satu hari yang meletihkan. apa pun pertemuan ini cukup berbaloi kerana habis semua 'rahsia' dan cerita bangkangan pkr terhadap pas negeri perak sudah terlondeh. gap terima panggilan dari seorang sahabat lama dari perak yang kebetulan berada di KL. rakan gap ini datang ke KL bersama seorang lagi sahabat, yang memperkenalkan dirinya orang kuat mustapa kamil ayob atau lebih dikenali dengan gelaran muskam. orang kuat pemuda pkr perak la katakan.
kami bertemu di mount kiara, tempat pertemuan anwar dengan chua soi lek. namun pertemuan ini di alih lokasi bagi mengelak syak dan berpindahlah kami ke the curve. tempat yang padat dengan karenah manusia pelbagai ragam. gap datang dengan memakai t-shirt black 14, bagi memberi 'hint' kepada mereka aku ini memang 'pro' pada anwar ...weeekkkk. apakan daya, kita menuruti bidalan budaya bangsa, masuk kandang kambing mengembek...
sidang dewan kami memang panas. habis semua kata cerca dihambur pada nizar dan pas. dialog pertama 'orang' kuat muskam taklain melainkan kiranya 'ada peluang' PR memerintah semula perak, maka yang layak menjadi menteri besarnya tidak lain mustapa kamil ayob. aku tanya apa hujah kamu yang mengatakan muskam lebih layak dpd nizar, senang cerita jawapannya mudah. si bangang nizar telah 'mohon derhaka' pada sultan azlan, takkan sultan azlan nak ambil balik manusia derhaka mentadbir negeri ni ! hhhhmmm..memang perangai aku suka menuang minyak kedalam api , aku bagi lagi soalan bakar !
'tapi bro at least mb perak ni melayu dan islam.bg lah peluang pada dia perintah' aku lepaskan soalan provok. ..pantas orang kuat pkr perak ini menangkis soalan aku. 'gang, manusia apa jenisnya nizar nih'..rokok gudang garam di sedut laju. 'mana boleh seorang mb melayu jalankan tugas secara jujur bila kelilingnya orang DAP bro'.. member ni menambah 'aku bagi kau satu contoh sial la si nizar ni buat '..aku menunggu penuh sabar penjelasan mamat ni, kali ini puntong roko gudang garam sudah ditenyeh kat astray. ' bro kau bayangkan si nizar ni jual tanah-tanah kat cina through undian angkat tangan bro !'
'woo' aku tersentak. 'biar betul lu brader ?'..soal aku mahukan kepastian. 'kau nak tau tak masa last mesyuarat exco si jamal adun behrang tu sudah HENTAK MEJA banyak kuat !'...'kau nak tau pasal apa, ni si nizar ni gadai tanah kat perak melalui undian tangan, contoh macamni. ada tanah kat tapah nak diberi pada kg baru cina,mesyuarat exco lulus melalui undi tangan. so macamana exco melayu nak lawan kalau semua undian tu dap cina setuju dan ada majoriti'..' sinizar bahalol ni pulak asyik dok kata OK OK OK je kat ngeh !' ....aku geleng kepala je dengar cerita budak pkr perak ni, member aku lagi sorang senyap dan pada pandangan aku dia sudah tau perkara ni lebih awal.
lagi satu perkara yang menyakitkan hati si jamal, apabila hampir selama 11 bulan mesyuarat exco nih bila melibatkan keputusan penting, mesyuarat akan dijalankan dalam bahasa cina. 'apa kejadahnya si jamal ni nak tau, nizar asyik dok angguk je la bila ngeh bercakap, macam sial la nizar'..dengus pimpinan pkr perak ni.
dari sini bermula cerita asal jamal dan osman 'melompat'. dek kerana kecewa yang teramat tinggi terhadap perangai hodoh nizar, mereka ke kuala lumpur. beberapa hari mereka ini cuba dihubungi oleh pakatan perak, namun tidak jua berhasil hinggalah si jamal 'on' kan semula telefon bimbit nya. 'hallo jamal, u dimana' sergah ngeh kurang ajar. jamal yang angin dengan sikap biadap si ngeh ni pun buat cerita 'oi bahalol aku kat pahang' ! TUUTTTT..hp butang merah ditekan kuat, marahnya jamal bukan main. ' kurang ajar punya exco' bisik hatinya...
