Saturday, May 12, 2012

PAS SAHKAN MEREKA KAKI KELENTONG !



Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik

Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Itupun sampai sekarang jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula  - perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.

40 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,Itulah hakikatnya.PAS hanya bernafsu untuk mendapatkan kuasa.Tapi ramai lagi yang masih mempercayai kelentong PAS ini terutama dikalangan kakitangan awam khususnya guru.Namun demikian seperti yang kita maklum`Itu semua salah UMNO`

Anonymous said...

KATA KO PARTI ISLAM ??
PERJUANGKAN ISLAM KER?
HUKOM HUDUD PON NK BERDOLAK DALIK??
BANTU RAKYAT PON XDE..
MENAMBAHBAIKKAN KEMUDAHAN PON XDE DAN MCM2 MASALAHHH LAGI......

PERHIMPUNAN BERSIH 3.O ADE PLAK..
HEY APE NIH ????
HANYA ORG GILA DAN SONGSANG JER BERSAMA DAN MNYOKONG PEMBANGKANG...
PATOT LE RAMAI ORG DH KUAR DR PARTI PEMBANGKANG...
HOORAY!!..

Jawajohor said...

MAHFUZ BENDUL KATA AHLI UMNO DIPAKSA DATANG
HIMPUNAN 66 TAHUN UMNO.
DIA LUPA PAS DIPAKSA IKUT KATA DAP, MACAM ANJING IKUT ARAHAN TUAN NYA.
HADI AWANG KENA SERGAH DGN KARPAL FASAL HUDUD PUN TERUS MENGIGGIL.
APA YAND ADA PADA PAS..............NOTHING.
MACAM AYAM BERKOKOK, NAJIS BERGELIMPANGAN !
BEKAS JAGA STOR, OTAK PUN KURANG BERNAS...

Anonymous said...

Anon atas skali tue...
Pembangkang selalu menyalahkan Umno
sebab nk menutop kelemahan dorg..

Parti pembangkang adalah parti 'ghaib'...
justeru itu,sumbangan pembangggkag hnya kt alam ghaib??
hehe..

Anonymous said...

pemimpin PAS lidah bercabang-cabang@ sang munafik.

Anonymous said...

PAS akan pusing sana, pusing sini tuduh itu semua adalah konspirasi UMNO, yang beri kenyataan itu bukan Hadi Awang, tetapi orang yang menyamar sebagai Hadi Awang, PAS memang dah teruk, makin teruk dan akan kalah teruk dalam PRU 13 kelak.

Syabas Barisan Nasional yang terus konsisten dalam perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

Anonymous said...

Kepada pecacai PAS sekalian, sekarang siapa yang tolak hudud? Tengok tok guru korang pun dah ting tong kepala sekejap hudud wajib, lepas tu jadi macam lain pula, nanti dekat PRU 13, jadi wajib balik, lepas tu bila DAPig jeling, jadi macam lain pula, PAS dah jadi lalang yang tiada pendirian, buat hukum sesuka hati, menyesatkan masyarakat dengan hukum hakam rekaan seperti penyebar ajaran sesat. Ulamak PAS mesti bertaubat atas sikap mereka yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik, kalau PKR memperalatkan rakyat, DAPig memperlalatkan sentimen perkauman, PAS pula memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Apa pun syabas Barisan Nasional 120 ribu meraikan kejayaan Barisan Nasional berhimpun secara aman untuk terus bersama-sama dengan kerajaan Barisan Nasional membangunkan negara ini demi agama, bangsa dan tanah air. Allahuakbar.

Anonymous said...

Salam Bro,Itulah hakikatnya.PAS hanya bernafsu untuk mendapatkan kuasa.Tapi ramai lagi yang masih mempercayai kelentong PAS ini terutama dikalangan kakitangan awam khususnya guru.Namun demikian seperti yang kita maklum`Itu semua salah UMNO`

May 12, 2012 5:19 PM

____________________________________________________________________________________________________________________________________________


http://rmf7.wordpress.com/2011/12/31/wajib-baca-gempar-terbongkar-agenda-sulit-dap-di-kota-london-pru-13/

Anonymous said...

