kementerian ismail sabri diuji lagi.
harus diingat bahawasanya bukan kementerian mail sabri yang decide turun naik harga petrol ron95. ia terletak di bawah PEMANDU.
mail sabri pernah jumpa orang kampung.
mail sabri pernah jumpa golongan pertengahan di bandar.
indikasi mereka mudah, tolong jangan bebankan poket kami.
moga untuk kesekian kali, aku minta mail sabri lakukan perkara sama.pertahankan poket rakyat kelas menengah.
moga mail sabri bawak suara rakyat dalam kabinet meeting, sergah PEMANDU habis-habisan. kami bersamamu mail sabri.
PEMANDU takde pikir hal ni.
rayuan gap, tolong jangan tambahkan kos rakyat pertengahan.
67 comments:
ismail sabri semoga anda faham masalah rakyat ....
BN- Barang Naik...hahaha
Pengajaran PRU-12 2008 amat berharga, jgn ulang kesilapan yg sama
Kerajaan nak jimat subsidi minyak tp kesan kpd rakyat berlipat kali ganda, akhirnya kesan kpd kerajaan spt yg berlaku pd PRU-12. Nasihat PEMANDU amat cantik kalau kesan kpd rakyat dan kerajaan diabaikan. Adakah kerajaan sanggup ambil risiko itu? Kalau rakyat marah, parti peliwat pun boleh dpt sokongan, fikir2kanlah..
betul silent observer....harap tiada ulangi PRU12....undi protes....tak peduli siapa yg bakal memerintah...PM/TPM serta Ismail sabri perlu tengok kemampuan rakyat....mcm aku 4 tol wajib aku lalu tiap2 hari.....
Naik kan saje harga, kalau boleh hapuskan subsidi minyak tu, biar rakyat belajar macam mana perit harga minyak yang sebenar, kalau kerajaan bagi subsidi pun bukan nak hargai..ada saja yang tak kena dimata mereka yang tak pernah berterima kasih ni..lagi-kagi ca ya nun alif, depa ni yang banyak pakai minyak...ataupun kurangkan bajet mengurus kerajaan yang berpuluh billion tu, staf kerajaan kalau boleh susun supaya tenaga digunakan dengan maksimun takle dok ambil intake baru lagi, kurangkan perbelanjaan kursus-kursus pegawai kerajaan yang dibuat dihotel-hotel atau tempat-tempat pelancungan ni, tu membazir saje, peruntukan dibawah VOT boleh diejas semula tarik mana-mana peruntukan yang dianggar boleh tarik dan disalurkan ke subsidi kerana ia adalah nadi rakyat terutama orang2 kampung yang menyokong BN dari dulu lagi.
golongan pertengahan nie rasanya
minum air manis 4 kali sehari..
kalau kurangkan kepada 2 kali
dan lebihnya minum air kosong
bolehlah berjimat...penjimatan
minum air manis nie bolehlah menampung kos minyak sehari jika
RON95 naik 20 sen...TRIPLE FAEDAH
DAN MANFAATNYA...hehehe...cuba
renung-renungkan...
untuk perkara lain tanamkan sikap
berjimat-cermat dan berhemah berbelanja...bila berlaku kenaikan harga
barang perlu tidaklah terasa..
sampai bila kita nak harapkan subsidi barang utama dari kerajaan
ingatlah pada diri..mansuh tidak tapi pengurangan itu perlu...
bagi kerajaan pastinya rakyat
diutamakan selamanya....
kita sbg rakyat perlu bersikap adil juga
kepada pemerintah dan penjawat awam.
kerana kerajaan juga perlu peruntukkan kewangan utk bayar gaji/bonus/kenaikan/pencen/elaun.
dan pertambahan kakitangan....
*nukilan orang kebanyakan@orang biasa...(baca boleh kutuk jangan..heheh)
Anon 2011 9:50:
Bernas. Aku setuju jugak cadangan ko ni. Tapi mungkin ada cara supaya subsidi petrol ni teragih kepada golongan bawahan yang memerlukan sahaja, bukannya golongan yang harga kereta mengalahkan rumah. Kalau subsidi petrol diteruskan style sekarang ni, dah tentu tokey2 yang makin kaya sebab diorang yang dok lenjan minyak banyak2.
Harap harga minyak kekal lagi diparas 1.90.Kerajaan kena tengok juga beban rakyat pertengahan dan perpendapatan rendah.Kalau tak mahu kesilapan PRU 2008 berulang lagi.Cermin cerminkanlah,pandang pandanglah kami yang berpendapatan rendah.
Saya bersetuju pendapat-pendapat di atas. Yg penting rakyat kena diberi kefahaman yg cukup2, bukan spt sebelum PRU-12. Kerajaan dipilih oleh rakyat, jadi kerajaan wajib mesra rakyat. Jgn bebankan rakyat kerana rakyat berkuasa utk menukar kerajaan yg tidak mesra rakyat. Satu kaedah yg berkesan harus dicari supaya subsidi diberi hanya kpd golongan yg memerlukan dan sentiasa menyokong kerajaan!
