Wednesday, December 4, 2013

RM7.2 BILLION KERAJAAN BAYAR KEPADA KONSULTAN : MANA PERGI PERANAN EPU ?


zaman tun m, peranan EPU cukup kuat dan signifikan. kehadiran mereka dalam merangka projek dan dasar kerajaan terutamanya ekonomi ke arah penswastaan, ADALAH DIKIRA FAKTOR MENGAPA MALAYSIA PERNAH DIGELAR HARIMAU EKONOMI ASIA.

2009-2013 kerajaan bayar RM7.2 billion kepada konsultan yang jika kita selusuri per servis mereka, hakikatnya TAK LARI DARI PERANAN EPU.

PERLUKAH WANG SEBEGITU BANYAK DIBUANG KEPADA KONSULTAN, SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA KEBANYAKAN KEMENTERIAN,EPU DAN LAIN-LAIN JUGA PUNYAI INDIVIDU YANG PAKAR DALAM BIDANG DI DIBAYAR !

GAP/RAKYAT PERLU PENJELASAN DARI KERAJAAN .

1) senaraikan nama-nama syarikat konsultan yang terbabit.

2) daripada jumlah itu, berapa melayu, cina atau luar negara.

3) apa yang mereka cosult kan ? adakah ide dan konsultan mereka itu tak mampu difikirkan oleh EPU dll.

4) mohon kerajaan perincikan setiap konsultansi mereka itu membawa kejayaan atau kegagalan.

5) adakah elemen konsultansi itu LAYAK dan setimpal dengan BAYARAN ?

6) kenapa konsultan syarikat swasta ? adakah EPU sudah tidak nampak keberkesanannya kepada segala perancangan ekonomi negara ?



PENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009 - 2013


1. Kementerian Kewangan ingin merujuk kepada laporan berkaitan jumlah pembayaran kepada syarikat-syarikat perundingan swasta sebanyak RM7.2 bilion dari tahun 2009 hingga Oktober 2013.

2. Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.15 bilion adalah merupakan perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013. 

Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.

3. Malahan, mengambil kira perbelanjaan sebenar pembangunan bagi tempoh 2009-2012, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM195.655 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang telah dikenalpasti di seluruh Negara.  Manakala untuk 10 bulan pertama tahun 2013, perbelanjaan sebenar pembangunan adalah sebanyak RM30.077 bilion.


4. Sementara itu, sebanyak RM1.05 bilion daripada RM7.2 bilion tersebut adalah belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013, antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan professional lain seperti bayaran yuran audit, yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan.

5. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.



KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
4 DISEMBER 2013

GELARKAN MANUSIA KHINZIR, ANJING ATAU APA SAJA : BIARLAH ALLAH SWT MEMBALAS KEANGKUHAN MEREKA.



SUMBER KLIK SINI

moga ALLAH SWT tidak membalikkan ucapan itu pada mereka. 




TARIF ELEKTRIK NAIK 15% : GAJI,ELAUN PENGURUSAN TNB..APA KATA MEREKA JUGA WAJIB SAMA2 BERKORBAN DEMI RAKYAT ?



sebelah ongkili tu leo moggi.

Pemuda UMNO hari ini menggesa Tenaga Nasionan Berhad (TNB) agar prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata berikutan kenaikan tarif elektrik.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya berkata rakyat dan komuniti perniagaan ketika ini mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.

“Namun kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api, tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit jumlahnya.

“Sebagai GLC, TNB perlu prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata. 

Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.

“Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa”, katanya.






TARIF ELEKTRIK NAIK 15% : ARTIKEL GAP PADA 9 SEPTEMBER 2013 .KERAJAAN DIDESAK JANGAN SAMBUNG KONTRAK IPP !


KLIK SINI

ARTIKEL GAP PADA 9 SEPTEMBER 2013.


satu cadangan baik daripada seorang profesor dalam kenyataannya yang dikeluarkan 2 hari lepas.

cadangan supaya kerajaan mengarahkan petronas untuk mengambil alih beberapa syarikat IPP yang bakal tamat tempoh konsesinya tak lama lagi.

berdasarkan kenyataan profesor tersebut, sekiranya perkara ini berlaku maka kerajaan DAPAT MENJIMATKAN HAMPIR RM30 BILLION SETIAP TAHUN yang selama ini disubsidikan bekalan gasnya kepada syarikat pengendali IPP.

perjanjian syarikat IPP yang telah dikuatkuasakan oleh anwar sejak 15 tahun lepas akan tamat tak lama lagi.

