Thursday, January 31, 2013

NIK AJIS MAKIN GILA BABI..DI NERAKA KANNYA ORANG ITU !



NASA IKUT NAJIB KENA PECAT..TAPI YANG LAIN JOIN KERAJAAN TAK PULAK NIK AJIS PECAT ?


nasarudin mat isa kena pecat oleh majlis syoru pas yang diketuai oleh pok nik adalah kerana nasarudin ikut najib pergi gaza.


IKUT najib pergi gaza pun nasa kena pecat.

tapi pok nik dan majlis syoru pas nampak hipokrit dan buat bodoh bilamana...

ahli parlimen kuala krai dari pas selamba je JOIN KERAJAAN BN dalam jawatankuasa pilihanraya malaysia.

kenapa dr hatta tak kena pecat ?

bukankah JOIN dan turut serta dalam satu jawatankuasa yang diketuai oleh kerajaan BN itu menyalahi dasar pakatan dan pas ?

kenapa berat sebelah pok nik ?



Ahli – Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
(Ahli bagi Kawasan Kota Marudu)
(Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
sebagai Pengerusi

YB Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad
(Ahli bagi Kawasan Kangar)

YB Tan Sri Dr. Fong Chan Onn
(Ahli bagi Kawasan Alor Gajah)

YB Datuk Alexander Nanta Linggi
(Ahli bagi Kawasan Kapit)

YB Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan
(Ahli bagi Kawasan Hulu Selangor)

YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali
(Ahli bagi Kawasan Gombak)

YB Tuan Loke Siew Fook
(Ahli bagi Kawasan Rasah)

YB Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli
(Ahli bagi Kawasan Kuala Krai)

YB Tuan Wee Choo Keong
(Ahli bagi Kawasan Wangsa Maju)

WAH...SPRM BILA NAK MASUK ? SLOW SLOW KE PASAL DIA PAS ?


ish ish ish
SPRM bila nak masuk
tua tu dah ngaku banglo tu milik dia.

jangan slow slow dah le yea.
mentang-mentanglah dia pas.

jap lagi satu.
kes azmin ali ni apa cite SPRM ?
sonyap jo ekau ni..

HAHA PEDIHNYA LAWOK NI !

Wednesday, January 30, 2013

HJ HADI MAT LEBONG RUPANYA KAWAN BOMOH CONGA !


CUBAAN POK NIK ALIH ISU KALIMAH ALLAH GAGAL...GILO MUNG !



Pemecatan YB Ust Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13hb Januari yang lalu. Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura, Ust Nik Zawawi beberapa hari yang lalu. Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai spekulasi boleh dibuat.

Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ust Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri. Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya dipihak Pakatan.
Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, sementara dipihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13hb Januari. Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan.
Sementara itu ahli dan penyokong PAS diperingkat akar umbi  kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.

Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ust Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan. 


YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
29 Januari 2013

ZUL NORDIN PECAT NIK AJIS !


sori lah YB.
saja nyakat.
YB punya kupasan artikel terbaru memang cun.
KLIK SINI

ISU RCI SABAH : PENDEDAHAN MENGEJUTKAN SEMALAM !


isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat.

isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995.

benarkah dakwaan ini ?

dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ?

LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.

mohd nasir sungip merupakan timbalan pengarah jabatan pendaftaran negara (negeri sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok dari tahun 1992-1995.

operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi.

tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR.

SOALAN ?
benarkah ini arahan SPR ?

lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.

1) bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.

2) bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan.

KESIMPULANNYA.

seramai 94 orang termasuk 24 pegawai JPN telah disumbat ke dalam ISA kerana isu penjualan IC BIRU  ini.

2 bekas pengarah JPN di atas antara yang telah  mengaku mereka melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan mahu extra duit dan penjualan IC BIRU tersebut dilakukan tanpa arahan dari pihak atasan.

cubaan pembangkang untuk memburukkan nama bekas perdana menteri dr mahathir dan SPR semakin tidak berjaya kerana hampir kesemua yang terlibat mengaku mereka memberikan IC atas dasar mahu mencari keuntungan peribadi.

itu pasallah tun m kata dia sedia disiasat dan didakwa... tada hal punya kata tun m..!