sambung member pkr tu lagi. 'bro bila si jamal mainkan ngeh kata dia kat pahang,ngeh dah gelabah, dia ingat jamal dan osman dah LOMPAT' kata mamat ni. lalu orang kuat pakatan perak ismail yusof menghubungi ustaz zulkifli ibrahim bertanyakan tentang 'surat akuan meletak jawatan' yang telah siap sedia dikarang sehari selepas perak tumbang. ' ya sheikh, saya ada di luar,hang pi rumah bgtau isteri ana minta dia keluarkan surat tu.surat tu ada kat bawah tilam' kata ustaz zul kepada mail.
asalnya jamal dan osman sekadar mahu menggertak keseluruhan exco perak supaya lebih profesional dalam menangani isu islam,melayu,tanah,balak,pembahagian kerusi ahli majlis. dek kerana gelabah dan kebodohan pas/dap perak menangani isu mereka, ruang menunjukkan 'KUASA PEMUTUS' sudah terbuka luas.
selama 11 bulan mereka bersikap autotarian, kini masa menemukan buku dengan ruas ! bertemulah jamal/osman dengan hamidah,hamzah zainudin dan dr zamri yang merupakan pemimpin terakhir mereka mereka ketemu untuk 'mengikat tali'. ezam dan sd johari sahabat lama jamal tersenyum gembira melihatkan sirih sudah mahu pulang ke gagangnya. umpama kabar gembira pahlawan kembali ke gelanggangnya, nasarudin dan timbalan speker pun turut serta.
apa yang berlaku kita sudah ketahui. nizar mengidap penyakit meroyan britney spears, kemaruk kuasa dan kereta. 'aku masih mb, aku masih mb' ronta jiwa hatinya. ngeh dan ngah kini diburu kebimbangan. saudagar-saudagar balak mahu balik wang ehem ehem mereka ! parti pas memandang anwar bin ibrahim adalah perosak segala-galanya. di hati kecil mereka sudah semakin memahami bidalan ' kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepian pantai'...
nizar kabarnya sudah tidak dapat diterima oleh pimpinan pkr perak. pas semakin berpecah kerana nizar dan anwar. fraksi dalam pas semakin jelas menimbulkan wajah hodoh di permukaan. wahabi,syiah,erdogan,anti ulamak,kumpulan ulamak,pro muzakarah,abim pas,jim pas sudah mula bermesyuarat sakan untuk menguasai tahta dalam pemilihan bulan jun nanti. nik aziz hmmmm...semakin nyanyok dan menyesatkan,kalau dulu dia lebih takutkan karpal daripada tuhan berkenaan isu hudud, kini ayat ALLAH menjadi percaturan gila ulamak sesat. pkr perak akan merobek rampas kerusi parlimen P059 walau apa yang terjadi. ..........
habis sidang perbualan kami, dari tadi member pkr perak dok memerhatikan baju t 'black 14' yang aku pakai. 'bro macamana selangor' tanya dia padaku. ok je selamba aku jawap. 'aku cuba dapatkan beberapa dokumen yang nizar bawak lari masa perak tumbang hari tu, kalau ada aku bgtau kau ya'... hahaha hati aku gelak sakan melihatkan pakatan yang semakin tidak keruan.
52 comments:
GAP,
Mulia nya Hj Selembuzar, ok ok ok..
ex MB ok ok ok , ni kategori lembu daging rupanya,ingat lembu susu,bukan setakat di lapah geng DAP,siap kena barbeque dlm MMK rupanya..
akhir kata.
ok ok ok
patut la tanah melayu senang sangat tergadai..
Seronok tgk penyokong PR, dok bela Siva,Ngeh dll. Pada hal sebelah mata pun depa tak pandang.
megat
ok ok ok
syammil
nizar kaki lelong
taipingmali
bro, pas kena nasi kangkang ngeh ? sedap tak..cuba tanya nizar pasti dia jawap..ok ok ok
yang jual tanah melayu kat cina dek UMNO tak cakap pulak ek??? bodoh!!!!