kompetatif atau persaingan dalam beberapa bidang utama dan penting negara perlu diperbanyakkan lagi bagi memberikan saingan lantas dapat menguntungkan majoriti rakyat.

dulu syarikat telekomunikasi hanya ada satu.

kini selain pemain utama seperti celcom,maxis dan digi kedapatan banyak lagi syarikat yang mampu berdaya saing untuk memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat.

di akhir persaingan ini, yang bakal mendapat untung adalah rakyat.

rakyat akan mendapat pilihan dan mampu memilih servis dan caj mana yang difikirkan layak untuk dilanggan.

beberapa survey secara rawak kami lakukan, terdapat protes yang tinggi oleh sebilangan pengguna mengenai bil TNB.

jelas perjanjian IPP yang dilakukan oleh anwar sejak 15 tahun lepas ini tidak menguntungkan rakyat.

malah kerajaan jugak terbeban kerana terpaksa menanggung sejumlah subsidi gas yang tinggi dibekalkan kepada IPP. nilaiannya mencecah RM30 billion setahun.

RM 30 billion.
kerajaan subsidi kepada syarikat IPP.
kerajaan arah petronas ambil alih syarikat IPP.
akhir sekali yang bakal mendapat manafaat adalah rakyat.
RM 30 billion dapat dijimatkan SETAHUN !

KUALA LUMPUR: The government should get national oil company Petroliam Nasional Berhad (Petronas) to acquire independent power production (IPP) firms to reduce the country's expenses on gas subsidy, with the money saved channelled back to the people.


Prominent economist Professor Dr Hoo Ke Ping, in making the suggestion, said the move could help the government save almost RM30 billion annually in gas subsidies for the IPPs to operate and supply power to Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Hoo said the acquisition would then enable Petronas to set up another organisation similar to TNB, creating competition in the market.

"Let Petronas make the acquisition and form a similar body to TNB. The move may be costly but it could help the government generate profits without burdening the people in the long run.

"Since the 15-year agreement on gas subsidy between the government and most of the IPPs has ended, it is time for the government to consider such proposal," he told the New Straits Times yesterday.

Hoo said he had faith in Petronas to run the second TNB as the achievement of the national oil company had been recognised globally.

He noted that problems would arise for the government to get consent from the IPP operators, where both parties had sealed the agreement when Datuk Seri Anwar Ibrahim was the deputy prime minister and finance minister.

"The government should stop providing subsidies as the IPPs have been making billions of ringgit for the past 15 years and acquire the firms. Some of the IPPs had even raked in profit of up to RM9.6 billion annually."

On the proposal by Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, who called on the government to reduce the gas subsidy awarded to certain IPPs to cut down the country's fiscal deficit, Hoo said the suggestion missed some important points.

"If the government only reduces the gas subsidy, the IPPs would pass on the cost to TNB, which in turn would be forced to charge a higher electricity rate on households to recover the additional cost."

Another financial expert, Associate Professor Dr Barjoyai Bardai, described Khairy's proposal as a good move, but had reservations that it could be implemented.

"If the agreement is still valid, it would be costly and hard since it involves legal matters and consent from IPPs.

NST

Tuesday, December 3, 2013

KADAR TARIF ELEKTRIK NAIK 15% : KERAJAAN JIMAT RM5 BILLION SETAHUN, TAPI IPP DAPAT SUBSIDI RM 30 BILLION SETAHUN..YANG KENA SIAPA ?


FAKTA  .

1) dengan kenaikan kadar tarif TNB ni, kerajaan dikabarkan akan menjimatkan hampir RM4 billion setahun.

2) namun pada masa yang sama, 5 pemain utama IPP mendapat subsidi RM 30 billion setahun . kerajaan melalui petronas memberikan mereka subsidi gas dengan penjumlahan nilaian subsidi hampir RM 30 billion.

jimat 4 billion. kemudian kos ini antaranya akan ditanggung oleh pengguna. peruncit konpem akan menaikkan harga bila gabenor bank negara tadi umum akibat pelarasan tarif ini, berkemungkinan KENAIKAN INFLASI AKAN BERLAKU SEKITAR 3 % pada tahun hadapan.

yang 5 pemain utama IPP pulak, subsidi dah lah dapat. untung pun dapat.. WOW ....

5 syarikat ni penentu kemenangan BN ke ataupun rakyat..? aku tanya je..

apa benda inflasi ?

inflasi adalah keadaan dimana harga barang dan perkhidmatan terus menunjukkan peningkatan harga.

tak sampai sehari, gabenor bank negara dah keluarkan kenyataan.

hmmmmm.... 


