Tuesday, September 3, 2013

EDISI DOPOSEN PUN NAK MENGAMUK : BILA PAS DAKWA PAS PENGKHIANAT PAKATAN..


AIDCNews – 01/09/13 – Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad menuduh ada di kalangan pimpinan partinya telah mengkhianati perjuangan Pakatan dengan meletakkan calon dan bertempur sesama sendiri.
Khalid yang juga Timbalan Pesuruhajaya Pas Selangor membuat dakwaan itu ketika menjawab persoalan khianat di laman peribadinya, www.khalidsamad.com/
Mengambil contoh kes Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara (KD), Khalid berkata Pas tidak sepatutnya meletakkan calon, sekalipun Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding, kerana beliau bukan bertanding di atas tiket partinya, sebaliknya atas tiket PKR.
Menurutnya, Pas perlu akur sesiapa sahaja yang bertanding atas tiket PKR, tanpa mengira ideologi yang dianutinya.
“Dalam kes Kota Damansara, ianya telah dipersetujui, sejak awal lagi, ianya kerusi PKR. Soal calonnya anggota atau Presiden PSM sekalipun tidak releven kerana itu pilihan PKR siapa yang mereka ingin letakkan sebagai calon mereka. Akhirnya lambang di atas kertas undi adalah lambang PKR bukan PSM. Tiba-tiba PAS letak calon dan serang calon PKR. Maka PAS khianati perjanjian.
“Dalam kes PSM bertanding atas lambang mereka sendiri, seperti di Semenyih, tidak timbul isu khianat sekiranya PAS, PKR atau DAP ditugaskan PR untuk bertanding di kerusi yang sama. Kerana PSM bukan sebahagian dari perjanjian kerjasama PR dan tidak pernah saya mendakwa mereka adalah sebahagian dari PR. Oleh itu khianat kepada PSM tidak timbul.
“Soal khianat hanya timbul apabila salah satu parti dari tiga parti yang berpakat dalam PR bertanding menentang parti lain dari PR. Iaitu PAS bertanding lawan PKR atau DAP, atau PKR bertanding lawan PAS atau DAP atau DAP bertanding lawan PAS atau PKR. Lawan PSM atau mana-mana parti yang bukan dalam PR dalam konteks ini adalah tidak khianat.
“Maka dalam kes Kota Damansara, PAS bertanding lawan calon PKR bukan calon PSM. PSM tidak bertanding. Adakah betul Dr Nasir merupakan calon PKR? Tanyalah PKR. Watiqah dari PKR,” katanya.
Untuk mengukuhkan hujahnya, Khalid turut memberi contoh kes yang berlaku di DUN Sg Acheh.
“KD tidak bertindih dari awal. Dalam kes kerusi bertindih sekalipun, apabila diputuskan oleh PR siapa yang sepatutnya bertanding di kerusi berkenaan, maka semua perlu akur dan sekiranya tidak, seperti di Sg. Aceh, maka ianya juga suatu pengkhianatan.
“Khianat pada perjanjian yang telah dimeteraikan bersama PR maka dengan itu khianat kepada imej serta pendirian PAS dan juga Islam secara amnya,”katanya lagi.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan langkah parti itu meletakkan calon sehingga bertembung pertembungan di tujuh kerusi, iaitu DUN Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera (Terengganu), DUN Kota Damansara (Selangor), DUN Sungei Aceh (Pulau Pinang), DUN Panti (Johor) dan Parlimen Labuan.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin, macam mana orang PAS hendak sokong, orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja, tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, ada orang parti Stalin, parti Lenin, menjulang Lenin dan Stalin, (sebut pun tak berapa betul dah, nama bukan nama kita) orang Rusia, Karl Marx, gambar Karl Marx duduk dalam markaz, nak suruh orang Pas kerja, Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dialah, yang menganut idealogi komunis, ideologi komunis diharamkan di Malaysia, dia tepek (lekat) gambar Karl Marx dalam markaz, macam mana orang PAS hendak kerja.
“Ha inilah sebabnya bertindak bertanding itu…nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejap pastu jatuh, PAS bertindak, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat, PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan saja masa pilihanraya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya ‘syaitan-syaitan’ tidak boleh masuk Pakatan Rakyat,”katanya.

4 comments:

Anonymous said...

nama pakatan , tapi masing2 celaru . PSM bila nk berambus ? nampak tu , khalid gereja dah cakap awal2 , PSM bukan geng pakatan .PSM hidung tak mancung , misai tersorong2 . kalau masih bertelur dan berbulu , berambus lah dari pakatan cartoon .

Anonymous said...

Teman makin pening pikirkan kacau-bilau dalam Pakan Rakyat ni.
Orang tu salahkan orang ni,orang ni salahkn orang tu. Habis siapa yang betul?
Kalau tuan haji dah tahu ada ahli PR yang mengagong-agongkan pengasas idiologi komunis dalam markaz PAS, apa lagu tuan haji tunggu, bertindaklah. Singkirkan penghianat negara ini. PAS adalah parti yang memperjuangkan islam,bukan parti penghianat negara. Buruk2 kita pun negara tetap kita sanjungi.bukan dikhiyanati.

By;Cikgu"S"

Anonymous said...

Siapa khalidsamad ni? Is he one of the tukang karut in a dikir barat? I'm convinced, he is. He looked and behaved exactly like one... Tukang Karut... yang Marut...

Anonymous said...

pas bukan boleh buat perjajanjian cakap ta serupa bikin