Tuesday, October 2, 2012

PUTAR BELIT FAKTA DAN ANGKA.


Betulkah Bajet 2013 Mufliskan Negara?

Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.

Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.

Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.

Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.

Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.

Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa?

Sejak negara kita merdeka, sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis.

Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan.

Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF.

Sedangkan tika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama.

Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk.

Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.

Kesimpulannya, negara kita tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan. Itu asas ekonomi

28 comments:

Anonymous said...

Please la...apa class minah ni nak cite pasal ekonomi??? Main jauh2...syuh..! Syuh..!!!

hangkedee said...

Hasil nasihat dan rujukan serta kajian dari Pakar segala Pakar berkelulusan SRP MR Bean Malaysia.

Anonymous said...

Itulah saya tak faham.

Walaupun ekonomi 1 haram pun tak reti, tapi mengikut asas yang sememangnya semua orang tahu, bila dibelanjakan wang di dalam sesebuah negara, maka wang itulah yang akan menggerakkan perniagaan dan secara tidak langsung ianya menjana ekonomi negara, kerana ada aktiviti menjual dan membeli.

Datang dari mana negara akan muflis?


Yeah, mungkin budget yang dibentangkan DSN tampak hanya memberi itu memberi ini, namun ianya memberikan kesan yang positif dalam jangka masa yang panjang itulah yang dikaji dan diteliti oleh DSN serta pakar2 ekonomi yang lain sebelum budget itu dibentangkan.

PR kena ingat, dalam Pentadbiran kerajaan ianya tidak dipimpin oleh mereka-mereka yang tidak ada kelayakan jika dibandingkan dengan PR hanya pandai berckp umpama saintis, pakar ekonomi, tapi hakikatnya, semuanya bodoh2 belaka.


Bezanya budget bodoh PR hanya tertumpu untuk masa kini, ianya tidak berlanjutan dengan jangka masa yang panjang, itu risiko besar, dan budget seperti itu lah yang kan memufliskan negara. PR tak ada pengalaman, dan segala data input berkenaan ekonomi negara etc etc semuanya tidak dikaji dengan terliti, kerana meraka tidak akses untuk melakukan perkara sedemikian, bila dah muflis, senang2 lah si peliwat tu jual negara ni kt IMF.

Hairan, mana sumber sampah diorang rujuk, sebelum nak bentangkan budget bodoh ni - dari ramalan mimpi?

Servant of God said...

Tak payah cakap banyak laa. GAP sebut cantik je.. dah 55 tahun BN buat bajet, berapa kali dah bankrap?

PR pulak, kenapa pulak aku perlu percaya korang kali nih? Bila masa kamu bina balik kredibiliti kamu? Kan kamu pembohong, wahai PR, setiap sesuatu kamu bohong.

Mana2 pencacai PR yang sudi, tolong laa bagitau kenapa kami patut percaya PR yang dah terbukti pembohong.

Tolong yer.

Anonymous said...

dah 55 thn resipi ekonomi negara..jadi kan negara kedepan dlm dunia ketiga...

menu yg pakatan pelik je nampak pelik..air pree.. api free...kereta pree...rumah pree...kawin pree...

Anonymous said...

kalau ikutkan ceramah ekonomi mat sabu sejak tahun 90-an dulu, hanya bewak pasir sahaja yg masih hidup kat m'sia ni, apa menatang yg lain termasuk manusia semua pupus sbb tak cukup makan.

bewak pasir yg hidup tu pun kurus kering dan selsema sbb tak cukup vitamin.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Boleh agak dah... dia tak boleh nak hentam kerajaan kerana penurunan cukai 1% itu pasallah meroyan macam perempuan mati anak... Kalau kerajaan tak turunkan nanti dia kata kerajaan tak membela nasib rakyat golongan pertengahan... Modal basi pun dia nak gunakan... Zaman bapak dia jadi menteri kewangan siapa yang dia bantu... terangkan sikit...?

Anonymous said...