POST MORTEM SPR BIKIN PEMBANGKANG MAKIN TAKDE MODAL !


KLIK SINI

TARIF ELEKTRIK NAIK 15% :AKU NAK CAKAP TERUS TERANG..SYARAT NAK MENANG POLITIK DI MALAYSIA JANGAN KACAU POKET RAKYAT !


DI BAWAH ADALAH FAKTA KENYATAAN RASMI TNB 20/8/2013.


FAKTA 1.



Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna. 


FAKTA 2


“Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70.




FAKTA 3


“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.




FAKTA 4



Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj.


4 fakta aku bagi.. nak mudahkan cerita kita bahasakan kenyataan ini dalam penyampaian bahasa kampung.



TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai 1 januari 2014.

apa rakyat akan bual kan ?
BARANG NAIK.


TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari 2014.

apa rakyat akan bual kan ?
kos meningkat.


TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari 2014.

apa rakyat akan bual kan ?
kerajan jaga kepentingan IPP dan bukannya rakyat.

TNB pernah buat kenaikan tarif pada jun 2011, yakni kenaikan sebanyak 7 %.

bulan januari 2014 naik pulak 15%..

maknanya dalam masa tak sampai 2 tahun setengah ada kenaikan sebanyak 22 % !

TNB KATA TAK BEBANKAN PENGGUNA ?
REALLY ?

aku amik satu contoh mudah. kebanyakan golongan pertengahan melayu duduk kat flat dan apartment. 

bila duduk apartment/flat dan pangsapuri secara automatikalinya penduduk kena bayar duit maintenance.

duit maintenance itu membabitkan hak bersama penduduk menikmati kemudahan bekalan api,air dan lif.

kenapa penduduk terpaksa bayar maintenance ?

pasal nak hidupkan lif, kena pakai elektrik.
nak guna air kat rumah, kena pastikan pam air berfungsi.
nak nampak terang, malam berpuluh lampu koridor mesti dihidupkan.

kos eletrik untuk jana 24 jam LIF ,  lampu ,jana pam air dll bakal membabitkan kenaikan juga kerana kepenggunaan BIL SEMASA ELETRIK baik pihak pengurusan bangunan ataupun JMB adalah biasanya melebihi RM3000 setiap bulan. ( minima berdasarkan kos bil api satu blok apartment yang ada 130 pintu ).

berapa ramai melayu duduk dalam apartment dan pangsapuri ?

kenaikan tarif 15% ini hakikatnya akan  ditanggung pihak pengurusan bangunan dan JMB.

tak mustahilkah kelak, kos lebihan ( 15%) ini bakal dilepaskan kosnya dan ditanggung pula oleh penduduk yang mendiaminya...! yakni dengan cara pihak pengurusan bangunan menaikkan kadar bayaran bulanan maintenance kepada penduduk !

dalam isu penduduk yang tinggal di pangsapuri dan apartment, hakikatnya mereka terpaksa menanggung 2 bil serentak iaitu bil rumah dan bil banggunan. ( yakni bayaran maintenance meliputi api,air,parking dll )

jadi apa kejadahnya TNB kata ia tak membebankan pengguna !

di lembah klang, berapa puluh ribu apartment dan pangsapuri yang melayu pertengahan duduk ?

 kat klang sahaja mengikut survey majlis perbandaran klang, hampir terdapat 200 lebih apartment/pangsapuri taraf sederhana berdaftar dengan MPK.

ini tak masuk kondo...

kalau jumlah di klang dijadikan sandaran. berapa puluh ribu keluargakah  yang akan terpalit terkesan dengan  kos ini ?

contoh di atas boleh dpanggil sebagai domino efek.
yakni kos tanggungan pengurusan dilepaskan kepada rakyat.

AKU ADA SOALAN SPESIFIK KHAS UNTUK BN.

BOLEH KE BN NAK RAMPAS SELANGOR KALAU LAGI BANYAK DASAR KERAJAAN 'YANG KACAU POKET RAKYAT' DILAKUKAN ?

tak pasal-pasal lah kes kenaikan gaji dan elaun mb,spekaer,exco dah turun ke bawah dek kehebatan kita gelojoh naikkan tarif.

BACA FAKTA NO 3 KAT ATAS.. AKU QUOTE .