TERBAIK FATUL BARI..MEMANG TAK NGANTOK PUNYA KHUTBAH !

Tuesday, January 29, 2013

SELAMATKAN HAK BUMIPUTRA : GHANI OTHMAN DAN ZAKI ZAHID ULANGI KESILAPAN TINGKAT 4 ??


Ke Hadapan YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman.



Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan.


Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion.


Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita. Orang awam terutamanya orang Melayu tertanya-tanya apa yang terjadi kepada KFCH. Apakah inisiatif penjualan ini telah dihentikan atau dijalankan di belakang tabir.

Menurut blog Sanggah Tok janggut, usaha-usaha ini terus berjalan sekarang. Jika ini benar ia merupakan satu keadaan yang sangat mendukacitakan. Lebih mengelirukan mengapa YAB Dato’ selaku penjaga ekuti Johor Corp membenarkan kegiatan seperti ini berlaku. Majoriti ahli UMNO, majoriti orang Melayu dan majoriti orang Islam tidak akan rela dengan keputusan menjual kepentingan majoriti KFCH ini kepada syarikat bukan Islam.

Jika suatu ketika dahulu Johor Corp sanggup bersepak terajang dengan usahawan Melayu lain untuk mengambil alih Kulim Berhad atas alasan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam industri makanan halal. Sekarang apa yang terjadi?

Banyak lagi aset lain Johor Corp yang boleh dicairkan atau dijual bagi membayar hutang berjumlah RM 6 billion itu mengapa KFCH menjadi pilihan.

Sebenarnya kedudukan KFCH sangat kompleks kerana ia tidak dimiliki secara langsung oleh Johor Corp. Ia dimiliki melalui Kulim Berhad. Dilaporkan JCorp hanya memiliki 53% saham Kulim. kulim pula memiliki 57.5% saham QSR. QSR pula memiliki 50.6% saham KFCH.

Bayangkan betapa kompleksnya pemilikan saham KFC dan tidak mungkin JCorp boleh mendapat kesemua wang penjualan KFC ini untuk membantunya melunaskan hutang. Jumlah yang akan sampai kepada JCorp mungkin tidak sampai separuh pun daripada harga jualan.


Bagaimanapun perkembangan terbaru menyaksikan JCorp bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebuah syarikat pelaburan Asing berjaya mengambil alih KFCH. Dengan kata lain proses penjualan kini menjadi lebih mudah dengan hanya tiga pihak perlu membahagikan keuntungan.

The RM5.2 billion privatisation of KFC Holdings (M) Bhd and its parent QSR Brands Bhd will be completed on Monday, subsequently paving the way for the delisting of both firms.
QSR Brands managing director Datuk Ahmad Zaki Zahid said KFC and QSR shareholders will be paid on January 23 and January 25, respectively.
“The RM5.2 billion privatisation cost is being paid by Johor Corp Bhd (JCorp), the Employees Provident Fund and CVC Capital Partners,” Ahmad Zaki told reporters here yesterday at the launch of Pizza Hut’s latest offering, the Golden Harmony Feast
Read more: QSR, KFC privatisation to conclude on Monday http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130118001028/Article/index_html#ixzz2JHIw7M8c
Melalui pengambilalihan ini ia akan memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang. Oleh kerana JCorp berhadapan masalah kewangan kemungkinan besar transaksi ini melibatkan jumlah saham yang besar menjadi milik CVC Capital Partners dan EPF.

Pembabitan CVC Capital Partners menimbulkan syak wasangka yang sangat besar bahawa JCorp telah bersedia untuk menjual KFCH kepada pihak ketiga selepas selesai proses pengambil alihan ini. Jika tidak benar, Dato’ Menteri Besar perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar. Rakyat terutamanya ahli UMNO berhak tahu apa yang akan berlaku kepada KFCH yang berada di bawah jagaan JCorp.