Si Nizar ni memang dari dulu lagi tengok muka dia semacam aje. Harap2 orang Bukit Gantang tak termakan hasutan dia dan kita seru semua Melayu tunjukkan jalan keluar kepada DAP dan pengkhianat Melayu di Bukit gantang. Insyallah
Salam
Tongaklangit
GAP,
puak demer mesyuarat bawah pokok jer...komer bleh bersidang di the curve lagi....huhu JUNGLE LAW!!!
errr sapa jadi tarzan? sapa jadi chitah?
Salam bro...
Aku dah agak dah hehe...
Ini kerja diorang, patutla semangat buat sidang bawah pokok haha
Ada yang off record tak ?
Nanti boleh sembang...
Begini Rupanya Wajah DAP Perak
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya. Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu. Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan.
Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
GERAKAN ALA PENYANGAK
SALAM BRO GAP
KES NIZAR TONGONG NI BOLEH DI IBARATKAN "LEMBU PUNYA SUSU..SAPI DPT NAMA".."LEMBU KENA CUCUK HIDUNG"..APA PUNYA LA BANGANG SI NIZAR MATI2 BOLEH KENA TIPU NGAN SI APEK 2 EKO TU???..DIA TU MB BIDANG TERJUN AJE SB NAK JAGA PROTOKOL ISTANA MAKA DAP SIANG2 DH CUCUK IDUNG DIA DULU!..BILA DH JADI MB BKN MAKIN BAGUS..MAKIN BETERABOR!!..DH JD BAHAN KETAWA BANGSA LAIN PULAK!..BETUL LA SI NIZAR NIH NAK JADI BODOH TAK BERTEMPAT!!
kah...kah...ka...kah...kah......
leez
kamu marah nizar tu bodoh sangat ke ? nanti aku bahalol kan dia.. ok ok ok
tongkatlangit
melayu sudah sedar permainan pas !
amieida
labu bangun : oooooo ooooo ooooo alamak macam orang bang pulak ! macamtu lah gamaknya nizar panggil sidang dun. semua binatang datang kecuali babi hutan..
pe kehei nye yop weeiii..malu la sikit ! bersidang bawah pokok. kalau pokok kena tebang maka bersidanglah kamu dalam jamban. yapp right, itu tahap yg sesuai untuk kamu nizar !
kumbang
kita tanik bawah pokok nak..hahahaha
jefry
kasi henjut lagi..kifli dah masuk. apa lagi BALUUN !!!
yeah~ yang salah tetap individu.
name yang naik hanya BEBERAPA.
aku x salahkan PKR dan penyokong yang ade akal.
tapi pemimpin yang bodoh dan penyokong yang babi buta.
at least jamal/osman ade akal untuk bertindak lebih baik.
pendededahan yang menarik.
percubaan yang berani.
=)
Gap, depa tak syakkah hang nak dedah semua ni kat blog? Eh aku rasa nama Gap ni bukan hang sorang pakai ni kan? Ni aku tau tu. Taktik ni kacang.
Bagus bagus. Ok ok ok ok. Teruskan dedah dan bogelkan.
acam ni laa gap,kau suroh amno ni kalu berani, ada telo,bubar jee dun perak tuu, amacam gap?tak payah kata selembuzar tu barua cina.
aku malas nak layan Kifli tu,
komen cut n paste jer..pi la tgk komen dia di posting GAP sebelum ni..sama..
tgk di sini dan jawapan aku pun di sini
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=8967104577391350146&postID=7446089305037749980
semua tu aku dah jawap..memang tahap kategori bingai IQ lembu mcm boss dia jugak,
apa apa pun lembu2 dipersila kan ke
http://www.pi5au.blogspot.com/
GAP,
mintak izin nak guna fakta2 dlm artikel ni.
