Friday, January 24, 2014

BELACAN SEKALIAN.. KASI SEBAR INFO NI..


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja.

Bekas Perdana Menteri berkata, sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam.

Menurut beliau, cubaan pihak berkenaan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung dilihat lebih kepada rancangan untuk menarik orang Melayu dan Islam di sini kepada agama Kristian.

"Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana kalimah itu tidak ada di dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam.

"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaan dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini, hari ini.
 - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 comments:

Anonymous said...

The best brain.......
Any comment from Dr Mujahid.
TUJUAN nya apa......MENARIK Melayu kpd Christian.
That is the hidden agenda.

Anonymous said...

Menakjubkan...Seorang yang telah digelar MAHA FIRAUN telah mempertahankan Islam dan kalimah Allah berbanding Ulamarmak Pas yang bersekongkol dengAn golongan KAFIR bagi menjatuhkan Islam di Malaysia,,, BENARKAH INI TANDA KIAMAT MAKIN HAMPIR

Anonymous said...

Apa PAS buat.......... ????????

Melacurkan agama sahaja...

Fikir2 lah. Aku yang dulu totok PAS pun sudah lari dari PAS. PAS bukan agama...... PAS parti politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Anonymous said...

Orang Islam PAS sila lah rajin2 tengok maksud istilah 'Muslim Evangelism'. Korang dah masuk perangkap golongan 'bijak pandai' dlm Pakatan Runtuh pun korang tak sedar ya! Mudah2an korang insaf dgn kadar yg segera. Semoga kamu ubah nasib kamu wahai org2 PAS sbb Allah SWT tdk akan mengubahnya untuk korang tanpa korang sendiri mengusahakannya. Amin!

Anonymous said...

makna ALLAH bukan hak mutlak org Islam...kat semenanjung je tak boleh guna...sapa la yg keluar fatwa hari tu perkataan Allah org Islam tak boleh pakai...

Anonymous said...

ADA ORANG KATA.....
PAS BUKAN PARTI ISLAM.
PAS ADALAH PATI AJARAN SESAT.
SBB ITU RAMAI ULAMAK PAS PERTAHAN GEREJA.
ADA JUGA ULAMAK PAS DIGELAR NAMA GEREJA.
KITA TAK PAYAH LAUNGKAN KITA NI ISLAM.
PERBUATAN KITA AKAN MENENTUKAN SAMADA KITA SEORANG ISLAM.
ALLAH MAHA MENGETAHUI...
SYABAS TUN DR MAHATHIR, SYABAS..

Anonymous said...

salam...
adakah najib faham...
atau..
lantaklah,janji aku pm...

Anonymous said...

salam...
adakah najib faham...
atau..
lantaklah,janji aku pm...

Zaeydee said...

Katalah apa sajapun...pengikut totok paspispus tetap dgn doktrinnya...mahathir maha firaun...

Anonymous said...

Kalimah Allah nak guna..bila tiba time azan yg mengangkat kebesaran Allah...suruh senyap..!
Ini haram jadah namanya..!!

Anonymous said...

Setuju ngan hang..PRU12 aku bg undi parlimen kt PAS..dan PAS menang...
Kali ini aku tau PAS tu apa...
Ia hanya wadah/ platform utk berpolitik...bukannya AdDeen..

Anonymous said...

tak boleh guna nama Allah dlm apa jua yang bersangkutan dgn kristian! WALAUPUN DI SABAH DAN SARAWAK!!!!
Penganut kristian di Eropah pun haram diaorang guna nama Allah dlm apa jua hal, apsal pulak kita benarkan di Sabah dan Sarawak? Bukankah itu membuka ruang namanya??

hangkedee said...

Pas barua totok Dapig

Anonymous said...

Dunia kini sedang dalam proses akhir zaman....dan dikala itu dajal2 kecil akan muncul bagi memporakperanda kan ummat Islam didunia ini.Dajal2 ini ada yang berbentuk dari kalangan Khafir 'hard core', yang lemah lembut bagi mempengaruhi orang Islam, dan juga terdiri dari kalangan orang Islam sendiri yang beropengkan Islam dan agama untuk merosakan islam dari dalam.Ini terdapat ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri.