Wednesday, October 10, 2012

HARON DIN MASIH WAS-WAS.



PAS Tiada Kaitan Dengan Tindakan Anwar:  Haron Din Menipu Diri Sendiri

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.  

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung.  Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.   

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India. 

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.  Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.    

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.  

Kata Harun Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”  

dan, 

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.  

Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini.  Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.  

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.  

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.   

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.   Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.  

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.  

Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.   Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.  

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.  

Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.  

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen.  Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.  

35 comments:

Anonymous said...

Tolong keluarkan gambar Ust. Nasha dari banner boleh tak ?
Pastu letak muka Mat Sabu 121.
Terima Kasih

Anonymous said...

Haron Din dalam PAS

PAS,PKR,DAP dalam PAKATAN

Jadik, Haron Din dalam PAKATAN!

Tak yah berdolak dalik, lok lak, kluk klek, kona baring, kona leper or what not

Anonymous said...

ewah2....mana boleh tak campur....

PAS, PKR dan DAP kan satu pakatan....menang nanti PM nya hanya satu...anwar ibrahim

mcm ni je lah ustad......

ok fine anwar anwar, PAS PAS, DAP DAP.

so lepas ni janganlah sedap2 nak tegur UMNO BN yer...kita kan lain kapal!!

tak gitu ke??

Anonymous said...

Kenyataan Dr Haron Din dan Profesor Shahnon Ahmad memperlihatkan  jelas  PAS telah lari dari landasan perjuangan asas sebagai parti yang  menjadikan Islam sebagai Ad-din dan falsafah perjuangan mereka.

  "Ini membuktikan terdapat kumpulan rasional dalam PAS mahu kembali  kepada perjuangan asal parti itu tetapi kumpulan taksub dalam PAS  tidak mahu terima bahawa politik harus digunakan untuk menguatkan  Islam bukan menggunakan Islam untuk kuatkan politik,
------------------------
Harun Din baru bangun dari TIDOR yg teramat lena selama ini...

Bila UMNO mngatakn ANUwar brfahaman songsang ramai penTAKSUB PAS memaki hamun UMNO...tapi bila HD sediri yg mmprtikaikn pegangan ANUwar nape masing2 diam....Pork Nik dan Hj Hadi apa kalian sudah menjadi SYAITAN BISU KAH?

Apa saja tohmahan yg di lemparkn kpd UMNO kini telah byk kembali kpd PAS....

Anonymous said...

HANYA ORANG BODOH SAHAJA SANGGUP DIPERBODOHKAN KAN.

PAS KE DAP. ?

Ali said...

Haa kan itu hari pasai apa sibuk mempertahankan 'kalimah Allah' yg akhirnya mengalah dgn Anwar dan DAP. Pun putar alam juga kaaa. Kuman sudah jangkit keseluruh badan!

Servant of God said...

Tuan Ustaz Haron Din, bukankah Tuan sedang bersubahat sekarang ini? Tolonglah sedar, wahai Tuan.

Tukang Komen said...

Haron Din tak ikut Anwar. Parti dia pas yg ikut. Haru biru,purak puranda dan lintang pukang ulamak pas jadinya semua kerana gila kuasa.

Anonymous said...


Haron din ada telor ke?

ATE MENGATE said...

Ustaz Haron Din pegi bagi tazkirah je la lagi baik, tak payah nak komen pasal politik, dia je yang betul, kan ke PAS dlm PR, DAP tu terang terangan "party racis", kalu depan senyum macam Lim Kit Siang terbongkok-bongkok macam opera cina, dulu DAP cakap belakang-belakang je, la ni depan-depan or dlm kelompok deme selamba je dia bantai, pasai nya ada melayu yg sokong nak takluk Putrajaya konon, mimpi boleh reality bukan sukar atau tak boleh , tapi result PRU 13 makin teruk ada rasenye

ATE MENGATE said...

Ustaz Haron Din pegi bagi tazkirah je la lagi baik, tak payah nak komen pasal politik, dia je yang betul, kan ke PAS dlm PR, DAP tu terang terangan "party racis", kalu depan senyum macam Lim Kit Siang terbongkok-bongkok macam opera cina, dulu DAP cakap belakang-belakang je, la ni depan-depan or dlm kelompok deme selamba je dia bantai, pasai nya ada melayu yg sokong nak takluk Putrajaya konon, mimpi boleh reality bukan sukar atau tak boleh , tapi result PRU 13 makin teruk ada rasenye

Anonymous said...