Ingat pada zaman pemerintahan Pak Lah, harga minyak naik , tetapi jika minyak di pasaran dunia naik terlalu tinggi ekonomi dunia akan jatuh, dan hasilnya harga minyak kembali stabil. Yang menjadi masalah barang keperluan lain turut naik. tetapi apabila harga minyak turun harga barang tak turun juga. rakyat yang menanggung bebannya.
Malaysia punyai ramai pakar ekonomi ada yang di bayar untuk menasihati kerajaan, apa yang mereka buat, makan gaji buta. Apa pak menteri buat, makan gaji buta. Kalau kegawatan ekonomi 1998 Tun Mahatir boleh mengatasinya dengan idea yang baik, tak kan pakar ekonomi Malaysia tak punyai idea sebaik idea Tun Mahatir. atau mereka ni makan gaji buta. Kalau setakat menaikan harga dapat menyelesailkan masalah minyak, baik orang Malaysia pilih orang kampung mentabir negara, mereka boleh mentabir negara lebih baik dari Pak Menteri.
KALAU IKUT RAMALAN DUNIA,
MINYAK MENTAH AKAN TURUN HARGA,
DISEBABKAN OBAMA AKAN MENGUKUHKAN
US DOLLAR DAN MENJAGA HARGA
MINYAK SAMPAI TAHUN DEPAN.
JADI TAK USAHLAH NAK NAIKKAN
CEPAT-CEPAT.
BANYAK LAGI COST DOWN PROJECT
YG KERAJAAN BOLEH BUAT.
THINK OUT OF THE BOX.
Ini pun salah satu masalah, aku tak faham kenapa nak dihapuskan SUBSIDI utk rakyat ni??? Kenapa tak dikekalkan subsidi, peruntukan utk pembangunan negara ambillah dari sumber yg lain. Contohnya, gaji2 menteri, elaun2 menteri, membataskan penggunaan wang rakyat dgn menggunakan penerbangan ATM utk lawatan2 rasmi, menteri2 je yg pergi melawat...mak2 datin tak pergi pun takpe (jimat kos). Tu psl la kita kena contohi Rasulullah SAW & Para Sahabat, cara mereka mentadbir amatlah hebat, kedudukan mereka amatlah tinggi dari sudut pentadbiran, tapi kalau kita ukur dari sudut poket, upah@gaji yg mereka dapat hanya cukup2 utk menyara makan, kebajikan, pendidikan anak2 & keperluan hidup. Tidak berlebih2. Ini lah moto RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN(rakyat..bukan keluarga, kroni, kawan2, keturunan dll) DIUTAMAKAN. Fulamak, berlinangan lah air mata ni bila satu masa nanti Perdana Menteri Malaysia pergi kerja naik Proton je, Wira pulak tu. AMIN... a'kum
Setakat mana kita mampu berjimat kalau tambang bas sekolah naik barang lain ikut naik.Rata rata orang berpendapatan rendah dengan gaji kurang seribu sebulan.Malaysia sedang menuju ke arah berpendatan tinggi.Sedangkan rakyat semakin hari semakin kecil pendapatan mereka.Orang sanggup buat apa saja sekiranya keadaan mendesak.
PM kita tak segila ANU tu...
kalau nak kuasa sampai kiamat
ditangan BN...subsidi semua 100%
kerajaan tanggung..paling kurangpun
harga minyak turun 20 sen selalu..!!!!
ini akan cucucicit kita tanggung
bahananya....dek kerna kita bodoh matematik mudah...
tetapi ini tidak berlaku..jika pembangkang ambil alih kuasa kerna
diketahui mereka cakap tak serupa bikin...aku orang pertama jilat kaki PM tu..kalau subsidi dinaikkan
masa sama barang utama turun harga,
atau subsidi diturunkan tanpa barang utama naik harga..
retorik belaka...kerajaan PR... boleh??
mohon jasa baik masukkan url saya ke dalam bloglist GAP..
http://medansarawak.wordpress.com/
Tq.
Sambung sikit lagi, ada baiknya kalau pimpinan negara bergaji kecik ni sbb bila gaji kecik, menteri2 pun berjimat, bila berjimat, menteri2 pun menabung...samalah apa yg rakyat bawahan ni buat selama ni. Bila menteri2 ni rasa apa yg rakyat rasa, setiap keputusan dlm kabinet, menteri2 ini yg akan rasa & bayangkan AKIBATNYA dulu, lepas lulus...baru rakyat rasa. Barula MANTOP. Ini hanyalah harapan 'ANGAN2 MAT JENIN' aku terhadap pimpinan negara. AMIN....
aku peduli apa kalau minyak naik . aku takde kereta . aku takde motor . yang aku ade cuma basikal jer . aku pergi kerja pun naik bas . sampai bila kerajaan boleh pertahankan harga minyak nii . minyak dunia semakin hari semakin kurang jadi harga minyak pasti naik . kalau kerajaan nak juga pertahankan harga minyak ni dengan memberi subsidi berterusan , aku yakin satu hari nanti negara ini akan lingkup dan jadi muflis .
