Thursday, January 1, 2009

PRK-P36. SERANGAN BLOGER ANTI ANWAR KINI BERMULA !


GAP DAN BPN DENGAN INI MENGISYTIHARKAN SERANGAN KE ATAS ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA. SATU PERSATU PENDEDAHAN AKAN DILAKUKAN HINGGALAH (DENGAN IZIN ALLAH SWT) KITA MENCAPAI KEMENANGAN DI KUALA TRENGGANU NANTI.


terima kasih gap ucapkan kepada bloger http://pewarismelayu.blogspot.com kerana ilustrasi grafik yang cukup menarik.


gap memohon kerjasama kepada BLOGER PEMBELA NEGARA (BPN) dan bloger2 independen agar dapat menyiar dan menyebarkan gambar ini seluas mungkin.jadikan ia sebagai kempen permulaan kita menewaskan pakatan rakyat. kepada bloger2 baru diharap anda boleh menjadi ahli baru BLOGER PEMBELA NEGARA.sila berhubung dengan bloger panglima perang cyber,desperado,che moq atau AJK lain dimana yang berkesempatan.

17 comments:

Anonymous said...

GAP, kami memang dh mula perang si peliwat ni lama dah dulu..hehe

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Singh Is Kinng said...

Salam GAP,

Lanyak habis-habis until everything turns to dust, termasuklah Khalid, Sivarasa, Tian Chua dan Burn mat kamera.

Wassalam.

aisamuddinMH said...

GAP,izinkan saya ambil entry ni
nk wat sbg perutusan kepasa semua BPN kat blog sy=)

Taminsari said...

Salam GAP :

Anwar cabar Pemimpin Pas..

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :

Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.

Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."

Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan. Sekarang ini, melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya. Lebih dari itu, bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP.

Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS. Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri. Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.

Di pihak PAS pula, menjadi tandatanya apakah parti itu yang mengaku "Islamic" sanggup bersekongkol dengan orang yang bukan sahaja cakapnya serampang dua mata tetapi juga orang yang telah melemparkan lumpur ke mukanya bertalu-talu. Apakah parti ini benar-benar berdiri atas prinsip perjuangan yang suci seperti yang dilaung-laungkan atau hanya berpijak di atas fahaman politik yang sempit dan berubah-ubah sehingga sanggup "bersubahat" dengan parti-parti oprtunis di dalam apa yang dipanggil sebagai Pakatan Rakyat. Jika demikianlah halnya, maka ia juga termasuk ke dalam golongan itu.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Begitu juga dengan DAP sejak penubuhannya lagi telah menolak Negara Islam.
Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Mengadaikan prinsip untuk berkuasa. Anda fikir dan renunglah sedalam-dalamnya.

Salam perjuangan

QasehNuryz said...

Yeah,serang GAP!!..serang!

wpun blog sy bkn blog politik,
sy ttp sokong pjuangan BPN.

GAP KEMBALI said...

dr sid
kita kasi jatuhkan anwar sampai dia tak boleh bangkit lagi

piggy singh
sama2 lanyak bro

aisamuddinmh
jalan terus..kasi sebar seantero dunia

taminsari
gap ada 4 lagi poster anwar bantai pas..masa sesuai kita serang

qaseh
putri yang cukup berani..lawan tetap lawan

Tai said...

ya serang DSAI dan anak buah dia. Serang dia sorang tak cukup.

Anonymous said...

Ya, saya sokong Sedingin Salju. Kalau takat dia sorang tak acila. Sumua sekali kasi tebas.

Amz CamPro said...

insyaallah...same2 kita dedahkan apa yang patutnya kita dedahkan...!

Tai said...

Ibarat nak tebas rumput, kenalah sehabisnya. kalau tak, pastilah rumput tu, naik balik.

hatiminda said...

Deeyy, cakap pusing sana pusing cam ni sah keturunan anwar jey yang tau buat..akhirnya dia, mereka, pak lebai, dan keldai-keldai lain terus tertipu dan kena kencing

Anonymous said...

Salam Gap,
Lanyak si mamat Nuar ni cukup2.. Alangkah bagusnya jika Pas boleh mengenang kembali sikap Nuar terhadap mereka satu ketika dulu.

Panglima Perang Cyber said...

pelik yer...sudah tidak wujud ke pembela anwar sekarang ?

sudah tidak ada ke blogger upahanan diorang ?

atau tidak ada wang gaji bulan ?


syabas dan tahniah kepada GAP atas sahutan berjuang melawan Anwar ini..

Syabas he ( hindustan punya slang ) hehehe

Unknown said...

Teruskan perjuangan hingga berjaya demi agama dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

Taminsari said...

Salam GAP...Inilah petualang bangsa melayu dan musuh Islam...

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.



Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWA lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.

Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

2) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Salam perjuangan

GAP KEMBALI said...

KASI SEBAR SEMUA INFO YG ADA !

Shaharuddin Othman. said...

buat apa nak gaduh-gaduh pasal pemimpin....mati tak mengenal dari parti mana.fitnah lagi bahaya...reka cerita kena hati2...tuduh orang hukumnya apeee.....fkir wahai sedara islam kuu.....