YAB Dato’ Menteri Besar,

Saya percaya kerja-kerja penjualan dan pengambil alihan aset sebegini sebenarnya dirancang dan dilakukan oleh “penyangak-penyangak” (crooks) perniagaan yang akan membuat keuntungan melalui proses penjualan ini. Mereka yang mencadangkan kepada Tan Sri perkara ini sama ada mempunyai kepentingan dalam pengambil alihan atau mempunyai tujuan membuat keuntungan sekelip mata dalam proses penjualan ini. Banyak cara untuk kumpulan ini membuat keuntungan untuk transaksi ini.

Proses pengambil alihan korporat sebegini selalunya lebih menguntungkan lembaga pengarah dan individu tertentu yang merancang proses ini.

Adalah lumrah perniagaan bahawa JCORP berhak untuk menjual mana-mana kepentingannya bagi tujuan pengembangan atau proses rasionalisasi perniagaan. Cuma janganlah diberikan alasan-alasan bodoh seperti mahu membayar hutang JCorp yang akan matang pada Julai 2013.

Khabar angin bertiup kencang bahawa cadangan penjualan ini timbul selepas kemasukan beberapa nama dari pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Ethos ke dalam KFCH terutamanya Datuk Ahmad Zaki Zahid. 

Memang nama Zaki Zahid dibawa oleh “orang yang lebih besar” daripada Menteri Besar, namun sebagai Menteri Besar yang telah berpenggal-penggal apakah Dato sanggup membiarkan hal ini terjadi?

Apalah sangat kehilangan jawatan Menteri Besar berbanding Dato mengakhiri kerjaya dicemuh oleh ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya?

Seelok-eloknya, adalah lebih wajar JCorp mengarahkan KFCH menjual cawangan-cawangan KFC kepada usahawan kecil bumiputera untuk dijalankan secara sistem franchaise seperti mana yang dilakukan oleh McDonald.

Ingatlah JCorp ditubuhkan atas iltizam dan kehendak orang Melayu Johor dan UMNO untuk menjaga kepentingan bumiputera. JCorp bukan syarikat korporat biasa yang menjadi alat lintah-lintah kapitalis membuat keuntungan pelbagai peringkat untuk diri mereka sendiri.

Inilah yang sepatutnya ditegaskan oleh Dato Menteri Besar kepada lembaga pengarah JCorp yang rakus dan berfikiran kapitalis tulen.

Nota Untuk Ahmad Zaki Zahid:

Cukuplah apa yang terjadi kepada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sepatutnya saudara selaku Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berada dalam KFCH sekarang ini perlu mencari jalan membantu usahawan bumiputera berkembang di bawah payung KFCH bukannya melingkupkan pula KFCH.

Terdapat 500 outlet KFCH ini jika saudara cadangkan kepada sistem franchaisee ia boleh yang boleh dijual sekitar RM 2 juta sebuah. Dalam masa yang singkat KFCH boleh mendapatkan sekitar RM 1 bilion. Dalam masa yang sama saudara boleh mewujudkan 500 usahawan bumiputera baru.

Melalui kaedah ini juga KFCH dapat mengatasi masalah pengurusan outlet-outletnya yang sangat teruk sekarang ini. Layanan, servis dan penyelenggaraan outlet-outlet KFC jauh ketinggalan berbanding saingan utamanya McDonald mahu pun syarikat makanan segera lain.

Ini kerana KFCH masih lagi mengamalkan kaedah Master Franchaise menguasai semua outlet. Akibatnya ia dilihat berhadapan dengan masalah pengurusan sumber manusia. Pengurus outlet tidak melihat outlet tersebut sebagai perniagaannya tetapi sekadar makan gaji daripada KFCH. Hasilnya banyaklah insiden-insiden yang tidak enak mengenai KFC muncul di dalam ruang siber.

Cukup-cukuplah kerja buat untung atas angin. Buatlah kerja untuk orang Melayu sama.