.
minyak naik. automatik harga barang2 pun naik..tapi gaji tak naik2 jugak... ape cerita ni??? bg pihak kerajaan, tolong la kaji sedalam2nya keputusan untuk naikkan harga minyak ini. kesan amat besar kepada kami kelas pertengahan dan bawahan ni.. kalau kerajaan tetap naikkan, pasti yang ramai akan mengundi pembangkang walaupun pembangkan hanya janji2 kosong sahaja. sebabnya, kalau kerajaan sedia ada tak boleh menjaga kebajikan kami, apa salahnya kami mencuba kerajaan yang baru?? mungkin lebih baik dari kerajaan sekarang. tak salahkan mencuba?? jadi kepada pemimpin kerajaan, tolong la dengar rayuan dari kami rakyat bawahan ni.jangan menambahkan beban kepada kami lagi.
Kami tak kisah nak naik banyak mana pun.Apa yang kami kisah ialah sikap dayus kerajaan dalam menangani petualang dan pengkianat negara.
Kita kena ingat, dlm Malaysia ni bukan semuanya bekerja dgn kerajaan. Ada jugak yg kerja dgn pihak swasta & ramai jugak yg bekerja sendiri. Kakitangan awam seronoklah kadang2 kerajaan bg insetif sana sini, boleh desak naik gaji. Tapi bg org2 yg kerja sendiri ni mcm mana pulak?? Yg kais pagi makan pagi, kais petang kadang2 terlentang ni siapa nak bela? Kenapa dibebankan masalah pentadbiran kewangan negara kpd rakyat?? Kajilah dulu tuan menteri, bak kata ustaz dlm tv "MU SAYANG KE KU, KU SAYANG KE MU". Selamat beramal...
YG GAJI TAK NAIK-NAIK TU...DAPAT MAJIKAN KEDEKUT KER?...JGN SALAHKAN
KERAJAAN PULAK...
BIDALAN DI BAWAH...
JGN SIMBAH ASID PD KERAJAAN SIMBAHLAH KAT MAJIKAN....
BAWAH NIE PERIBAHASA BARU...
WAJAH KERAJAAN BN CACAT,KERAJAAN
PR PULA BERWAJAH CANTIK
JADI..PATUT KER?
taknak jd seperti PRU12..kita kalah sebab kerajaan naikkan harga minyak dan tidak bg bonus..golongan2 yg lalang pon mrh kt krajaan..dorg pangkah PR..so tlg la amik serius benda2 mcm ni..
@ RAKYAT BOSAN BN
ada master degree, ada Phd menunjukkan ko pandai ?
kepala hotak kamu....!!!!
beranak pun di atas lantai jarang...
pegi le menulis dekat "tukar tiub".. itu hishamudin rais setaraf dengan ko le.... ada otak letak di lutut...
donchinchai
KAMU SEMUA AGAKNYA BERMIMPI UNTUK MENGHARAPKAN KERAJAAN REGIM BEE END NI NAK BIARKAN HARGA BARANG BEGITU SAJA...
SUDAH TENTU AKAN NAIK DAN NAIK DAN NAIK LAGI...
SUDAH TERBUKTI BYK KALI... DAN ANDA MASIH BODOH UTK MEMILIH PEROMPAK INI...
SPT.... ANDA SENDIRI MEMBERI PELUANG KEPADA PENCURI UNTUK MASUK DAN MENCURI DIDALAM RUMAH ANDA...
ALAHAI ORG MALAYSIA BODOH NYA TAHAP LAHAT...
KAIS PAGI..MAKAN KFC..KAIS PETANG MAKAN KFC..HAAHAHAHHA...IKLAN
KLU KAIS PAGI MAKAN PAGI..KAIS PETANG MAKAN PETANG TU..TARAF MISKIN...BANTUAN JKM TU BOLEH DAPAT....CUBA MOHON..HEHEHEHE
KERJA SENDIRI TU.. BOLEH TAHANLAH...TIADA HUTANGPUN...ATAU
BANYAK KELEBIHAN BERUSAHA TAMBAH
PENDAPATAN..
PEKERJA SWASTA DAN KAKITANGAN
KERAJAAN JER MERUNGUT KONON
TAPI BERBELANJA TAK HINGAT!!
