham erti dan manifestasi diri. Mereka diajar menyokong individu bukan parti. Mereka dirajakan dan disahabatkan dengan duit bukan perjuangan pertiwi. Oleh itu, bila yang tua bergasak, mereka turut sama bergasak kerana sokongan itu adalah pada individu.

Duit menjadi raja. Pengampu orang kaya dipandang sebagai mahir segala. Kasihan pemimpin yang rajin bekerja. Mereka benar benar berkhidmat untuk bangunkan negara. Beri segala yang rakyat minta. Beribu ditatang di mata pemimpin, namun hakikatnya ribuan itu bukanlah realiti sokongan.

Hanya sedap pandangan mata. Segala yang manis ditabur kepada pemimpin. Takut bercerita situasi yang pahit. Yang manis enak didengar. Yang masam disapu bawah tilam.  Jangan diulang perkara sama, hadaplah rakyat dengan suasana sebenar. Biar pemimpin lihat realiti. Biar pemimpin rasai apa yang terbuku di hati.

Siang dan malam mendahulukan rakyat. Kampung dan kota habis dikunjungi. Semuanya demi rakyat. Namun apakan daya ada rakyat yang tidak faham erti terima kasih. Mereka memilih kerana emosi. Mereka memilih kerana persepsi. Bila keputusan diumum, barulah mereka menyesali. Kesan buruk bila tersalah undi.

Kesan yang bakal ditempuh 5 tahun lagi.  Melayu sekarang sudah semua senang. Lahir dalam senang. Bertatih pun senang. Bersekolah pun senang. Masuk universiti pun senang. Segalanya sudah ada sebab negara sudah senang.

Bila sudah sudah senang, mereka gagal fahami apa itu erti susah. Susah hendak fahamkan orang yang lahir lahir sudah senang. Lagi bertambah susah bila hendak memahamkan mereka bahawa kesenangan itu adalah hasil kerja kuat nenek moyang Melayu dalam politik.

Mereka kata itu cerita karut. Mereka kata itu dongeng. Mereka tidak mahu dengar Sejarah. Mereka tidak mahu dengar cakap orang tua. Inilah masalah besar orang Melayu yang masih muda.  Lebih percaya pada cakap penglipur lara yang datang atas pentas terbuka. 

Lupa dan alpa dengan cerita manis penglipur lara. Membawa cerita percuma, percuma dan percuma. Lupa dan hanyut dalam janji manis penglipur lara. Janji yang belum tentu mereka dapat penuhi. Itu pun ada orang yang masih percaya dan tersengih sampai ke pipi.  

Melayu mudah lupa. Ungkapan itu ada kebenarannya kini.  Lupa pada kesusahan. Lupa pada tangan yang memberi kesenangan. Mudah percaya pada “hantu” yang menjaja cerita segalanya dalam dunia ini haruslah percuma. Melayu yang datang atas hak demokrasi pun dianggap hantu. 

Suatu ketika, orang muda Melayu bangkit menyatukan bangsa untuk kemerdekaan. Suatu masa, belia Melayu bangun menyedarkan bangsa tentang ancaman komunis dan keselamatan negara. Satu waktu dulu, pemuda bangsa Melayu berusaha gigih selamatkan bangsa dari miskin di bumi sendiri.

Tiga usaha tersebut sudah berlalu. Kini cabaran yang terbesar adalah mengekalkan kuasa politik Melayu. Masih ramai Melayu yang kurang faham matematik politik Melayu dalam parlimen. Mereka gagal bezakan antara persefahaman politik dengan “pakat pakat” berpolitik.

Jangan sampai segalanya sudah hilang. Sekali terlepas kuasa ini. Melayu akan hilang terus kuasanya. 4 tahun lagi, usah diulang faktor faktor yang sama ini.

Masa sekarang adalah untuk bertindak. Hentikan tuding jari dan memulakan konspirasi. Melayu tidak akan kalah jika Melayu bersatu. Melayu hanya akan kalah jika Melayu itu menjatuhkan Melayu sendiri. 