Nik Amar cakap PAS serius untuk melaksanakan hudud di Kelantan, serius kepala otak sajalah, sudah 22 tahun berkuasa di Kelantan, sudah 19 tahun enakmen hudud Kelantan dipersetujui oleh DUN Kelantan, tapi hingga sekarang tidak dibuat pun oleh kerajaan PAS Kelantan, mereka menuduh Tun Dr. Mahathir menentang perlaksanaan hudud di Kelantan, mereka menuduh Tun Dr. Mahathir mengeluarkan surat amaran keras kepada Nik Aziz untuk menarik balik perlaksanaan hudud di Kelantan, tapi hakikatnya itu semua pembohongan PAS untuk menutup kelemahan mereka yang tidak reti mentadbir, tidak reti membangunkan negeri dan tidak tahu membangunkan rakyat. Tun Dr. Mahathir dalam suratnya pada tahun 1994 kepada Nik Aziz menasihatkan Nik Aziz supaya berfikir panjang sebelum membuat hudud ala-PAS yang banyak kelemahannya itu, enakmen hudud ala-PAS terlalu cincai hingga memudahkan penjenayah melepaskan diri dan mangsa pula terus menjadi mangsa tanpa pembelaan yang sewajarnya. Islam sendiri mengajarkan kita berhukum dengan adil, tapi hudud ala-PAS tidak seperti hudud sebenar, terlalu cincai benar hudud ala PAS kalau tuan-tuan lihat, bukan saja di Kelantan, malahan hudud ala-PAS di Terengganu selepas tahun 1999 hingga awal 2004 yang lalu.

Tun Dr. Mahathir menasihatkan kepada Nik Aziz supaya mendidik masyarakat menjadi baik dahulu, mendidik masyarakat supaya memahami undang-undang hudud dahulu, bukannya terus buat hudud dalam keadaan masyarakat ramai yang tidak faham kaedah perlaksanaanya, jangan ingat semua orang PAS sendiri pun faham dengan jelas apa itu hudud, kerana penghakimannya adalah rumit dan kerana perundangan sekarang perlukan bukti yang kukuh, maka kaedah pembuktian pun caca marba dalam hudud ala-PAS. Malahan untuk menyabitkan kesalahan pun jadi caca marba kerana kena pertimbangkan antara kefahaman orang itu terhadap hudud, malahan kita ambil satu contoh, pertama kecurian oleh seorang Islam terhadap orang bukan Islam, maka orang Islam itu akan dihukum potong tangan kerana mencuri jika disabitkan dan cukup syaratnya. Tetapi macam mana pula orang bukan Islam melakukan kecurian di rumah orang Islam? Macam mana nak hukum, hudud ala PAS tidak jelas berkenaan perkara ini, kemudian kalau rompakan berkumpulan yang terdiri dari orang Islam dan bukan Islam yang secara berkumpulan merompak di sebuah premis kedai emas, apakah jenis hukuman yang boleh kenakan terhadap mereka, apakah orang Islam yang merompak itu akan dipotong tangannya sedangkan orang bukan Islam yang sama-sama menyertai rompakan tersebut hanya dipenjarakan saja? Kita perlu bertindak dengan rasional, bukannya menghentam keromo saja, hudud memang jelas lengkap, tetapi kaedah perlaksanaan, masa perlaksanaanya perlu jelas, orang ramai perlu faham dan perlu dijelaskan bahawa hudud bukanlah bersifat untuk menghukum semata-mata, tapi untuk mendidik, tetapi kalau ramai sangat yang kena tangkap, kena potong tangan, kena sebat 100 rotan, 40 rotan dan sebagainya disebabkan mereka tidak faham akan hudud, di manakah keadilannya? Saya tidak mempertikaikan hudud, kerana apa yang penting, pendidikan untuk rakyat untuk memahami hudud dan mengelakkan diri dari jenayah supaya dapat mengelakkan diri dari dihukum adalah jauh lebih penting.