RASANYA YG TERBEBAN KERAJAAN KERANA KOS DAN
FAKIR MISKIN YG TAK DAPAT PERUNTUKKAN YG SELAYAKNYA
to anon 12:15 AM, Ya... aku akui kerajaan B.N sekarang tidak sempurna mcm pentadbiran Rasulullah SAW, tapi boleh kau bagi aku alternatif yg lain?? Kerajaan pas pun kantoi, m.b kedah pun boleh dikategorikan zalim jugak bila menekan sebuah ipt dgn menarik 'SUBSIDI' cukai. Kerajaan pkr pun boleh dikategorikan BANGSAT apabila m.b nya merampas tanah tanpa belas kasihan. Kerajaan dap... oops, HARAM bagi aku yg mengucap 2 kalimah syahadah ini, jgnkan memuji... nak komen pun HARAM keatas aku. Kalau diambil kira track rekod kerajaan2 yg aku senaraikan, lebih kurang sama jer KETIDAKSEMPURNAANNYA... oleh itu adalah lebih bijak aku memilih B.N, tapi dlm masa yg sama aku akan terus nasihat menasihati kerajaan utk memastikan rakyat terbela.
pemandu yg dilantik untuk menasihat kerajaan ni dh jd macam pemandu mabuk. tak kira ada org miskin ke, sederhana ke, asal lalu jalan dia je, dia langgar. idris jala ni ada agenda lain kot...
ELOK LER DAPAT BAPAK MACAM ANON TU...ANAK DAPAT DUIT BANYAK..
POKET BAPAK KERINNG TAKPA..JANJI
ANAK DAPAT ENJOY SAKAN DENGAN DUIT
FREE BAPAK BAGI...
ITU KALAU BAPAK KERJAYANYA PENCURILAH KOT...
PATUT KER KERAJAAN TANGGUNG SUBSIDI RM18BILL KINI(DIJANGKA MENINGKAT LAGI)..SEMATA2
KERANA SORANG TU..HAANYA PANDAI KUTUK DAN LABEL MENTERI PENCURI
TANPA SEDIKITPUN MENYUMBANG BUAH FIKIRAN...ANON NIE TAK LAYAK DAPAT SUBSIDILAH...
YG LAYAK ... RAKYAT YG BERFIKIRAN RASIONAL,TAHU BERSYUKUR DAN BERTERIMAKASIH...
Mengapa Ismail Sabri seorang saja yang harus didipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga barangan asasi/harian rakyat?
Menteri Kewangan, apa kerja dia?
Perdana mentri, ketua mesyuarat jemaah menteri (kabinet) bagaimana? Mentri MITI bagai pulak?
Ismail mungkin sekadar pembaca brita... yaang diluluskan oleh jemaah menteri saja!
Yang naikkan harga brangan rakyat adalah jemaah mentri.
Kita TUKAR jemaah menteri yang tidak pro-rakyat tuuuuuuuuuu.....
Kerajaan dpt tampung subsidi yg diberi utk keperluan asas dgn mengenakan atau menaikkan duti impot atau eksais keatas barangan2 tertentu saperti kereta mewah yg diimpot, perfum, pakaian, minuman keras, rokok dan gaming tax. Banyak lagi cukai yg bolih dinaikkan, pihak perbendaharaan kenalah bekerja kuat. Dgn cara itu saya yakin kerajaan dpt menampung utk subsidi yg diberikan.
naik basikal ketempat kerja, badan sihat kurang pencemaran. kita kena berubah cara hidup dikala minyak mahal. ramai2 kayuh basikal seronok tau. terkenang zaman persekolahan dulu.
AKU BANGGA DENGAN KOMEN KORANG !
BUAT ISMAIL SABRI :
TOLONG JGN BERI JWPN INI KPD RAKYAT
(1). Rakyat d minta gali sendiri lubang d belakang rmh utk cari minyak.
(2). Kenaikan Ron 95 kerana masaalah global.
(3). Kenaikan Ron 95 utk mengelak kenaikan harga br2 makanan.
(4). Walaupun d naikkan harga Ron 95 d Malaya ini masih rendah nak d bandingkan dgn negara asia lain.
(5). Kenaikan Ron 95 tidak dpt d elakkan & pihak Kementerian akan MEMANTAU harga brg2 d pasaran.
KLU INILAH JWPN KAU MAIL, ADA BAIKNYA KAU BERHENTI JADI MENTERI & JADILAH PENGURUS SI DAFI ANAK KAU TU. TOLONG LWN D KABINET, KLU KABINET TAK BERSAMA KAU, RAKYAT AKAN BERSAMA KAU BUAT DEMONTRASI BESAR2AN. PD AHLI KABINET BN SILA DGR DENYUT NADI RAKYAT.
