Tuesday, January 28, 2014

PRK DUN KAJANG CUBAAN TUTUP ISU IZAH ,AZMIN: BN WAJIB TAK BERTANDING.


apa persamaannya dun penanti dan prk dun kajang ?
penyandang dari pkr DI ARAH letak jawatan.

pada 18 may 2009, najib dalam satu sidang medianya ada bagitau BN takkan letakkan calon di dun penanti pasal ianya bukan disebabkan faktor kematian dan sabit kesalahan undang-undang oleh  penyandang, sebaliknya ia adalah gimik pkr yang cuba tutup kelemahan parti mereka.

untuk dun kajang, aku bagitau punca kenapa ianya berlaku.

pertama anwar nak alihkan isu anaknya yang ada masalah rumahtangga, si izah .

di kedai kopi dah banyak bercerita mengenai keretakan rumah tangga anaknya. sampai ke tahap kias macamana nak tadbir negara, tadbir rumahtangga pun gagal.

keduanya dikabarkan dari puak pkr, kalid ibrahim pada persidangan parti pkr tahun ini akan mencabar kerusi timbalan presiden..

ianya mampu menyentak kedudukan azmin ali.

jadi untuk mematikan move kalid ibrahim, maka drama dun kajang digerakkan dengan serta merta.

PELIK KENAPA ANWAR BERANI MAIN KAT DUN KAJANG YANG MAJORITI PENGUNDINYA CINA ?

KENAPA TAKNAK BERENTAP KAT KAWASAN DUN MELAYU YANG BANYAK PKR MENANG ?

KENAPA TAK DUN BATU 3, KOTA ANGGERIK DLL ?

harapan aku BN tak perlu bertanding dun kajang.

kalau bertanding jugak, BN akan terperangkap dengan mainan 2 mata pedang anwar. 


KEPADA UMNO DAN PEMBELACAN SEKALIAN...JANGAN HILANG FOKUS LAH !


anwar nak jadi menteri besar selangor ?
kalid letak jawatan ?
ultraman jadi gay ?
rekonsil dan perpaduan oleh anwar ?

kita belacan sekalian jangan hilang fokus lah. pru 13 kita dah kenalpasti mana kelemahan kita.

di selangor, daripada 22 kerusi dun kini tinggal 12, kata orang tinggal tulang.

dah 7 bulan pru 13 berlalu, di selangor dah buat homework tak ?
ceramah penerangan langsung tak gerak ?

kalimah ALLAH yang sepatutnya boleh gempakkan melayu selangor, nampak tak disambut baik oleh umno selangor ?

magik dan gempak 2-3 hari oleh anwar ni sudah tentu ada benda yang dia sembunyikan. mudah cakap, dia cuba divertkan isu yang nampaknya meresahkan dirinya.

masih enggan belajar ke trick gempak anwar yang dah tak laku ni ?

apa persediaan BN untuk pru 14 ?
mana hasil kajian kelemahan dan cadangan prestasi penambahbaikan ?

masih nak mengharapkan musuh bergoncang dan nak harap kerajaan negeri tumbang ?

sampai bila BN nak kuat kalau asik-asik harap pada kelemahan pertelagahan oposisi ?

kuatkan kita dulu. kuatkan dengan kepelbagaian dasar yang praktikal dan boleh membawak rakyat bawahan senyum kembali..

hari itu kerajaan kata pemborong manipulasi harga barang.
kemudian solusinya kerajaan ambush pasar dan market.
kemudian kerajaan buat stok penimbal.

kawalan harga untuk barangan majoriti pengguna asasnya tak berapa kukuh. sampai bila pegawai nak turun pasar pantau harga.

praktikaliti penting dalam menentang tamak pemborong.

nisbah pemborong dan pengguna silap aribulan boleh berkadar pada 1:200000...

jadi kacaulah market pemborong.. lambakkan dan berikan peluang kepada peniaga dan usahawan bawak masuk segala mala barangan pengguna.. akhir sekali dengan lambakan ini, pemborong dan peruncit terpaksa menurun harga.. ujung sekali pengguna yang untung.

untung peniaga pada waktu itu bergantung kepada ide marketing yang bijak.. kalau tak bijak, mampuih lah depa.

kerajaan wajib jaga pengguna instead of pemborong..

ini adalah asas kepada bagaimana nak kembalikan senyuman rakyat kepada kerajaan yang akhirnya akan diterjemahkan kepada undi ...

isu anwar dah basi.
isu pkr dah mati.
isu kalid lawan azmin dah bertahun, sampai sekarang tak habis.
maknanya apa...maknanya mereka ni cuba lekakan kita..

kerajaan tak perlulah layan politik low class drama 2 petang dorang ni..
tak datangkan undi pun...

