Sunday, January 19, 2014

ANUGERAH FOTO TERBAIK KATEGORI MELUKAKAN HATI MELAYU : KOMEN BERNAS..


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua boleh dianggap sebagai satu kesilapan besar yang dilakukan oleh parti itu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Mohd. Aidit Ghazali berkata, ini kerana penarikan saman itu menunjukkan UMNO tidak yakin kepada tindakan mereka sehingga boleh menimbulkan lebih banyak kebiadaban daripada pihak pembangkang pada masa akan datang.

Katanya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada penyokong tetapi juga kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bekerja keras untuk memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.

"Pemimpin UMNO harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara. Isu tersebut (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej UMNO tetapi turut berkaitan dengan masalah bangsa, agama dan negara.

"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik UMNO sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu kononnya sandiwara UMNO telah diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Dalam penjelasannya, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu, penarikan balik kedua-dua saman tersebut bukan bermaksud UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat selain turut menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat pihak lawan.
Sementara itu, Mohd. Aidit turut menegaskan supaya UMNO konsisten dalam tindakannya untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara tanpa mengira masa.

"Kita tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti bermusim. Apabila dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) atau Perhimpunan Agung UMNO, kita lihat UMNO sentiasa tegas dengan tindakan mereka.

"Jadi, kita tidak mahu pemimpin UMNO hanya bertindak tegas secara bermusim sahaja, sebab musuh politik akan sentiasa cuba memburukkan parti itu tanpa mengira masa," tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Aidit turut menyarankan kepada pemimpin UMNO supaya meningkatkan keberanian dan ilmu pengetahuan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.





© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 comments:

Anonymous said...

Sebelum ni Sharizat jalil la ni lak UMNO....sememangnya UMNO sudah tidak bermaruah...

Anonymous said...

Sapa yg terlebih senyum sampai nampak gigi, dialah juara baru maharajalawak mega.....heheheee

Anonymous said...

Itulah pemimpin2 UMNO sndiri yg lemah menghina Melayu sendiri..
Itu sbb Najib dihina dgn kangkung.. Tuhan nk tnjuk dia tu kena hina sbb byk tindakannya membolehkan kita org Melayu dan Islam mudah2nya di hina DAP laknatullah..

aduhh harap sapa lg..PERKASA pun karut tgk Tok Him boroi tu.. kaki belit jugak... [pakat menipu je.. rakyat yg tiada tempat berpaut..

Anonymous said...

MasyaAllah. Kemana lagi nak mengadu? Ingatkan UMNO lah segala-galanya tempat bergantung untuk Melayu (memang kita tergantung sekarang).

Nampaknya UMNO pun tak boleh diharap. Senangnya buat u-turn. Dah habis semua dimuntahkan kemudian dijilat balik (geli geman rasanya).

Jadi salahkah bila cinabeng mengumpat kita "the Malays have no balls"? We should have gone ALL OUT. Apa nak jadi Melayu. Ya Allah berilah petunjuk.

Wallahualam.

Alifmimyaro.

Anonymous said...

keputusan yang terbongok diantara banyak lagi kerja2 bongok oleh pemimpin umno. pening aaaaa....

Anonymous said...

Aku ahli umno dan pengundi bn..dengan ini. Bersumpah dengan nama Allah. Aku amat amat menyesal undi bn pru lepas... pru akan datang siap lah ko najib.ko tabur lah duit banyak mana pun.. aku akan balas dendam! !

Anonymous said...

Percayala lepas ni akan bermacam macam penghinaan sebab tak sampai kemana. Dah puas hentam menceceh maruah bangsa lepas tu mohon maaf.Selesai sebab nak tunjuk baik sesangat. Aduh..... dimana maruah diri ni? Dimana maruah bangsa ni? ....... Kata pelindung bangsa, pelindung agama.....Takde ke lagi pemimpin yang boleh diharap ni???????

Anonymous said...

ATAS PERLAKUAN UMNO SENDIRI, AKU DAH MULA BENCI UMNO.
UMNO MULA MEJAUHI HATI KU.
DI HINA DI CACI PUN BAGI MAAF LAGI.
UMNO TIADA HARGA DIRI.....AKU MALU DENGAN PERANGAI UMNO SEBEGINI. TELOR UMNO SEMAKIN KECUT........TAK BERFUNGSI LAGI.....
PRU 14 UMNO BUNGKUS !

Anonymous said...

Adakah yang lain yang boleh diharapkan?

Anonymous said...

kekadang sedih....kita ni orang kampung harap sgt umno ni menjaga Maruah bangsa Melayu...tapi ..patut la kaum lain kat Malaysia dah naik tocang..sampai bila maruah melayu nak d injak....

abah you said...

benci mamat gemuk tu

Anonymous said...

Salam...hai..umno, umno, umno, yang setiausaha kerja semyum sampai ketelinga...rasa seronok kot..cina tieow hua...minta maaf....he bodoh sngt lah kau orang nie...sama juga lowyer umno....bangang ke...bodoh..ke..
Kalu dah cina tetap cina la....tak reti reti...
Kami sabar tunggu la.......4 tahun lagi
Orang tua 1957

Anonymous said...

Contoh kelemahan pemimpin umno didikan najib hangat2 tahi ayam. Umno x pyh ngaku wakil melayu dan islam lg, bacul dan janji x ditepati

Anonymous said...

bila nak pilihan raya.. umno tabur duit bagi pada orang2 cina..

bila cina hina bangsa, agama dan negar melayu, umno maafkan cina..

konon2nya nak tunjuk baikkk.. pada orang2 cina.. umno ni terbaekk.. boleh dipijak, dikencing sebilang masa.. porahhhhh!!!... umno

bersembur air liur konon2nya umno pelindung bangsa, agama dan negara tapi semuanya tonggg kosongg.. rasa sia2 gua undi umno..

pas, pkr dan sekarang umno semuanya melayu tarak boleh pakai..