Monday, February 13, 2012

WAWANCARA TERBAIK.


MINGGUAN: Apa yang mendorong Dr. menyertai Parti Keadilan pada peringkat awal penubuhannya?
CHANDRA: Sebelum parti itu ditubuhkan pada 19 April 1999, sudah terdapat gerakan sebelumnya yang bernama Adil. Ia mendahului Keadilan sebagai satu gerakan sosial yang dipimpin oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan saya pula sebagai timbalan pengerusi. Matlamatnya untuk mempertingkatkan kesedaran rakyat tentang isu-isu yang mencabar masyarakat ketika itu, selepas Anwar dipecat. Adil berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat namun ia bukan parti politik. Saya dimaklumkan pada masa itu dan diulangi beberapa pihak, bila parti politik tertubuh maka orang lain akan memimpinnya. Bukan saya atau Wan Azizah kerana Adil bergerak sebagai sebuah NGO.
Tapi apabila parti politik ditubuhkan dikatakan 20 ahli Parlimen akan menyertai parti ini. Saya menganggap ini sebagai sesuatu yang akan berlaku maka saya tidak perlu terlibat dalam politik kepartian. Ini kerana saya memang tidak berminat dalam politik kepartian kerana saya bukan ahli politik dan ini bukan matlamat kami. Tetapi 20 ahli Parlimen yang dikatakan akan keluar tidak menjadi kenyataan dan ia hanya omong kosong. Oleh kerana tidak ada yang sanggup memikul bebanan ini maka saya terpaksa memegang jawatan timbalan presiden.
Boleh dikatakan Dr. terpaksa memikul tanggungjawab ini?
CHANDRA: Saya terpaksa memikul walaupun tidak berminat politik kepartian. Satu lagi faktor yang mendorong saya adalah dengan apa yang berlaku kepada Anwar bukan kerana beliau sahabat saya tetapi kerana peristiwa Anwar dibelasah di penjara. Perkara ini didedahkan pada 29 September 1998. Bagi saya, adalah sesuatu yang tidak adil apabila beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara. Saya sebenarnya tertipu kerana pada awalnya dikatakan terdapat ahli Parlimen yang akan melompat tetapi ia tidak berlaku.
Berapa lama Dr. di dalam parti dan apa yang mendorong Dr. keluar?
CHANDRA: Saya menyertai parti itu sejak April 1999 hingga awal Disember 2001. Saya tidak meninggalkan perjuangan tetapi menyertainya sebagai wadah. Saya berundur atas beberapa sebab, pertamanya selepas menyertai dan memegang jawatan timbalan presiden, saya telah terdedah kepada beberapa perkara dalam parti yang ahli-ahli biasa tidak mengetahui tentangnya. Saya nampak cara Anwar mengendalikan parti dari dalam penjara. Beliau berada di dalam penjara tetapi menguasai parti, membuat keputusan dan sebagainya.
Beliau yang pastikan arah tuju parti dan menguasai segalanya. Ini telah menjadi masalah kerana beliau cuba menentukan corak pengurusan dari belakang tembok penjara dan sudah tentu sukar untuk dilakukan. Seperti yang pernah dihujahkan oleh Allahyarham Maududi ketika dipenjarakan, beliau tidak mahu terlibat dalam pengurusan Jamaat Islami kerana merasakan ia adalah sesuatu yang mustahil. Tapi bagi Anwar walaupun ada struktur dan kepimpinan parti tetapi beliau masih mahu mengawal segalanya. Bagi saya ia mencerminkan satu sikap beliau yang suka mengawal dan menguasai. Beberapa masalah yang diketahui umum iaitu parti ini mempunyai banyak puak serta terdapat pelbagai kecenderungan dan sebagainya.
Keadaan ini bertambah teruk dengan cara pengurusan Anwar yang sering berjanji sesuatu kepada individu tertentu dan kemudian berjanji pula kepada orang lain. Mungkin ini adalah salah satu daripada gaya politik beliau. Apabila beliau menguasai parti terutama dalam keadaannya dipenjarakan, mungkin beliau menganggap cara tersebut sebagai paling berkesan. Anwar dengan sengaja menimbulkan perselisihan dan berpuak-puak dalam parti. Itu salah satu kelemahan yang saya lihat merugikan parti.
Perkara ketiga, Anwar ialah seorang pemimpin yang boleh disifatkan sebagai kurang ikhlas kerana ucapan, pidato dan retorik beliau sangat bertentangan dengan apa yang berlaku di dalam parti. Dalam Keadilan pada masa itu ada individu tertentu yang rapat dengan beliau dan terlibat dalam politik wang. Apabila saya mendapat tahu tentang perkara ini dan membawanya kepada Anwar, namun beliau tidak mahu bertindak kerana melindungi mereka. Begitu juga dalam perkara lain.
Beliau kononnya pemimpin yang memperjuangkan perpaduan kaum tetapi dalam pilihan raya kecil Lunas misalnya jelas Anwar memainkan isu perkauman untuk meraih sokongan. Ini sangat bertentangan dengan apa yang dilaungkan beliau. Ini seperti ungkapan cakap tidak serupa bikin.
Faktor lain adalah kerana hubungan Anwar dengan individu-individu tertentu di luar negara. Anwar mahu meneruskan dasar luar Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bertujuan menguasai kawasan-kawasan tertentu untuk mencapai matlamat mereka. Mungkin kita masih ingat tentang peristiwa 11 September 2001 lebih kurang tiga bulan sebelum saya keluar parti. Anwar pernah menulis dalam majalah Times yang seolah-olah menyebelahi AS dalam soal ini. Sudah tentu kita tidak setuju tentang keganasan, politik Osama Bin Laden dan sebagainya tetapi kita perlu mencari punca kenapa mereka menggunakan keganasan untuk mencapai matlamat mereka.
