Wednesday, October 2, 2013

KETUA WANITA UMNO : SOKONGAN TERBUKA GAP KEPADA SHAHRIZAT...


gerak kerja wanita umno yang paling aku tabik adalah JR atau jalinan rakyat.

database yang dikumpul oleh segenap ahli wanita umno inilah yang menjadi bahan kempen untuk 16 pilihanraya kecil dan pilihanraya umum yang berlangsung tahun ini.

sebut nama wanita umno, secara automatiknya rakyat akan terpandang wajah kak ijat dan rakan-rakan wanitanya di peringkat pusat dan negeri...

harus diakui gerak jentera gelombang merah wanita inilah sebenarnya banyak memeningkan gerakan pembangkang dalam usaha mereka untuk melakukan penetrasi terhadap pengundi.

momentum kekuatan ini harus dikekalkan memandangkan jika tanpa wanita umno, akan berlaku sepi tatkala kempen pilihanraya menjelang.

kekuatan jentera wanita umno pimpinan kak ijat harus tidak boleh disangkal.

mungkin dah tiba masanya wanita umno yang selama ini digelar sayap parti di naikkan pangkatnya menjadi tulang belakang parti.

ini sebagai menghargai semangat luar biasa jentera wanita umno ini tatkala perang pilihanraya berlangsung.







7 comments:

Anonymous said...

tak nak kak jat . kak jat punya nama dah kelabu asap dgn skandal lembu .

Cucu Tok Selampit said...

Salam GAP,

Walaupun saya bukan peminat Kak Jat, komen Tuan itu ada benarnya.

P/S: Untuk banner Naib Presiden UMNO kat atas tu, kenapa ada 5? Mana lagi seorang? hahahaha.

Anonymous said...

Kak ijat yang kuat kerja memang tak boleh di sangkal.

Anonymous said...

Shahrizat bukannya satu institusi. Wanita UMNO itu yang satu institusi. Jadi mengaitkan Shahrizat dengan sistem dan institusi sehinggakan kalau tak ada Sharizat maka institusi ini akannrosak adalah satu andaian yg salah.. kepimpinan memerlukan proses pembaharan dan peremajaan. Dalam keadaan sekarang Shahrizat menjadi liability bukan sahaja kepada Wanita UMNO malah kepada BN. BN dan UMNO perlu di lihat bersih dari sebarang imej yg kotor..

Anonymous said...

dulu2 pon sebelum kak ijat, wanita umno pon begitu juga.. bahkan lebih kuat dan mantap seiring dgn puteri,pemuda dan pusat.. tp da memang nasib wanita umno.. ketuanye sering bermasalah tp tidak mau berundur dan terpaksa diundur dgn pertandingan.. igt masa rafidah aziz pon wanita umno memang hebat gerak kerjanye dan rafidah terpalit dgn pengagihan saham kpd menantu.. tetap nk kekal jawatan dan terpaksa diundurkan melalui pertandingan.. kini sharizat terpalit dgn projet lembu fidlot keluarganye.. dan tetap tak mau undur.. mudahan akn diundurkan dgn pemilihan nanti..
walau apa masalah ketua mereka ,wanita umno terus gah dgn kerja2 mereka..

Anonymous said...

setuju....dalam byk2 pemimpin wanita, shahrizat yang get the job done!!

Anonymous said...

SETUJU dengan GAP !
SOKONG KAK IJAT !!