Lihatlah sejarah pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Selepas 29 tahun, pemerintahan itu berakhir kerana pergaduhan semasa sendiri. Abbasiyah juga hancur kerana pengkhianatan dalaman. Kota Melaka yang agung selama 116 tahun juga runtuh kerana pergaduhan sesama sendiri. 

Putrajaya dibina atas runtuhan Kota Melaka, sedarlah kemerdekaan ini baru 56 tahun. Usia masih lagi di pertengahan era Empayar Melaka yang pernah gemilang dahulu.

Fahamilah, bahawa dunia Islam sekarang adalah pada akhir zaman. Banyak tempat yang lain, Islam sudah dicabar, dibakar dan diserang. Hanya bumi Melayu, syiar Islamnya masih kuat. Kuat kerana Melayu itu adalah Islam dan Islam itu adalah Melayu. Khalifahnya masih lagi Raja Melayu.

Inilah istimewanya Melayu di bumi ini. Jangan menyesal air mata darah. Renungilah ungkapan “Melayu Itu” karya Usman Awang. Melayu sedang dilawan dengan politik ideologi oleh pihak lawan. Jawapan terbaik untuk melawan arus lawan itu adalah dengan mengembalikan semula “roh Melayu dan Islam”. Inilah caranya. 

Bacalah dengan mata hati.

  
MELAYU ITU

Karya: Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat, Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, 
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran".

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

31 comments:

Anonymous said...

Melayu bodoh semenjak Portugis perintah Melaka 500 tahun dulu .

Ms Pearl said...

Melayu tak bodoh!
Melayu bijak , kuat, beriman bertakwa, Tetapi Pengkhianat berketurunan Melayu yang menghancurkan semuanya.
Bersatu lah....

Shaari said...

indah susunan bahasa, seindah matlamat yang nak digapai. moga bangsaku sedar dari lamunan.

abghani said...

sistem pendidikan di sekolah melayu mesti di modenkan dan tingkatkan lagi.semangat patrotik pelajar diutamakan.
Cuba tanya budak sekolah menengah siapa PM/TPM/Menteri pendidikkan..mesti tergagap nk jawap.
Pelajar sekarang pengatahuan AM kebanyakan nya hancur.

Anonymous said...

seloka pantun puisi bagai ni belum boleh di dendangkan sekarang....tunggulah bila nanti melayu dah jadi pengemis,terpinggir, di hina, di halau masuk hutan oleh cina kafir harbi, masa tu baru lah boleh di dendangkan....masa ni ialah masa utk menghancurkan selumat lumatnya bangsa melayu....masa utk menjatuhkan kerajaan pimpinan org melayu & ISLAM.....jadi kepada semua ahli PAS, PKR ....mari la kita semua berganding bahu bersatu membantu memecah belahkan perpaduan org melayu...by hook or by crook...jgn bimbang, segala jasa baik kita ini akan tetap di kenang dan di sanjung oleh para Cina DAPigs...SESUNGGUHNYA KITA BERBANGGA MENJADI ANJING SURUHAN DAPIGS....

Anonymous said...

JOM PAKAT JADI CYBERTROOPERS BN/ LIKE VIDEO PRO BN DAN DISLIKE VIDEO PRO PR DI UTUBE. KOMEN HENTAM MEREKA. PEMBOHONGAN MEREKA TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI. BERTINDAK SEKARANG

Anonymous said...

Terbaik melayu Pas, Pkr, Dap.. Pergi mampos dengan melayu umno..

Anonymous said...

Semangat lagi kaldai nih

Anonymous said...

Ko la pegi mampus dulu

Anonymous said...

Dikala pencacai memghentam kaum cina, perlantikan exco bg negeri johor terpaksa delay kerana perlukan wakil dari cina untuk menggangotai dewan rakyat johor..

Bangang punye pncacai umno...

Anonymous said...

Bangang lagi kaldai dlm pas dan pkr

Anonymous said...

Kat penang exco melayu sorang aje..penduduk lebih 50 peratus..bumi dipijak penuh babi

Anonymous said...