Namun penulisan Anwar dalam majalah itu terlalu berat sebelah dan beliau tidak cuba untuk memahami keadaan sebenar dan dilihat cuba merestui tindakan AS atas alasan penguasaan politik dan dominasi. Ini bukti kecenderungan beliau dalam hal ini kerana Anwar rapat dengan pihak-pihak tertantu. Sekarang ini sudah terbongkar tentang hubungan beliau dengan Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan beberapa individu lain yang cenderung terhadap Neo-Con. Mereka ini memang rapat dengan pihak Zionis.
Bagaimana dengan masalah peribadi Anwar. Apa pandangan Dr. terhadap isu ini?
CHANDRA: Saya pernah menimbulkan perkara ini dalam surat setebal 15 muka yang saya kemukakan kepada Anwar sebelum berundur dari parti. Ini bukan satu dokumen yang didedahkan untuk khalayak ramai. Namun dalam surat itu saya nyatakan juga tentang isu-isu moral yang turut dibangkitkan oleh rakan-rakan saya yang lain seperti dari Singapura yang tahu tentang aspek-aspek tertentu tingkah laku beliau.
Saya bangkitkan soal ini tetapi beliau hanya menyatakan ia adalah satu konspirasi, ada pihak mahu menjatuhkan beliau dan beberapa lagi. Namun apabila beberapa individu membangkit dan menjelaskan tentang isu ini kepada saya, saya mula meragui apa yang dikatakan beliau kepada saya.
Bagaimana pula pandangan Dr. tentang keadaan sekarang apabila banyak perkara semakin jelas tentang Anwar sama ada dalam hubungannya dengan pemimpin luar serta dalam soal peribadi?
CHANDRA: Mungkin kita masih ingat empat hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung, saya pernah ditanya pandangan jika Anwar menjadi perdana menteri dalam satu forum dianjurkan akhbar The Star, saya menjawab berterus terang bahawa beliau akan menjadi malapetaka kepada negara. Itu pandangan saya selepas tujuh tahun meninggalkan parti. Anwar telah menyaman saya sebanyak RM10 juta selepas saya menyatakan pandangan itu. Kes itu masih belum selesai dan ia masih di peringkat pengurusan kes. Namun saya akan tetap dengan pendirian saya tentang hal ini.
Pada pendapat saya, perkembangan dalam dua tiga tahun ini memperkukuhkan pandangan saya tentang Anwar. Kini pandangan saya mengenai beliau semakin kukuh setelah Pilihan Raya 2008 antaranya peristiwa 16 September, ia adalah satu pembohongan besar. Kalau kita benar-benar serius memperjuangkan demokrasi, bagaimana kita boleh mencetuskan satu rancangan atau komplot yang sangat bertentangan dengan demokrasi.
Ini bermakna beliau mahu merampas kuasa melalui politik pintu belakang dan itu yang saya tentang. Malah saya pernah menulis satu artikel mengenai bagaimana beliau memujuk ahli Parlimen untuk berpaling tadah menjatuhkan parti yang dipilih secara sah dan demokrasi.
Ini jelas menunjukkan beliau tidak menghormati demokrasi malah hanya mempergunakan demokrasi untuk kepentingan diri. Adakah tindakan beliau ini berlandaskan etika? Sudah tentu Anwar ada menawarkan janji-janji tertentu kepada beberapa pihak yang sudah tentu melibatkan wang, jawatan dan sebagainya. Kita tidak tahu tentang perkara sebenar tetapi jika benar sudah pasti ia berbentuk rasuah. Padahal jika Anwar berucap di luar mahupun dalam negara, beliau akan mengecam kerajaan sekarang sebagai rasuah dan sebagainya.
Bagi saya beliau mempunyai masalah kontradiksi dalam personaliti beliau. Tidak ada pemimpin politik yang lebih hebat mengecam rasuah, isu kronisme dan sebagainya selain beliau tetapi sebenarnya beliau pun sama juga.
Satu lagi bukti yang saya mahu kemukakan adalah mengenai cara beliau menangani pemilihan dalam parti. Anwar akan memastikan kroninya menang pada hal beliau begitu lantang menentang kronisme. Terdapat banyak masalah berkaitan dengan etika seperti cara pihaknya mengira undi yang tidak betul, terdapat nama yang tidak wujud dalam pendaftaran parti serta bermacam-macam lagi. Keadaan sangat kucar-kacir dan apakah kita mengharapkan orang seperti ini menjadi pemimpin negara?
Seperkara lagi kalau kita lihat dalam kerjaya politiknya, beliau pakar dalam dua bidang atau dalam bahasa Inggerisnya, two ‘D’ specialist, pertama, demegogery atau pandai berpidato berapi-api tetapi kosong dalam ideanya dan satu lagi adalah dalam demonstrasi.
Pencapaiannya sebagai menteri kalau kita kaji, terdapat menteri-menteri yang mencapai pencapaian tertentu namun bagi Anwar, apa pencapaian yang dilakukan sebagai Menteri Pertanian kemudian Menteri Pelajaran? Sebagai Menteri Kewangan pula beliau hanya merosakkan ekonomi kita. Perkara ini jelas berlaku dan rakyat sudah lupa tentang bagaimana Anwar terlalu mengikut telunjuk IMF seperti yang ditulis oleh pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz dalam bukunya Globalization and its discontent. Beliau secara berterus terang menyatakan bahawa Anwar mengikut IMF tanpa campur tangan IMF secara langsung.
Kita boleh lihat dalam kes Malaysia, IMF tidak masuk campur seperti di Indonesia kerana Dr. Mahathir Mohamad sangat tegas dalam hal ini, tidak seperti Anwar dari segi dasar-dasar yang dilaksanakan, semua itu adalah dasar IMF. Inilah yang merosakkan ekonomi kita. Yang menyelamatkan ekonomi negara ialah Dr. Mahathir apabila beliau melakukan dua langkah iaitu pertama, memecat Anwar dan kemudian, beliau mengenakan kawalan mata wang. Anwar sepatutnya menonjolkan kemahiran dalam aspek-aspek seperti pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Malangnya Anwar tidak ada idea dan hanya tahu mengkritik. Apakah individu seperti ini boleh memimpin negara kita? Malangnya terdapat pihak yang masih yakin dengan beliau dan saya tidak faham kenapa ini berlaku.