Hudud ala-PAS terlalu cincai, terlalu caca marba, terlalu mengelirukan hingga boleh memburukkan imej Islam, boleh memburukkan perundangan hudud itu sendiri. Tun Dr. Mahathir dalam suratnya jelas menyatakan perkara ini, kalau puak PAS tak puas hati, minta Nik Aziz kemukakan surat dari Tun Dr. Mahathir berhubung perkara itu pada tahun 1994 atau surat lain yang berkaitan, bertindak jujurlah, jangan sekadar pakai serban dan jubah, tapi pembohong dan penyebar fitnah, itu tidak berguna dan berdosa. Aku dulu malaslah nak marahkan Nik Aziz ni, tapi makin hari makin meluat, aku pun pernah minta maaf pada dia, tapi tak guna itu semua, Nik Aziz memang tak sedar diri dan terus menjadi perosak masyarakat demi politik kedengkian beliau terhadap UMNO.

Apa pun syabas UMNO dan Barisan Nasional yang telah berjaya membangunkan negara ini menjadi negara yang berjaya. Allahuakbar.

Anonymous said...

PAS xpernah brsunggoh2 nak melaksanakn hudud..jangkamasa 22 tahun mmrintah kelantan,kalo betol PAS bniat nak buat, dah lama dah ada hudud di Kelantan..

1993 - draf hukum hudud diluluskn di Kelantan..
2011 - jwtn kuasa teknikal hudud baru di tubuhkn..mesyuarat entah bila...

keh keh keh...agaknya lagi 20 tahun pulak baru depa mesyuarat tntukn apa tugas jwtnkuasa teknikal hudud...

Pastuh lagi 20 tahun msyuarat kali ke2 utkmmbincangkn minit mesyuarat pertama...

Dan yg penting masa tuh org tua kutok tuh akan mmpengerusikn mesyuarat2 dari sorga PAS .. dia akan datang ke mesyuarat dgn menunggang kambing jamnapari....

keh keh keh....haktuiiii

Melayu Perak said...

aku baru tengok bloomberg kisah company yang punya kereta macam zipcar enterprise.....

road tax....insuran...kemalangan....semua ditanggung oleh company.....

kita cuma bayar khidmat menggunakan kereta....tak payah beli atau sewa kereta....

kalau lah ada co. tu kat malaysia senang rakyat tak payah beli kereta yang kita hendak....

Anonymous said...

Saya mencabar Nik Aziz untuk mengemukakan surat dari Tun Dr. Mahathir yang Nik Aziz tuduh surat ugutan dari Tun Dr. Mahathir untuk menyekat hudud di Kelantan.

Nik Aziz perlu jujur, jangan cakap saja berdegar-degar tuduh itu dan ini terhadap Tun Dr. Mahathir, tapi semunya palsu, dusta dan fitnah, itu sangat keji, jenis ulama apa yang berbuat perkara palsu, dusta dan fitnah? Ini jenis ulama tak sedar diri dan perosak masyarakat.

Kepada PAS terutama Nik Aziz, sila kemukakan surat yang korang tuduh pada Tun Dr. Mahathir kononnya beliau menentang hudud, bersikap jujurlah, kerana itu adalah tuntutan agama.

Kepada penyokong PAS dan Penipu Rakyat, kalau korang dipihak benar, sila minta Nik Aziz kemukakan surat dari Tun Dr. Mahathir kepada beliau pada tahun 1994 berkenaan hudud ala-PAS di Kelantan, kita semua kaji dan nilai isi kandungan surat itu samada itu adalah ugutan atau sebenarnya nasihat dari Tun Dr. Mahathir demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Allahuakbar, berani kerana benar, takut kerana salah. Takbir! Allahuakbar.

Anonymous said...

PAS NI TAKDE HALA TUJU SEBENAR.
SEKEJAP HUDUD SEKEJAP NO.
SEKEJAP ATAS KEJAP BAWAH.
HARI NI KIRI ESOK KANAN.
HARI INI WAJIB ESOK HARAM.
ENTAH APA LAGI...........
YANG PASTI, UMNO MESTI DITENTANG SAMPAI HANCUR LUMAT.
HATI DENDAM DAN DENGKI MASIH MENEBAL.
INIKAH AJARAN ISLAM SEBENAR,
ATAU AJARAN "PATI AJARAN SETAN"....

