Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik.
Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini. Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas.
Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam. Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.
Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.
Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.
Justeru, apakah alasan kerajaan PR Selangor bagi terus berdegil menyatakan yang krisis air yang dibimbangi BN hanya mainan politik?
Krisis air Selangor dijangka berlaku pada 2014 atau lebih awal berdasarkan kajian dan unjuran yang dijalankan oleh pakar.
Masalah kekurangan bekalan air mula timbul selepas kerajaan PR Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) syarikat konsesi yang menyebabkan syarikat tersebut tidak berupaya meneruskan kerja-kerja penggantian paip yang telah lama dan rosak. Sekali gus menyumbang kepada peningkatan bekalan non-revenue water (NRW) di negeri ini.
Secara dasarnya, negara ini mempunyai bekalan air hujan yang cukup tetapi, bekalan air terawat memerlukan loji dan teknologi rawatan yang sistematik yang mana membawa kepada projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan BN Selangor yang terdahulu. Namun, kerajaan PR Selangor telah bertindak membekukan projek ini atas alasan ingin mengstruktur semula industri air di Selangor.
Alasannya ialah agar membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadar tarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat. Dalam ertikata lain, kerajaan PR Selangor mengambil pendirian bahawa mereka lebih rela jika rakyat tidak mendapat bekalan air bersih langsung daripada membayar harga yang tinggi untuknya.
Pendirian kerajaan PR Selangor ini amatlah mencurigakan, apatah lagi dengan terbuktinya bahawa janji mereka untuk memberi 20m padu air percuma kepada rakyat dalam PRU terdahulu hanyalah janji kosong di mana perlaksanaannya adalah tidak menyeluruh dan tidak adil kepada beberapa pihak.
Kini, krisis air yang bakal melanda semakin nyata dengan empangan-empangan yang semakin menyusut dan kering. Apakah kerajaan PR Selangor buta? Politik apakah yang sedang dimainkan oleh kerajaan Selangor? Salahkah jika rakyat terus meragui mereka?
Apakah kerana mereka terlalu angkuh untuk mengaku tersilap memahami dan mencongak fakta dan angka mengenai bekalan air, sehingga sanggup membiarkan rakyat menanggung derita?
Dengan kedegilan kerajaan Selangor, inilah disarankan agar rakyat Selangor yang masih ragu-ragu mengenai isu air mengambil inisiatif sendiri untuk menyelidik perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat dalam PRU nanti. Pastikan kerajaan yang dipilih dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan bukannya angkuh tidak bertempat. Jangan dua kali terhantuk sehingga berdarah baru hendak ditengadah. Ingatlah kata-kata Khalid Ibrahim, iaitu manifesto PR bukannya janji.
16 comments:
Kejayaan Khalid Ibrahim dari PKR menjadi MB Selangor selepas PRU12 salah satu sebabnya ialah 'janji memberi air percuma' kepada rakyat Selangor. Khalid Ibrahim tidak menepati janji kerana ada rakyat Selangor yang tidak mendapat bekalan air percuma hari ini.
Insya-Allah, selepas PRU13 kelak Khalid Ibrahim TIDAK akan menjadi MB Selangor lagi. Salah satu sebabnya kerana "AIR" selain terlalu banyak isu yang menghantui Khali Ibrahim dan PKR hari ini.
Rakyat Selangor mual, muak dan bosan dengan Kerajaan Selangor hari ini.
CUKUP LAH Khalid Ibrahim. Kerana AIR anda diangkat menjadi MB Selangor dan kerana AIR jugalah anda dan PKR akan tersungkur selepas PRU13 kelak. Insya- Allah. Wallahualam.
mtk
...setitis air dicatu ke rumah aku, akan ku hasut 10 orang tidak mengundi Pakatan Rosak.
-nik ajis mahafiraun-
NAK MENIPU AGAK2LA...COP PADA TONG AIR BOLIH SAMA PULAK.NAMPAK SGT BERLAKUN...
alahai lawak lah gambar nie..
krisis air memuncak, tapi berapa kerat jer yang datang amik air..\
Ramai lagi orang yang datang tengok ceramah Hassan Jati..
Jangan lah menghina intelekual orang melayu
Air lombong banyak lagi... kalau tu pun tak cukup untuk rakyat Selangor, KL dan Putrajaya, air lendir Chinadoll dan air kencing pemimpin Fuckatan masih mampu untuk tampung bekalan air kat sana sampai kiamat... itulah nikmatnya berpemimpinkan Fuckatan. Dalam dunia ni, Selangor je yang bernasib baik.... bekalan sampai ke hari kiamat tu...
kelakar tengok depa ni,
amiklah pengarah hollywood bagi nampak real sikit memang selangor ada masalah krisis air..
agak2 lah kalau nak kelentong
GAP, aku mana ada ragu2 dengan kepimpinan kerajaan PKR Selangor.