Apek ckp babi melayu dlm bahasa cina'..

melayu melayu bongok tepuk tgn..

ssshh.. apa lia cakap..'

melayu jadi pelala meleli ada baik punya..cina soma sokong

Anonymous said...

KALAU PM HARUN DIN...AKU PUN SOKONG PR BALIKKK..

BARULAH DIA XKISAH..KALU ANWAR NAK PLURAL KE..GRAMMER ..KE..SINGGULAR KE..

KALU XKISAH ...AMIK JE LEE KIM SIANG JADI PM..DAP.. PKR KITA TAK CAMPUR..DIA DIA PUNYA HAL..

PAS PAS PUNYA HAL ..PM DAP LANTAK DIA LA..

Jijan Mali said...

Apa lah nak jadi dgn Dr Haron Din ni....PAS/DAP/PKR kan Pakatan Rakyat. Kalau Ketua Umum PR aka 'Ketua Liwat Negara' dah sokong pluralisma lagu tu, maknanya PR pun lagu tu jugaklah... Dok cakap berbelit macam ulaq ni apa sal???

Anonymous said...

KALAU KORANG ODER MI BABI BOLEHKE KORANG BUANG BABI DAN MAKAN MI DARI DALAM PINGGAN YANG SAMA

Anonymous said...

perangai pelik
cakap macam ni
perbuatan macam tu
datuk
dr
ulamak
bomoh
ketayap tak lekang dikepala
cakap agama bagus

bab politik
mengelirukan
macam mana PAS nak memerintah negara
low class

Anonymous said...

Anonymous said...
KALAU KORANG ODER MI BABI BOLEHKE KORANG BUANG BABI DAN MAKAN MI DARI DALAM PINGGAN YANG SAMA

October 10, 2012 5:35 PM

--------------------------------------

Kalau pada penganut hamPAS, mereka kata boleh je. Tak percaya???

Meh tengok ape kata Timb Presiden hamPAS yang fius otak dia dah putus tu...

"Seorang ahli PAS memberitahu ada mengikuti Mat Sabu untuk menghadiri satu Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh Lim Guan Eng dan ahli-ahli DAP.

Mat Sabu diminta berucap. Dalam ucapannya,
Mat Sabu berkata kepada ahli-ahli DAP, "Saya lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.

"Kami akan hidup mati bersama DAP hingga kita ambilalih Putrajaya."

Ahli-ahli PAS yang duduk dalam dua meja yang memakan makanan lain dari hadhirin lain itu boleh berteriak takbir! Allahu Akbar!"

Anonymous said...

Astaghfirullah! Sedihnya aku dengar Mat Sabu cakap macam tu... Tak layak orang Islam cakap macam tu... Aku harap hadirin salah dengar la...

Unknown said...

Betui ke yb Mat Sapu kata gitu? ish55x kalo betui ler... memang komunis tulin Mata Sapu! Tlg bg lik tok nak tengok kalo ada!

Anonymous said...

Mat Kilau said...
Betui ke yb Mat Sapu kata gitu? ish55x kalo betui ler... memang komunis tulin Mata Sapu! Tlg bg lik tok nak tengok kalo ada!

October 10, 2012 6:58 PM

-----------------------------------

Tok Mat Kilau, link takde... tapi cerita ni di ambil dari blog unspinner. Tengok la esok lusa bila meletop boom boom pasal isu ape yang Mat Syabun tu katakan, mungkin la kita boleh dengar atau lihat rakaman. Kalau takde jugak, doakan la ade manusia yang insaf dengan ape yang berlaku tampil nyatakan kebenaran. Kalau nak dengar cerita dari mulut Mat Syabun sendiri, 10 yang dia cakap 11 langsung tak boleh percaya....

Anonymous said...

Aku tak nak mi babi. Aku cuma nak miyabi jer......hehehe

Anonymous said...

Mat sabu mkn babi msak kicap..caya lah..hahaha

Anonymous said...

pr13-asal bukan umno.