Kenapa terdapat pihak-pihak yang mahu menyokong beliau dan cuba mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri?
CHANDRA: Ini semua kerana kuasa. Tidak ada sebab lain kerana matlamat mereka mahu menawan Putrajaya. Sebahagian daripada pemimpin Pas dan DAP, tidak ada lain yang diimpikan selain kuasa dan Putrajaya. Tidak ada matlamat lain. Bagi mereka Anwar sangat penting kerana pertama, hanya Anwar yang dapat menyatukan mereka kerana jelas Pas dan DAP tidak mungkin mampu bekerjasama tanpa beliau. Tidak ada pemimpin lain dalam kalangan mereka yang boleh memainkan peranan ini kerana mungkin beliau berpengalaman sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya.
Dalam soal karakter, sifat-sifat kepimpinan seperti apakah beliau seorang yang ikhlas dan amanah, mereka ketepikan soal itu kerana mahu mengejar kuasa dan menawan Putrajaya. Pada masa sama, Anwar memperalatkan mereka dan mereka juga melakukan perkara yang sama terhadap Anwar. Namun yang penting bagi Anwar, beliau tetap mahu menjadi perdana menteri tidak kira apa caranya. Beliau sanggup mengorbankan prinsip hanya untuk mencapai matlamatnya.
Pada pandangan Dr. apa kesannya jika Anwar yang pernah menjadi Pengerusi Foundation For The Future, menjadi Perdana Menteri memandangkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak-pihak tertentu di luar negara?