cari kelemahan dasar kita.
ubah mana yang perlu.
fokuskan kepada ide ambik hati pengundi.
berhentilah mengharapkan keretakan pakatan ni, mereka ni wayang je..

lupa lagi ke wayang karpal vs hj hadi, karpal vs nik ajis, hj hadi vs dap... apa jadi dengan drama ni ? takde bawak kesan pun...

musuh lepas pru 13 makin besar kepala pasal kita tak kukuh.

umno perlu fokus kepada menyatukan melayu kebanyakan dengan dasar baru umno yang menguntungkan islam dan melayu.

pas atau pkr sekadar membawa 30% sahaja total komuniti melayu.

umno perlu alihkan tumpuannya kepada melayu yang lebih melata dan merata banyaknya kat bawah ni.

selain soal maruah islam dan melayu, isu penyelesaian kos melayu pertengahan perlu dirungkaikan dengan kadar yang pantas ..

orang melayu dah kurang bercakap mengenai anwar dah.
disaat kuasa kat tangan gunakan sebijak yang mungkin.

perkiraan dollar and cent , istilah komparatif, kurve melengkung,ekuilibrum,fiskal,sukuk,biaya marginal cubalah dikurangkan..

mak jah jual karipap tak paham berita utama macam tu.. 

apa yang mak jah paham karipap nya dah takde orang nak beli, pasal kebanyakan pembeli biasa nak berjimat... jadi macamana mak jah nak survive dengan situasi menghimpit ekonomi melayu bandaran ?

sensitiviti mengekalkan dasar popular politik perlu difikirkan selalu.

takkan itu pun nak di peringat ?

Sunday, January 26, 2014

PROF DIRAJA UNGKU AZIZ BERI DEFINISI PEMIMPIN YANG MELAYU PERLU ADA SAAT INI..!


MINGGUAN: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?

UNGKU AZIZ: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.

Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.

Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.

Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.

Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.

Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?

Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.

Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.

Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?

UNGKU AZIZ: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.

Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.

Saya dilatih oleh arwah bapa saya supaya tidak berhutang sejak usia saya tujuh tahun lagi.

Saya masih ingat ketika saya berusia 17 tahun, saya mahu membeli kamera tetapi duit saya tidak cukup. Apa yang saya lakukan ialah menyimpan duit dan akhirnya saya berjaya membeli kamera tersebut. Malah kereta pertama yang saya beli tunai ialah kereta terpakai jenis Ford lama.

Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan.

Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).

LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang

Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.

Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.

Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.

Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.

UNGKU AZIZ: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.

Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.

Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.

Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi.

Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.

Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.

Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.

Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.

Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, January 25, 2014

BANGSA MELAYU MERINDUI PERPADUAN MELAYU..


kepada melayu yang averagenya muda di zaman 80an  dan 90an.
pasti anda telah lama menantikan foto kasih sayang ini.

SEMOGA ALLAH SWT MEMAKBULKAN DOA KAMI AGAR UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU AKHIRNYA BERSATU SATU HARI NANTI..

sesungguhnya umat islam itu bersaudara.

aku cukup berkeyakinan perpaduan melayu mampu tercapai . jika aus dan khazraj pun boleh bersatu lantas membentuk perpaduan islam muhajirin dan ansar, apatahlagi kita melayu ni...

kita kuat, maka pemusuh islam akan tunduk.
kita kuat, maka munafikin akan gentar.
perpaduan menguatkan kita,perpaduan menggentarkan jiwa kafir.




AL FATIHAH : BLOGER GAP DAN PEMBACA UCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATO HARON TAIB.


al fatihah kepada keluarga dato haron taib.

semoga perjuangan arwah YANG TETAP KONSISTEN MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH hak eksklusif umat islam diperjuangkan saki baki pendokong pas.

WAJIB SEBAR KEPADA BUKAN UMNO.. MAKSUDNYA MELAYU PEMBANGKANG !

Friday, January 24, 2014

BELACAN SEKALIAN.. KASI SEBAR INFO NI..


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja.

Bekas Perdana Menteri berkata, sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam.

Menurut beliau, cubaan pihak berkenaan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung dilihat lebih kepada rancangan untuk menarik orang Melayu dan Islam di sini kepada agama Kristian.

"Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana kalimah itu tidak ada di dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam.

"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaan dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini, hari ini.
 - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 

NUAR MARAH KALAU DISEBUT PERKATAAN JEPUN.. JADI BELACAN SEKALIAN..


masa PC semalam, anwar cukup marah bila wartawan sebut perkataan jepun..

jadi kepada belacan army sekalian
kasi provok sampai mental dia ni..
kih kih kih

jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun
jepun jepun jepun jepun



SYARAT PINANGAN IJAH DIDEDAHKAN ?