Anonymous said...

Mungkin satu perdebatan antara Tun Dr. Mahathir dan tokoh ulama UMNO dengan Nik Aziz dan ulamak PAS perlu diadakan untuk menghalusi perkara ini supaya perkara yang kelabu ini dapat dijernihkan.

Mungkin Sinar Harian dapat mengadakan satu slot perdebatan atau wacana, atau perbincangan ilmiah untuk mengatasi kemelut ini, ini adalah penting untuk mengelakkan masyarakat dari terus terpedaya dengan dakyah-dakyah yang bukan-bukan hingga merosakkan perpaduan dan merosakkan pemikiran masyarakat.

Ajak sekali PKR dan DAP untuk turut serta dalam debat ini, biar mereka di pihak PAS, kita lihat apakah PAS benar-benar perjuangkan hudud, atau memperalatkan istilah hudud untuk kepentingan politik semata-mata.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Allahubar, takbir! Allahuakbar.

Bangor said...

RAKYAT KELANTAN WAJAR ADAKAN HIMPUNAN
"KOTOR K" DI PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN
KERANA GAGAL TADBIR NEGERI DGN BAIK.
LEPAS SEKIAN TAHUN AIR MASIH KOTOR.
KALAU NIK AZIZ AKAN ADAKAN BERSIH 4,
RAKYAT KELANTAN WAJAR ADAKAN HIMPUNAN
" KOTOR K" DI KB.
SIAPA SOKONG.....

Anonymous said...

tak der la tu.. jgn mimpi laaa..

Anonymous said...

muka tak tau malu, hidup sebagai org islam disia2kan dgn menipu umat yg dipimpinnya. perjuangan sia2, ideologi sia2, usaha sia2, pengorbanan sia2. ....sia2 menyokong pas.

Anonymous said...

hudud mendenye adi awang ni... dia ckp apa pun dap pangkah.... hadi ckp hudud..kapal sink ckp woi!!! habis terkencing hadi..itu baru woi...mcm ni nak mengislamkan kafir dap?????? tok guru 'TUHAN' pakatan... tuhan yg digunakan untuk backup kes seks pemimpin pkr je... selain dari tu apa lg peranan tuhan pakatan ni??? tada...nuar n assmin blh main depan belakang sebab tuhan pakatan disamping mereka...

Anonymous said...

N.Ajis pemimpin yang ZALIM . Selama 22 Tahun rakyat Kelate di suruh minum Air kotor.
Orang begini yang di Sanjung pencacai PAS.
N.Ajis bukan Ulama tapi Ular Mah. Dia belit macam ular dan rakyat Kelate dikelentong.

Anonymous said...

Dah kene sound dengan Karpal Poosing arini. Esok pemimpin-pemimpin haprak hamPAS akan berubah nada la...

Pencacai-pencacai mereka pulak akan kata, Karpal Poosing belum dapat hidayah.

Lepas tu mula la tuding jari kat UMNO bertanyakan kenapa UMNO tak mahu buat pulak.... Kalau ade yang tanya soklan bodoh macam tu, lebih baik diaorang gali lubang lepas tu tanam diri sendiri. Dah pemimpin sendiri yang berjanji itu dan ini, nak salahkan orang lain pulak... Bodoh kalau jadi penganut hamAPS ni...!!!

Anonymous said...

"Henti aibkan Anwar"- Nik Aziz
13 Mei 2011
KOTA BHARU, 13 Mei: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu...


================================================

ITU BELUM LAGI BERKUASA, KALAU DAH BERKUASA AKU FIKIR SESIAPA YG MEMBURUKKAN MARUAH PR KENA SUMBAT PEJNJARALAH AGAKNYA.

SHAH ALAM REBELS said...

Kami meminati blog tuan. Kami juga telah link kan blog tuan dalam blogroll kami. Harap tuan dapat link kan blog kami http://shahalamrebels.blogspot.com/

Melayu Perak said...

ini baru betui...200,000 berhimpun tak ada lecoh dan huru hara....

pencacai PAS,PKR yang datang 30,000 aje tuh sila belajar dari jemaah tabligh nih....