CHANDRA: Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab. Yayasan ini diilhamkan oleh Lyn Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Lyn Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian. Badan ini dilancarkan pada 2005 oleh bekas Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice. Ini menunjukkan pertubuhan ini sangat rapat dengan AS dan golongan tertentu yang rapat dengan Zionisme dan penguasaan dunia. Anwar menjadi pengerusi selama tiga tahun dan meletakkan jawatan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Yayasan ini jelas matlamatnya dalam memperkukuhkan hegemoni dan penguasaan AS dan Israel di rantau Asia Barat tetapi bertopengkan demokrasi seperti beberapa NGO lain antaranya National Endownment for Democracy dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros. Ini pastinya menimbulkan tandatanya kenapa Anwar dipilih sebagai pengerusi yayasan ini selain menunjukkan mereka begitu yakin terhadap beliau. Selepas Anwar menyertai demonstrasi mengenai flotila Palestin pada 2010, beliau mengecam Israel tentang hal ini namun kemudian bergegas berkunjung ke AS untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Anwar telah ditemuramah oleh CNN dan sebagainya untuk memulihkan imejnya. Dua pemimpin AS menulis rencana dalam Wall Street Journal yang kita ketahui dikuasai oleh Rupert Murdoch seorang Yahudi Zionis yang menguasai media.
Al Gore yang juga bekas Naib Presiden AS dan Paul Wolfowitz menulis rencana yang membela Anwar yang mereka sifatkan bahawa beliau seorang yang baik, kawan rapat dan sebagainya. Ini juga menimbulkan tanda tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh membela Anwar. Malah kita boleh lihat sejak sekian lama, setiap kali Anwar berhadapan dengan krisis, cara mereka membela Anwar dan tekanan yang dilakukan mereka begitu bersungguh-sungguh. Ini menimbulkan persoalan kenapa mereka begitu sayang pada Anwar. Sudah tentu jika mereka bersungguh-sungguh membela Anwar pasti ada sesuatu yang mereka harapkan daripada beliau.
Saya tidak mahu membuat spekulasi apa yang mereka mahukan tetapi kita tahu dari segi dasar luar AS, ada dua pertimbangan utama, pertama adalah isu dan kedudukan Israel. Kita tahu AS mahu lebih ramai pihak yang menyokong atau mengiktiraf negara Israel dan keduanya dalam konteks Asia Tenggara dan isu China, mereka bukan mencari kawan tetapi sekutu yang boleh diharapkan untuk mencapai matlamat mereka. Sebagai contoh ucapan Barack Obama di Hawaii dalam mesyuarat APEC dan ucapan Hillary Clinton, mereka menamakan beberapa negara yang dianggap sebagai sekutu rapat iaitu Filipina, Thailand dan Singapura yang dilihat boleh bekerjasama mengimbangi kuasa China.
Namun nama Malaysia tidak disebut kerana walaupun negara ini berkawan dengan AS tetapi kita mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan kita sebagai sebuah negara dan tidak mahu menjadi budak suruhan AS atau Israel. Memang ini dasar yang digubal oleh Allahyarham Tun Razak sebagai negara yang bebas. Malah Malaysia merupakan negara bukan komunis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf China. Oleh itu kita boleh faham bahawa AS mahu mendapatkan sesuatu daripada Malaysia sebagai balasan –Mingguan Malaysia

40 comments:

Anonymous said...

org yg ceredik yg jadi gelombang pertama tolak anwar, kemudian gelombang kedua dan ketiga dan seterusnya...

kalau sampai hari ni masih ada yg menyokong anwar tu kita paham2 sendiri la tahap keintelektualan mereka2 tu....

kalau tak sama taraf intelektual dgn lembu pun kira2 sama taraf dgn taik la...ekekeke

Ass Mint Flavour... said...

Apa pun yg ko katakan...