40k dulang hati bangla..
Jambatan emas dr travoli vila ke airport narita
7 dulang airmata anak dare chinadoll..
1 utas jam tangan omega


hidangan utama...

karipap dan kopi spesel dari masterchef anwar fujimori..

namun kalau anda loya dan nak pening lepas makan karipap, harap insiden selepas itu anda maafkanlah perbuatan bakal bapa mentua ya..


maklumkan pada hadirin, pada waktu pinangan kelak kad jemputan tak perlu dibawa..

hanya dengan menyebut pasword MOKHTAR, anda boleh masuk ke khemah utama..

hehe

Thursday, January 23, 2014

BELACAN SEKALIAN.. KASI SEBAR INFO TOLONG ANAK MELAYU NI OK !


EDISI PUNAI NUAR TERSEPIT KAT ZIP : DARI 1993 SAMPAI 2014 ASIK MEMBOHONG AJE KERJANYA !


dulu ( tahun 1993 ) dia kata dia takkan lawan arwah pak ghafar.
selang beberapa bulan ... dia lawan.
katanya desakan akar umbi umno ...

hehe..

kes jepun pulak..

2 hari lepas dia tuduh wisma putra dalang dan punca dia tak diberi masuk ke jepun..semalam  dia kata lain pulak..

dari 1993 sampai dah masuk 2014 otaknya nak menipu membohong aje..punai sungguh..

 lupa lagi kes 16 september.. dia bohong gak.
 lupa lagi kes 40 ribu bangla.. dia bohong gak..
lupa kes arsenik.. dia bohong gak..
ingat lagi kes pakai kerusi roda dalam penjara.. dia bohong gak..


BAB HANCURKAN NAMA BAIK MALAYSIA.. SERAH KAT BEROK PKR !


Wednesday, January 22, 2014

JANGAN LUPA KES NI BELUM SELESAI.


AMK LONGKANG : BAKAR LUKISAN SIMBOLIK 'BENDERA JEPUN'..






otak sampah.
politik longkang.
mentaliti jamban .
bodoh nak mampuih.
inilah dia wajah ahli parlimen pembangkang yang takde kualiti.

menyelesaikan masalah dengan cara nafsu amarah.
sungguh low class dan tak menggambarkan pembangkang ini bertamadun.

kepada rakan blogers, ini lauk besar.

kena sebarkan ke seluruh dunia betapa bodohnya kualiti cara pembangkang selesaikan masalah.

pembangkang telah busukkan nama harum malaysia dalam perhubungan antarabangsa nya dengan jepun..

heyyy.. susah nak cakap.. wei jadi batu api je la !

Tuesday, January 21, 2014

NUAR TAK BOLEH MASUK JEPUN : 12 JUTA PENYOKONG ANWAR GESA MAYSIA HARAMKAN IMPOT EKSPOT ...



MAJORITI MELAYU PASTI BERSETUJU DENGAN PANDANGAN MUKHRIZ !


Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar “betul tapi tak popular” terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.
Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".
Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.
Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.
Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.
"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.
"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.
"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. – 19 Januari, 2014.

Monday, January 20, 2014

SALAH EJA PELIWAT DAN BUKAN PELAWAT DALAM BORANG PENDARATAN PUNCA IMIGRESEN JEPUN NAFIKAN ANWAR MASUK ??






19 Januari: Negara Jepun dikejutkan dengan kehadiran adiwira baru di Lapangan Terbang Narita hari ini. Adiwira tersebut yang terkenal dengan kuasa anti arsenik dan kuasa kebal skandal hanya dikenali dengan nama Ultraman BlakangTaro. 

Pihak imigresen Jepun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Kyusyu terpaksa menafikan kemasukan adiwira baru tersebut dengan DUA alasan iaitu:


1) Jepun sudah pun mempunyai begitu banyak Ultraman, termasuklah dari kelompok adik beradik Taro dan kemasukan Ultraman yang baru ini bakal menjadikan negara pulau tersebut semakin sesak; dan



2) Ultraman BlakangTaro ini dikesan mempunyai Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.



Ultraman BlakangTaro telah selamat dihantar pulang semula hari ini - TokyoKini

TFK

KERAJAAN DIGESA CEPAT BUAT KEPUTUSAN UNTUNGKAN PENGGUNA.


drama murahan dari pengarah murahan.
kecoh sengketa azmin vs khalid.
isunya pasal perlantikan azmin dalam jawatan penting PKNS.
takyah besarkan cerita lah..
dorang ni wayang aje.

nak kalih macam-macam cite pasal pkr selangor yang gagal obey enakmen undang-undang mengenai isu kalimah ALLAH..

gaduh dorang ni selesai tak lama lagi.. lepas pemilihan parti pkr yang akan berlaku tahun ni..

kita kena kuatkan KITA DULU..
KUAT DAN TERUS KUAT.
kuat dalam ertikata kuat implemen dasar yang untungkan kita..

tak perlu mengharap kelemahan parti lawan untuk diraih keuntungan..

