IKLAN BERBAYAR

Wednesday, February 4, 2009

ALHAMDULILLAH , BPN HARUS TAWADUK DAN TERUS BANGKIT !



allahuakbar allahuakbar allahuakbar

bersyukur kita ke hadrat ALLAH swt di atas kemenangan yang telah diberikan.

bermula dari rasa hati yang meluap-luap melihat kelakuan sumbang anwar dan pas melacurkan ISLAM DAN BANGSA...kita berdikit-dikit mengumpul kekuatan untuk bangun menentang mereka.kerana tidak mahu lagi insiden melayu merempat di bumi sendiri dan islam dihina dengan sebegitu teruk oleh kumpulan pakatan rakyat, orang melayu mulai bangkit dan berani berjuang.

muncul nya BPN ( BLOGER PEMBELA NEGARA ) adalah hasil manifestasi penentangan terhadap mereka. kita tidak pernah kenal siapa diantara,suara,rupa,latarbelakang tetapi diatas PUNDAK IMAN, ISLAM DAN BANGSA kita bersatu hati untuk memperbetulkan semula keadaan.

rosak islam dan bangsa yang teruk dilacurkan oleh anwar dan pakatan rakyat tidak boleh diterima lagi..alhamdulillah ..memang benarlah sabdaan nabi junjungan kalau maksiat itu dilakukan secara terang-terangan hendaklah kita menegahnya dengan tangan..dan tangan-tangan inilah yang bergerak laju menyatakan kebenaran. YANG HAK PERLU DIPERTAHANKAN..

ALLAH SWT akhirnya memberikan kita sedikit kemenangan..alhamdulillah..perak akan menjadi pemangkin kebangkitan umat..

BPN harus tawaduk dan banyak-banyak istigfar . jangan kita ulangi kesilapan mereka. leka,angkuh sombong dengan kemenangan akhirnya pada hari ini NIKMAT ITU TELAH DICABUT !

BPN harus terus berusaha sehingga berjaya, berjaya meletakkan ISLAM DAN BANGSA ditempatnya semula..insyaallah !

ps:- kepada bloger2 baru gap dengan merendah diri, menjemput anda menyertai BPN. sila hubungi panglima perang cyber untuk maklumat lanjut.

40 comments:

garamanis said...

yes bro...

allahhuakbar....takbir.!

Sedingin Salju said...

ya, teruskan perjuangan kita semua untuk menentang segala yang salah. Sambutlah kemenangan sulung ini dengan penuh kesyukuran. Dan, janganlah kita leka dan alpa. hati-hati, musuh masih belum kalah sepenuhnya.

are zee rie said...

hehe..
aku bukan join sangat politik..
tapi aku melayu..

bagi aku..
PKR..
ni pejuangan sia sia..
sebab?
hanya untuk menegakkan cita cita seorang manusia nak jadi pemimpin malaysia yang aku cinta..

PAS?
sanggup guna apa saja..
ludah jilat balik..
cakap xserupa bikin..
pusing 180 darjah..
by the way..360 darjah xpegi mana mana..

DAP?
aku belajaq sejarah la..
orang lain buleh tipu..
aku..
jangan tipu..

UMNO?
walaupun family aku penyokong kuat umno..
ada dasar dasar umno yang aku xsuka..
bila dah ada power..
walaupun ketua cawangan..
riak..
tapi xsemua..
maybe geng serpihan masa 1998 dulu..

student macam aku mana ada orang kesah..
pandangan kami..
xbawak makna..
budak budak..
kanyiaq orang kedah kata..

apa apa pun..
kerajaan yang ada sekarang dah ok..
pembangkang memang kena ada..
demokrasi..
bukan diktator..

megat said...

jangan lupa diri ..mmg betul nasihat GAP tu sentiasa kena tawadhuk..
teruskan berjuang..

rantong said...

Tahniah BPN. Saya sentiasa mengikuti perkembangan BPN.
View Profile: Rantong

Anonymous said...