Jawatankuasa PEMANDU semua berpangkat Tan Sri dan Dato', mereka golongan kaya raya, duit belanja minum je dah sama ngan belanja mingguan rakyat marhain..nasibla..
tapi sendiri mau ingat la,sampai masa mengundi mereka dan kita ada sama hak...1 undi...ingat..ingat
Jangan sampai rakyat asyik tertunggu membalas dendam masa mengundi..susah la Bro. Kita asyik hentam PKR, dia bagi isu PR wat ceramah. Tolongla Pak Menteri KPDNKP..demi rakyat
BUAT ANON 1.21 AM :
Aku tak setuju d tukar semua kabinet BN mcm yg kau maksudkan tu, aku tgk lain mcm je yg tersurat dlm benak kau ni..
Seelok2nya, DS Najib letak calon2 baru yg lebih berwibawa, lantang, berani, berhati rakyat & berjiwa pejuang sbgi calon UMNO/BN dlm PRU ke 13 nanti, contohnya mcm si GAP ni ha, biar dia bawa suara rakyat d Parlimen seterusnya ke kabinet, hanya calon2 yg baru dlm UMNO/BN boleh buat perubahan, nak harap PR, haram, asyik menutuh je la, kau bayangkanlah si GAP ini menjadi menteri, tak ke selamat umat malaysia ni...
utk sedara anon 1:45 AM, tu kalau tempat kerja kita jarak dia mcm jarak sekolah masa muda2 dulu, takpe la. Ni kalau 30 km jauhnya, tak ke kecut jantung tu nak mengepam darah. Aku ada satu idea... mcm mana nak cover subsidi minyak, NAIKKAN CUKAI ROKOK SEKALI GANDA!!! hu hu. Ramai la org anti-fulisiakantora lepas ni. Ok ape, mana yg tak mampu nanti...berentilah. Mana yg TEGAR lagi nak mengisap tu, beli la rokok yg bercukai, dgn itu boleh la penagih2 ini mengisap sambil membantu kerajaan tampung subsidi utk minyak kdp rakyat. Jgn mare...berkata benar walaupun pahit. ROKOK MEMBAHAYAKN KESIHATAN ANAK2 ANDA, ROKOK JUGA DIFATWAKAN toooot OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. Apa isi kat tooot tu, LU PIKIR LA SINDRI!!
kalau nak naik, naik ron 97 takpe.. jgn cuit ron 95. kesian rakyat malaysia... naikkan lh ron 97 sbb org yang mampu dan kenderaan luar malaysia saje beli ron 97 tu...
Jangan bebankan rakyat.Rakyat dah tak mampu menanggung beban lagi.Berhati hatilah membuat keputusan.Sekali membuat kesilapan rugi 5 tahun lagi.
Setuju dengan fulisiakantora,aku tengok kat opis aku ni byk yang hentam kerajaan..padahal kerja n makan gaji ngan kerajaan..baik bg org lain je keje..yg x tahan sibuk hentam kerajaan tp bila PM umum dapat bonus meloncat cam beruk..dasar hipokrit..
Kita mesti bersikap rasional. Apakah mereka-mereka yang marah pasal harga bahan api melonjak naik faham keadaan sebenar sumber petroleum negara? Saya yang terlibat secara lansung dalam sektor huluan dalam pengeluaran sumber petroleum dalam negera kita(subsurface, drilling, completion & production) amat faham, masalah yang dihadapi negara dan kita semua patut berusaha bersama kerajaan (negara) untuk membantu menjadikan negara kita tidak kering kocek asyik nak menampung kenaikan kos/harga bahan api di pasaran (i.e. subsidi). Apa kata kalau kita sama-sama mencari jalan untuk mempertingkatkan kecekapan kita dalam penjimatan bahan api? Bagi subsidi banyak-banyak rakyat kita yang tak bertanggungjawab juga yang seludup ke negara jiran. Rakyat negara jiran juga yang menggambil peluang dari duit kita. Fikir-fikirlah, negara kita bukan kaya dengan hasil petroleum lagi. Sasaran prolehan hasil minyak harian negara kita makin merundum. Tak lama lagi (bila? Hanya Allah sahaja yang tahu) sumber minyak akan habis dan kita akan menjadi negara pengimport dan pada masa itu kalau kita masih mahukan kerajaan bagi subsidi...... Robek lah negara. Apa pun, pandai-pandai lah kita berjimat dan pandai-pandailah kita merancang kecekapan kita mengurus belanja kita untuk bahan api. Kalau tak mampu beli minyak, jangan pakai kereta besar-besar.
BULAN LALU AKU DAH BAYAR JUMLAH YG SAMA GAJI AKU SEBULAN AKU UTK INCOME TAX. RASA TAK BERBALOI BAYAR TAX KEPADA KERAJAAN JIKA KERAJAAN TAKDE PERASAAN HENDAK TOLONG GOLONGAN PERTENGAHAN SEPERTI AKU NI.