ANWAR IS THE BEST!!!! AND STILL THE BEST!!!!

in sodomi, zinani, liwati, china dolli, pungkoki, pukiki and yahudi.

Anonymous said...

ANWAR AL-JUBURI MUSIBAT TERAGONG!!

KITA TUNGGU APA PENCACAI/PENGHISAP KOTEK BENGKOK SPIN???

Anonymous said...

nih mana punya gambar setan ngko kebas GAP? kalu tak silap aku nih gambar Anwar Sharon:)

Anonymous said...

apa nak buat bro semua..

dah terlampau terdesak kot??

parti pas dah macam kapas

parasit2 dah mula bantai dia balik

(dek penangan hassan)

brovo bro Hassan
BAPA KEBANGKITAN AQIDAH

Anonymous said...

Hei Ass Mint Flavour..!
Pergi jahanam kau dari blog ini, kau akan hirup darah nanah dari bisul anwar apabila kau di masukkan ke neraka di akhirat nanti.
Jubur kau sudah berlubang besar kerana diretakkan oleh kotek anwar dan kekasih pondan kau.

Sebuah Perjuangan said...

Assalamualaikum
Biar apa pun yang diperkatakan anwar adalah the "choosen one" bagi barat untuk merosak Malaysia. Cuma yang agak pelik tu, kenapa PAS masih terus menerus menyokong pengamal kemungkaran tersebut?

saudara tuan tanah, saya ingin memohon jasa baik tuan untuk pautkan suapan daripada blog lamanizzs.blogspot.com
kepada blog saudara.

terima kasih.

Anonymous said...

hai..marah btul anon nie kat ass mint....tak abis baca anon nie kot...

ass mint puji menggunung anwar jubori dlm hal...kerosakkan moral dia tu...

anon!...minta maap kat ass mint cepat!!

praha2 said...

sobab nyo dio tak bolih ado kan jalan keluar bilo kito menghadapi masaalah keawangan dulu korano dio bodoh. dio mengaku ahli ekonomi tapi sobonar nyo dio ekonomoni. TDM telah membuet kan seluruh dunio kagum dongan tindakan nyo walaupun ado yang mengatokan Malaysia akan mundur dongan tindakan TDM tu. Tapi hakikatnyo Malaysia terselamat dari chonkaman IMF dan Bank Dunio. Tak saperti Thailand,Indonesia,Korea dan philipines.
Sampai hari ini oran masih mengkagumi kito walaupun tak tersebarlah korano oran Barat tak mau mengaku tindakan TDM tu botul dan Malaysia terselamat.
oran yang menyokong sipeliwat ni ado agenda tersendiri. kito tau. tak do anwar matilah dio nanti kito tengok solopes pru 13 nanti.

Anonymous said...

yang betul2 kenal anwar dah blah kecuali yang ada kepentingan peribadi.

yang pelik pencacai2 dia semua tu. langsung tak kenal tapi bermati2an menyanjung 'imam mahdi' depa tu..

keh keh keh

Tun Teja said...

Renunganku,
Chandra terlalu lemah apabila menyebelahi AI kena tumbuk.
Memang padan muka si beruk anwar ni kena tumbuk di penjara oleh KPN.

Ini sepatutnya di pelajari dari pehak penjara di Malaysia semasa AI di penjara:
- beri dia mental pressure, seperti menulis bagaimana penjara dibangunkan dan dapat di ubahsuai pada masa akan datang. Mesti semak kertas kerja dia. Beri dia masa yang sengkat untuk melengkapkan kertas kerja supaya masanya dapat dipenuhi dengan kertas-kerja lain seperti mengkaji semua ahli banduan dari masa’alah peribadi sehingga ke alam penjara. Walaupun kertas-kerja ini membosankan, AI mesti melengkapkan nya dan buat suatu perjanjian, jikalau dia mahu dibebaskan pada masa yang ditetapkan, kalau tidak, tangguhkan tempoh kepenjaraannya.
- Buat satu undang-undang bahwa AI tidak boleh menulis sebarang artikel mengenai politiknya atau politik negara lain. Jangan berikan AI naskah akhbar tempatan atau dari luar negara.
Sesuatu yang semua ahli UMNO patut ingat bahwa:
-ahli UMNO tidak menggali peribadi dan kajian bagaimana AI boleh dinaikkan pangkat dengan cepat pada usianya masih terlalu muda dalam regime Tun Mahathir.
-ahli UMNO tidak mengorek sejarah ibubapa AI semasa dia masih kecil dan bagaimana AI dibesarkan di tanah airnya, dan apakah corak tempat lahir dan persekitaran kehidupan AI semasa kecilnya.
-ahli UMNO tidak mencari kawan atau sahabat sekolah AI supaya kelakuannya disekolah dapat di kesan semasa awal lagi.