Anonymous said...

pru 13 asal bukan pakatan haram jadah.

Anonymous said...

HARUN DIN dulu memang ramai orang hormat
Kini setelah jadi ulardalamsemak
Prestasinya merudum sekali
Sayang sia sia saja pengajian beliau selama ini
Moga kembali ke pangkal jalan

Anonymous said...

Aku pun...aku nk miyabi maria ozawa...wawawa

Anonymous said...

Nampak sangat kebodohan pemimpin PAS. Kerana kepentingan politik sanggup bersubahat dengan orang yang cuba merosakkan negara dengan idiologi leberal. Menyokong Anwar bermakna menyokong tindakan dia juga. Sama bersubahatlah, dosa sama juga antara yang bersubahat dengan kejahatan tersebut. Tinggalkanlah sahaja PAS dan PR. Itu yang terbaik.

matt said...

Dr harun din dh memang lama tk menunjukkan sokongan kpd anuwar.. Cuma dr harun ni dia org yg lembut, dia tk maki hamun anuwar.. Harap anuwar faham la yg pure ulamak dlm pas tk suka kt dia..

mohd. natar said...

... Tolonglah.

Tolonglah wahai pemimpin pemimpin PAS.

Tolonglah berpijak di bumi yang nyata.

Bukalah mata tuan tuan semua. Lihatlah dan renungkanlah keadaan politik negara sekarang ini. Fikirkanlah masa depan anak anak dan cucu cicit kita dinegara kita ini kelak. Renungkanlah kemana arah-tuju mereka nanti.

Jika anda semua masih berdendam dengan UMNO, tolonglah lupakan krisis itu. Pentingkanlah masa depan bangsa kita semua.

Jika anda semua masih hendak memenangkan DAP untuk memerintah negara, lihatlah keadaan bangsa kita di Singapura setelah PAP memerintah. Jadikanlah ia sebagai satu iktibar. Tidakkah anda melihatnya?. Mengapa Nik Aziz begitu bangga bersalaman dengan Kuan Yu?.

Kepada Haron Din, Nik Aziz dan Hadi Awang, dengarlah bahawa anda semua adalah terlalu tinggi untuk kami teguri.

Tetapi kalau anda terbaca coretan ini, luangkanlah sedikit waktu dan sejenak masa untuk merenungi hasrat suci dari hati yang ikhlas yang nak disampaikan disini dari seorang anak Melayu yang ingin melihat bangsanya tidak akan terpinggir di tanah air sendiri kelak.

Kami tidak mampu untuk memberi anda semua wang ringgit untuk meninggalkan pakatan dan kumpulan anda. Tetapi hanyalah dengan cetusan fikiran yang dikurniakan oleh Allah yang dapat membayangkan dan menggambarkan apa yang akan terjadi kepada bangsa kita sekiranya anda semua masih berdegil mahu membenci UMNO untuk selama lamanya.

UMNO ada kesilapan. Tetapi UMNO juga banyak memberi kejayaan kepada orang orang Melayu seperti saya dan anda semua. Renungkan sejenak dimasa muda anda sebelum anda semua mengenali PAS.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah mempastikan bahawa UMNO mengurangkan kesilapannya.

Dan UMNO mesti terus relevan.

Ini kerana buat masa ini belum ada satu kumpulan yang benar benar berkebolehan untuk mengambil alih tempat UMNO.

Janganlah mengkafirkan UMNO kerana kita semua, anda dan saya, adalah Islam. Berkiblatkan satu.

Dan dari apa yang telah dipaparkan oleh PAS selama ini ia memberikan gambaran dan melambangkan satu identiti.

Bahawa Islam anda belum tentu lebih baik dari Islam kami...

mohd. natar said...

... Tolonglah.

Tolonglah wahai pemimpin pemimpin PAS.

Tolonglah berpijak di bumi yang nyata.

Bukalah mata tuan tuan semua. Lihatlah dan renungkanlah keadaan politik negara sekarang ini. Fikirkanlah masa depan anak anak dan cucu cicit kita dinegara kita ini kelak. Renungkanlah kemana arah-tuju mereka nanti.