Alhamdulillah..... bersyukur.. akhirnya parti kesayangan kita UMNO / BN berjaya kuasai semula negeri perak yang kita sayangi ini..
Harapan aku agar selepas ini adun-adun melayu umno dapat merampas kembali tanah yang diberikan PR kepada kampung baru,cina serta rakyat, agar mereka tahu hanya UMNO dan BN sahaja yang boleh memerintah Perak dan Malaysia..
Pemimpin UMNO yang ada.. lakukan yang terbaik untuk seluruh rakyat Perak ahli UMNO kita, agar mereka agar mereka dapat melupakan kebaikan kepimpinan nizar sebelum ini.
Kepada bakal-bakal exco dari umno kita harus pertahankan Perak dengan apa cara sekalipun agar iyanya tidak kembali mendapat sokongan rakyat pada pakatan rakyat yang dimonopoli bangsa cina dari dap.
Ingatlah ini bumi kita, ini negeri kita, jangan izinkan hak istemewa orang melayu terlepas begitu sahaja seperti yang di bawa oleh pkr bersama sekutunya
HIDUP UMNO... TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

antipakatanrakyat

melayujantan said...

UMNO jangan lagi alpa, suara akar umbi jangan lupa, rakyat jangan disisihkan, jangan sombong, jangan kejar pangkat tapi kejar rakyat, berkhidmat untuk rakyat dengan sejujur2nya, jgn lupa sembahyang, bersikap adil pada semua, jangan jual ugama dan bangsa pasti perjuanganmu dirahmati allah. insyaallah dan YAALLAH perbetulkan UMNO berikanlah semua pemimpin2 UMNO hidayahmu dan rahmatmu. SEBAK!!!!!

amieieda said...

alhamdulillah, syukur kepada allah taala dan nabi muhammad rasul junjungan umat.

dengan rasa rendah diri saya yakin, inilahpermulaan untuk satu kebangkitan. UMNO/BN harus berubah, peluang yang datang jangan dibuang! sesungguhnya setiap apa yang ada di dunia hanya pinjaman semata...dan kini PR dah rasa, apa rasa kuasa yang hilang sekelip mata.

pada YB2 PR. Bersedialah, andai ada kesilapan yang pernah kamu lakukan walau dalam 11 bulan cuma....kini masanya rasalah...bagaimana cacing kepanasan berteduh tiada...

buat YB2 BN dan Bebas, anda tak kebal mana, yang salah kantetap kecundang jua. namun kini peluang YB membuat jasa....mohon diguna jangan lagi leka....

amin ya rabbul alamin..

takbir! ALLAHUAKBAR!

Abas said...

Salam:-

Ingatan pada BN...

Jadikanlah kekalahan itu sebagai pengajaran dan kemenangan itu satu kesyukuran.

Muhasabahlah diri kerana kita akan menyerahkan kuasa ini kepada rakyat semula untuk membuat perhentungan di masa depan.

Harap2 GAP selepas ini berjangkit pulak di Selangor..biar si Flinstone tu bertambah gagap..

Allah Maha Besar..

semut said...

Alhamdulillah...
Biarlah ibarat padi..jangan seperti lalang...... teruskan perjuangan kita..moga diberkati olehNya...jadikan semua ini satu iktibar dlm hidup kita...

Kelopak Salak said...

Ceritanya mudah saja. Lepas ni, bukan setakat YB diPerka, malahan semua YB BN di seluruh negara. Jadikan kisah ini sebagai suatu pengajaran.

Muhasabah diri. Ada hikmahnya disebalik sesuatu kejadian itu. Bila dah dapat kuasa balik, jangan lupa diri seperti yang berlaku sebelum ini. Ini tidak, bila sudah ada pangkat dan darjat, mula lupa diri. Semua orang tahu, tumbangnya BN dalam PRU baru-baru ini bukannya pembangkang itu kuat, tetapi kelemahan dari dalam diri kita sendiri. Lupa, alpa, lalai dan sebagainya.

