Wednesday, October 3, 2012

BAJET PAKATAN DITULIS OLEH ROWAN ATKINSON !


Bajet yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan.   PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.

Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza.  Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.

Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera.

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.

Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi ‘tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk  menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan  menghapuskan tol’.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.

Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan.   Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak.

Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar.  Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.   Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini?

Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan.  Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.

Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma.  Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.

Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.  Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah.   Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama.

Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang.  Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini.

Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.

Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya.  Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

13 comments:

Anonymous said...

General degree dalam Pengajian Melayu nak berlagak macam pakar ekonomi pulak. Cuba la cermin diri tu sikit, banding sikit dengan kelulusan Najib dan Menteri yang ada dalam Kementerian Kewangan tu....

Ko buat kajian macam mana jadikan Chinadoll nak rasa anu Melayu boleh la Aljuburi...!!!!

Anonymous said...

PM satu malaysia takut nak berbahas tentang bajet kerajaan dengan bajet yang ditulis rowan atkinson.

Mamak roti Najib satu, banjir kari lembu NFC.

Anonymous said...

Cakaapppp.....bole laaaa...

Belum dapatttt ....bole laaa...

Allah bagi dah...
Dapat dah...
Tak banyak...sikit jeeer...

Pon lingkup...tak terurus...

Ini pulak nak minta banyak....!!!!

Bole ke..???

Ceemin dulu laaa...

Anonymous said...

"kebanyakkan rakyat maih tinggal di kampung dan bandar kecil"... sangat tepat... inilah kejayaan kerajaan Be End...

Anonymous said...

...bila aku tgk kat youtube masa KJ berbahas berkenaan Bajet2013, masing2 dari PR mcm cacing kepanasan. Kdg2 aku fikir bagus jugak KJ ni ada dlm BN/UMNO...mcm budak nakal dok sakat bdk2 ingusan lain.. :P

...paling aku menyampah si KALID GEREJA dengan YB k'Sgor si Dr. Zul. Apekejadah la ahli parlimen aku kat shah alam dgn ahli parlimen kampung aku kt kuala selangor tu benak2 dungu bodoh belaka?...PERANGAI MCM BUDAK2 TERJERIT2.

-nik ajis mahafiraun-

Anonymous said...

Gap

Itu gambar kawin aku la yang ko tempek muka mr bean tu

camana boleh ada kat ko plak?

Anonymous said...

bajet bn dah mula pakai, bajet PR tu bila boleh guna, buatnye PRU 13 bulan 3, mcm2 insentif dah diguna pakai , PR tak terpikir ke, tak yah buat la bajet alternatif tu, buat ngabihkan kertas je, siapa la dlm PR yg buat tu ya, udah 2 kali buat bajet bayangan masih tak leh guna, tahun depan tak yah buat, debat je la bajet yg BN buat tu

Anonymous said...

budget PR adalah budget anu bengkok serupa punahsihat ekonomi berkelulusan pengajian melayu ckup2 makan...tak payah percaya la budget penipu rakyat ni...puihhh

-pengundi shah alam tolak Pakatan Gay.

Anonymous said...

-pengundi shah alam tolak Pakatan Gay-

...mari kita sama2 gulingkan haramjadah2 ni dari bumi shah alam.

meluat aku tgk si gereja dgn di flinstone rambut serabai tu -khak ptuih!-

-nik ajis mahafiraun-

hh said...

budget najib budget org sewel..

adake budak 2 beli ipad dpt duit

aku dgr 2november ni ...satu lautan rakyat akan berkumpul kasi najib sakit sket..

Anonymous said...

Sebelum bentang budget. Najib dan pakar2 ekonomi dan kaji sedalam2nya kesan jangka panjang dan pendek. Beli ipad setidaknya rakyat dpt merasa dan menggunakan teknologi tu utk tahu kebodohan parti pembangkang ni buat budget ntah apa2. Najib sakit? Atau ko yg sakit HATI sebab budget yg pembangkang ada x mampu bagi manfaat seperti yg BN buat?

Pakar dah ckp kereta tu boleh jalan tp ko yg x ada knowledge dlm kereta ckp kereta x boleh jln. Ckp biar berilmu bukan tong kosong.

Anonymous said...


buat bajet dalam jet..

bajet bodoh tak leh pakai

pembangkang jangan terjerit jerit

satu apa pun tak leh pakai..

Anonymous said...

terbaiikkkk