Jika anda semua masih berdendam dengan UMNO, tolonglah lupakan krisis itu. Pentingkanlah masa depan bangsa kita semua.

Jika anda semua masih hendak memenangkan DAP untuk memerintah negara, lihatlah keadaan bangsa kita di Singapura setelah PAP memerintah. Jadikanlah ia sebagai satu iktibar. Tidakkah anda melihatnya?. Mengapa Nik Aziz begitu bangga bersalaman dengan Kuan Yew?.

Kepada Haron Din, Nik Aziz dan Hadi Awang, dengarlah bahawa anda semua adalah terlalu tinggi untuk kami teguri.

Tetapi kalau anda terbaca coretan ini, luangkanlah sedikit waktu dan sejenak masa untuk merenungi hasrat suci dari hati yang ikhlas yang nak disampaikan disini dari seorang anak Melayu yang ingin melihat bangsanya tidak akan terpinggir di tanah air sendiri kelak.

Kami tidak mampu untuk memberi anda semua wang ringgit untuk meninggalkan pakatan dan kumpulan anda. Tetapi hanyalah dengan cetusan fikiran yang dikurniakan oleh Allah yang dapat membayangkan dan menggambarkan apa yang akan terjadi kepada bangsa kita sekiranya anda semua masih berdegil mahu membenci UMNO untuk selama lamanya.

UMNO ada kesilapan. Tetapi UMNO juga banyak memberi kejayaan kepada orang orang Melayu seperti saya dan anda semua. Renungkan sejenak dimasa muda anda sebelum anda semua mengenali PAS.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah mempastikan bahawa UMNO mengurangkan kesilapannya.

Dan UMNO mesti terus relevan.

Ini kerana buat masa ini belum ada satu kumpulan yang benar benar berkebolehan untuk mengambil alih tempat UMNO.

Janganlah mengkafirkan UMNO kerana kita semua, anda dan saya, adalah Islam. Berkiblatkan satu.

Dan dari apa yang telah dipaparkan oleh PAS selama ini ia memberikan gambaran dan melambangkan satu identiti.

Bahawa Islam anda belum tentu lebih baik dari Islam kami...

Servant of God said...

mohd. natar October 11, 2012 12:46 AM,

Sungguh benar kata2 saudara ini.

Anonymous said...

mohd natar

suara mu = suara ku
shabas
hidup Islam
hidup Melayu

Anonymous said...



mohd natar.

KO PUN NAK BERMIMPI DI SIANG HARI KE... takde nye geng2 totok pas ni nak dengo rayuan ko ni.. mereka akan tetap dengan pendirian, pegangan agama pas mereka ni sampai mati.. hati2 mereka keras cam titanium.. payah..

Doa aje lah senjata kita..

tk yah la ko nak merayu-rayu kat mereka ni.. TIBAI je..

Servant of God said...

Anonymous said...



mohd natar.

KO PUN NAK BERMIMPI DI SIANG HARI KE... takde nye geng2 totok pas ni nak dengo rayuan ko ni.. mereka akan tetap dengan pendirian, pegangan agama pas mereka ni sampai mati.. hati2 mereka keras cam titanium.. payah..

Doa aje lah senjata kita..

tk yah la ko nak merayu-rayu kat mereka ni.. TIBAI je..

October 11, 2012 2:07 PM

----------------------------

Sahabat,

Kita ni sama2 khalifah Allah SWT kat dunia nih. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengajak orang ke arah kebaikan, ke jalan Allah.

Sememangnya Allah SWT boleh tukar hati dorang untuk lihat kebenaran dalam tak sampai sekelip mata. Tapi ini semua adalah ujian untuk kita, untuk kita buktikan yang kita benar2 mahu menegakkan syariat Islam di Malaysia nih.

Doa memang perlu, tapi tindakan kita juga perlu. Ingat, kita adalah makhluk Allah SWT, jadi kita yang kena buat kerja. Doa adalah untuk cover mana2 kelemahan kita, yang tak mampu kita nak perbetulkan.

Mohon saudara maafkan saya menegur sebegini. Saya berniat hanya supaya kita suma mendapat keredhaan Allah SWT.

mohd. natar said...

...memanmg benar pandangan tuan itu ...