Friday, September 19, 2014

DOA KO MAT SABU DIDEDANDANGKAN : PAS SUDAH TIDAK BOLEH DISELAMATKAN LAGI..



Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

12 comments:

Strategi Perang:Pengenalan said...

Tengok apa jadi lepas ni.X kan x de penyokong Mat Sabu kat dalam muktamar tu.

Anonymous said...

Doa senyap2 sendiri... panjatkan pd Allah ... Allah Maha Mendengar ... klu nk sebut depan2 tu doa ke sindir

Anonymous said...

PAS....PAS......

HAMPAS!!!!

Johan said...

Tak elok doa sebegitu. Doa KO UMNO tak apa kerana ianya umum, macam doa KO Israel. Tapi jika doa untuk KO UMNO sudah tentu akan memecah belahkan umat Melayu dan itulah yang di kehendaki agar pihak luar atau pendatang akan lebih berkuasa dan besar kepala. Tak apa.

CuCuBahaman said...

Perangai budak2 PAS ni macam katun kan? Guna doa untuk untuk buat ucapan meleret2 politik dengan harapan pengerusi takut nak suruh berhenti sebab takut balasan Allah. Mamat ni lupa kut....pengerusi telah masak dgn teknik doa dan solat hajat yg tidak ikhlas ini. Disuruh berenti!!!! Bodoh dangkal kolot dan amat mengngong!!!

Tok Penghulu said...

Semoga orang melayu jangan berpecah dan terus bersatu .

Anonymous said...

Pas dah mabuk kena tuba pkr/dap

Anonymous said...

Pas dah mabuk kena tuba pkr/dap

Anonymous said...

Ingatkan pakai Islam dalam nama perangai semua elok rupanya lagi setan dari setan..haha..

nasirwise said...

Amalan mendoakan KO terhadap seseorang tidak elok. Kan lebih lebih mengkritik dgn sopsn kawan kawan tu . sindir pun ok.

Anonymous said...

Dulu pemimpin dan ulamak mereka biarkan orang pas doa umno ko... sekarang mereka pula diuji...

Anonymous said...

INI SEMUA GILA KUASA DAN HARTA DUNIA SAJA ALLAH ITU MAHA ADIL WAHAI ORG PAS DULU DOA KAT UMNO SEKARANG DEPAN DEPAN WAKIL PAS DOA PECAH PERUT PADA PEMIMPIN MEREKA PAKAI SAJA JUBAH KETAYAP TAK PERNAH LEKANG DI KEPALA TAPI HATI TIDAK BERSIH WAHAI ORG PAS INI LAH JADI NYA POLITIK DICAMPOR DENGAN UGAMA MASING MASING NAK TUNJUK HEBAT PADA RAKYAT MALAYSIA MEREKA LAH PERJUNGKAN ISLAM DI NEGARA INI HAL PARTI SENDIRI PUN BERCELARU MACAM MANA NAK PERINTAH NEGARA.ORG MUDA TAK MINAT CARA PAS SORRY LAH PAS KAMI TAK MINAT.