dah lama dah rakyat skeptikal tentang cara kerja dalam konteks kemajuan bolasepak malaysia sepertimana FAM sedang uruskan sekarang.
asas cerita ini mudah.
KJ tegur cara FAM jual tikel waktu final piala malaysia.
salahkan dia menegur ?
sistem online ticketing lebih praktikal sekarang jika dibandingkan dengan kaedah konvensional suruh peminat beratur tengah panas beli tiket.
kemudiannya isu ini jadi sedikit 'lecetan' bilamana dato jamal nasir PERTIKAI KREDIBEL MY TEAM pasukan KJ yang hanya bertahan 3 tahun aje.
APA ASASNYA NAK KAITKAN TIKET DENGAN MY TEAM ?
nampak terlalu personal dan gagal jawap isu.
sebenarnya kaedah MY TEAM cari pemain sampai ke kampung adalah sesuatu YANG CUKUP PRAKTIKAL WAKTU ITU dikala pasukan bolasepak negara mengalami zaman kemuncupnya.
dibandingkan dengan cara mencari pemain amalan my team dibandingkan dengan MY BOYS ALA RAJAGOPAL... jauh berkualiti my team beb.
hakikat tetap hakikat lah.
UNTUK INI GAP SOKONG KJ !
25 comments:
RAKYAT MALAYSIA TERLALU MANJA. BERPANAS SIKIT TAK BOLEH, BERHUJAN SIKIT TAK BOLEH. MAKAN NAK DISUAP DAN KALAU BOLEH ADA PIHAK BANTU KUNYAHKAN. BIARLAH ANAK-ANAK MUDA SEKARANG RASAKAN SUASANA ZAMAN DULU, BESTLAH BERHIMPIT-HIMPIT BELI TIKET. LAMA-LAMA FINOMINA BERIKUT AKAN WUJUD: i) Asykar/polis/pegawai penguatkuasa kena duduk dalam kem /balai/ofis je kerana takut kena tembak.(Kalau dah itu risiko kerjaya terima ajalah qada' dan qadar Allah), petani/nelayan tak boleh kena panas, penjawat awam tak boleh kena matahari, panas. Biar mereka rasa sedikit pahit maung kehidupan. Kalau dah terlalu manja, emak ayah naik meluat ini kan orang lain...
Salam Bro,berbicara memang mudah Bro tapi pelaksanaannya bukan senang Bro.Mengkritik satu kerja yang enteng tetapi bila mengkritik tu biarlah berpada.Sambil mengkritik tu cuba ketengahkan cadangan-cadangan atau pandangan-pandangan yang membina.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Salam Bro,berbicara memang mudah Bro tapi pelaksanaannya bukan senang Bro.Mengkritik satu kerja yang enteng tetapi bila mengkritik tu biarlah berpada.Sambil mengkritik tu cuba ketengahkan cadangan-cadangan atau pandangan-pandangan yang membina.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Ko ni pun mangkok ayun kalau cam tu tutup air kat rumah ko pi angkut air kat sungai. Bongok.
ko jilat le si kj tu GAP.. aptb la ko ni
BERHEMAH LA.....DAN SIKAP BUDIMAN TU PENTING.
SOKONG DATUK SITI.
Merepek apa lh ko ni..
nak tegur tu boleh..tapi jangan le sampai tuduh sampai zaman dinasor...tapi lagi bagus kalau tegur tu dengan secara berdepan..cara orang timur(melayu)..bukan gunakan pihak lain(wartawan)...aku tetap sokong FAM...
azhar
bodo juga kj ni..dia bodoh..dia takde solution mcmana nak agihkan tiket pada 2 pasukan secara adil..dia ingat beli tiket flight ke,,> beli tiket flight tambang murah air asia pun bukan boleh naik besuk..ada tnc juga...lepas tu kj takde idea pengasingan tpt duduk penyokong kalau jual online
Alhamdulilah, Malaysia amat serious di dalam pembangunan sukan bolasepak Negara. Ia adalah selaras dengan minat rakrat Malaysia sejak kebelakangan ini. Selain itu, pemimpin Negeri seperti Johor Darul Takzim, Kelantan dll, berani melabur jutaan ringgit malaysiauntuk sukan rakyat. Pada penulis selain untuk keuntungan perniagaan Persatuan, usaha memajukan sukan ini bolasepak ini boleh dianggap sumbungan pemimpin kepada rakyat. Pemimpin disini termasuklah pemimpin politik dan Sultan atau Raja sesebuah negeri.
