Sunday, October 14, 2012

( ISU SELANGOR ) KRISIS AIR :GAPS TUNJAL PAKATAN ANGKUH !



“Angkuh” -  itu perkataan paling sesuai untuk mengambarkan pendirian Menteri Besar Selangor tentang kemelut isu air yang nampaknya tidak berkesudahan.  Jika dilihat dari sikap yang sebegini memang pentadbiran Negeri Selangor diperintah secara emosi, bukan dengan pemikiran sebuah kerajaan yang berwibawa.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, jika Exco Selangor, Dr Xavier sebelum ini “sangat gembira” dengan pendirian Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian pembekalan air mentah ke Selangor dan begitu bangga mendabik dada yang bekalan air mentah di Selangor mencukupi, mungkin sekarang beliau akan berfikir sebelum bercakap. 

“Sejak kebelakangan ini paras penyusutan paras air di empangan telah menjadi kritikal akibat cuaca kering dan panas yang dialami.  Tentulah sekali fenomena ini tidak dijangka oleh seorang ahli politik seperti Dr. Xavier, sebab itu beliau  main bercakap sedap mulut saja.

Tan Sri Khalid pula baru-baru ini telah memaklumkan di dalam media bahawa Selangor punya masa 75-90 hari lagi sebelum empangan kering sepenuhnya.  Kerajaan Negeri juga akan menjalankan pembenihan awan sekiranya tiada hujan turun dalam tempoh 22 hari.

Persoalannya, kenapa seringkali Kerajaan Selangor mengambil pendekatan “mengubati” bukannya “mencegah” yang jelas menunjukkan yang Kerajaan Selangor tidak membuat persediaan sebelum ini,” ujarnya di sini hari ini.

Tambahnya, bukankah fenomena cuaca ini sesuatu yang biasa terjadi dan bukannya kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami. Bukankah pentadbiran Kerajaan Negeri disokong oleh jabatan-jabatan seperti meteorologi dan sebagainya?  Takkan satu fenomena cuaca yang begitu lazim seperti ini pun tidak dapat dijangka?

“Dulu syarikat pembekal air telah awal-awal memberikan amaran, namun tidak diendahkan, malah dituduh sebagai memulakan propaganda.  Kerajaan Negeri menolak sama sekali bahawa krisis air akan terjadi dengan alasan-alasan yang tidak disokong oleh fakta.

Jika dahulu MB Selangor berkata krisis air tidak akan berlaku kerana paras empangan masih penuh.  Apakah sekarang ini kenyataan tu masih relevan?

Ada alternatif jangka panjang, dan lebih efisyen dan telah dilaksanakan kerja-kerjanya hanya menanti kelulusan Kerajaan Negeri untuk diteruskan pembinaannya.  Tidak dapat dinafikan, pembinaan Loji Langat 2 adalah satu keputusan yang bertanggungjawab, dan pilihan yang muktamad,” tambahnya lagi. 

Tambahan pula infrastruktur  untuk projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang (PPAMP) telah siap 50% dan menelan belanja RM2.41 billion.  Takkan infrastruktur yang terbina untuk masadepan rakyat Selangor akan dibiarkan menjadi sia-sia sahaja. 

Sebelum ini Dr. Xavier menolak sekeras-kerasnya PPAMP dengan memberikan hujah tentang ekologi, kerosakan alam semula jadi dan penempatan orang asli, tetapi tidak menyedari pula keputusan untuk tidak membina Loji Langat 2 bakal “membunuh” rakyat di negeri sendiri.

Yang menjadi persoalannya adalah cara Kerajaan Negeri berfikir dan bertindak,  tidak tahu apa yang patut diberikan keutamaan.  Jika isu air mentah yang begitu asas tidak dapat diuruskan dengan baik dan berkesan, bagaimana hendak menguruskan pembekalan air terawat yang jauh lebih teknikal. Dalam pada itu, perlu ada kepakaran dan pengetahuan teknikal yang mendalam beserta pengalaman, bukan boleh dicapai secara “overnight success”.

