Saturday, October 4, 2014

MUSA HASAN PESAN....

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara.

"Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan.

"Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV di sini, malam ini.

Program selama satu jam yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, bertajuk 'Akta Hasutan 1948′ itu turut mengundang peguam serta penganalisis politik, Hasnal Rezua Merican sebagai tetamu jemputan.

Musa berkata akta berkenaan tidak perlu dimansuh atau diganti dengan akta baharu, namun ia boleh diubahsuai mengikut peredaran zaman dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

"Saya merasakan kalau kita nak ubahsuai akta ini, kita membenarkan kritikan membina terhadap kerajaan. Ia tak jadi kesalahan asalkan kritikan bukan untuk hasut menggulingkan kerajaan dengan cara tak demokrasi.

"Tapi yang lain-lain berkaitan hak asasi, hak keistimewaan bumiputera, raja-raja, itu perlu kita jaga…itu penting," katanya.

Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. – BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Diharap Najib dan semua yang berkenaan ambil perhatian!

mae said...

Kalau hak keistimewaan Melayu digugat, mungkin orang Melayu akan mengamuk. Masa itu, pemerintah Melayu akan menangkap beratus ribu orang Melayu dan menyumbat org Melayu kedlm penjara dan mungkin ramai yg akan ditembak mati. Bagaimanapun, org Melayu pd masa itu terbelah 2: yg sudah berjaya tidak perlukan hak keistimewaan dan akan mengeji yg belum berjaya. Kerajaan Melayu akan mempergunakan golongan ini sebagai alasan membuang hak istimewa. Akan ujud segolongan Melayu yg akan terus tidak terbela kerana mereka belum berjaya dan kena berusaha tanpa hak istimewa.

Anonymous said...

akta keharmonian nasional. nama akta pon pondan. kalau diganti pun itulah jasa terakhir PM BN yg mmg dah dikenali tak bertelor

Anonymous said...

Mmg celaka majils peguam dan mereka2 yg menyokong pemansuhan akta hasutan...kalo boleh bior berambus daripada malaysia..