JGN SAMPAI KAMI MELUAT! INGAT, PRU12 LALU RAMAI YG UNDI PROTES..JGN BIAR KAMI LAKUKAN IA SEKALI LAGI.
kalau protes apa anda yakin Pakatan Rakyat bisa bantu anda?
Kita sendiri misti bijak mengawal belanjawan kita sendiri. Cuba cari nahagian-bahagia mana yang dapat kita potong untuk menjimatkan perbelanjaan kita. Kala kita hisap rokok, apa kata kita beryukar dari rokok kertas kepada rokok daun atau berhenti terus. Kiciciran poket banyak berlaku sebab kita berbelanja tidak mengikut keperluan. Rancang perjalan anda agar anda tidak membazir kos bahan api, toll dsb. Kurangkan penggunaan gula, rokok, air, letrik dan sebagainya. Kita perlu bermula dari diri kita sendiri.
komen rakan2 kat atas cukup bernas.cuma bergantung samada kerajaan nak laksanakan atau tidak. i.e
-naikkan cukai rokok/arak/perjudian
-kurangkan gaji+elaun para menteri
-tiada lagi mesyuarat/kursus di hotel2 besar yg membazir. bukankah jabatan kerajaan ada bilik2/dewan2 berhawa dingin utk mesyuarat?
-hanya menteri2 dan pegawai pegganti yg layak ke oversea. kaum kerabat tidak boleh tumpang sekaki! membazir je duit tax rakyat!
-arahkan perpindahan kakitangan bertugas ke tempat asal. jadi pembayaran elaun byk yg akan dikurangkan sekaligus mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
-pnguatkuasaan sgt lemah. harga barangan dan makanan tetap naik walaupun kononnya pemantauan akan dibuat.
Dr. M buat Putrajaya cantik-cantik agar semua Jabatan Kerajaan berpusat di sana tapi kita masih nampak banyak jabatan kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan di KL. Contoh yang jelas JKR. Pekabat JKR masih ada menyewa di Maju Junction dan Mid Valley. Ini yang saya kita kata ketirisan poket.
Orang kita memang suka subsidi. Kalau yang memerlukan saya tak kisah tapi yang kaya pun nak subsidi jugak. Kerajaan kena cari cara untuk hanya membantu mereka-mereka yang layak menerima subsidi sahaja. Pada mereka yang layak, jangan pula pergi jual barangan subsidi (itu tamak dan mencuri namanya). Bila dapat pinjaman pelajaran, gunakan untuk belajar (masa saya dulu-dulu pelajar suka beli motor dan mini compo dengan duit pinjaman) dan bayar lah bila mampu. Dapat pinjaman, pakai lepas tu tak nak bayar dan yang paling teruk sekali, kutuk kerajaan. Saya penyokong PAS (PAS sahaja dan bukan yang lain (PKR atau DAP) tapi saya selalu berfikir di luar kotak. Bangkang biar bertempat dan berhemah. Kita tak oleh jadi macam katak dalam tempurung dan tempurung tu pula duduk dalam kotak bawah rumah. Mari kita bersama-sama membangunkan negara. Cuba memahami isu dari segenap aspek dan jangan jadi macam Mahfuzzz; Terpekik terlolong membangkang macam dia seorang sahaja yang paling bijak dalam dunia.
saya orang kerajaan, pru 12 dulu saya protes majikan saya..sebab? sebab saya sayangkan majikan saya yang memberi gaji selama saya bekhidmat. tujuan saya, harap majikan saya sedar dari tido, sedar dari senang lenang..cara dia? saya rosakkan kertas undi. nk undi pembangkang? haram bagi aku..! Alhamdulillah, lepas BN menang ramai pak wakil rakyat yang turun padang melihat rakyat di kawasannya, pak menteri kelihatan bekerja bagai tiada lagi masa terbuang..namun saya sedih...semua itu sementara cuma..kini pru 13 semakin hampir..duka lama berulang lagi..pak wakil, pak menteri seolah terlena lagi...isu isu penting tak diatasi secukupnya..rintihan rakyat taraf rendah dibiar sepi..andai kata tun mahathir kembali lagi..sesungguhnya kesedihan ini terubat jua..
anak desa...
Wakil rakyat dari PR pun bukan turun padang jugak... Asyik berceramah sahaja yang pandai lepas tu isu pun cerita benda sama dan kurang fakta (fakta mungkin kutip melalui kekawan aday dengar kat kedai kopi). Aku serik pangkah PR tapi aku jamin tak akan rosakkan kertas undi. daripada rosakkan kertas undi baik tak payah pergi mengundi (ketirisan poket boleh dihalang).
