Monday, June 1, 2009

PROTES INI MEMBIMBANGKAN PAS ?


penanti pkr menang, namun di sebalik keputusan ini menimbulkan kebimbangan. bimbang ini pastinya membelit gundah gulana dan perasaan pas.


pada pilihanraya kecil parlimen kuala trengganu, di kawasan pengundian wakaf mempelam wahid endut telah tumpas di kebanyakan peti undi kawasan melayu yang selama ini dimenanginya. selama beberapa penggal, peti undi di wakaf mempelam memberikan majoriti undi 200-400 undi kepada beliau, namun selepas pasca mac 2008, selepas aib yang disajikan oleh anwar dan nizar di perak, wahid tumpas kepada umno di kawasan melayu.
bukit gantang juga memberikan satu signal yang sama. tatkala 90% undi cina dimenangi oleh nizar bintang 3, seramai 5 ribu pengundi melayu beralih arah menyokong umno.

hari ini, penanti mengulangi protes undi melayu kepada pembangkang. mansor othman hilang 1,200 undi melayu.

signal ini merupakan peluang kepada umno. signal ini merupakan bencana kepada pas.

3 insiden protes yang berterusan ini akan membawa malapetaka cukup besar terutamanya kepada pas.

pas telah dipalitkan tahi secara indirectly nya oleh anwar, sayang pas tidak menyedarinya.

pada pru ke 13 nanti, secara teoritikalnya pas akan berdepan satu lawan satu dengan umno di kawasan majoriti melayu. pkr akan menguasai kawasan campuran manakala seat yang 70% adalah cina/india akan di wakili oleh dap.

bangsa melayu sudah menarik hand brake. bukti di kuala trengganu,bukit gantang dan penanti sudah memberikan indikasi akan penolakan secara konsisten melayu kepada pkr dan pas. ikon kebenciannya adalah anwar,nizar,husam,khalid samad dll. luka parah satu tahun kebiadapan pkr/pas menyiat hati melayu tidak mungkin boleh sembuh.

ruang diskusi bersama calon timbalan presiden pas juga menyatakan kebimbangan yang sama. dia risau akan penolakan maha hebat melayu kepada pas. ditanya mengapa tidak risau penolakan melayu kepada pkr, dia menjawap anwar sudah memasang perangkap kepada pas awal-awal lagi.

yang agak mengejutkan bicara, apabila calon timb presiden pas ini sendiri mengakui anwar secara halus merancang untuk mengurangkan dominasi pas di kerusi parlimen/dun pada pru ke 13 ! caranya, mencipta kebencian pengundi melayu kepada pas.

dalam mengakhiri perbualan,dia memberitahu anwar sedang membungkus parti pas dengan cukup kemas.aku sekadar diam namun di hati melonjak kegembiraan. pas sebenarnya sedang dalam proses dikapankan oleh anwar !

5 comments:

pak malau said...

Pada kah Min.Sabar !Tidak semistinya Kalah itu,kita akan kalah seterusnya.Sekurang2nya Rakyat dah mula sedar siapa Dato'"masihkah kau ingat"

YB_ajak said...

GAP,

walaupun keptusan agak mengecewakan...tetapi kena terima hakikat yang memang calon Bebas harapan memang tipis...

Harapan kawan semoga Kak Min tabah dengan keputusan...suka tak suka beliau kena terima inilah nama Politik...

Syabas Kak Min walaupun tewas atas kertas tetapi Kak Min menang secara peribadi dengan si anuwar dan kuncu2nya...

PAS apa nak dibimbangkan...dia memang suka diperkudakan....bila agaknya nak berubah...

GAP...gambar Datok PKR kalau ada lagi keluarkan dan dedahkan jer...kami bersamamu....

YB Ajak

kelambuharimau said...

PAS nak berkuasa kena pakat dengan DAP & PKR.tapi sekarang DAP & PKR dah tak berapa dengar suara PAS> sedarlah orang PAS, bahawasanya parti ini telah diperkudakan oleh anuar dan cina kafir.Syabas juga kepada pengokong PAS kerana tolak UMNO ( orang melayu) dan bersekongkol dengan DAP (orang kafir)
dihalalkan.

Anonymous said...

Praya 2004, Pengarah JPN PAS P Pinang Tn Hj Roslan yang mempunyai pandangan politik yang jauh bersama PAS Kaw P Pauh dan Dewan Pemuda PAS Negeri telah melancarkan "Perang" dengan kepimpinan PKR negeri - Mansor,Mustafa,Malek kerana PKR yang Tamakkan jumlah kerusi DUN majoriti melayu di P Pinang, akibatnya Penanti jatuh kepada Datok Jalil dan Wan Azizah menang tipis di P Pauh...dan Pesuruhjaya PAS P Pinang waktu itu YB Hamdan,terpaksa meletak jawatan.
Sayang....pemimpin PAS P Pinang selepas Hj Roslan semuanya 'penjilat' Anwar al juburi (rujuk ceramah Mat Sabu awal tahun 2000)akibatnya, PAS Pinang menjadi 'Kuda Tunggangan' PKR. Ahli PAS lebih bijak berpolitik.Dianggarkan 1000 orang ahli PAS yang tidak keluar mengundi dalam praya kecil Penanti,mengakibatkan Mansor mendapat kurang 1294 undi. Tetapi pimimpin PAS...dari Nik Aziz, Hj Hadi, Mat Sabu, Mahfuz dll datang ceramah dengan penuh bersemangat membantu Mansur. Patutlah PAS semakin kelam-kabut, pemimpinnya 'mabuk' kerana banyak sangat jadi 'penjilat' Anwar.Mereka lupa Anwar sedang menyiapkan kain kapan bagi menyambut kematian PAS dalam PRU13 nanti bila orang melayu kembali ke UMNO dan bukan melayu juga kembali ke BN kerana 'teori Pendulum" dan ekonomi yang semakin baik. PAS waktu itu, "buang tangga,hayun kaki".Baru nak kembali sebut Perjuangan Islam?...dah terlambat.Ahli sendiri pun sudah tidak percaya pada pemimpin mereka lagi.Dan Anwar Al Juburi, bertepuk tangan gelak besar bersama Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Sigh.....ha..ha..Selamat Jalan Pada PAS, kesian...kesian. drali

own shah said...

masalahnya sekarang ini , banyak orang melayu lebih percaya maklumat yang diterima dari ceramah pr .Lagipun strategi pr amat baik dalm memenangi hati pengundi walaupun bnyk keburukan pr telah didedahkan . justeru itu , pihak BPN perlu menambahkan lagi alternatif dlm menyerang pr. insyaalah pihak yang benar akan menang jua ...