Memang laa penduduk melayu kat Pulau Pinang 50 peratus ... tapi ramai melayu kat sana tak pergi mendafter sebagai pengundi . Nak buat macam mana dah melayu bodoh macam lembu .

Anonymous said...

Dorang akan sedar..bila mana dirinya atau keluarganya kena tipu atau dianiaya..atau pongongnya diliwat atau anak daranya dirogol

Anonymous said...

Nak selamatkan melayu ke nak ....bukan nak selamatkan kroni umno ke.....dah berapa banyak tanah pakatsn rakyat gadai.....akai ada kaa..

Anonymous said...

Menuduh org liwat....buat dosa kering je.....lebih baik kita muhasabah diri kita.....dimana kesilapan kita daripada menuding jari menyalahkan orang lain

Anonymous said...

Penang dulu umno yg pegang....pastu bagi kt gerakan....pastu dap ambik....masa gerakan dulu cina tak makan babi ke....insaf la tuan tuan....kita cari punca...bukan mencari salah orang

Anonymous said...

Umno sudah jauh tersasar dari perjuangan., mereka bermati matian hanyalah untuk meneruskan legasi menteri2 mereka yg korup.. Itu aja perjuangan yg tinggal dalam umno.. Jalan yang terbaik dengan mncetuskan isu perkauman.. Itulah umno yang telah ditolah oleh majoriti pengundi middle class dan generassi muda terpelajar..

Anonymous said...

Melayu PKR PAS DAP adalah Melayu CELUP..Bertuhankan Anwar BerRasulkan Nik Aziz, Bernabikan Lim Kit Siang..

Anonymous said...

Salam semua, UMNO dah berkubur zaman Tun M.. UMNO baru dah tak valid perjuangan dah tak ada fisabilillah semuanya duit.. dari Pemimpin tertinggi sehinggalah cawangan.. boleh tak Ahli UMNO buat kerja tanpa dapat upah...

Anonymous said...

Anon 929pm. Ahli umno taklah sehebat mcm ahli pas yg sanggup bergolek atas jalanraya dan pegang bendera kapir harbi secara percuma.

Cerminlah muka dulu. Buat statement ikut nafsu aje.

Anonymous said...

Gap harap dapat terus serang dap pkr dan pas tanpa henti dan jangan tukar topik kepada kelemahan melayu secara terang.

Tak ramai melayu yg tak sedar diri membaca blog kau. Cara yg paling efektif ialah dengan mendampingi mereka. Org muda suka outgoing atau event2. Mereka suka sorak2 sbb tu demo jalanan penuh dgn golongan ini.

Melayu pertengahan atas dan professional selalu suka berterus terang dan kadang2 terkecil hati org2 politik. Akibatnya org politik tak suka golongan ini kerana sangka mereka cuba tunjuk pandai.

Cadangan supaya ahli parlimen lebih meluangkan masa dengan rakyat dan menerangkan dasar2 kerajaan manakala golongan professional dan pakar2 dilantik jadi menteri atau timbalan supaya kerja2 dan struktur2 program dapat dijalankan dengan tepat dan pantas mungkin patut diberi pertimbangan.

Berbalik kpd topik melayu tidak sedar diri adalah 100% kerana mereka kecewa dan tak mendapat perhatian yg sewajarnya. Jika ds najib dalam sekelip mata boleh bertungkus lumus untuk mengambil hati kaum cina dan india, sudah pasti kaum melayu akan protes dan balas dgn mengaibkan umno. Pada mereka umno bukan lagi menjadi penaung dan pembela org melayu.

Anonymous said...

Masaalahnya begitu ramai guru yg makan gaji buta ngan kerajaan tapi menentang kerajaan.........

Anonymous said...

Dia tu nak berketuakan kafir.....fan peliwat......gay......

Anonymous said...

Kau apa tahu.....itu namanya ketajaan yg iginkan keamanan....
bodoh

Anonymous said...

Apa nak buat itu yang mereka mau....sokong lagi PKR
.

Anonymous said...