200,000 JAMAAH TABLIGH BERARAK DI NILAI, TAK DER PUN RUSUHAN?!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 9:00 PM | Filed Under: bersih 3.0 |

Mungkin ramai yang tidak tahu, pada 10 Julai 2010 lalu, lebih 200,000 anggota jemaah tabligh telah berkumpul di Nilai untuk Ijtimak Tabligh Sedunia. Perkumpulan itu berjalan selama 3 hari 3 malam. Antara yang turut datang termasuklah Yang Dipertuan Agong pada waktu itu, Perdana Menteri, Menteri Besar Negeri Sembilan, bahkan Nik Abdul Aziz juga turut tunjuk muka.

Tiada sebarang masalah yang berlaku sekalipun jumlah yang hadir jauh mengatasi jumlah peserta-peserta BERSIH 3.0.

Para propagandis Pakatan terus menjadikan PDRM sebagai punca rusuhan dan keganasan pada petang 28 April lalu walaupun hakikatnya para peserta BERSIH 3.0 sebenarnya yang mencetuskan rusuhan dengan serangan ke atas anggota polis secara fizikal setelah beberapa jam sebelum itu, provokasi dilakukan terhadap anggota-anggota pasukan keselamatan itu.

Perhimpunan Tabligh di Nilai pada 2010 tidak 'dimeriahkan' dengan rusuhan walaupun jumlahnya jauh lebih ramai. Malah, para peniaga dan penjaja juga tidak merungut kerana aktiviti perniagaan mereka terganggu.

Perhimpunan UMNO di Stadium Bukit Jalil malam tadi juga tidak menimbulkan sebarang masalah setelah segala nasihat dan arahan polis dipatuhi dan dituruti. Bayangkanlah seandainya para pemimpin UMNO berfikiran serupa seperti Pakatan Rakyat dengan melanggar arahan polis dan berkeras untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan kemudian merempuh anggota-anggota polis, kesannya adalah sama bahkan lebih besar berbanding BERSIH 3.0.

Dua perhimpunan itu kalau dibandingkan dengan perhimpunan BERSIH 3.0, sudah cukup untuk membuktikan bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan BERSIH 3.0 sebagai indikasi sokongan kepada mereka, sebagai satu perhimpunan yang sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menimbulkan masalah.

Dek kerana itulah, mereka sampai ke saat ini masih lagi menyalahkan pihak polis dan menuduh pihak polis yang memulakan keganasan kerana mereka tidak mahu majoriti rakyat Malaysia tahu apa sebenarnya yang berlaku pada petang 28 April lalu.

Anonymous said...

DAP hanya memperkudakan PAS....bukalh mata n jgn dok takuk lama...pabila DAP memerintah mereka akan sepak PAS sesuka hati dia....

Anonymous said...

PRU13 Mereka nak letak SAMSENG JAGA PETI UNDI..

HARAP BN BERTINDAK MELETAK SQUAD2 PARANG PANJANG DIMANA SAMSENG2 NI DILETAKKKANNNN

http://www.wfauzdin.blogspot.com/2012/05/pru-ke-13-kami-telah-dilatih-oleh-fru.html

Anonymous said...

nampaknya PAS laksanakan HUDUD bila kerajaan BN melaksanakan segala-galanya utk rakyat........itukah maksud haji hadi?.......atau cuba nak pengikutnya bertempik TAKBIRR!!!!!.......yg tersirat nak perbodohkan rakyat bahawa PR memang tak mampu laksanakan pun....heheie

mdz

Anonymous said...

DAP hanya memperkudakan PAS....bukalh mata n jgn dok takuk lama...pabila DAP memerintah mereka akan sepak PAS sesuka hati dia....

May 12, 2012 9:47 PM

____________________________________________________________________________________________________________________________________________


HEY AYAT BAIK SIKIT YE...MCM MNE HANG TAU??
NAPE BARUA2 PEMBANGKANG X BAGI TAU PON??..
HEHE

Anonymous said...

minta kwn2 tolong belasah mereka krn tujuan mereka xlain xbukan menghalang pengundi dari hak mereka....

mereka sudah ketandusan akal..

Anonymous said...