Seperti apa yang berlaku kepada Kumar, seorang homosexual Singapura, tetapi Kumar dengan muka tebal sudah menghebahkan kepada masyarakat tentang penglibatannya. Dia mengatakan yang tubuhnya sudah dinodai semasa umurnya 10 tahun oleh seorang pemuda yang lebih tua darinya. Di dalam keadaan kesempitan hidup semasa kecil, kerana kepatahan keluarganya sendiri pada masa umurnya empat tahun. Kesah Kumar seorang gay mendapat perhatian oleh Menteri Persekitaran dan Air Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
Menteri ini tidak mengutuk Kumar, tetapi kefahaman kehidupan Kumar menyebabkan Balakrishnan menampilkan belas kasihan kepada Kumar kerana kejujuran Kumar mengaku kelakuannya.

Dia tidak menipu seperti AI dan sahabat-sahabat yang bersebahat dengan AI.

Anonymous said...

Hangpa la Bodoh dan Jahat.Tak habis2 menfitnahkan Anwar ini.Berapa banyak UMNO bagi duit kat kau Chandra.Tiba2 timbul ini mesti semalam Najib baru buat pembayaran kut.Kau tunggu PRU 13,Anuar akan jadi PM dan tahulah nasib engkau orang semua.Kami adalah KOMANDO AMK,setakat PERKASA dan PEKIDA hahaha takdak hal lah.Lihat HIMPUN 901.REFORMASI!HIDUP AMK!

Anonymous said...

Di dalam dunia nie bukan hanya ada malaikat, tapi syaitan yg akan menyesatkan...mcm pepatah melayu rambut sama hitam tapi hati lain2...walaupun kita rasa pelik masih ada yg menyokong org tua yg main dgn cina doll tu tapi ini la hakikatnya...sudah terlalu byk bukti yg patut kita tolak anwar bagi org yg berfikir tapi ada jgk yg masih menyokong, mereka adalah syaitan

Anonymous said...

10.46...macam tahi jer komen hang.

Komando?...komando tahi kuching...

Sokong la idol-idol hang tu...silap-silap hang yang kena sondol

PKR (porno kita raikan) said...

apepun UMNO mmg KAPIR bak kata tok guru. ape yg umno buat? tabung haji ditubuhkn,psat zakat ditubuhkan, masjid sluruh kwsan dibina(nk smyg pun mudah), kmudahan tuk blaja dibina dgn mluas. ptptn diberikn( dh pnjm kna la byr, dlm islm pn sruh bgitu) dn byk lg prkara bodoh yg dilkukn oleh krajaan skrg. n lg 1,pmimpin umno kata hudud perlu ditangguhkn dulu krana keadaan situasi smasa.(x mcm presiden PAS: negara islam x de dlm al-quran: katanya. mb KEDAH plak: kita x laksanakn hudud sbb kita berada dlm palattan..ni bru btul2 islam).kna jd cm klantan, dlm isu air: kata mreka air tu hak allah. jd buat pe nk pk sgt(hkikatny allah sruh kita brusaha untuk dptkn sesuatu). jd kpd org umno, pk la baik2, undilah palattan

Anonymous said...

DULU boleh lah tumbuk sedap sja,sebab jadi KPN,SEKARANG amacam.Hoi orang tua hang mai la jumpa Anwar minta maaf ka,sebelum Anwar jadi PM.Dok buat apa sekarang?Dok berkawad dalam rumah kut.JANGAN LUPA AJAK MAHATHIR SEKALI.

Anonymous said...

RAKYAT DAH TAU BETAPA BUSUKNYA UMNO.PEMUDA UMNO PUN TAK ADA TELUK.FIKIR BAIK-BAIK AMUKAN KOMANDO AMK DAN UNIT AMAL NANTI.PENAKLUKKAN PUTRAJAYA SUDAH PASTI,NAMPAKKAN BAGAIMANA HIMPUN BERSIH DAN 901.CEPAT LAH PRU 13,TAKUT APA?