Sebenarnya si kifli bcopy dari blog lain..dia ni dah tak ada hujah nak balas balik..tau copy and paste je..korang pergi link yg aku bagi ni..:)
perakini.blogspot.com/2009/02/dap-semakin-faham-islam-setelah-bersama.html
kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2078
misabah.blogspot.com/2009/02/dap-semakin-faham-islam-setelah-bersama.html
husainibrahim.com/?p=548
gigitankerengga.blogspot.com
ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/03/begini-rupanya-wajah-dap-perak.html
Salam Bro GAP
saya kini di Taiping dan akan buat tinjauan di sekitar Parlimen Bkt Gantang, nanti kita syer info berkaitan keadaan politik di Bkt Gantang, lebih2 lagi Parlimen rimba membuat mesyuarat di bawah pokok hari ini.
salam
Tongaklangit
Cerita nie semakin menarik dan panas.Gua tak sabar nak tunggu cerita baru yang lebih hangit dan tengit.
Terjah lagi...
Korek lagi...
Londehkan lagi kepincangan mereka.Biar mereka telan air liur kahak mereka sendiri.
Siap lu Pakatan Rakus.
Tak pulak kena berak dek burung gagak ye..masa diorg buat pekara haram kat bawah pokok tu yer...
Lagi best kalau kena panah petir...PERGHHHH.....
sadis...sadis...
KIAMAT POLITIK UNTUK PAKATAN SUDAH BERMULA ?
7 sebab kenapa kita tidak patut menyokong pakatan rakyat..
dari pandangan mohd azrie ishak..
1
dia orang jual melayu..
hak keistimewaan melayu..
2
diaorang derhaka kepada raja..
diaorang maki raja..
sultan aku pun kena..
siot ja..
jangan sesekali menghina sultan kedah..
Sultan Abdul Halim Muazam Syah..
sultan yang kita dok aminkan dalam solat jumaat..
sultan paling kanan dalam majlis raja raja..
daulat tuanku..
3
dia orang mengkafirkan sesama islam..
diaorang agama apa?..
kita pun islam jugak..
4
membenarkan prekataan kalimah 'ALLAH' dalam bible..
apa cer?..
melayu adalah islam..
yang riddah kita perangi..
bukan kasi tambah..
sesuka ja..
5
menghalal kan yang haram..
mengharamkan yang halal..
ini dah lama dah..
dari zaman Dr. M lagi..
6
suka tabur fitnah..
tuduh datuk najib bunuh altantuya..
yeye je..
tah tah orang lain yang bunuh..
photoshop aku pun buleh..
tapi yang cikai cikai la..
sekali tengok dah tau..
7
bersekongkol dengan kafir yang anti islam..
DAP sah sah anti islam..
PAS dok kata UMNO sekongkol dengan MCA, MIC tuh haram..
tapi..
MCA, MIC tak pernah kata pun xsuka agama islam..
xpernah nak tukaq nama jalan yang dalam bahasa jawi..
itulah dari pandangan aku..
7 saja..
sebab apa 7?..
sebab 7 ni no cantik..
yang suka xsuka pepecahan umat melayu islam..
mohd azrie ishak
p/s..
sori r kalau terpost 2x atau lebih..
geram..
hehe..
internet..
nak majukan GLC..
GLC network lak naik turun..
Sudah-sudah la Encik Kifli oi, daripada asyik dok cut and paste artikel tu, baik pi surau. Tolong sapu sampah ke, buang taik cicak ke, itu lagi bermanfaat dari dok bela kerajaan 'halal' tu.
Politik ni tak ke mana.
GAP,
truskan pembongkaran..
walaupun juak2 PR xcaya biarkan..
ati diorg da itam..
xlame lg saiful bukhari lak yg akan dedahkan sape anwar yg sebenar..
sya baru nak berjinak2 dlm bidang blog ni..
arap bg tunjuk ajar..
HAPUSKAN PR!!!!
amenolaa melucut kekebalan sultan -sultan.ameno laa menderhaka pada sultan kelantan dgn menabalkan tengku ibrahim petra.ameno laa kata sultan trganu sekarang ni NATANG....GAP yg budiman ,tolong siarkan...