APAHAL SINGAPURA KRITIK SPR MALAYSIA ?



Singapore Straits Times stressed on opposition concerns and electoral reform groups.



Lester Long again drummed up his criticisms against Electoral Commission.



He cited the complaints by a treacherous Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh of DAP. Lester Kong repeated the lies by opposition that electoral roll of 13 million voters contain mistakes such as retaining names of deceased voters and phantom voters.



This article by a traitor Lester Kong, intended to drum into the minds of Malaysian voters here to ignore the multiple fliers from BN.
H.S.

PAS SERONOK JADI BARUA DAP..



Kenyataan Media GAPS

Pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli majlis syura Pas sudah dijangka namun cara Pas memecat bekas timbalan presidennya umpama melaksanakan keadilan Jahilliah.

Anwar Ibrahim timbalan presiden, dipecat Umno kerana kesalahan seksual (liwat). Nasharudin Mat Isa bekas timbalan presiden, dipecat oleh Pas kerana menegur pimpinan parti agar membela kalimah Allah. Beza Umno dan Pas.

Umno beri peluang kepada anwar utk bela diri dalam mesyuarat MT. Pas langsung tak panggil Nasha hadir mesyuarat majlis syura, terus pecat saja. Tak bagi surat tunjuk sebab atau notis penamatan perkhidmatan pun.

Keadilan Pas umpama keadilan style abu jahal. Kalu dalam berorganisasi pun pas gagal melaksana keadilan kepada pemimpin dan ahli nya, masakan Pas boleh beri keadilan kepada rakyat kalau hudud pas dilaksanakan.

Dalam sistem keadilan Islam, mereka yang dituduh berhak membela diri. Dalam sistem keadilan pas, yang tertuduh tak diberitahu apa tuduhan nya, hakim terus bersidang dan terus buat keputusan. 

Pecat - pecat - pecat, fenomena abu jahal dizaman Haji Hadi menjadi presiden Pas.



Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
27 Januari 2013.

ARTIKEL TERBARU TUN M..PEDAS TAK INGAT.



1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.
2. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.
3. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalanraya.
4. Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya. Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.
5. Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat. Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.
6. Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.
7. Justeru itu usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6000 setahun, mesti ditentang.
8. Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?
9. Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.
10. Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang. Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati. Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalanraya baharulah kita akan terima AES ini?

Monday, January 28, 2013

INILAH PERJUANGAN YANG PAS MAHU.


HA TUNGGU APA LAGI ? BUBARLAH DUN SELANGOR ESOK !


kalid konpiden rakyat akan pilih pakatan pada pru 13 di selangor nanti..

KAMI BLOGERS SELANGOR TAKNAK CAKAP BANYAK..

SILA BUBAR DUN SEKARANG !
JOM RENTAP..

tak sabar kami blogers selangor nak lanyak korang sampai KO !

dah lama kami ketagihkan pertarungan kami dengan pakatan di selangor...

jadi kepada kalid, tolong bubarkan DUN esok !

POK NIK RAIKAN BZDAY BERSAMA KARPAL, SELEPAS PECAT NASARUDIN !



lepas puas menghina islam, kiri dan kanan pok nik tetap meraikan bzday tua kutuknya bersama kafir, penentang islam nombor 1 di malaysia.

betullah kata bloger flyingkick..

dulu tua kutuk kata sambut maulidur rasul itu bidaah.
tapi sambut bzday, tua kutuk tak pulak kata bidaah.

nauzubillah mintak jauh..

kalau pas perintah malaysia,tidak mustahil foto tua kutuk raikan bzday bersama benjamin akan keluar gak...

politik sial pas...

pok  nik jelas meraikan kegembiraan ini dengan karpal PADA HARI YANG SAMA SELEPAS PENGUMUMANNYA MEMECAT NASARUDIN MAT ISA yang galak menentang dap !