Anonymous said...

x takut la dgn komando AMK. msti puak2 ni jambu pny. di ketahui kriteria pimilihn komando AMK mmg ketat sprti msti 'dilihat' oleh bang nuar trlebih dhulu

KACAK

Anonymous said...

hehehe himpun 901 ya? abg aku amk aku siap baca msg dia 'Rm200 disediakan' hahaha
amuk la sgt.. bro gua pekida, bole je gua nak pijak kepala lu org tapi bile pikir2 balik org bodoh watpe ke zalimi.. baik kita didik ye dok?

PRU tak de lagi sebb BN nk rampas kelantan n kedah.. yg lain dah tak risau sebb kompom menang.. heheh tak caya? nak aku bagitau sumber? Azmin, leh aku heboh tak? kena OSA tak kalau aku heboh.. gua tau la amk tgh kucar kacir skang

Anonymous said...

ORANG CERDIK PANDAI DAH LAMA TINGGALKAN PKR... YANG TINGGAL KINI HANYA YG BODO BODO YANG MASIH SETIA MEMBUTA TULI !!!

Anonymous said...

Salute sama DR. Chandra.

Ringkas, tapi penuh dengan Point/fakta dan sesuatu kata - kata yang kukuh.

Jangan pernah berhenti untuk membongkarkan, siapa itu Anwar ibrahim.

Anonymous said...

Dr Chandra macam aku juga
mana nak taruk muka
PM yang
disanjung
dihormati
disebaliknya
semua orang tahu
sepitolnya bengkok....
hee..hee..hee..

Anonymous said...

Yang aku masih hairan bin ajaib masih ada mangkuk2 jamban yang agung2kan si anwar ni... betul2 punya taraf mangkuk jamban la pemikiran diorg ni... kesian

diorg ni bagi macamana bukti dan fakta pun tak kan diorg percaya... hati mereka dah hitam tak nampak kebenaran lagi dah... kesian

GotYou said...

Anon 10:46 AM...

Hahahahaha Kahkahkahkah muahahahaha kehkehkehkeh kohkohkohkoh kihkihkihkih muehehehehe muekekekeke... Anwar jadi PM? Hahahahaha Kahkahkahkah muahahahaha kehkehkehkeh kohkohkohkoh kihkihkihkih muehehehehe muekekekeke lagi.Hakptuihhhh! DDia jadi PM dalam mimpi basah kau je laaa :p

Anonymous said...

terdekat ada himpun lagi mai lah ramai2 juak2 UMNO haramjadah ni,kalau nak tau,siapa KOMANDO AMK dan UNIT AMAL.pttuih...la lu pekida samseng umno cibaaaai..REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!

Anonymous said...

Anon 2:36 PM

Berkobar-kobar sungguh! Anda pejuang reformasi basi? Kihkihkih.

rezqeen hill said...

Janganlah ada orang bodoh yg mengikut Anwar selepas ini

Anonymous said...

Ni reformasi tak sunat punya budak....biar la labu.....orang jenis pemikiran macam ko ni....buat jadi gulai kambing je...buduh bertingkat-tingkat...

Mata hati dah tak nampak kebenaran....

Anonymous said...

celaka ko nuar...ko dh tipu aku b'tahun2 rupanya..aku dgn ini kluar dr pakatan..ptiuhhh!!!!..ko tnggu PRU13 nnt...

Anonymous said...

REFORMASI KEPALA HOTAK KAMU..

MESTI BUDAK SKOLAH NI..AHAHAHAH..
DAPAT RM100..MAK BAPAK DIA YANG AMBIL BUAT BAYAR BIL..NAK BELI GANJA TAKDE DUIT..SEBAB TULAH DIA MEROYAN..AHAHAHAH

SIAPA KATA ANWAR TAK BEST??!!!

BODOH TAHAP MEGA LAH YANG KATA ANWAR BEST!!!

AHAHAHAHAHA..PPTTTUUIII

Anonymous said...

"saya tidak faham kenapa ini masih berlaku.."Dr Chandra merujuk kepada
orng yng masih percaya pada Anwar..

Senang sahaja Dr ..jawapanya ..merekayng masih percaya pd Anwar adalan kerana mereka terlalu bodoh untk berfikir.Tetapi berbeza dgn DAP mereka menyokong Anwar kerana inilah masa terbaik utk memecahkan dominasi orng2 Melayu.



EXpkr

Anonymous said...