“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.

kata TNB pelarasan tidak akan membabitkan 2 atau 3 kali ganda.

jun 2011 naik 7 peratus.
januari 2014 naik hampir 15%...
7 + 15 = 22 % dalam masa tak sampai 2 setengah tahun.

takkan naik berganda apanya TNB ?

yang menarik nya pula bila TNB kata sektor industri takkan terjejas dari pelarasan ini. ( kononnya bila sektor industri tak terjejas, maka harga produk keluaran barangan takkan dinaikkan ..kih kih kih teringat aku pada mahfuz omar )

inilah masalah bila suka pandang kos pada sebelah pihak aje.

BERAPA NISBAH KUANTITI ANTARA SEKTOR INDUSTRI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SEKTOR RUNCIT ?

ADAKAH SEKTOR RUNCIT MENDAPAT KEISTIMEWAAN BIL API JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PEMAIN INDUSTRI ?

NEHI NEHI NEHI..

di seksyen 7 shah alam, boleh dikatakan hampir 70% peratus peniaganya adalah melayu.

ada yang buat kad kawin, buat kek, servis kereta dll.

jika overhead kos untuk bil utiliti api mereka sekitar RM1000, kenaikan 15% tarif ini bukankah akan membebankan mereka kerana hakikatnya kelak mereka akan membayar lebihan RM 150 untuk bil api sedia ada.

itu kalau bil RM 1000 ?
kalau bilnya RM 2500 ?
naikkan 15 %...

jika satu banner keluaran peruncit pengiklanan sebelum ini harganya RM80, berapa pula harga barunya bila peruncit absorb kan kos kenaikan itu pada satu banner yang baru ?

DALAM ASAS EKONOMI DI MALAYSIA, BIASANYA YANG MENDAPAT BALA MENANGGUNG KOS KENAIKAN ADALAH MEREKA YANG BERADA DI DALAM RANTAIAN EKONOMI YANG TERAKHIR, IAITU PENGGUNA.

tak menjejaskan industri kata TNB... hei mangkok, peruncit ni takde dapat special price lah jika dibandingkan dengan pihak industri yang besar !

INI IDE SAPE NIH WEI ?!

ONGKILI KATA KERAJAAN AKAN BAGI REBAT RM20 KEPADA BIL PENGGUNA BAWAH RM20..

dalam malaysia, bil siapa bawah RM 20 wahai ongkili ?
dalam malaysia, berapa ramai bil bawah RM20 ongkili ?
kenapa tak keluarkan statistik jumlah pengguna dalam kuantiti yang dapat rebat RM20 nih ?

pak menteri, tolong berhenti jadi mahfuz lah !




Sunday, December 1, 2013

NIK AJIS MINTA BLOGER RBF BERENTI MENYAKATNYA !


KLIK SINI

TAHNIAH SPR : RAKYAT AKAN MELIHAT POST MORTEM PILIHANRAYA INI ANTARA YANG TERBAIK !


pru 13 sudah hampir 7 bulan berlalu. sebelum pru 13, kedengaran banyak persepsi dan cubaan memfitnah SPR dilakukan oleh puak yang berkepentingan dalam usaha memberi nama buruk kepada badan yang menyelenggara pilihanraya di malaysia.

bukan sekadar spin faktual, malah ke arah melakukan demonstrasi besar-besaran juga dibuat sebagai kononnya mengesahkan perjalanan pilihanraya yang bakal diketuai oleh SPR adalah berat sebelah.

sejurus selepas keputusan pru 13, ternyata apa yang dilontar fitnahkan kepada SPR yang kononnya berat sebelah ternyata meleset.

kelantan, selangor dan pulau pinang masih kekal di tangan pembangkang. hakikatnya jika SPR berat sebelah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar di selangor.

bukan sekadar itu, anwar ibrahim yang selama ini mencetuskan propaganda SPR tidak adil juga akhirnya dengan selamba mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, tanda dia sendiri mengesahkan akan ketelusan pihak SPR.

baru-baru ini kecoh diperkatakan dengan penipuan fakta mengenai SPR membenarkan 40 ribu pengundi bangladesh mengundi pada pru 13. 

dakwaan itu sudah 7 bulan gagal dibuktikan oleh pembangkang.

hakikatnya rakyat wajib mengaku sistem pilihanraya yang dijalankan oleh SPR adalah antara yang terbaik dikalangan yang terbaik .

sikap profesional SPR dalam menghalusi setiap aduan, permaslahan, cadangan membuktikan bahawa mereka ini punyai wibawa dan kukuh kredibelnya dalam menjalankan pilihanraya, antara kehendak utama sistem demokrasi dalam malaysia.