Dah tu , yang kau nak turunkan cukai kereta la.. , air free laaa, ptptn tak perlu bayar laa, kenapa.

Biol betoi la hang ni.....

Anonymous said...

KALAU PASAL MEMBELIT NI ULAR SAWA PUN TABIK SPRING,MENGAKU KALAH.

Anonymous said...

Stupid la nurul izah ni..camana boleh jd MP pun tk tau..

Anonymous said...

mereka kata BR1M tu rasuah

tapi rasuah ni...yg memberi salah, yg menerima pun salah

tapi yg kelakarnya, selalu yg depan sekali beratur adalah lebai2 PAS!!

Anonymous said...

mereka dah cemas...

selangor pun buleh terebang ooo

Anonymous said...

Sebenaq nya anak papahebat ni dah ketaq lutut ! pkr dah nak tutup kedai angkat bungkuih !...Sekamat tinggai naaa PKR buat selama lama nya!

- Anak muda Kubang Semang-

Anonymous said...


ini komen balas aku kat
http://www.wfauzdin.blogspot.com/2012/10/tolak-pemimpin-bacul-seperti-ini.html

semalam last post aku kat situ

http://wfauzdin.blogspot.com/2012/09/video-anwar-seru-himpunan-di-bukit.html

(post ke 70 lebih)

hari dia tak bg anomous masuk lg dah...kah kah kah..

harap GAP TUMPANG GUMBIRA..
AKU LAH TENTERA pelatih GAP selama disini

=========================
Antara pementasan tahunan Anwar ialah

membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.

Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat


TP PEMBENTANGAN KALI Ni BETUL2 MEMBENGANGKAN BELIAU..

SO UNEXPECTED !!
tahniah najib....anwar macam beruk panas ponggong..

semua anggle najib balas balik...

yg paling best dlm majlis gerakan baru2 najib berjaya beri message perang.. alamat melingkuplah dap..sekali jelah..ko jaga penang..wahai dap laknatullah pojaan pkr''....

biasa la bai.. masa zahrain nak balun anwar...dia terus kluar dewan.. bukan sj dewan terus pi amerika...

merajuk je balik amerika
merajuk je balik amerika

report kat bapak yee

AMPON TUAN SOROS..

Anonymous said...

Ala Bro GAP...

Betina nih ikot Papa dan Mama dia lah ...kuat kencing...dah tu merata2 pulak...siap dgn bunyik berdesing ..siowngggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg lagi.......

Mmg ramai dah tahu tapi yg dok tunggu mnjilat depa sekeluarga krn WANG HENGGET yg di taburi...bukan sikit tapi MELIANA wooo....

muahahahhahahhah

Anonymous said...

Bajet PR nak turunkan harga macam-macam benda tu tak bermakna nak turunkan cukai ke? Cakap tu biar pada fakta jangan main hentam ikut suka nafsu sahaja. Beginikah pemimpin yang dibanggakan oleh pecacai PR tu.

Anonymous said...

Terbaikk! Diorang kalo ikut buku jingga, turun mcm2 x bangkrap plakkk.. MMg kturunan pnipu mmg mcm tu.24 jam mmbohong jek..

Anonymous said...

Terbaik dri GAP! Kalo ikut buku jingga turun mcm2 x bangkrap plakkk. Mmg Dasar pnipu puak2 nihh..

Anonymous said...

yg putarbelit dan putar alam ialah pemimpin BN,bagi duit rm 500 dan rm 250.sekali tetapi naikan gula 20/kg.cuba tuan kira balik berapa kerajaan dpt duit dari gula bila kita dharab dgn 30juta rakyat.memang bolih bayar 500,250.belum lagi duit saman had laju,dan lampu isyarat...sbb tu kerajaan bagi 500 , 250 kene ambik sbb semua duit dtg dari pembayar cukai,bukan duit bapak BN.igt rakyat nak di bodohkan...

Anonymous said...

