Saturday, October 18, 2014

ARTIKEL TUN M PASAL KTM MEMANG TAJAM...INI CARA JANA DUIT..JANGAN KASI DUIT KAT SINGAPURA DAN JANGAN MEMANDAI HIJACK !!!

. Saya terbaca dalam akhbar bahawa KTM akan membangun landasan untuk mengurangkan kerugian sebanyak RM2.5billion. Kerugian tiap tahun adalah sebanyak RM185 juta. KTM merancang menaikkan tambang untuk mengurang kerugian.

Walaubagaimanapun Dato Ahmad Maslan dalam Parlimen berkata KTM akan untung RM31 juta tahun depan. Alhamdullilah.

2. Tiap hari ramai datang berjumpa saya kerana kononnya saya boleh nasihat Kerajaan berkenaan masalah yang dihadapi oleh mereka. Sebenarnya saya bukan penasihat Kerajaan. Tetapi kadang-kadang saya tegur Kerajaan. Samada diterima atau tidak, wallahua'lam.

3. Memandang bahawa KTM sedang merancang untuk mengurang kerugiannya, teringat saya akan cadangan yang boleh memberi sedikit keuntungan kepada KTM.

4. Cadangannya ialah kebenaran untuk mengguna landasan milik KTM bagi keretapi membawa barangan dan kontena antara Bangkok dengan pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Sekarang bisnes ini dibuat dengan kapal dari Bangkok ke Singapura.

5. Tahun depan landasan berkembar letrik dari Padang Besar ke pelabuhan Penang dan Kelang akan siap.

6. Penghantaran barangan antara Bangkok dan pelabuhan Malaysia boleh menambah pendapatan KTM sebanyak RM663,000,000-00 dalam masa 2013-2030.

7. Hari ini KTM sedang menyewa landasan dan kepala keretapi kepada YTL untuk Oriental Express dari Singapura (JB) ke Bangkok. Cadangan penggunaan landasan secara sewa bukanlah perkara baru.

8. Saya diberitahu Kerajaan Thai tidak ada halangan terhadap projek ini.

9. Saya harap Kerajaan dan KTM dapat menyetujui dengan projek ini. Juga diharap tidak ada siapa lain yang 'hijack' projek ini.

12 comments:

Anonymous said...

Geliganya pemikiran TUN M, kalaulah Ah Jib Gor berfikiran sedemikiah...

Anonymous said...

YTL sebelum ni tak kenang budi kerajaan, tak kan lah projek ni pun nak dibolot oleh mereka...

Anonymous said...

Francis Yeoh merupakan kontraktor rapat Anwar Ibrahim yang mendapat lesen IPP sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan.
semua projek YTL hanya menipu rakyat dan mengkayakan kaum kroni saja...mmg elok kita tumbangkan je YTL nie...tanah ktm byk paling dia sapu..sekaranh nak sewa lepas beberapa tahun buat harta sendiri..

Gabenor johor said...

Mmg tajam tetapi kenapa masa pemerintahan dia, dia tak nak buat semua itu, masa tersebut dia menguasai kerajaan dengan 2/3, kenapa skrg dia nk mengajar PM pula, dia sedar tak anak didik dia yang dia sayangi dan disanjung bagai menatang minyak yg penuh masa dahulu tetapi skrg ank didik dia lah yg menghancurkan negara kita, kenapa dia x mendidik datuk najib dahulu, jadi skrg adakah PM akan ikut cara dia sedangkan dia mendidik anak pun x betul..kita tengok sahaja semua tokey2 cina pd zaman dia dahulu, kini semu tokey cina tu ajak semua bangsa cina benci PM..kenapa ini semua terjadi???

Anonymous said...

Kenapa tun cakap harap tiada yang hijack projek ini.........kalau nak kepastian sila tanya kementerian kewangan......ataupun punahsihat pm

Anonymous said...

Cantiiikkkk.... cukai abis kat Singapork..baru padan muka... biaq mampus barua-barua dan broker-broker DAP & PKR..terkejut... sanggup PAS pertahankan matlamat DAP utk menjahanamkan MElayu dari bumi Malaya sendiri... apa tak PAS belajar matematik yang diasas oleh pakar matematik dan astronomi Islam iaitu Al-Khwarizmi..

Anonymous said...

BRO UP SATU BAB LAGI,NAIK TARAF TAMAN RAMA-RAMA RM53JUTA DIPENANG KENAPA JAUH MAHAL DARI YAYASAN FELDA SEDIAKAN RUMAH 9000 UNIT HANYA RM50JUTA, RAMA-RAMA EMAS KE,CUBA SEMAK BRO DENGAN ISU NI :D

Anonymous said...

BRO UP SATU BAB LAGI,NAIK TARAF TAMAN RAMA-RAMA RM53JUTA DIPENANG KENAPA JAUH MAHAL DARI YAYASAN FELDA SEDIAKAN RUMAH 9000 UNIT HANYA RM50JUTA, RAMA-RAMA EMAS KE,CUBA SEMAK BRO DENGAN ISU NI :D

Anonymous said...

bila baca artikel Tun lagi aku benci dgn najib...najib ni lansung tak pakai otak dia ka..terima secara total apa penasihat cakap ka..mampus la msia.

Anonymous said...

Minta izin WM untuk iklan

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??
Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..pemaju tanah bersebelahan siap ajak JV dan nak bagi 20 unit rumah harga RM600.000, tapi tuan tanah nak pakai duit !

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..

ayuh tolong saya selamatkan tanah orang Melayu !!!

Anonymous said...

Bukan saja masalah KTM...tapi juga projek keretapi LRT yang dikendalikan prasarana Malaysia ....patut diberi perhatian serious oleh orang ramai......belanjanya besar sedangkan manafaatnya hanya orang dilembah klang saja.....Pengangkutan Rail ini besar belanjanya ...kita ada cara lain yang lebih murah dan berkesan contohnya Monorail.....Belanja pembangunanya Jauh lebih murah dan bersih serta mesra alam.

Anonymous said...

Gabenor Johor

1) Apa betul anda GJ?
2) Apa sumbangan GJ yang terpakai oleh rakyat dan negara?
3) Ada anak-didik atau anak sendiri jadi 'orang' jauh sekali PM?
4) Ada GJ curah bakti hanya Allah saja tahu kehebatan anda? Sama ada local atau global.
5) Adakah GJ seorang Doktor yang pernah merawat malah memberi ubat kepada pesakit, aku up lagi bagi tambang balek rumah buat pesakit miskin lagi?
6) Ada GJ boleh buktikan 1-5 diatas (tak payah 1000 list) 1 saja cukup memadai?

Kalau tak ada,

You don't have the bragging right to put down a man, however imperfect he is, that is
ie. Tun Dr Mahathir Muhammad.