Wakil rakyat (tak kira BN ke PR atau bebas) patut tahu yang tanpa pengundi macam kita siapalah mereka. Wakil rakyat mesti faham yang tugas mereka mesti membantu rakyat tapi segenap ceruk kena bantu mampus la wakil rakyat. Gaji pun bukan lah besar sanggat kalu nak dibandingkan dengan ahli-ahli koprat yang lain. Minta bantuan wakil rakyat untuk hal yang penting sahaja, hal peribadi mungkin jiran tetangga atau sahabat handai atau sedara mara patut bantu dahulu.
Anon 8.38am Bukan kamu seorang saja bayar income tax, sesiapa yg pendapatan melebihi had ditetapkan kena la bayar. Reti2 la bersyukur. semua nak guna sendiri langsung tak mau bayar cukai bolih minta tukar kerakyatan ke negara lain yg kau rasa lebih sesuai . Kamu mungkin dlm golongan orang kedekut . Genggam susah nak tiris .
Bukan senang nak senang. Bukan senang nak taraf hidup yang tinggi. Tiada benda free dalam dunia ni. Lihat negara maju, tax sanggat tinggi dan rakyat mereka amat bertanggung jawab. Orang kita gaji nak tinggi, kerja nak kurang, barang nak murah, dapat barang subsidi seludup ke luar negara untuk kaut untung (curi harta rakyat) pas tu tuduh orang lain makan duit. Kastam imigresen tidur hingga sempadan boleh lolos. Kena tangkap mula lah bos-bos mereka tunjuk muka 14. Yang jadi mangsa rakyat jelata. Rakyat pula yang mana ada kepentingan suka 'hulur' kalau nak cepat. Salah siapa? Salah kita juga. Dapat saman ekor terpekik terlolong (macam Mahfuzz0 kata tak adil tapi siapa suruh bawak kereta laju-laju atau langgar peraturan? Bawak laju-laju makan minyak pas tu terpekik terlolong kata harga minyak naik. Rakyat kita memang terlalu manja. Kerja ladang malas, kerja kontrek tak mahu habis apa lagi kita mahu? Mahu kerajaan suap nasi dalam mulut ke? Kerja malas tapi bila pergi demo waktu kerja rajin pulak tu. Kita mesti mengubah sikap kita kalau mahu maju kedepan. Ingatlah, rezeki tidak datang bergolek dan duit tidak jatuh dari langit. Pihak kerajaan bukan bodoh, mereka ada think tank mereka sebelum merangka sesuat dasar atau menangani isu-isu tertentu. Aku naik lemas bila kita rakyat biasa ni selalu fikir kita ni terlebih bijak dari orang lain. Kalau kita bijak, calonkan diri kita dan coba jadi menteri.... Ada pandai?
problem nye si bapak dafi ni baru je aritu kata minyak ron 95 tidak akan dinaikkan pada waktu terdekat..
mungkin aku silap phm jangka masa yg dikatakan "terdekat" itu. mungkin berbeza maksudnye di mata si bapak dafi ni..
maksud terdekat ikut pemahaman aku mungkin paling tidak sehingga hujung tahun ni.
tu sbb aku tak expectla yg maksud yg terdekat tu dalam 'bulan' ini or 2 minggu ini or minggu ini etc...
walau apa pun aku nak salahkan si bapak dafi ni sbb ckp tak serupe bikin..
jika betul turunkan kadar income tax..jadi duit tu rakyat boleh gunakan utk urusan harian. dah minyak naik, barangan naik, perkhidmatan naik..maka turunkan income tax, rebat pulak dinaikkan. contohnya rebat utk anak dinaikkan drpd 1k seorang kepada 3k seorang.. camtu la baru betul2 nak tolong rakyat..bila income tax rendah, bergantung kpd rakyat la utk berjimat slps itu..
Anon 8:38 am
Aku pun bayar cukai jugak.... 27% lagi tapi aku bersyukur dengan tax yang aku bayar mungkin akan digunakan untuk kemudahan diri aku dan orang lain. Ada aku merungut? tidak kerana aku rasa tanggug jawab kita untuk bayar cukai dan ZAKAT!
Masih ramai di antara kita yang terpekik terlolong cerita pasal income tax tapi kekadang tu isi borang BE atau e-filing pun tipu. Yang meniaga pun ramai yang menipu bila bab tax ni. Cerita pasa bayar tax konon... Macam dia seorang sahaja yang bayar tax.
Mana projek yang hendak buat BIO DIESEL tu ganti petrol/diesel bahanapi fosil...
Masa ni lah patut dilancarkan BIO DIESEL dari kelapa sawit...
Sekurang-kurangnya pengusaha kelapa sawit dapat imbuhan tinggi daripada projek ini...
Diminta PEMANDU cepat-cepat laksanakan projek ini...
Melayu Perak,
Masalahnya harga sawit mahal dan masih perlukan fossil fuel juga sebagai campuran.
