Wednesday, November 12, 2014

UMNO PERLU UBAH KONSEP KEAHLIAN TANPA CAWANGAN DAN BAHAGIAN.

Selama ini dikabarkan ramai profesional dan generasi tak dapat masuk jadi ahli umno kerana kepungan dari dalam kelompok cawangan dan bahagian.

Alternatif untuk menarik ahli baru perlu difikirkan solusinya.

Ahli umno tanpa ada cawangan dan bahagian. Satu konsep khas untuk mempermudahkan ramai di sana menjadi ahli.

Publik memang nak join umno, tp sebahagiannya memang xnak dikongkong dengan sistem kepartian stereotaip dan ortodoks.

Jadi ini mungkin solusi terbaik untuk profesional dan gol muda sertai umno.

Be fleksibel.

Umpama kelab penyokong umno. But still menjadi ahli tetap umno.

15 comments:

Anonymous said...

Tull laa tuhh ....
Aku br pindah semenyih ....
Bila isi borang ... Depa suh gie tpt umno bahagian ke apa tah ....jumpa penyelaras/ketua ...
Aku x ingat ....

Tp itulaa hakikatnya ....

Sampai la nie ....dah byr yuran ...tp tara tau statusnya ....

Huhuhuhu

Anonymous said...

Sokong 100%, Perkara ini perlu dibincangkan secara mendalam dan di publiskan kepada semua golongan muda sekerap mungkin..pandangan dan pendapat perlu di kutip dan di cernakan dengan aktif..bagi melepaskan belenggu yang wujud dalam UMNO

hangkedee said...

Umno banyak program program siok sendiri. Hanya untuk kroni.

Anonymous said...

tikus membaiki labu..
jadi la pemimpin kecil dulu diperingkat cawangan.. raih la sokongan dan khidmat sebaik mungkin dicaw andai mahu meningkat ke jawatan lebih tinggi dlm parti..
golongan yg profesional.. juga tidak semestinya profesional dlm hal masyarakat..
jd byk yg mohon n nak aktif yg ditolak diperingkat cawangan krn ada kelompok yg bersaing dicawangan mahupon bhgian yg terus mahu menaikan mereka jd pemimpin atau memegang jawatan diperingkat caw atau bhgian dgn melanggar kepimpinan yg sedia ada.. samaada yg sedia ada ok atau bermasalah..
jd bila begini keadaannya.. ego manusia amat tinggi n sensitif jd la mereka ini tertolak diperingkat nk jd ahli atau tewas dlm pemilihan parti.. mereka kecewa dan berubah arah ke parti lain yg sesuai dgn matlamat mereka dan seolah memberi sinar buat mereka. tp apa hasilnya dgn pakatan rakyat yg kononnye mereka profesional ramai bersama mereka.. semakin teruk.kelam kabut bahkan makin terima budaya2 songsang yg tidak bernilai langsung..
jd itulah yg selayaknya mereka dapati krn angkuh sbagai profesional tp bodoh tentang nilai2 hidup dan agenda kafir dan asing yg ingin menakluk negaraa..

Anonymous said...

sokong 100%.

mintak ada menteri yg panjangkan idea ni.

Anonymous said...

Berbeza dgn di cawangan saya, profesional yang dipelawa utk masuk umno dan mperkukuh kpimpinan akhirnya mjauhkan diri dari umno kerana mnyedari bahawa terlalu byk pngorbanan yg terpaksa dilakukan. Wang, tenaga, masa, dan sebagai balasan syak wasangka & kata nista yang dibalas.

Lebih baik bagi mereka mhabiskan semua itu utk keluarga mereka sahaja. Hal kmasyarakatan adalah hal org lain. Kepala pun tak pening.

Kpimpinan bukan hanya tentang kpandaian dan org bawah mgikut arahan org atas. Atau tentang cakap siapa lebih masuk akal. Ia adalah suatu seni, kesabaran dan ketabahan. Banyak hati yg perlu dijaga malah kerap kali hati sendiri remuk redam.

Sebab itulah saya amat mhormati pmimpin akar umbi 100x sebelum saya mhormati armchair expert 1x.