Lepas ni, buat semua YB BN kena kerja lebih kuat lagi. Pak Lah kata tu betui. Kerja dengan saya, bukan kerja untuk saya. Maknanya, kita semua perlu bersama. Bukan main arah itu ini. Ini negara kita. Kalau semua dok gaduh,dok berebut, sapa nak jaga?

Tingkatkan keimanan dan tawaduk. Kalau boleh biarlah ini yang pertama dan ini yang terakhir. Betul, pembangkang perlu ada dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Suara mereka juga suara keramat. Jangan menidakkan keupayaan mereka.

Jadi, buat BN Perak dan UMNO khususnya, syabas dan tahniah. Tingkatkan mutu perkhidmatan anda. Jangan dok kira perut sendiri saja.

Fadzrul Hisyam said...

Alhamdulillah...

Tanah tempat lahirku telah dikuasai oleh pemerintah yang sepatutnya.

Aku cumalah seorang pelajar yang mungkin masih mentah apabila berdiskusi tentang hal-hal politik ini.

Namun, kementahan aku ini juga tahu akan bezanya nilai pemerintahan yang ditunjukkan oleh BN vs Pakatan.

Aku tak lihat pakatan mampu memerintah dengan adil dan saksama. Yang aku nampak hanyalah ketamakan kuasa yang menggabungkan musuh lama yang bersatu semata-mata mahukan kuasa dari BN.

Namun, apa yang aku harapkan adalah agar parti-parti dalam BN agar perbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan. Terutamanya UMNO... janganlah bersikap kerana mahukan kuasa, sanggup mengalirkan wang untuk kuasa. Bila dah berkuasa, lupa tujuan kuasa yang ada untuk itu untuk apa.

Walaubagaimanapun, biarlah nanah yang ada dikembalikan kepada luka. Luka itu nanti disembuhkan agar elok semula walau parutnya tetap tertinggal.

Allahu Akbar!
Hidup Melayu! Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup Malaysia!

Wassalam...

Demang Lebar Daun said...

Betul GAP. Tugas kita sekarang ialah bersama-sama membina negara. Terima kasih kerana memberitahu maklumat yang tepat dan mengingatkan diri yang mudah alpa.

Panglima Perang Cyber said...

Salam GAP.

Ibarat:

kita dalam BPN ibarat selonggok kayu yang membakar baki menerangi hutan yang tebal demi keselamatan dan keselesaan insan.

Orang akan merasa nyaman dengan bahang dari nyalaan kita dan kita akan menjadi arang.

Arang yang hanya menjadi wasilah dari Tuhan kepada hambaNYA..

terima kasih GAP atas semangat membara dan saya hanya mampu katakan GAP memang ROCKKKKKK...

hehe...tq dan ini BPN milik kita semua dan hak kita bersama.

Tq..salam

GAP KEMBALI said...

alhamdulillah

usaha berterusan membawa kejayaan...hmmm..dengar kata lepas kat selangor pulak ...tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Belacak said...

Salam. Pagi yang ceria!. Negeri Perak telah mendapat rohnya kembali. Perak telah bebas dari pemerintahan suku-sakat Chin Peng yang bersembunyi di bawah kopiah PAS!

Ya ALLAH, selamatlah Negeri Perak Darul Ridzuan!

odieneology said...

alhamdulillah kalau selangor pun tukar pemimpin. tp aku tak nak MB yg dulu. kita buat pilihan baru lak. semoga perjuangan BPN berterusan hingga ke titisan darah yg terakhir.

syabas perak!!!

Kumbang said...

Salam bro,

Semoga kita terus Istiqamah dalam perjuangan

Hancur..hancur Israel.
Hidup BPN !!!!

Amz CamPro said...

alhamdulillah..Allah nak tunjukkan siapa benar..klu betul pula ape yg dikatakan pihak PR yg korupsi mnjadi punca kejatuhan mereka diperak,kebenaran akan menjelma jua..

Teruskan Perjuangan BPN!
AmzCampro ahli setia BPN.

Pemuda Melayu said...

alhamdullilah GAP moga selamat melayu Perak..

Anonymous said...