Kenapakah Kerajaan Negeri  yang begitu yakin bahawa mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan industri air di Selangor ini tidak dapat melihat kehadapan dan membuat persiapan awal bagi  sesuatu yang bermusim seperti ini?

“Ini baru air mentah, belum masuk bab-bab proses merawat air lagi, dan proses pengagihan. Bagaimana hendak menguruskan penstrukturan dan mengambil-alih syarikat-syarikat konsesi sedangkan perkara yang paling asas pun tak lepas. Pendek kata, jangan buang masa! ,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor. 

9 comments:

Anonymous said...

selCAT - selangor Cocky, Arrogant dan Tak Telus....

Anonymous said...

kata kunci "dendam"??....adakah kerna kerajaan negeri pkr gagal utk mengambil alih pengurusan air dr pihak konsesi air negeri,gagal utk mengstrukturkan industri air,gagal utk menghalang jika akan kenaikan tarif air dan cuba menggagalkan
projek air langat2 supya menjadi projek gajah putih pusat dengan
berdolah dalih serta memutar belit
isu air empangan dikata air mencukupi?....nampak wayang telah diputarkan..!!

Anonymous said...


Punaisihat RM2

Anonymous said...

Hutang negara: @NajibRazak letak negara dalam keadaan berjaga-jaga.Hutang negara jepun banyak sebab gempa bumi, tsunami bencana alam.Hutang negara Malaysia banyak sebab pemimpin umno kaki rembat!!!

Prestasi BN memerintah negara selama 55 tahun..Lihat lah sendiri:-
1.Pengeluaran kad pengenalan biru pada Pendatang Tanpa Inzin di Sabah hingga menyebakkan peribumi Sabah menjadi minority di tanah
air sendiri dan kegiatan pengkianati Negara dan Rakyat Sabah masih diteruskan. Mahathir, Pak Lah dan Najib PM.
2. kes PKFZ 12.5 billion-Mahathir PM
3. kes Perwaja 2 billion – Mahathir PM
4. kes Bank Bumi 5 billion-Mahathir PM
5. kes Parlimen bumbong Bocoh
6. kes Pudu bumbong Bocoh
7. kes Stadium runtuh
8. kes kapal selam 500juta
9. kes biji tin Maminco 300juta
10. kes Bank Negara goreng forex 20 billion –Mahathir PM
11. kes MAS 8 billion – ...Lihat seterusnya..

Anonymous said...

Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah ALLAH -Haron Din
Sinar Harian : 5.1.2010

Pemimpin bukan Islam Termasuk DAP tetap boleh guna kalimah ALLAH-Nik Aziz
Bernama: 15 Mei 2010 :9.23 pm

PAS dah lari dari perjuangan asal....
Prof Shahnon Ahmad mantan ahli parlimen PAS!
Mingguan Malaysia: 14.10.2012

Anonymous said...

Terlepas lagi ke bomo sial ni......

Anonymous said...

Jgn lupa termasuk kerajaan Penipu Rakyat bagi kroni projek yg mengabiskan duit rakyat yaaaa

Anonymous said...

Apa2 yg berkaitan dgn pakatoon katakuncinya ialah C.A.T...

CORKY , ARROGANT . TAK AMANAH , TAK JUJUR DAN TAK IKHLAS DLM APA2 PONNNNNN.....



Anonymous said...

Laporan Sinar Harian menyebut, Saifuddin menjelaskan bahawa kenyataannya itu dibuat dalam perspektif politik baru yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.

"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Politik kita terlalu adversarial (bertentangan) sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Menurut laporan itu lagi, Saifuddin menjelaskan bahawa BN perlu mendapat sokongan golongan pertengahan yang terdiri daripada pengundi muda, kelas pertengahan dan profesional.

"Menurut kajian, 30 peratus daripada pengundi menilai dari segi artikulasi idea dan dasar, tidak minat serangan politik yang keterlaluan.

"Mereka faham politik ada bidasan dan serangan, tapi mereka tak suka bila ia keterlaluan seperti serangan peribadi dan menghukum di khalayak sebelum didapati bersalah secara perundangan,