BLA LA KERJA KO NK MENIPU APAHAL??
BLA LA APA MASALAH KO HAHA??
BLA LA PARTI KO YG X GUNE TUE
BLA LA X MALU NK TUDOH ORG..
BLA LA ORG MCM KO XDE KT MALAYSIA PON XPE..OK??
BLA LA BARUA YG TERHORMAT!!
BLA LA XPYH SIBOK NK MENYALAK KATA PARTI ORG SUME SALAHHHHHHHH
OK..OK AQ NK TANYE PARTI GHAIB KO TUE SAMPAI MANE SKRG?
BLA LA PENCAPAIAN XDE..
BLA LA CKP MCM2 HAKIKATNYE PARTI KO ZERO..
BLA LA XMALU KE MASOK SINI NK CITER LEBAT
NK KATE KO BETOL??
BLA LA...
BLA LA..
BLA LA.
BLA LA..
APE YG KO TUNGGU LG??HAH?
BLA LA PARTI KO DULU BULEH LA PERGI JAOH DGN MENIPU..
BLA LA SKRG NK MNANG PRU-13..
BLA LA..
BLA LA..
XYAH NK MENYALAK KUAT KT SINI..
BLA LA..
BLA LA..

Anonymous said...

PRU13 Mereka nak letak SAMSENG JAGA PETI UNDI.. HARAP BN BERTINDAK MELETAK SQUAD2 PARANG PANJANG DIMANA SAMSENG2 NI DILETAKKKANNNN http://www.wfauzdin.blogspot.com/2012/05/pru-ke-13-kami-telah-dilatih-oleh-fru.html


...........

harap tuan2 dpt jg mmberi kata dua pd mereka..pengunjung blog diatas . mreka mcm nk berjihat di ruang yg salah...mereka menekan betapa kita akan main tipu pengunding pendatang asing pulakkk.. ''harap kata2 pedas tuan dpt menyadarkan mereka'''

wallahualam...

usin said...

analisis perbandingan antara pas dan umno; pas dan umno tetap sama dari segi niat utk mendaulatkan Islam. umno tetap mengutamakan Islam. itu hakikat walaupun selalu dinafikan oleh pas. kenapa umno tidak melaksanakan hudud? sama alasan dgn apa yg pas beri. pas, kononnya akan melaksanakan hudud bila memerintah, tapi peluang yg ada di kelantan tidak dilaksanakan. habis setakat niat sahaja. setelah tolak tambah darab bahagi, umno lebih baik. kerana konten kedua2 parti adalah sama. namun umno lebih baik kerana lebih praktikal dari segi cakap dan buat. pas....habis setakat cakap sahaja berdegar2. kena gempak dap dah kecut melutut terkencing2.

Anonymous said...

hukum hudud umat islam sebenarnya masih kabur roh sebenar....

draf dan bentuk pelaksanaanpun
masih tiada!!!

macamnana boleh dikata menolak atau perlecehkan akan jatuh hukum
berdosa dan menghina undang2 dan islam?

atau hanya melihat contoh hukuman pancung yg dilaksanakan disebuah negara arab itu....maka hukum yg menyanggah akan berdosa?

dirasakan apabila parti politik mempergunakan hukum hudud sebagai senjata utk menarik pengundi itu paling hina dan berdosa sebenarnya!!

Anonymous said...

PARTI BERFAHAMAN TEOKRASI TAK MUNGKIN DAPAT BERLAKU ADIL TERHADAP AGAMA KALAU BERANTUNG PADA PARTI KAFIRUN UNTUK MEMPEROLEH KUASA

Anonymous said...

parti berkenaan patut tanya soalan ini:

kalau betul ikhlas nak buat kebaikan kenapa tuhan belum merestuinya?

Anonymous said...

HAJI HADI NI MEMANG ORANG MUNAFIK.
SERBAN AJE BESAR DIKEPALA .BILA BERCAKAP DIA BERBOHONG.

BILA BERJANJI UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD DIA MUNGKIRI.

HUDUD TAK ADA DALAM AGENDA PAS.PAS HANYA NAK NEGARA KEBAJIKAN.