Aku memang dah tak percaya sama sekali.
Memang dasar penyamun laa Khalid Ibrahim & geng. Agaknya kalau boleh dorang tutup terus paip kepada pengguna supaya dorang tak bertambah hutang air.
Macam gini perangai, ada hati nak aku undi dia?
Anonymous said...
kelakar tengok depa ni,
amiklah pengarah hollywood bagi nampak real sikit memang selangor ada masalah krisis air..
agak2 lah kalau nak kelentong
October 8, 2012 10:16 AM
----------------------------
Ooo, suruh amik pengarah Hollywood?
Apa2 pun, kalau nak cari pengkhianat bangsa yang lebih baik daripada kau, memang takde lah. Kaki perlekeh masalah dalam negeri sendiri, kaki kutuk orang cuba selesai masalah rakyat, sambil tuh korang cuba tegakkan pulak belalai ketua korang tuh.
Aku harap korang kena laknat laa.
krisis air..... apa kerja SYABAS ? tau kutip bil dan caj air saja ke?
tak tau urus tamatkan saja kontrak tu kpd orang lain, pengurus air yg lebuh cekap macam lembaga air pulau pinang .... jgn dok monopoli kpd syrikat kroni umno saja walaupun merugikan rakyat....
CEO gaji jutaan... rakyat tanggung bil air.... dah tu bil elektrik lg semakin naik...... eh eh eh eh...zalimnya dasar "umnoputra"
GAP,
Ho ho...ada orang puji khalipap guan eng urus air di penang!!!
Mat sabu jgk yg kenyang mkn elaun!!!!!
Apa kata rumah ko jgn ada paip air & eleterik.....ko nak minum jgn minum air yg dah di proses oleh syabas ko minum aje air lombong yg dicadangkan oleh kalid gagap tu ada berani kaaa..
Kerja syabas hanya agih air kpd pengguna & kutip bil la dol.....utk rawat air pulak syarikat yg urus loji termasuk kasb....glc sgor. Kalu empangan kosong atau x cukup air....kerajaan sgor la punya kerja...org nak tambah loji rawat air korang halang pulak
suka hati ko org lah...kita tgk la pru nnti BN boleh menang ke tak kat sgor...calon MB yg cerdik ada? yilek pocit..!! hahaha...
tp aku kesal tgk UMNO sgor ni...tak de rasa hormat lngsung kat kjaan sgor..sbb nk balik kuasa sanggup menipu org2 miskin suruh mintak duit air la...suruh minta langsai hutang rumah pun ada..aku tak tau la apa jenis org puak2 UMNO Sgor ni...selagi bende boleh isi perut sendiri kira halal...
Ko ni apasal bodoh sgt ni...klu umh ko takde air sebulan ko melalut tak?ko g mandi air kencing khlid..
yg jadi pokok gambar diatas lakunan ...tong air bolih cop yg sama dan mcm baruje sama pulak hayatnya.potong kotey la kalau bendatu bukan lakunan,agak2 la kalau nak membohong,lakunan biak real sikit.sejak 2 menjak ni umno asyik buat lakunan yg masuk akal.mintak menteri bayarkan tunggakan rumah..yg pengerusi MAS kerajaan lunaskan hutang 400 juta tak menyalak pulak...200 juta kes lembu pun senyap je...menyalalak sampai terbeliak oiii
Anonymous said...
suka hati ko org lah...kita tgk la pru nnti BN boleh menang ke tak kat sgor...calon MB yg cerdik ada? yilek pocit..!! hahaha...
tp aku kesal tgk UMNO sgor ni...tak de rasa hormat lngsung kat kjaan sgor..sbb nk balik kuasa sanggup menipu org2 miskin suruh mintak duit air la...suruh minta langsai hutang rumah pun ada..aku tak tau la apa jenis org puak2 UMNO Sgor ni...selagi bende boleh isi perut sendiri kira halal...
October 8, 2012 6:44 PM
---------------------------
Nak hormat yek?
Buat keje pun tak reti, nampak gaya penipuan mencecah RM1 billion, masih mau hormat ka?
Aku lebih hormat pada apek tua yang kutip kotak dan tin kosong untuk sara diri daripada Khalid Ibrahim, Faekah dan lain2 badut dalam k'jan Selangor sekarang.
Post a Comment