Ini kah cara UMNO mentadbir negara--mengambil orang orang yang korup dan yang telah ditangkap khalwat.Umno sudah desperado selepas kalah teruk di Kuala Terenganu. Kalau Najib Altantuya seorang yang jantan, bubarkan dewan negeri dan mengadakan snap election--baru tahu apa kedudukan Umno yang korup itu. Tak apa kita tunggu PRU13.

basic 2009 said...

bodoh punya Anonymous ...

itulah cara PAS+PKR+DAP ...
apa UMNO buat semuanya tak betul !!!

korup lah, khalwat lah, desperado lah, jantan lah, ...

pirahluuuuuuu .....
porahhhhhhh ....

macamlah awak tu semuanya betul !!!
bila dah perintah - serupa saja - malah lagi teruk !!!
semuanya kau sapu ...

akhbar Harakah tu menyalak tiap2 minggu - itu salah, ini salah ... lepas tu kau sendiri yang gadai Melayu, gadai Islam ...

PAS+PKR+DAP = bodoh + bangang !!!

gotahlantun said...

SALAM,


PERJUANGAN YANG BELUM LAGI SELESAI.....
AYUH BPN, BANGUN DAN TERUS BERLARI UNTUK MENGHADAPI PERJUANGAN.

gotahlantun said...

buat anon,

den stuju diadakan pilihanraya kecil umum,biar rakyat yang tentukan.
dan bila bn ternyata menang, jangan ada sebab dan tapi lagi..ok.

kerisku said...

http://1.bp.blogspot.com/_-wlmJBF--6E/SYrBHoMSNsI/AAAAAAAAAFw/R35CIeVinv4/s320/BNPRK.jpg

Apache said...

Alhamdulillah, akhirnya yang benar tetap akan diberi kemenangan oleh Allah swt...benarlah saranan GAP bahawa kita harus tawadukk dalam perjuangan kerana jalan yang benar itu sentiasa diuji dengan ujian yang berat.. Insyaallah kita akan berjaya...

GAP KEMBALI said...

alhamdulillah..

diharap umno perak dibawah mb barunya ( dr zamri)serta barisan pimpinan bermuhasabah diri dan bermohon banyak2 petunjuk dari ALLAH swt..

jangan leka dan lalai..ini adalah amanah.

kiranya mampu jadilah seperti umar al katab,abu bakar as sidiq,umar abd aziz serta junjungan utama nabi saw.

betapa mereka yang mulia ini benar2 hebat menjaga rakyat..

ORANG KG said...

TAHNIAH BN...TAPI JANGAN LUPA TUGAS YANG BAKAL MENATI,SILA TUNJUKAN YANG KITA LEBIH BAIK DARIPADA PEMBANGKANG...MAJUKAN EKONOMI DIDALAM KEGAWATAN INI.

TIMA KASIH

abe MIE 'TERJAH' said...

kalau melayu hina sultan kenapa cina dan india tidak boleh hina..

http://pkrpasdap.blogspot.com

bERANIKAN hATI said...

SALAM SEMUA SAHABAT BPN,
ALHAMDULILAH BN KUASAI SEMULA PERAK. MUDAH-MUDAHAN PEMIMPINNYA AKAN BERKHIDMAT DENGAN JUJUR DAN AMANAH UNTUK KELANGSUNGAN ...

Anonymous said...