AKU MEMANG DAH LAMA TAHU, SEJAK 1998 LAGI, MASA TU AKU BARU MASUK UNIVERSITI TAPI.... PENDEK CERITA!

ANWAR ADALAH PENGKHIANAT AGAMA
ANWAR ADALAH PENGKHIANAT BANGSA
ANWAR ADALAH PENGKHIANAT NEGARA

MENYOKONG ANWAR MEMBAWA REBAH
MENYOKONG ANWAR MEMBAWA SENGSARA
MENYOKONG ANWAR MEMBAWA DUKA
MENYOKONG ANWAR MEMBAWA DOSA!
KERANA MENYOKONG ANWAR MENGIKTIRAF ZIONIST MEMBUNUH PALESTIN!

IKHLAS DARI, RAKYAT MARHEIN ATAS PAGAR!

Anonymous said...

oiii anon February 13, 2012 2:36 PM

apa yang korang nak reformasi kan?

korang nak belajar tinggal kat dalam hutan? takpun korang nak jadi wakil anwar bantu zionist menzalimi orang palestin?

aku kesian kat negkoran AMK lah, KOMANDO lah, Unit Amal (yg takder amalan baik) lah... korang tak reti bahasa inggeris ker? bodoh sangat? cer pi baca BBC Asia tu dlu, pastu korang cari balik cerita the summit dalam Washinton Note... baca sendiri betapa jauh anwar dah bermati-matian menyokong rejim zionist menzalimi hak Palestin! buka skit otak, jangan bodoh sangat! Washington Note Paham! BBC Journal Asia Paham! bukan orang Malaysia yang tulis PUN... BAHLUL!

Anonymous said...

oiii anon February 13, 2012 2:36 PM

apa yang korang nak reformasi kan?

korang nak belajar tinggal kat dalam hutan? takpun korang nak jadi wakil anwar bantu zionist menzalimi orang palestin?

aku kesian kat negkoran AMK lah, KOMANDO lah, Unit Amal (yg takder amalan baik) lah... korang tak reti bahasa inggeris ker? bodoh sangat? cer pi baca BBC Asia tu dlu, pastu korang cari balik cerita the summit dalam Washinton Note... baca sendiri betapa jauh anwar dah bermati-matian menyokong rejim zionist menzalimi hak Palestin! buka skit otak, jangan bodoh sangat! Washington Note Paham! BBC Journal Asia Paham! bukan orang Malaysia yang tulis PUN... BAHLUL!

Anonymous said...

Aku allergic betul terpandang gambar spesies yg kat atas artikel ni...

Anonymous said...

Terbaikkkkk

Anonymous said...

Terbaikkkkk

Nok said...

komando taik kucing....bubun kepala pun hijau lagi...dlm laman ni tak siapa nampak boleh merepek le..kalau dekat luar nko kene pelempang budak askar terberak le nko....bodoh komando amk...tuiiii

jadi komando amk nko berlatih kat kem mana????kena tangkap masuk lokap tiga hari menangis le nko panggil mak bapak nko....hidung pun memleleh lagi....piiii dah, nasib baik askar tak di suruh jaga keselamatan awam ,kalau tidak terberak le komando amk kena terajang dgn boot....

Anonymous said...

AKU AGAK PENCACAI HAMPAS NI TAK PERGI SEKOLAH KOT ATAU OTAK UDANG.

DAH DIJELASKAN DENGAN TERANG TAPI MASEH BUTA MATA HATI.

TAK BOLEH FIKIR YANG MANA BETUL ATAU SALAH.

YANG MEREKA TAHU HENDAK MENYOKONG PELIWAT DAN TUNDUK KEPADA DAP LAKNAT YANG SENTIASA MENCARI PELUANG UNTUK MEMECAH BELAHKAN ORANG MELAYU.

INGATLAH! ALLAH TELAH BERFIRMAN TELAH AKU JADIKAN MANUSIA ITU SEBAIK-BAIK KEJADIAN

AKU SEMPURNAKAN MEREKA DENGAN AKAL FIKIRAN.

MEREKALAH YANG AKAN MEMILIH YANG MANA BENAR ATAU SALAH.

FIKIR-FIKIRKANLAH.

SEBAB ITULAH ADA NERAKA DAN SYURGA.

Anonymous said...

wajah seorang penipu dan pembelit! semakin hari wajahnya kian bertambah jelik! tiada langsung serinya!