Tkasih,
faizu

Anonymous said...

saya tinggal dekat shah alam .mempunyai tiga orang anak boleh mengundi.macham mana nak jadi ahli UMNO.

maae said...

Paling penting berikan mereka platfom dan suara. Pemimpin bawahan mesti lebih berkarisma dan bekerja kuat tanpa memilih bulu.

Budaya masuk Umno, cari projek, cari duit dan rasuah mesti di jauhi sekarang. Untuk mengisi tabung biar dengan cara yang menyerlah di mana setiap ahli mendapat manfaat dan boleh bergerak lebih jauh.

Sekarang orang biasa lihat Umno itu $$$ dan yang menginginkan sentiasa mencari jawatan dalam parti atau sekurang-kurang nya ada 'topekong' taraf menteri boleh bernaung konon nya. Akhir nya kerja dan tanggungjawab terabai.

Berapa kerap MP dan Wakil Rakyat turun padang ?

Anonymous said...

Good idea...satu perkara yang harus dikaji oleh kepimpinan parti sedalam-dalamnya....

Anonymous said...

Satu undi utk satu president... Baru tahu siapa yg benar-benar layan utk memimpin UMNO tak mahu lagi Anak-anak bekas Presiden jadi pemimpin kerana jelas mereka tak pernah merasa susah spt rakyat marhein yg lain...

Anonymous said...

Mmg semak ja cawangan2 ni. Pakcik aku yg pengerusi jkkkkkkkk tapi anak menakan disekat jadi ahli sbb xnak dicheck tindak tanduk, lagi suka org2 tak pass pmr pegang jawatan keliling dia. Hmm pikiaq sendiri la pasai pa...

mae said...

keahlian tanpa cawangan nak mohon melalui/ kpd siapa ? melalui jawatankuasa khas ? kalau jawatankuasa itu pun 2 X 5 ? sebenarnya pemegang kuasa umno di semua peringkat berebut peruntukan kewangan dan mengharap dapat projek. keahlian hanya dibuka melalui jemputan kpd org yg dipercayai boleh membantu mereka.

Penyelesaiannya ialah keahlian automatik kepada semua melayu/bumiputera kecuali mereka yg memilih untuk menjadi ahli parti lain. Keahlian kemudian dibahagi 2 kategori : ahli yg mahu membayar yuran dan ahli yg tidak mahu membayar yuran. ahli yg mahu byr yuran akan diberi kad khas. ahli yg tidak mahu, boleh hadir mesyuarat, beri cadangan dsb tapi harus byr yuran sebelum masuk mesyuarat atau sebelum kertas cadangan diterima.

DENORISH said...

Saya setuju satu platform baru diujudkan dalam menarik minat anak2 muda supaya menjadi ahli UMNO tanpa ada kekangan dari mana2 pihak yang berkepentingan.Permudahkanlah urusan untuk menjadi ahli jangan jadikan kita macam bola diarah kesana dan kesini untuk berjumpa orang tertentu inilah yang menjadi hilangnya minat anak2 muda untuk menjadi ahli UMNO.Ini terjadi pada anak saya sendiri.

Anonymous said...

idea bagus tu. patutnya dh lama dh lontarkan idea cenggitu. sebab utama cawangan dan bahagian ni, dorang dh pasang 'step strategy' dorang. sikit2 mesti naik. kalau ada ahli baru, profesional pulak tu konfem step dorang terancam. jadi untuk mengatasi strategi haram jadah begini, keahlian tanpa cawangan jalan terbaik. biar penuhkan profesional dalam umno. yang mana ada 'step strategy' tapi macam taik tu, singkirkan sikit2. lama2 akan habis juga dorang...hahaha

Anonymous said...

bagus idea ni, buat pool data utk ahli walau tanpa ketua bhg dan cawangan, cuma satu perkara... biar ahli spt nih ada hak utk bersuara utk kebaikan UMNO sendiri. ahli spt ini juga boleh memilih wakil rakyat sendiri/menteri yg dipandang layak utk mengisi kekosongan2 atau menggantikan yg sedia ada demi kelancaran tanggung-jawab tsb TANPA menghabiskan masa/tenaga/wang utk mengadakan PRK/N. Harap2 pucuk pimpinan pertimbangkan usul sebegini drpd yg sedia ada......