SPR sekali lagi membuktikan kepada rakyat malaysia bahawa mereka sebenarnya serius untuk memelihara lantas memperbaiki kemaskan perjalanan sistem pilihanraya di malaysia.

post mortem yang dikeluarkan oleh SPR hari ini merupakan pembuktian terbaik yang mereka ini sedang bergerak mengikut arus semasa.

di bawah adalah 2 contoh bagaimana SPR telah mengenal pasti masalah dan cadangan balas yang dikenalpasti dalam usaha SPR menambahbaikkan perjalanan sistem pilihanraya di malaysia.

MASALAH YANG DIKENAL PASTI.

1) kekurangan anggota polis pengiring dalam mengiringi kertas undi pos dari lokap ke pejabat pengurus pilihanraya.

2) masalah dalam cara MENANDA KERTAS UNDI POS.

3) kelewatan mengembalikan karung undi pos ke pusat pengiraan pengundian.

4) pengambilan/penghantaran sampul undi pos ke luar negara kerana permaslahan waktu agensi pos dan cuti minggu sabtu/ahad.

5) masalah pengundi pos tak boleh mengundi kerana sampul undi pos tak boleh diserahkan ke tangan mereka. wakil tidak layak menerima on behalf.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN OLEH SPR DALAM MENGATASI MASALAH DI ATAS.


SPR akan melakukan penyelarasan tugas dengan PDRM dan kementerian pertahan  mengenai jumlah polis pengiring yang diperlukan.

penyelarasan ini membabitkan prosedur dan tatacara penghantaran dan penerimaan karung undi pos yang telah dilakukan pengundiannya oleh anggota keselamatan yang terbabit.

undi pos mengenai pengundi yang tiada di rumah. SPR sedang meneliti cadangan untuk membenarkan wakil untuk memerima bagi pihak pengundi yang tiada di rumah kerana rules sedia ada tidak membenarkan sampul diserahkan kepada wakil.

jika semuanya berjalan lancar, berkemungkinan penghantaran kertas undi ke luar negara akan lebih cepat, tepat dan mudah kerana kerjasama POS MALAYSIA yang bersedia untuk bertugas pada hari sabtu dan ahad menjelangnya pilihanraya kelak lantas menjamin sampai cepatnya kertas undi ke luar negara.


perlukah undi pos ditanda ?

SPR akan meneliti semula sistem itu dan mengkaji kaedah pelaksanaannya  termasuk meneliti cadangan penandaan menggunakan sistem on-line oleh pihak Pegawai Pengurus Pilihan Raya.  

ANTARA MASALAH YANG DIKENAL PASTI PADA HARI PENGUNDIAN.

1) terlalu banyak saluran dalam satu-satu pusat mengundi. 
2) kertas undi yang dilipat, dapat dilihat.
3) kesesakan pusat mengundi kerana barung wakil parti .
4) kekurangan kerusi roda untuk pengundi oku dan sudah berumur.
5) gangguan ejen parti di barung semakan yang dimilik SPR.


POST MORTEM YANG DICADANGKAN.

selain pusat pengundian lazim ( sekolah ) berkemungkinan SPR akan mencadangkan premis lain yang berdekatan dengan sekolah tersebut untuk dijadikan pusat pengundian.

Ini kerana SPR telah menetapkan jumlah maksimum pengundi seramai 3,850 dengan 6 saluran mengundi.  Saluran pertama seramai 350 pemilih dan diikuti saluran berikutnya maksimum 700 pemilih. 

bagaimanapun , ide mengenai premis lain selain sekolah dijadikan pusat pengundian hanya dapat dilaksanakan sekiranya terdapat  premis yang hampir dan bersesuaian.

SPR dalam post mortemnya juga ada menyebut berkemungkinan kertas undi wajib dilipat empat akan dijadikan prosedur dan kerani di pusat pengundian akan berbuat sedemikian sebelum kertas undi diserahkan kepada pengundi.


Bagi menambah bilangan kerusi roda di Pusat-pusat Mengundi, SPR berhasrat mendapatkan kerjasama dan bantuan kerusi roda  extra daripada parti-parti politik. 

penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap penubuhan barung-barung oleh parti politik perlu dibuat memandangkan undang-undang tidak membenarkan sebarang penubuhan barung-barung oleh parti politik   pada hari Mengundi.  

inilah dia post mortem mengenai beberapa isu yang SPR sedang menambahbaikkan.

kepada rakyat malaysia, post mortem ini sebenarnya membuktikan kepada kita bahawasanya SPR jelas berjaya menjalankan tanggungjawap sebagai badan bebas yang kredibel dalam melaksanakan sistem pilihanraya di malaysia.


SYABAS..KAK MIDAH MENANG SEMULA JAWATAN KETUA WANITA GOPENG !