Saya ada termenonton dalam Discovery Channel tentang seorang mamat kat US kutip minyak masak terpakai dari kedai-kedai dan proses jadi bio diesel.
Kalau tak dapat kelapa sawit cari alternatif lain macam minyak Jacopha atau minyak jarak...
Kerajaan kena usaha...
saya rasa rakyat usaha, kerajaan bantu
Naik je la harga minyak... tarik semua subsidi... jalankan GST, Harga barang pasti melambung... Rakyat miskin akan terus jadi papa. Aku pasti jika kerajaan teruskan dengan cara ni, rakyat Malaysia akan tukar Kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU nnti... Hanya rakyat kurang cerdik sahaja akan terus sokong BN...
Apa PR dapat buat dengan harga bahab api? Kebanyakkan negara lain hanya bagi susidi yang minimal atau harga bahan api mengikut harga pasaran. Malaysia? Kerajaan terpaksa bagi subsidi yang berlebihan hanya untuk memuaskan hati rakyat dan untuk menstabilkan harga barangan.
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa Malaysia bukan negara kaya dengan sumber minyak & gas. Jangan bandingkan dengam Brunei kerana pengeluaran hasil minyak mereka melebihi 1 juta tong/hari dan rakyat mereka sedikit jadi penggunaan bahan api nmereka kecil dibandingkan dengan Malaysia. Berapa pengeluaran minyak Malaysia? Nak cecah 6OO,OOO tong/hari pun sakit sekarang. pengeluaran minyak negara sekarang adalah pada fasa 'decline curve'. Tiada lagi lapangan minyak yang besar-besar seperti dahulu. Kita mesti berfikiran rasional dalm hal bahan api fosil ini.
Apakah dengan memilih PR, Malaysia akan berjaya menambah simpanan minyak? Apakah PR (atau Anwar) boleh menurunkan harga bahan api di pasaran global? Saya rasa tidak. Menambahkan subsidi bahan api akan menyebabkan pengagihan wang untuk pembangunan sektor lain akan terjejas. Lagipun, bagi subsidi bahan api orang kita bukan pandai menghargainya pun; sah-sah rakyat Malaysia yang suka mencuri ni (ada orang PR ada orang BN) yang akan seludup bahan api bersubsidi ni ke negara jiran.
Aku dah penat menaip sambil 'melepas' nih..... Nak pendekkan karangan aku nih, aku ingin nyatakan bahawa rakyat Malaysia suka bersuap. Kerajaan patut mencari jalan lain untuk membantu rakyat miskin dan menghalang rakyat Malaysia dari membazirkan wang negara untuk mensubsidi harga bahan api secara melampau. Rakyat pula sepatutnya pandai menjaga wang negara dan sama-sama berhemah dalam menggunakan bahan api.
Semua kena tipu dengan janji Anwar. Cerdikkah Anwar?
Anwar cerdik ke atau penyokong dia yang bodoh?
K'jaan kena tunjuk melalui tauladan, kata2 rakyat didahulukan mesti di kotakan melalui perbuatan...isu saman ekor yg lepas pun sudah cukup membuatkan rakyat muak pada k,jaan terutama pada Hishammuddin yg di anggap bodoh kerana hampir di bawa ke Mahkamah oleh PR...tak malu ke Hishamuddin????kalau masa itu PRU di buat alamat kantoi le BN..
Satu lagi ujian untuk Ismail Sabri yg senantiasa mengatakan jgn beli gula dan boikot penjual....bijak ke resolusi tersebut????sebagai Menteri mesti ada jawapan penyelesaian,bukan jawapan standard "kenaikan tidak dapat di elakkan"itu jawapan budak darjah satu pun boleh jawab...k,jaan kena ingat kalau barang asyik naik aje terutama minyak...dan PR dapat memenopolikan isu kenaikan harga barang..jawabnya PRU13 BN kantoi...kerana kata2 rakyat di dahulukan tidak berapa relevan...
BN kena ingat bukan semua rakyat petriotik untuk mempertahankan BN...tetapi mereka lebih suka mempertahankan perut....sikit punya hal contoh kenaikan harga minyak, barang, BN akan kantoi,Ismail Sabri kalau BN kantoi hang kena jawab kenapa barang naik...sebagaimana kata2 sinis PR..BN menang barang naik...
Satu lagi aku nak tambah, Ismail Sabri selalu cakap K,jaan akan pantau harga barang dari masa kesemasa...jangan le nak menipu...tak ada maknanya barang terus naik...kadang2 di jadikan isu oleh PR...disini lah yg penting parti pembangkang untuk check & balance...kalau tidak harga barang lagi melambung.....
bila minyak naik mesti la barang naik.. barang diimport dr luar naik kapal, masuk ke gudang guna lori & forklift, hantar ke pemborong guna lori, hantar ke customer guna forklift & lori, semua ni guna minyak.
Post a Comment