SI KIFLI TU SAMA BONGOK MCM TUAN LEMBU DIA..KLU TAKAT NK CUT N PASTE JE BEK X PAYAH MAIN BLOG..JD GOBLOK LAGI BAEK!..OTAK LEMAU MCM SO'ON ADE HATI NK KUTUK2 PULAK!..OII DOL!!..BAEK KO PEGI BASOH TONG NAJIS ANWAR LA BODO!..SEKURANG2NYA DIA BOLEH BG KO SEHENJUT DUA..DPT GAK KO MERASA PUKULAN BLAKANG DIA HAHAHAHAHA..JGN MARA LA BRADER!! SB MMG KO LAYAK DPT HABUAN DR TUAN SONGSANG KO SBG AHLI GO'BLOG'
SALAM JAHANAM DR AKU UTK KO KIFLI @ GO'BLOG'...HAHAHAHA
Terima kasih GAP atas maklumat yang diberi. Cuma...saya teringatkan satu hadis nabi yang lebih kurang membawa erti supaya kita menyiasat dahulu kesahihan apa jugak berita2 yang kita dengar...takut2 ia adalah fitnah, dan kalau ternyata fitnah akibatnya adalah amat berat sekali...saya bukan penyokong mana2 pihak (namun saya awal2 lagi say no to PKR), cuma seorang rakyat marhaen yang mengharapkan yang terbaik dari kalangan pimpinan. Saya amat berharap agar tuan GAP dapat menyiasat kesahihan berita ini...dan kepada para pemberi komen, saya pohon agar kita dapat menjaga tutur kata dan perilaku masing-masing...kata-kata nista dan maki hanya menjauhkan audien yang tidak sama pendirian dengan kita. Tambah2 lagi, saya yakin kebnyakan pemberi komen adalah orang-orang Melayu jua...tak perlulah kita mengeluarkan kata-kata kesat yang hanya menjadi simbol betapa tidak matangnya kita...sebaliknya jika kita lebih berbudi bahasa, saya yakin, yang jauh tu, dapat kita dekat-dekatkan
Salam..
Elok la kalau Nga & Ngeh belajar bab-bab agama Islam..
Bila nga + ngeh dah pandai.. seeloknya :
1. Ajar Nizar bagaimana menerima TAKDIR dari Allah yang PAS boneka di Perak telah tumbang.
2. Jangan berbohong iaitu, jika kita sudah berjanji mahu menubuhkan kerajaan Berkebajikan..maka jangan sekali-kali membazir wang untuk membeli kereta Camry. Jika YB yang betul2 Mukmin.. maka akan di belinya kereta dengan wang sendiri.
3. Ajar Nizar bab-bab Qada dan Qadar (rujuk no 1) dan juga bab REDHA
4. Dalam Islam, kita diharamkan untuk menyalahkan orang lain atau menunding jari kepada orang lain jika kita GAGAL atau Tak Mampu untuk menjalankan tugas.. Kaji balik kemampuan kita..layak ke kita menjadi Khalifah atau pemerintah.
5. Nga juga patut Tegur DAP Pulau Pinang yang gagal dalam menghapuskan kemiskinan tegar di sana (DAP janji 1 tahun aje). Apa yang di kesalkan.. kegagalan mereka sendiri tetapi kegagalan itu di tunding atau di letakkan kepada orang lain. Umar Abdul Aziz (dalam buku berjudul " Antara Dua Umar")menggunakan pendekatan sendiri untuk tidak mahu melihat rakyatnya kebulur. dan bukan menyalahkan orang lain.
6. Nga juga sepatutnya memberitahu rakyat Perak yang mereka tidak rugi apa-apa walaupun dibawah pemerintahan baru.
Bab-bab orang kafir yang belajar Islam ini amat baik dan bagus..
Tapi Yahudi banyak ambil dan belajar dari Al-Quraan untuk menjatuh dan menjahanamkan Islam. Isu negara Yahudi di Palestin adalah kerana Yahudi berjaya melaga-lagakan raja2 Arab (Islam)dan akhirnya tertubuhlah negara Yahudi di Palestin.
Salam GAP. Pendedahan yang sangat eksklusif.
Teman tak dapat nak tolong GAP banyak tapi teman rajin round Bukit Gantang (sementara ada masa ni)dan ada ambil gambar poster2 yang pembangkang naikkan.