Tahniah Dato’ Seri IR Nizar!..
Assalammualaikum,,
Aku bangga DS IR Nizar selaku Adun tempat aku telah menunjukkan sikap anak jantan.. gentleman.. jangan letak jawatan.. Kita orang PAS kena berani…. bukan macam mana UMNO nak memerintah guna cara bacul..tak ada telok.. guna polis.. guna SPR.. gunalah seberapa banyak apa yang hangpa nak guna..
Dato’ Seri.. Tunjukkan kan Semangat anak Jantan Dato agar dapat dicontohi oleh golongan muda yang akan mewarisi pimpinan PAS..
Wahai Pak Lah, Wahai Najib.. Wahai Hamid Albar.. Wahai Musa Hasan.. Hangpa bernasib baik kerana pimpinan PAS tidak mengarahkan ahli-ahlinya buat demontrasi.. hangpa patut mau ucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS.. kalau tidak malaysia akan menjadi macam Thailand.. rakyat membangun memberontak..demontarsi..
Tahniah Dato Seri IR Nizar.. sekurang-kurangnya Dato Seri telah memperomosi negara Malaysia di mata dunia.. Ya telah mencipta rekod dunia ” world record” seorang bekas ketua hakim negara yang merlanggar undang-undang.. Biar Amerika tahu.. biar Barack Obama tahu.. yang Malaysia telah mencipta rekord ada seorang Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri yang mengambil alih negeri dengan cara pertolongan SPR.. dengan pertolongan Polis.. dengan pertolongan Sultan.. bukan dengan cara demokraksi.. biar dunia luar tahu Malaysia telah menghumban demokraksi rakyat ke kandang babi…

Daripada blog Manjung Mari (rentap revolusi.com)

UMNO JOHOR said...

Semoga pemimpin BN tak terlalu gembira atau terlebih cakap dengan apa yang kita dapat. Biarlah Pakatan Rakyat je yang tak konsisten dengan kenyataan diorang.

Anonymous said...

Gembira bila Perak kembali ke tangan BN.

Tapi yang sedihnya tak ada calon lain ke untuk jadi MB Perak selain kroni Khairy.

Memang UMNO tak pernah belajar dari kesilapan...

kunang-kunang said...

Perjuangan kita baru sahaja bermula.

www.permatangpauh2u.com

Kelopak Salak said...

Buat Anon-anon yang membangkang titah Sultan, syabas. Andalah watak Jebat moden. Untuk kesekian lamanya baru dinobatkan sebagi hero. Itu pun dikira hero jahat. Macam Robin Hood. Tolong orang miskin, tapi merompak.

Nak mengadu kat Obama? Pi lah, repot kat depa, CIA, Yahudi. Gadailah maruah negeri dan bangsa. Biar satu dunia tahu. Perlu ke nak kecoh-kecoh? Kalau orang BN lompat masuk kat hangpa, tak apa. Demokrasi. Bijak. Tapi, bila PR lompat BN, semua tak kena. Sultan pun tak kena. Ingat Sultan ni macam hangpa ka? Baginda dulu hakim. Tahulah baginda mengenai perundangan. Siapa hangpa yang nak pertikai baginda.

Dah tu ucap terima kasih kat PAS pasai tak buat demonstrasi. Inikah yang diajar dalam Islam. Terpekik terlolong macam bukan insan. Orang yang sifatnya suka marah-marah selalunya dipengaruhi syaitan. Elok sangat la tu. Buat perangai macam jahiliah tu. Pi tanya la manusia yang normal, apa rasionalnya berdemonstrasi? Buang masa dan tenaga saja. Bukankah lebih baik jika kita manafaatkan kebebasan dan kedamaian yang sedia ada. Kita ada anak kecil yang nak ke sekolah, mungkin rakan atau saudara yang berniaga. Kalau terjadinya kekecohan, sapa yang rugi?

Nak buat pilihanraya boleh. Tapi ada terfikir ke tentang banyak kos yang nak dikeluarkan. Ye la, puak PR bukan nak keluar duit. Depa tau nak perabis saja. Dalam keadaan ekonomi hari ni, lebih baik duit yang diperuntukan untuk pilihanraya tu digunakan untuk benda yang lebih utama. Kalaulah PR menang lagi, MB Perak, Ngeh akan seronok lagi la. Buka la mata, buka la minda. Apa yang PR dah buat selama ni. Silap-silap tanah yang sekangkang cucu kera ni pun habis dilego.

Fikirkan dan renungkan.

Haji A. Ali, HS said...

Betul ke rakyat yang pilih ??? Wahai orang BN dan UMNO ?