THIS CLOWN DOES NOT `FIT' TO TALK ABOUT BUDGET. THEY ARE TALKING COCK! I'M SURE THAT THEY ALSO FAIL IN MATHS. STUPID WORST THAN COW. LOOK AT THE STATE THAT THEY WON, KEDAH, PENANG, KELANTAN AND SELANGOR. SITUATION BECOME WORST. THIS CLOWN ARE NOT FIT TO RULE THIS COUNTRY. I AM A CHINESE & I RESPECT THE LAW AND THANK TO OUR GRANDFATHER THAT MAKE MALAYSIA WHAT IT IS NOW, THE AGREEMENT BETWEN 3 BIG RACE THAT MAKE MALAYSIA A FANTASTIC COUNTRY WHERE EVERYBODY LIVE IN HARMONY PRACTISING THEIR RELIGION AND CULTURE.
PLEASE I HOPE THIS CLOWN STOP THEIR NONSENSE AND SHUT UP. WHAT THEY ARE COMMENT IS JUST A STUPID STATEMENT WITHOUT FACTS.
I HOPE MALAYSIAN, UNITE TOGETHER LIKE THOSE DAYS MALAY CHINESE INDIAN OTHER RACES LIKE KAMPUNG BOYS WE GEW UP TOGETHER TO BRING MALAYSIA TOWARDS VISION 2020.
- LIM AH SENG -

usin said...

sebenarnya nurul izzah yg sudah bankrap idea. tak tau nk pusing mana...

Anonymous said...

baget PR tak ke lagi teruk dari BN..nampak penuh dengan belanja tanpa hirau hutang..

Melayu Perak said...

bajet BN pakar-pakar ekonomi dari pihak kerajaan dan swasta yang derafkan.....

bajet pkr dari pihak mana....?????

Anonymous said...


Putaq izah putaq..

klu jumpa ulaq ngan hang.. kena pukui hang dulu sebab hang punya putaq lagi hebat dari lingkaran ulaq

Anon 1:15

denda Speed trap dan langgar lampu isyarat tu nak mendidik ko org yg suka pandu laju2 dan ingkar peraturan jalan raya.. dibuat utk keselamatan semua org.... nak nyenangkan sebahagian besar rakyat agar merasa lebih selamat di jalanraya..

jangan dijadikan isu..
denda speed trap spt juga denda khalwat, denda pasal ko pukul polis, ko berhimpun haram, rosakkan harta kerajaan, fitnah org dan lain2 denda..

Subsidi gula diturunkan sikit atas hakikat dan niat yang baik untuk menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula kerana dah ramai sangat rakyat Malaysia yg mati kerana diabetis ni.. macam apa yg dibuat kepada cukai rokok lah..

Niat kerajaan amat baik untuk memastikan kesejahteraan di samping mendidik rakyat..

Nak menuju negara maju 2020 bukan senang nk dirancangkan bro.. sembang kosong cam puak2 ko boleh le..

Cuba ko berlapang dada dan berfikiran positif sikit jgn lateral thinking sgt...

.OEJ.

Anonymous said...

Bapak dia punya citacita dulu ...nak membengraokan negara...belum tercapaiii...

Itu yg sebut selalu tuuu....
Kalau bole nak kasi bengkrap...
Doa doa doa laaa biar bengkrap....
Baru puas hati...

Anonymous said...

Bapak dia punya citacita dulu ...nak membengraokan negara...belum tercapaiii...

Itu yg sebut selalu tuuu....
Kalau bole nak kasi bengkrap...
Doa doa doa laaa biar bengkrap....
Baru puas hati...

Anonymous said...

Anon 1.15

Saman tetap saman. Apa lu ingat buat salah x kena dendakah? Itukah cita2 yg pr nak laksanakan? Buat salah tumbuk itu ini, rosakan harta awam, tak payah denda? Lu punya otak sana lututlah brader..

Anonymous said...

Liwat tetap Liwat ..selagi perot boroi