Menurut maklumat terbaru, Tan Sri Halim Saad dan Idaman Saga Sdn Bhd sedang kuat melobi untuk pengambil alihan PLUS biarpun beberapa pihak mula mempertikai motif syarikat terbabit. Rasa sangsi dan syak wasangka tidak dapat dielakkan apabila dokumen cadangan pengambil alihan yang dibocorkan kepada media lebih merupakan janji-janji manis mengurangkan kadar tol, mengurangkan bebanan kerajaan dan juga menetapkan kadar tol yang tetap.
Tindakan ini tampak seolah-olah ada agenda untuk memandu persepsi awam mendesak kerajaan menerima cadangan Idaman Saga ini biarpun mereka tidak memberi sebarang indikasi mengenai harga pengambil alihan dan proses mengumpul dana bagi tujuan pembelian.
Jika dilihat trend syarikat ini sejak 5 tahun kebelakangan ini ternyata mereka lebih kepada menjadi syarikat korporat yang mengejar publisiti berbanding menjalankan perniagaan.
Sebelum menggunakan Idaman Saga, Tan Sri Halim menggunakan Jelas Ulung Sdn Bhd pada tahun 2009 mencadangkan pengambil alihan PLUS dengan janji-janji yang hampir serupa. Namun Jelas Ulung gagal menyediakan deposit awal RM50 juta dan bukti memiliki dana bagi tujuan pembelian.
Setelah senyap seketika Tan Sri Halim muncul dengan Idaman Saga Sdn Bhd. Idaman Saga mengumumkan kerjasama dengan KUB Berhad untuk membeli Francais Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia. Bagaiamanpun cadangan pembelian KFC dan QSR beberapa tahun lalu ditolak.
Kulim Bhd. (Kulim) pemegang saham majoriti di dalam QSR Brands (QSR) dijangka menolak tawaran tokoh koporat tempatan Tan Sri Halim Saad melalui Idaman Saga Sdn. Bhd. (Idaman Saga) untuk mengambil alih perniagaan miliknya.
RHB dalam nota penyelidikannya berkata, penolakan itu disebabkan penilaian yang rendah terhadap harga tawaran bagi pengambilan alih itu sebanyak RM5.60 sesaham atau RM1.6 bilion.
Firma itu berkata, berdasarkan tawaran harga RM5.60 sen itu, penilaian saham KFC Holdings dibuat pada harga RM3.23 iaitu mewakili nisbah harga pendapatan (PER) sebanyak 14.4 kali pada pendapatan sesaham (EPS) pada tahun kewangan 2011.
Ia mengikut andaian bahawa nilai QSR termasuk anggaran sebanyak RM306 juta untuk perniagaan Pizza Hut.
Tawaran dan rendah dan tindakan Idaman Saga mengadakan kerjasama dengan KUB, bukannya mengemukakan cadangan pengambil alihan secara bersendirian memberi persepsi bahawa ia tidak mempunyai aliran kewangan yang kukuh untuk membiayai pembelian KFC secara bersendirian.
Jika ia tidak berupaya mengambil alih KFC secara bersendirian, apakah ia mempunyai kemampuan kewangan mengambil alih PLUS yang jauh lebih mahal asetnya?
Justeru sebelum kerajaan mempertimbangkan cadangan Idaman Saga, atau sebelum kita mahu mengangkat cadangan tersebut sebagai sangat menarik, kedudukan kewangan dan kestabilan Idaman Saga harus dinilai secara serius terlebih dahulu.
Kita khuatir pengambil alihan ini akan menyebabkan aset-aset hartanah PLUS akan dicagarkan bagi membiayai pengambil alihan tersebut dan akhirnya boleh menyebabkan PLUS tergadai jika syarikat ini gagal kemudiannya.
Akhirnya, ia akan kembali bebanan kewangan dan politik kepada kerajaan jika terpaksa “bailout” pada masa akan datang.
Nota Kaki: Ada “burung kecil” memberitahu penulis bahawa beberapa bulan lalu Idaman Saga Sdn Bhd gagal menyediakan deposit sekitar RM 90 juta bagi pembelian sebuah IPP milik YTL Corporation biarpun syarat-syarat jual beli telah dipersetujui dan dimuktamadkan. SUMBER
8 comments:
kawal juga idea dan kata-kata daripada nur jazlan. kedudukan beliau sebagai pengerusi j/k kira2 wang negara amat memberi kesan. boleh punah ranah dan tergadai eset khazanah nanti.
jangan dengar fitnah dari baruah cinabeng,untuk menjahanamkan syarikat melayu,halim saad banyak buat amal jariah membantu orang melayu,jangan suka mendengki orang melayu nak jadi orang kaya.