JDT, contohnya, dan YAM Tengku Mahkota Johor terpaksa meng`advance’kan jutaan Ringgit dan `credit worthniness’ untuk membeli pemain dan menpengaruhi pemain handalan luar Johor bermain dengan JDT. Ini semua untuk menaikkan imej bolasepak Johor. Johor hanya menang sekali di dalam pertandingan Piala Malaysia berbelas tahun dahulu.
PM mesti sudah meneliti pelan tersebut sebelum bersetuju melancarkannya. YB Khairy tentu sekali telah meneliti dan bersetuju dengan FAM mengenai strateginya. Kita tidak mahu pelan pembangunan yang separuh `masak’.
PELAN PEMBANGUNAN SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA AKAN DILANCARKAN OLEH DATUK SRI NAJIB
Penulis ada perturunkan beberapa cadangan kepada Persatuan Bolasepak Melaka yang kini dinamakan Melaka United Football Association tempoh hari, tetapi ianya boleh di `ubah suai’ untuk pembangunan sukan negara.
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/transformasisukan-bolasepak-remaja-di.html
AKIBAT `PEPERANGAN’, PELANCARAN PELAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA OLEH PM MUNGKIN DITANGGUHKAN.
Penulis merasa risau sedikit dengan perkembangan terkini iaitu `perang mulut’ diantara Menteri Belia dan Sukan dengan FAM yang belum terlerai. Berdasarkan Berita TV3, YB Khairy menyindir Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin yang turut hadir menonton teater musical Supermokh di Istana Budaya pada hari Isnin, kerana tidak menegor sapa Menteri di sana. Mungkin ia memberikan `impression’ yang FAM kecil hati dan tidak bersetuju di tegur sedemikian rupa oleh YB Khairy.
Penulis tidak pasti keefektifan sesebuah pelan jika pihak pihak yang bertanggongjawab tidak boleh bersua muka dan berbincang strategi strategi pembangunan bola sepak. Dengan keadaan ini, tidak berlaku sessi tukar fikiran di antara Menteri dan FAM. Tidak mungkin ia akan berjaya jika sesebuah pelan tidak disokong oleh Menteri dan sokongan dana.
Bagaimana Pelan Pembangunan BolaSepak ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2013 oleh YAB Perdana Menteri, jika mereka tidak bertegur sapa. Penyelarasan majlis perlu dilakukan tetapi siapa hendak ke hadapan?
Umum tahu bahawa YB Khairy menegur FAM dari segi aspek keselamatan apabila PDRM menjumpai sepucuk pistol dan peluru di tandas Stadium Shah Alam semasa pertandingan akhir Piala Malaysia pada 3 November yang lalu. YB Khairy risau apa akan berlaku jika pistol ini di gunakan semasa perlawanan akhir tersebut.
Teguran tersebut tidak diterima oleh jawatankuasa keselamatan FAM dan ia disuarakan oleh Datuk Jamal Nasir.
Pada penulis, dengan andaian tandas tersebut berada di luar stadium, pihak FAM dan PDRM tidak boleh dipersalahkan kerana mungkin FAM dan PDRM telah mengetatkan kawalan memasuki Stadium dan penjahat terpaksa meletak atau menyimpan pistol dan peluru di tandas luar.
Tetapi jika pistol tersebut dijumpai di dalam tandas di dalam Stadium, ia bermakna pihak FAM dan PDRM tidak mempunyai sistem kawalan keselamatan yang ketat sehinggakan pistol tersebut lolos ke dalam Stadium. Jika ini senarionya, YB Khairy akan `kes’ untuk menegur FAM.
FAM tidak perlu melenting dan sepatutnya mohon maaf dan memberi jaminan ia tidak akan berlaku di masa hadapan. Selesai cerita. Seperkara lagi, Menteri di anggap Bapa dan FAM sebagai Anak. Dalam perhubungan ini, jika ada sekali pun kesilapan dari pihak Menteri, Anak harus pergi `mengadap’ Bapak dan memberikan penjelasan. Ini adat orang Melayu.
aku tak minat dengan menteri yg sombong...terasa dirinya berkuasa..sama dgn menteri hindraf...harap tak lama jd menteri..
GAP...ko kena faham. Kalau tiket jual online, ulat-ulat tiket tak boleh jual tiket, tak dapta masyuuukk. Ko kena tahu jugak siapa yang kat belakang ulat-ulat tiket tu.....
Dlm hal FAM, KJ mmg betul. Sudah teruk FAM ini diuruskan oleh elit2 yang tk boleh ditegur.. sbb itu mutu bolasepak negara turun naik tk menentu.. ikut nasib je..
Sistem tiket itu slh satu menunjukkan FAM spt ada udang disebalik batu.. tiket bas yg berubah2 jadual pn sudah online.. apakah utk buat tiket bola trlalu susah? FAM habis duit utk mende lain boleh??
Elok sgt KJ kasi hantam cukup2 FAM.. mcm pondan FAM bile kena kritik mengeluh merajuk2... uweeeeekkk!! pdn le industri bola lembik..
org Malaysia ni sejak dr umur tk mumaiyis lg dh kenal bola.. kt sekolah PJ xde mnde lain bola.. tp x kemana2.. xde lahir sekor Ronaldo pon kt Malaysia.. itulah hebat sgt..
Sebagai pemimpin dalam kerajaan cara KJ tegur tak sesuai. Blog pro kerajaan jangalah ingat setiap apa yang ditegur tu kami ni pembangkang. Jangan buat macam KP UMNO.
Hakikat tetap hakikat. Apa salahnya membanding kegagalan My Team dengan situasi FAM. Hayat My tidak sampai 3 tahun terus 'nazak' dan 'meninggal dunia'
Kalau cara My Team memilih pemain begitu canggih kalau hendak dibadingkan dengan cara Rajagobal tentu skuad bola My Team amat hebat sekarang.
Masalahnya bukan masyarakat buta dengan kelemahan FAM tetapi kami lebih benci cara KJ mengkritik seolah olah dia telah berjaya membuktikan kehebatannya!
Apa kehebatan KJ. Dalam politik naik mendadak kerana ada talian pengaruh. Kalau KJ hanyalah 'any Tom, Dick and Harry' adakah dia akan sampai kedudukannya sekarang. Jangan ungkit pendidikan Oxford dan luar negara KJ, sudah melambak anak Melayu yang lulus dari Oxford dan luar Negara. Cukup cukuplah hendak mempromosi KJ. Biar dia 'earn' sendiri segala yang hendak dicapainya!
Setuju. Teknologi dicipta utk memudahkan.
FAM tak boleh ditegur tupasal hancuuus. Takde kemajuan langsung. Yang patut turun tu turunlah. Dah lama sangat. buat2lah ke masjid. Jangan sampai peminat hilang hormat.
tak siti yg dah mcm tong deram tu pun nak join pasal fam gak..mungkin populariti dah kurang kan...paham2 la penyanyi ni..dulu solit skrg spare tayar pun dh nampak..menangkuk kt air keroh..jaga husb yg accident tu pun rasa lg elok
x suka KJ. Dia ni klon Anwar.
Masa di dlm FAM apa yg dia buat?
Masalah tiket mmg dah lama pun.
Dpd sebok pasal tiket baik tumpu kan perhatian bangun kan sukan negara.
apa jadi dgn MyTeam?
Dia ni asik cari kesalahan org jer. FAM bwh kem dia pi bincang sesama sendirilah. Ni nak kecoh panggil press buat per. Baru jadi menteri dah berlagak and biadap. Sokong Siti and Jamal.
Aku suka kj,menteri muda yg tegas dn berani.kalau menteri mcm pondan FAM pandang sebelah mata je
Aku suka kj,menteri muda yg tegas dn berani.kalau menteri mcm pondan FAM pandang sebelah mata je
haha..yg atas tu dato' mn la komen..bks pemain golf plak..otak udang..
Bagus kj. Dalam fam tu semua kaki ampu. Patut semua ya kena tukar. Lama sangat dah dan bolesepak negara pun tak kemana. Kaki bodek pun sanggip jadi budak suruhan tapi tak berani nak tegur fam walaupun konon sayangkan bolasepak negara. Dah muak dengan alasan dan kerenah fam.
bro GAP lu mna satu ni kejap balun KJ tiba2 sokong dia pula ke da tak masyukkk
Post a Comment