Sunday, January 27, 2013

NASARUDIN TELAH DIPECAT..ALASAN TAK DATANG MESYURAT !


kah kah kah
ini adalah alasan paling bangang dikeluarkan oleh majlis syoru pas.
nasa telah dipecat kerana TAK HADIR MESYUARAT.

lebih menarik tak datang mesyuarat itu juga telah melanggar peraturan berjemaah seperti yang ditetapkan oleh majlis syoru.

pecat pasal tak datang mesyurat ?!

alasan lucu yang dikeluarkan oleh majlis syoru pas.

sebenarnya bukan itu sebabnya.

sebabnya adalah kerana nasa pergi ikut najib dalam usaha malaysia nak SATUKAN RAKYAT PALESTIN.

itu saja ... tak datang mesyurat terus pecat.
kah kah kah..


NAJIB DISAMBUT MERIAH..HERO PENYATUAN UMAT ISLAM !


LAGI FOTO KLIK SINI

PENYOKONG PAS DAH GOYANG DENGAN KAEDAH PAS.


WAJAHMU MACAM....


VIDEO PANAS NAJIB KASI PANAS THE JUBS !

Friday, January 25, 2013

JIKA FOTO DI SEBELAH ISMAEL HANIYEH ITU ANWAR...


sudah pasti anwar takkan dapat lagi dana dari puak yahudi.

dek kerana itulah foto di sebelah ismael haniyeh itu adalah najib tun razak.

beranikah anwar berfoto di hadapan sebuah kereta (mangsa palestin) yang dibom oleh zionis ?

berdoa di hadapan kereta ( ikon  keganasan israel terhadap rakyat palestin)  bisik hati anwar, laksana mengiakan segala kerakusan israel dalam merampas hak rakyat palestin.

anwar perlu menjaga hati nentanyahu.
anwar perlu menjaga hati shimon perez.

kerana mahu menjaga hati israel lah, dajal ini tetap akan mengiktiraf penubuhan sebuah negara israel sedangkan najib cukup teruja untuk membantu akhirnya penubuhan sebuah negara palestin.


JAWAPAN BERTARAF KONDOM OLEH MAJLIS SYORU PAS.


pas tidak ikut anwar.

itulah kenyataan terbaru majlis syoru pas bila disoal mengenai halatuju mereka dalam isu kalimah ALLAH.

pas tidak ikut anwar.

hmm satu kenyataan bersifat kondom politik yang berlapis.

pas tak ikut anwar.

selama ini pas begitu teruja memperjuangkan negara islam dan hudud.

namun perjuangan itu tidak lagi menjadi agenda pas bila mereka bersama pkr dan dap dalam pakatan.

pas melacorkan perjuangan puluhan tahun mereka dan akhirnya tunduk kepada anwar.

jadi boleh percaya ke cakap majlis syoru pas yang kononnya nampak tegas dan mengesahkan pas tidak akan ikut cakap anwar ?

isu ini adalah melibatkan akidah.
majlis syoru pas ada ramai agamawan politikus al undi.

tiada masalah untuk pas dan dap dan pkr berbeza pendapat mengenai siapa dapat kontrak longkang.

tiada masalah untuk pas dan dap dan pkr berbeza pendapat mengenai siapa nak jadi ahli majlis.

namun ia menjadi masalah bila isu kalimah ALLAH ini menyaksikan terdapat perbezaan pendapat yang ketara antara 3 parti  mangkuk hayun ni.

haron din ulamak silent mode pernah jatuhkan kufur kepada siapa yang menyokong.

hari ini majlis syoru pas kata mereka takkan ikut cakap anwar.

KALAU TAKNAK IKUT CAKAP ANWAR YANG BAKAL MENGGADAIKAN AKIDAH, KENAPA PAS MASIH ADA DALAM PAKATAN ?

BERAMBOS AJE LAH !

pttuuiii jawapan kondom taraf low class daripada majlis syoru pas.

siapa yang korang nak menipu nih ?