Kalau kerajaan najib senang-senang serah plus kepada kroni anuar peliwat( Halim Saad) zaman 90han dulu , bermakna Najib dan kerajaan adalah Bangsat paling laknat kepada bangsa agama dan negara.
Anak buah kesayangan Daim Dan Mamakutty, ler.
Tak hormat orang tua ke?
Salam Bro,aku takut Halim Saad ni jadi barua seseorang yang cemburu dengan syarikat GLC.Adalah lebih baik kita cadangkan supaya Tan Sri Mokhtar Al Bukhari yang ambil alih.Aku confident sikit sebab dah terbukti.
Salam Bro,aku takut Halim Saad ni jadi barua seseorang yang cemburu dengan syarikat GLC.Adalah lebih baik kita cadangkan supaya Tan Sri Mokhtar Al Bukhari yang ambil alih.Aku confident sikit sebab dah terbukti.
Dari tak habis-habis nak jual setiap inci tanah PUSAKA Tanah Melayu ISLAM ni kat si LIBERAL Islam/Melayu yg. makin tamak/angkuh, baik pastikan JANGAN sampai tanah MASJID/SURAU/SEKOLAH PONDOK/KUBUR PUSAKA dsbnya serta tanah kem TENTERA/POLIS pun akan terus TERGADAI kpd. si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS DAPBANGKAI/PKRSODOM!
Mungkin di masa hadapan, tanah MASJID/SURAU/SEKOLAH PONDOK/KUBUR PUSAKA dsbnya serta tanah kem TENTERA/POLIS kita pun akan TERGADAI kpd. si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS DAPBANGKAI/PKRSODOM! Inilah akibat puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR makin ramai - tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya, ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI!
Lihat artikel BERNAS Datuk Zaini Hassan di http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140416/re_02/Tanah-Masjid-Tanah-TUDM-dan-Tanah-Air :
Tanah Masjid, Tanah TUDM dan Tanah Air
Oleh Zaini Hassan
16/04/2014
Dilema status tanah masjid
BENARKAH tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan institusi keIslaman lain di negara ini tidak memiliki status hakmilik atau geran?
Adakah kerajaan BN yang menaungi beberapa negeri terlalu yakin bahawa negeri mereka akan kekal dinaungi selama-lamanya.
Jika ia berada di bawah BN, atau di bawah Pas seperti di Kelantan mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sekiranya terlepas kepada tangan DAP seperti di Pulau Pinang atau kuasa politik Melayu yang dipegang oleh DAP seperti di Selangor atau Perak?
Saya difahamkan di Selangor hampir kesemua tanah masjid dan institusi agama Islam tidak mempunyai geran hakmilik, yang membuka ruang untuk diambil alih sewenang-wenangnya pada bila-bila masa.
Ingatan ini, saya difahamkan telah dititahkan berkali-kali oleh DYMM al-Sultan Selangor, tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan BN yang terdahulu.
Sekarang sudah terlambat.
Difahamkan ada antara di negeri pembangkang itu mahu meminta tanah untuk mendirikan masjid pun amat sukar. Macam-macam syarat diletakkan.
Antaranya, jika tanah masjid diberikan, kena agih juga sama rata untuk tanah kuil, tokong dan gereja. Mereka mempunyai kepercayaan semuanya harus sama-rata, termasukkan jika diluluskan lima hektar tanah masjid dalam masa yang sama kena lulus juga lima hektar tanah bagi rumah ibadat agama-agama lain.
Tahniahlah diucapkan kepada orang Melayu Islam yang telah bersetuju dengan langkah tersebut.
Bak kata pepatah Melayu kuno "nasi sudah menjadi bubur." Saya tidak kata kita tidak boleh makan bubur, namun saya masih belum berjumpalah orang memakan bubur sebagai makanan ruji setiap hari......
Makcik Sambal Belacan.
Hanya orang bodoh dan tamak aja yang akan ambil lebuhraya bandar.Kerajaan bersekongkol dengan pengusaha untuk membebankan rayaat.
Post a Comment