BN takut lawan 1 to 1 dengan PR. Mereka takut akan dimalukan oleh PR. So mereka ambil perasuah dan anjing( Adun Bebas) untuk menyokong mereka. Tetapi mereka perlu ingat bahawa bila-bila masa sahaja 3 Adun Bebas itu insaf dan ingin kembali semula kepada PR maka selepas itu SULTAN ZALIM itu akan mendapat malu yang besar.

UMNO menjanjikan bahawa 2 perasuah terbabit akan terlepas daripada hukuman macam Abdul Razak Baginda dapat lepas daripada kes bunuh !!!\

UMNO / BN takkan kekal lama jika mereka bermain cara kotor macam ini.

UMNO / BN telah merestui lompat parti, so jika ada lepas ini YB ADUN/ PARLIMEN dari BN yang lompat parti maka janganlah nak mengamuk pulak k. Nak buat akta la dan dll.

PR bukannya nak melawan SULTAN tetapi mereka cuma mahu RAKYAT yang pilih pimpinan mana yang mereka mahukan. Itu Sahaja !!! Kalau PR kalah sekalipun mereka kalah sebagai PEJUANG bukannya BACUL macam UMNO/ BN...

LAWAN TETAP LAWAN.. !!!

Melayu memang takkan hilang tetapi yang hilang nilai2 ISLAMNYA.. Ingat Itu ...Jangan pandai nak guna AGAMA sebagai meraih simpati...

Islam itu ialah Quran Dan Sunnah ...

anakmelayu said...

kandang babi mana??yang PKR bina kat Selangor tu ka??

tak perlu bicara soal jantan kalau diri sendiri pun bacul..

GOMO said...

WA GERAM BRO..
WA TENGAH PANAS NI BRO...

WA DITIPU...
WA KENA KENCING...

NIZAR MENGAMOK PADA BANG NUAR NYA...
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/kau-tipu-aku-anwar.html

bujarman said...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya..inilah dinamakan takdir Allah swt..aku sedih melihat penyokong PAS dan PKR dok protes depan Istana Perak..dan aku tak lihat sekor pun puak Cina yang pertahankan PR padahal dalam kerajaan PR ada 18 ADUN bukan Melayu...kerana apa puak-puak ini tidak turun protes,kerana bagi mereka meningkatkan ekonomi keluarga lebih penting daripada turun di jalanan....terimalah dengan hati yang terbuka wahai penyokong PR..jika Allah disisi anda semua,suatu hari kemenangan yang lebih besar bakal mengiringi anda semua...cuba anda semua fikirkan kenapa Allah swt tidak memenangkan gerakan Islam di Malaysia sejak merdeka lagi...semua ketentuan adalah milik Allah ..Dia yang menentukan apa yang bakal dan telah berlaku. muhasabah lah pemimpin2 PAS,apakah yang membuatkan Allah menangguhkan Daulah Islamiyyah di bumi Malaysia...adakah kerana mereka bersekongkol dengan puak yang berniat jahat menghancurkan Islam dengan lebih dahsyat lagi di Malaysia,sedangkan kita melihat sekaarang keruntuhan moral orang Islam Melayu amat teruk sekarang..aku yakin komen aku ini akan dikutuk dan penyokong2 PR akan mengatakan aku penjilat BN.. Ya AllahYa Rabbul Alamin..Bukakanlah pintu hati umat 2 Islam di malaysia tidak kira penyokong BN atau PR agar tidak tergolong di dalam golongan yang sentiasa kerugian..Amiin..

Anonymous said...

Saya tahu DYMM Sultan Perak itu bekas ketua hakim dan sangat arif dalam perundangan negara. Tetapi realitinya, seorang MB hanya boleh disuruh letak jawatan setelah kalah di DUN dengan diadakan undi tidak percaya terhadap beliau. Parti yang memperolehi majoriti sokongan di DUN boleh hadap sultan untuk mendapat persetujuan untuk menubuh kerajaan negeri. Tapi ini tidak, terus bawa mereka yang melompat jumpa sultan dan terus bentuk kerajaan--apa jenis modal demokrasi ini.