YANG MALANG IBRAHIM LIBYA DAN SAHABATNYA YANG TERKORBAN AKIBAT AMANAT HJ HADI PEMBOHONG TU.

Anonymous said...

Bro, org jaga stor tmpat aku ok sikit sbb kepala otak dia letak kt kepala..si mahfuz ni je yg otak dia letak kt kepala lutut mcm mat sabu jugak!

Anonymous said...

so...

mana dia pengkomen2 pas yang asyik huha huha pasal hudud sebelum ni? dah kelu lidah ke? tak nak pegi demo melawan hj hadi?

Anonymous said...

Dalam kosmo hari ini berita dua kemalangan bas penyokong umno di NS dan Perak..takziah & al fatihah.

Kehendak Allah..kita hambanya kena redha dan ambil iktibar....hidup didunia ini hanya sementara jer..

cukup2lah menghina dan membuat fitnah kerana Allah Maha Mengetahui segala2nya.

Anonymous said...

BAS KEMALANGAN BUKAN ASING PUN.. DAH BANYAK KALI DAH..KAT INDON PUN KAPAL TERBANG TERHEMPAS..

NAK KATA KENA BALA KE? KALAU ORANG PAS ATAU PKR ACCIDENT APA PULAK? UJIAN? SUDAH2LAH TU..

TETIBA SPIN PASAL BAS ACCIDENT NI APEHAL?

Dot said...

GAP,

memang menyedihkan krn pas asyik berceramah nak laksanakan HUDUD tp hj hadi BARU SEDAR ada banyak masalah yg akan timbul jika pas nak laksanakan hudud!!

walhal perkara2 begini sudahpun disentuh oleh mantan Tun dulu tp ditempelak oleh orang2 pas krn bg mrk Tun bukan ulama sehingga ada yg melabelkan Tun fasik!! perkara ini juga diterangkan dgn panjang lebar oleh sheikh yusuf qardawi dlm tazkirahnya tentang perlaksanaan hukum hudud Allah.
mengikut sheikh yusuf, sebelum nak laksanakan hudud, WAJIB
1) beri makan terlebih dahulu kpd orang2 yg lapar (maknanya sesudah tiada lagi fakir miskin dlm negara)
2) sediakan pekerjaan kpd penganggur (maknanya jgn ada rakyat yg terpaksa mencari pekerjaan di luar tempat ia bermukim @ melakukan jenayah utk mencari sesuap makanan!)
3) ajarkan orang yg jahil & latih para pekerja (maknanya ilmu & pendidikan WAJIB diberikan kpd setiap rakyat yg berhak mendapatkan pendidikan supaya mrk mudah faham tentang hukum hudud & jika ikut sheikh yusuf, sehingga TIADA SESIAPAPUN PERTIKAIKAN HUDUD krn mendapat pemahaman yg baik, barulah boleh dilaksanakan)
4) ajarkan perkara2 berkaitan akidah, syariat, akhlak, tatasusila & nilai2 murni (maknanya tidak semudah itu mengatakan kita shj yg baik krn nak menunaikan hukum Allah tp menidakkan perkara2 berkaitan dgn akhlak yg baik spt memaki hamun orang lain sesuka hati)
5) bangunkan masyarakat Islam (rata2 masih mundur terutama dlm pendidikan & ekonomi yg membawa kpd lemahnya sesuatu bangsa)
http://www.youtube.com/watch?v=2dqPracXDo0

kekangan2 ini tidak dapat diselesaikan oleh pas bila pr berkuasa di 2 negeri setakat ni. kedah baru 3-4 tahun tp di kelantan sudah 22 tahun tp masih terbelenggu dgn berbagai masalah terutamanya kemiskinan, maslah kemudahan asas spt air, sikap rakyat pas yg sgt2 bongkak & sombong krn merasakan mrk shj yg terlalu bijak ilmu agama. orang lain kalu bukan ahli pas bodo belaka!! ini bertentangan dgn perkara ke 4 yg sheikh yusuf katakan berkenaan akidah, syariat, akhlak, tatasusila & nilai2 murni!! jadi pas perlu bermuhasabah diri mengapa sampai kini kelantan GAGAL menjadikan hukum hudud terlaksana?