penilaian rakyat dah terlalu kemas dan berhati-hati sekarang.

polemik murahan bukan jadi sandaran utama rakyat.
isu dasar dan kekuatan mempertahankan maruah jadi sandaran asas sokongan..

perbetulkan kita dulu. kuatkan kita dulu.

keluh rakyat perlu dibendung, marah rakyat perlu diredakan.
jangan sampai leka dan ambil mudah bingar rakyat bawahan.

jangan sampai ombak 2007 yang pernah tolak BN berulang kembali..

beberapa hari lepas kerajaan baru sedar kegiatan manipulasi pemboronglah yang menjadi dalang utama kenaikan harga..

blogers dah cakap lama dah... lepas cakap pasal pemborong yang timbulkan masalah, jadi apa solusinya ?

batalkan aje permit AP dorang yang disyaki tu.
besarkan dan buka kan terus permit AP impot..

dah nak masuk macam-macam perjanjian perdagangan .. lambakkan barangan mentah pengguna dalam pasaran.. barulah pemborong boleh mati.

kentang, ayam, cili,bawang semuanya kasi marketnya terbuka.  rakyat nak tengok lambakan bahan harian ni jadi murah.. baru rakyat boleh tersenyum.

cara nak bunuh tamak pemborong itulah gayanya..

tapi bila.. takkan cakap cakap aje.. kuasa kat tangan. apa tunggu lagi ?

tak payah lah dengar suara makmal tu.. kos lagi . 

JANGAN KAWTIM LAH YE...


cina ni kena balun pasal jerit kat pendemo melayu..

katanya.
melayu boxxh...

harap jangan ada pemimpin umno kawtim maafkan cina ni dah lah ye...

Sunday, January 19, 2014

ANUGERAH FOTO TERBAIK KATEGORI MELUKAKAN HATI MELAYU : KOMEN BERNAS..


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua boleh dianggap sebagai satu kesilapan besar yang dilakukan oleh parti itu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Mohd. Aidit Ghazali berkata, ini kerana penarikan saman itu menunjukkan UMNO tidak yakin kepada tindakan mereka sehingga boleh menimbulkan lebih banyak kebiadaban daripada pihak pembangkang pada masa akan datang.

Katanya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada penyokong tetapi juga kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bekerja keras untuk memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.

"Pemimpin UMNO harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara. Isu tersebut (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej UMNO tetapi turut berkaitan dengan masalah bangsa, agama dan negara.

"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik UMNO sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu kononnya sandiwara UMNO telah diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Dalam penjelasannya, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu, penarikan balik kedua-dua saman tersebut bukan bermaksud UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat selain turut menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat pihak lawan.
Sementara itu, Mohd. Aidit turut menegaskan supaya UMNO konsisten dalam tindakannya untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara tanpa mengira masa.

"Kita tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti bermusim. Apabila dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) atau Perhimpunan Agung UMNO, kita lihat UMNO sentiasa tegas dengan tindakan mereka.

"Jadi, kita tidak mahu pemimpin UMNO hanya bertindak tegas secara bermusim sahaja, sebab musuh politik akan sentiasa cuba memburukkan parti itu tanpa mengira masa," tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Aidit turut menyarankan kepada pemimpin UMNO supaya meningkatkan keberanian dan ilmu pengetahuan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.





© Utusan Melayu (M) Bhd 

JEPANG PUN TOLAK LAHABAU NI...KAH KAH KAH


Saturday, January 18, 2014

2 PERKARA YANG BOLEH BUAT MELAYU FIKIRKAN SEMULA PASAL KREDIBEL ?


ANTARA AYAT POWER KONGKANG SJKC NI LEPAS HINA ISLAM..

Ah Ngang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati meminta maaf secara peribadi kepada Yi Shan dan masyarakat di Pekan Teluk Sengat serta umat Islam ekoran tindakannya itu.

“Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya.

perrrgghhhh senang nye......


Artikel 


© Utusan Melayu (M) Bhd 

tarik balik saman bukti keterbukaan umno dan sifat tak berdendam umno...

ini apa punya baghal la politik pasca pru 13 nih ?

soal kematian 10 anggota yang jadi bahan fitnah tian chua yang kata kematian itu sandiwara umno pun boleh dianggap tak serius dalam ertikata MARUAH ?

ini bukan soal dendam.
ini bukan soal keterbukaan.
ini soal maruah melayu lah ....

paham tak.. 
soal maruah anggota yang mati teruk jasadnya dirobek..
hey ...paham tak apa melayu cakap nih ?
anggota kita mati dianggap sandiwara..
pastu ko maafkan pulak..

sandiwara apa korang buat nih wei ?

umno kata tian chua dah minta maaf..
tapi tian chua kata dia tak pernah mintak maaf..

apa umno buat nih ?