Sila layari blog teman di:
untuk melihat gambar2 terkini sekitar Bukit Gantang.
salam,
Gap hari tu aku ada dengar dari sorang ni yang tengah duduk duduk kat area sungai buluh..dia cakap tiba tiba si nizar n da gang datang minta nak duduk kat situ..so dia bagi n ubah tempat..lepaih tu dia dengaq..depa dok bincang kata..macam mana pun kita kena buat kacau jugak..bagi huru hara sikit..
kalau betul la.. huru hara tu maksudnya bersidang bawah pokok la tuh.. hahaha...
si fauzi muda tu buat hal lagi.tak habis2 dengan 50 juta dia..
bro gap..dah jadi cam gerakan anti dap la blog ni.haha
bani hakim n shahrulhafiz
teruskan perjuangan. belasah anwar sampai habis
Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz
Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.
YB Datuk
YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.
Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .
Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.
Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.
Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....
Inilah Komen yang saya maksudkan.
Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.
“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah
Daripada Pemuda kecewa
Jeffry,
apsal muka dah mcm bongok kaler purple elok la sokong umno, statement kau ni tak membina langsung, asyik kutuk orang bute tuli je, kerja graphic artist tapi touch up gambar mcm buda keja pam minyak je, haha, bodohla kau ni,
GAP,
kalau kau yakin sangat UMNO ni betul, tunjuk la bukti nizar buat tak betul, main tuduh je, ni nak bubarkan DUN pun zambree mamak dah kecut telo hahe,
GAP yang gagap
bagus cerita ini ..cerita bro sama dgn sy baca dan dgar mengenai masalah osman dan jamal di ketika menjadi exco ..meeting dlm bahasa cina ,hentak meja ,isu tanah ini yg menjadi sebeb utama jamal dan osman ini keluar dr pakatan
nizar mmg boneka DAP ..segala apa DAP ckp dia ikut ..
tanah melayu tergadai kerana nizar dan nasib baik BN amik balik ..
allah telah selamatkan Perak ..
buat apa nak buat pilihanraya negeri. bazir duit je. ni yg pr sibuk nak kerajaan perak tu buat apa. nak bela rakyat. ghentikanlah yob. it's all about the money heh heh heh...
saudara gap?minta semua para blogger BN,kalau ada telo,suruh MBbeend yang baru bubar saja dun perak...
Makin dicari keburukan PR makin UMNO menjadi takut.
Makin dicerca makin bertambah sokongan kepada PR.
Sebenarnya UMNO takut pada bayang2 sendiri,
ini tak mustahil mereka akan menggunakan apa cara sekalipun untuk memenangi PRK nanti, maka berjaga2lah penyokong2 PR.
Jaga2 tu bermaksud kita jangan tiru cara mereka yang kurang AKHLAK dalam menangani masalah.
kalau kita tiru mereka maka tak ada perbezaan kita dgn mereka...fikir2kan.
Ingatlah pada ALLAH.
Buat sesuatu hanya kerana ALLAH.
Niat kerana ALLAH.
Kalau kita sanggup melenting, melaung2 kerana Isu2 penggunaan nama ALLAH oleh golongan lain, maka yang lebih penting lagi adalah bagaimana keyakinan kita pada ALLAH?, kenalkah kita pada ALLAH? taatkah kita pada ALLAH?, adakah semua ujian2 (Politik) yang datang membuat kita makin berharap dan mengadu pada ALLAH untuk menyelesaikanya?
Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.
Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.
Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.
Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com
Nabi ada bersabda... "Seseorang itu mengikut Ugama kawannya"... lebih kurang begitulah....
aku harap PAS paham-pahamkanlah ayat nie...
sebab skang nie Niz Aziz dah kuar banyak fatwa yg mengelirukan...
jgnlah Tok guru sesat dan menyesatkan...