AZHAR IDRUS MEKDI SEKADAR USTAZ PAK LAWAK AJE !


dah seminggu maharajalawak mega berlangsung.

aksi solo zizan yang mempamerkan kelibat ala ala ustaz azhar idrus sewaktu di trengganu mengesahkan satu perkara penting.

azhar idrus hanya layak dilawakkan kredibelnya di pentas lawak.

azhar idrus mekdi bukan ustaz yang berketerampilan.
azhar idrus mekdi bukan ustaz yang berkualiti.
azhar idrus mekdi bukan rujukan untuk orang mendapatkan ilmu berkualiti.

azhar idrus mekdi sekadar pak lawak.
dia menjawap soalan yang boleh menjurus kepada jawapan lawak.

kerana lawaknya itulah, zizan telah MELAWAKKAN KAREKTOR USTAZ PELAWAK.

kah kah kah.

zizan punya terjahan dalam pentas maharajalawak mega memang ada kebenarannya.

harap kepada zizan, anda terus berjaya dalam berkarya lawak yang sebegini.

jadikan azhar idrus bahan gurauan anda kerana memang azhar idrus ni memang bahan untuk dilawak jenaka kan.

kah kah kah
bila nengokkan lawak kuliah agama azhar idrus, teringat prof serba tahu dalam majalah GILA GILA zaman sekolah dulu..

eekkk
ookkk
kah kah kah...



Thursday, January 24, 2013

ANWAR CABUT LARI... KAH KAH KAH.


anwar taknak lagi bertanding di kubu kuat permatang pauh.
kah kah kah
abis anwar nak tanding mana encik gap ?
kah kah kah

encik gap kata anwar nak cabut lari tanding lain kawasan
aiyakk lain tanya lain jawap encik gap

gua tanya anwar mau tanding mana 
encik gap kata anwar nak tanding mana pi mampuih sama dia laaa
kah kah kah

suruh dia tanding parlimen pas laaa
konpem dia kena sabotaj kaw kaw dengan ahli pas
kah kah kah

suruh anwar tanding kawasan banyak cina la
undi chinadoll konpem muleh tulun punya maaa

aiyaaa aiyaaa aiaayyaaa
ssssss aaaahhhh
aiyah cilakak lu nuar totey lu mengkok kaaa
aiyah 5 minit saja kaaaaa

halo chinadoll
are you okay 
kah kah kah

lu mau makan kalipap kah ?
kah kah kah

selamat mampos lah ko anwar dari dunia politik malaysia
kah kah kah

AL KISAH 2 PRESIDEN PARTI. NAJIB DAN HADI MAT LEBONG.


di atas adalah presiden pas hadi awang aka mat lebong. 

hadi jugak dikenali dikalangan mat rempit batu 6 ganu sebagai hadi lambong, satu watak hero low class yang jalan ceritanya entah ke mana.

entah ke mana begitulah dengan hadi, sekejap jual kalimah ALLAH sekejap tak jual kalimah ALLAH.

hadi lambong pernah bikin ribu pasal amanat gilanya.
kerana amanat gilanya, ramai penyokong beliau mati sia sia.

dan hadi buat tak tau je, buat dek je.
itulah kualiti presiden pas yang tak bertanggungjawap pada tindakan yang beliau lakukan.

hadi adalah low class.

dia adalah presiden parti namun sikapnya yang tiada berketanggungjawapan dan serius dalam menangani masalah umat cukup memualkan.

sepatutnya selaku presiden yang menggunakan nama islam, agenda perpaduan dan satu hati perlu menjadi keutamaan nya.

namun tidak.

dia menggalakkan perpecahan.
dia menggalakkan keruntuhan sesama islam.
amanat hj hadi adalah katalis penyongsangan otak sesat hadi.
SELAIN ANWAR,HADI JUGA LAYAK DIGELAR BAPA PERPECAHAN UMAT ISLAM.

beza dengan foto di bawah.
najib berada di gaza.
untuk menyatukan umat islam palestin di sana.

persaudaraan antara 2 kelompok palestin menjadi utama kehadiran najib di gaza.

jika persaudaraan ini dapat dikukuhkan, janji najib malaysia akan membantu pembangunan sebuah negara MERDEKA BERNAMA PALESTIN.