Aku bukan orang politik, cuma pengundi biasa.Aku sering membaca dan mengikuti pandangan dari semua pihak:
1. Melayu dlm UMNO cakap merekalah yg terbaik, satu-satunya yg dpt mempertahankan suruvival Melayu.
2. Melayu dlm PAS dan PKR cakap mrklah yg boleh mengubahkan halatuju negara kepada keadaan yang lebih adil dan sejahtera utk semua rakya.
3. Melayu dlam UMNO cakap PAS dan PKR pengkhianat kerana bekerjasma dngn Cina DAP dlm politik Msia.
4. Melayu dlm PAS dan PKR cakap, UMNO telah lama bkerjasam dgn Cina dlm MCA dan Gerakan, memunggah khazanah negara, melupus hak2 yg sepatutnya kekal pd org melayu.
5. Melayu dlm UNMO cakap, kalau PR menang negara ini diperintah oleh org Cina dan melayu akan terancam.
6. Melayu dlm PAS dan PKR cakap dah lama melayu terancam dengan dasar2 yng dibawa oleh BN dgn pengagihan kekayaan yg tak seimbang.
MANA SATU YG BETUL????

APA YANG AKU LIHAT:
1. Ahli politik melayu yg aktif dlm UMNO banyak jadi kaya raya, hatta kawan aku bekas tukang kebun pun dah nkjadi jutawan, itu pun baru jadi pembantu (driver) MB.
2. Ahli politik melayu dlm PR masih kebanyakannya berpendidikan tinggi tetapi masih terkial2 mencari tapak, nampak stakat ini boleh dikatakan bersih lagi. Kalau dah kuasa aku pun tak pasti.
3. Org melayu UMNO tak mau melihat kesilapan diri, selalu menegakkan benang yg basah. Moral semakin merudum sehingga sanggup menggunakan benda2 dlm seluar utk kempen menjatuhkan lawan.
4. Org Melayu dlm PR, sering mendedahkan salahguna kuasa dan penyelewengan kerajaan, sebab itu mrk mendapat perhatian kalangan muda yg biasa anti establisment.
5. Melayu UMNO menguasai TV Radio dan Suratkhabar utk menonjol diri dan menyerang lawan.
6. Melayu dlm PR menggunakan internet untuk menyebar maklumat dan mempertahankan serangan.
7. Org UMNO selalu mengnggap pembangkang itu musuh utama sepanjang masa sesudah dan selepas PRU. Jika 'kita' menang utamakan org kita, bukan utamakan rakyat jelata, kecuali semasa menjelang PRU.
8. Org Melayu dlm PR selalu dilihat dgn penuh prasangka tentang kemampuannya membela bangsa.
9. Melayu UMNO, pelatih tinju berpakaian lengkap.
10. Melayu dlm PR punching bag digantung semasa latihan.

Wahai ahli politik melayu, carilah titik persamaan jika mahu mengajak bersatu...

Anonymous said...

Semoga Allah memberi taufik & hidayah kpd engkau.

Anonymous said...

Ingatkan Khalid yg kena Pegang Tombak..............hehehehe

Anonymous said...

Perasaan Dengki mendengki masih banyak wujud di kalangan orang Melayu. Bila orang Melayu kayu, kita dengki dan kata dia rasuah. Bila orang Cina kaya..OK lah tu..da usaha..usaha apa..Orang Cina kaya lah yang banyak sogok orang Melayu..lepas tu Orang Cina katakan pemimpin Melayu rasuah....Ini lah permainan Orang Kafir, Yahudi dan Nasrani untuk memecah belah Umat Islam...Fikir lah panjang2

Anonymous said...

Perasaan Dengki mendengki masih banyak wujud di kalangan orang Melayu. Bila orang Melayu kaya, kita dengki dan kata dia rasuah. Bila orang Cina kaya..OK lah tu..dia usaha..usaha apa..Orang Cina kaya lah yang banyak sogok orang Melayu..lepas tu Orang Cina katakan pemimpin Melayu rasuah....Ini lah permainan Orang Kafir, Yahudi dan Nasrani untuk memecah belah Umat Islam...Fikir lah panjang2