Salam GAP,
tahniah kepada pendedahan ini...terperanjat jugak kawan terhadap apa yang berlaku...
kepada Kifli dan anonymous (yang takder tut...)janganlah sempitkan diri dengan perjuangan politik PR, terimalah kenyataan yang (.....) itu musuh Islam....
apalah salahnya Sultan melantik kerajaan baru dengan undang-undang yang sedia ada...
kifli & rakan-rakan tengok apa yang Speaker giler,mabuk korang...yang menurut kepada kehendak DAP yang memuncak...
apa pun GAP pendedahan yang menarik
YB Ajak
Kalau dibubar dewan sekali pun,pasti PR akan banyak kehilangan kerusi!
Mungkin GAP dan kawan2 boleh tinjau pandangan/sokongan orang Perak.
saya harap semua melayu mesti sedar sekarang melayu bermusuh musuhan dengan melayu sendiri.kaum lain tertawakan kita dalam hati mereka.biarkan melayu berpecah belah.lagi syoknya satu persoalan dari pihak DAP Tentang Isu Aparteid dan Allah.Itu pun melayu ada yang mempertahankannya dan ada yang membantah.apa semuanya ni ,kita melayu mesti mempertahankan isu ini tak kira PAS ker PKR dan UMNO mesti bersatu hati.Saya nak nampak yang UMNO saja yang bantah semuanya ni.mana PKR dan PAS come on lah?
megat,syammil.taipingmali,leez,kalau ada telo,kalau ada telo.,kalau mengatakan umno dapat 100% sekongan rakyat perak ,suruh jee MB kudeta bubarkan dun,kalau ada telo.....
anonym yg takde telo:
kalo betol lu ade telo, letak la nama lu kat sini.. setakat letak nama anonym je, anak lembu pun boleh(kalo dia pandai menaip la..)
tak abes2 bubarkan DUN perak.. ape ko ni terkena kenan BUBAR ke?? tu la... jadi penderhaka lagi.. kan dah kene kenan..
anon..kalau ada telor..guna la id blog bila nak komen..tu pn kalau ada telor la..xpayah cakap pasal bubar dun la kalau nk komen pun main tembak curi..syukur la yg melayu islam gak yg perintah bkn xMB ok ok ok dan N brsaudara..
lu syammil,wa tengok lu punya blog hampeh,muka lu tak dak nur langsung,BN MEMANG HAMPEH,KALAU CAKAP DERHAKA PADA AS-sultan ni,lu memang jahil macam mike tyson(lu punya menteri)memang bodo tentang kesutanan melayu di malaysia ni.SIAPA YANG MEMULAKAN DERHAKA KAT SULTAN NI.?LU PUNYA PEMIMPINbn jugak kan...sebagai contoh,..ikelantan,diselangor,tregganu,perak,
hero tamil sivakumar memperkudakan nizar.buat malu je.poyo je nizar ni...hampeh.penyokong pr plak sokong buta aje..
Orang Melayu-Islam di Perak jangan terus biarkan diri hanyut, dinodai dan diperkosa oleh perosak bangsa seperti Nizar. Memang jelas Nizar ini diperbodohkan oleh si Nga. Bagi orang Taiping, cuba pi ke Plaza Taiping, esok (13 Mac) ada majlis perasmian yang akan dilakukan oleh dua orang Nizar dan Ngeh. Mana ada dalam sejarah perasmian majlis ada dua orang perasmi. Itu menunjukkan Nizar tu hanya boneka Ngeh. Kenapa tak ajak Siva sama? Tengoklah backdrop majlis perasmian tersebut, hanya guna bahasa Inggeris dan Bahasa Tiongkok, yes, Bahasa Tiongkok. Mana pergi Bahasa Melayu Nizar ooi? Sampai ke tahap tu kedunguan kamu, dek gila kuasa kau buta budaya dan asal usul dan sanggup diperkuda oleh apek ngok Nga. Orang Perak sedar lah, kamu buat pilihan yang salah semasa PR12. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan. Orang Melayu PAS dan PKR, buka lah mata. Janganlah menang sorak kampung tergadai.
leez..
itulah dia mentaliti org2 pembangkang suka ckp BAHASA KASAR, bkn sahaja manusia tak suka dgr, ALLAH pun tak suka...
tp nik aziz ckp ALLAH pun mencarut... ni semua da tak 'SIHAT'...
Penyakit dah parah.
Post a Comment