Monday, September 14, 2009

WAHAI BANGSAKU , BANTULAH NENEK KAMSIAH !

apa yang kami mampu lakukan ? sekadar menulis merintih merayu untuk sesiapa yang mampu membantu keluarga kamsiah, seorang nenek yang menjaga 10 orang cucu. hentikan buat sementara politiking, umno pas pkr melayu pergilah bantu nenek kamsiah.

mana logika kiranya bantuan RM400 JKM bisa mengenyangkan perut 11 umat melayu ! JKM tolonglah rasional sedikit, jangan terlalu ikut buku dan aturan zaman tok kadok. zaman berubah,kos hidup berubah dan bulanan RM400 tiada mampu memberikan selesa pada mereka.

aku yakin keluarga daif ini ada juga kedapatan di seluruh negara.kes ini satu, pada hari ini. YA ALLAH KAU BERIKANLAH RAHMAT IHSAN PEROBAHAN HIDUP YANG LEBIH BAIK DI DUNIA DAN AKHIRAT KEPADA KELUARGA INI DAN KELUARGA YANG SEUMPAMA DENGANNYA.YA ALLAH KAU BERIKANLAH RAHMAT KEPADA MEREKA YANG SUDI MENOLONG MEREKA.. amin..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

13 comments:

Jeffry said...

SLM BRO...AKU CADANGKAN KITA ADAKAN TABUNG BANTUAN UTK GOLONGAN DAIF YG MEMERLUKAN..BUTIR2 KEMUDIAN BLH DI BINCANGKAN. NI CUMA CADANGAN AKU JE. KLU ADE IDEA LAIN DI ALU2KAN

Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Memang sakit hati bila memikirkan birokrasi jabatan/agensi kjaan. Org2 JKM turunlah padang sesekali tengok nasib rakyat,pasal korang dah ditugaskan dibahagian itu, takkan PM pulak nak buat kerja korang.

Ada juga bila minta bantuan zakat,baitulmal, dan JKM byk betul cekadaknya, ada juga yg dibentak.Ada yg lemah semangat terus menikus balik. Dalam pejabat goyang kaki baca majalah pun ada.

Aduhai....adakah ini satu cara nak sabotaj dasar dan perlaksanaan kjaan BN.

Hashim said...

52 memerintah masih ada golongan daif macam ni ....

peduli apa orang orang macam ni.... lantak dia lah makan ke kebulur ke ada rumah tak de atap ada rumah tak ada dinding ke
biaq pi....
janji kocek aku dan kroni penuh

"BN /UMNO /MCA / MIC 1957 - 2009"

Anonymous said...

Dah byk blog aku tgk siarkan berita ni, setakat siar saje buat apa? Usahakanlah cari alamat rumah atau akaun bank utk membantu, barulah ada nilai tambah pada berita ni... amacam?

ejarll said...

aku setuju dgn Pemuda UMNO Bhgian Tapah...

birokrasi telalu bnyak dlm jbtan kerajaan...walaupn aku kakitangan kerajaan tp ade kwn2 aku dr jbtn lain yg berperangai cm 2...

nnti yang d persalahkan adalah KERAJAAN BARISAN NASIONAL...

PIMPINAN TERTINGGI kerajaan telah memberi idea dan peruntukan, maka kakitangan/pelaksanan hanya tggl melaksankan kan sahaja...

tapi yg malangnya ada segelintir mereka ini yg 'BANYAK SOAL', 'BANYAK HAL', 'BANYAK CEKADAK' sehingga org2 tua, dan org yg xphm ini akan menikus seperti mencari "MAKANAN d TONG SAMPAH"...

hal ini bkn sahaja terjadi d JKM, malah d pelbagai jbtn lain...

tp sapa yg akan d persalahkan???

KERAJAAN BN jugak!!!!!!

padahal ada juga mereka ini dari kalangan ANTI KERAJAAN TEGAR...

jd fikirkan lah...

maka BERUBAHLAH WAHAI PENJAWAT AWAM...REZEKI YG KAMU CR DGN MEMAKAN GAJI INI ADALAH UTK ANAK BINI D RUMAH...

"CUSTOMER" kite hanya mahukan perkhidmatan yg sepatutnya dr kite.mereka tdk meminta selebihnya...

Anonymous said...

Tak kan JKM jerk patut di salah kan??? Jabatan lain mana???? PLB??? Majlis Ugama??? Felcra??? Risda?? Yayasan negeri??? ORANG UMNO pon kene lah turun padang sama.... jangan lah guna duit JKM bagi bantuan kat orang susah tapi guna atas nama ORANG UMNO yang beri....

Anonymous said...

Tak kan JKM jerk patut di salah kan??? Jabatan lain mana???? PLB??? Majlis Ugama??? Felcra??? Risda?? Yayasan negeri??? ORANG UMNO pon kene lah turun padang sama.... jangan lah guna duit JKM bagi bantuan kat orang susah tapi guna atas nama ORANG UMNO yang beri....

Anonymous said...

aku cadangkan supaya kerajaan memberi bantuan mengikut ramai anak atau ahli yg ditanggung.lebih ramai org lebih banyak duit bantuan patut dihulurkan kpd keluarga tersebut.. mcm kat saudi atau uae tak silap aku..kalau banyak anak lagi banyak kerajaan dia orang beri bantuan..kalau kerajaan buat mcm ni, memang rakyat akan terus sayangkan dan memberi undi kepada kerajaan..

ejarll said...

Anonymous Anonymous said...

Tak kan JKM jerk patut di salah kan??? Jabatan lain mana???? PLB??? Majlis Ugama??? Felcra??? Risda?? Yayasan negeri??? ORANG UMNO pon kene lah turun padang sama.... jangan lah guna duit JKM bagi bantuan kat orang susah tapi guna atas nama ORANG UMNO yang beri....

September 15, 2009 12:29 PM

AS'KUM BRO,

MARE NAMPAX...

KES SEBEGINI BKN SAHAJA D BUAT OLEH ORG UMNO BRO...

D SELANGOR APE CITE...

KALU DA PERINTAH SAMA JEK...

DI KEDAH?

DI KELANTAN?

DI PENANG?

SAMA JEK BRO...

mrcharm said...

Bro!. Saya setuju sgt dgn nukilan anda. Sudah tiba masanya JKM buat lar pembaharuan demi pembaharuan, jika xmau juga buat pembaharuan, KP nya lepaskan kerusi empuk tu, kau boleh beraya sana sini tp orang yang kau patut jaga terumbang-ambing. Tak terkedu ker kita bila dipagi raya, kita sedap-sedap makan juadah yg hebat-hebat TETAPI disatu sudut ada kelompok manusia yg menangis bertakbir & bertahmid yg perutnya hanya beralaskan nasi berlaukkan kicap dan ikan masin.

Dimana kah perginya Zakat yg dikumpul, kenapakah masih terlepas pandang? Saya mengesyorkan diadakan satu data base disetiap negeri bagi mengenalpasti golongan sedemikian.

Ingatlah mereka juga perlu hidup dan mengecapi kemakmuran negara. Wahai PETRONAS yang asyik mengut hasil bumi ALLAH ini, pandang-pandanglah juga kelompok manusia semacam ini, agar pendapatan ANDA lebih barakah.

Apapun KAMI, KESATUAN ANAK ANAK MUDA ISLAM PERAK (KAMI) akan cuba juga menyalurkan bantuan di atas DANA persatuan yang kami ada. Insya Allah.

Wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum,

saye sgt tersentuh mendengar kisah warga emas ini.. dan saya bersetuju dgn para pendapat anda semua bahwa JKM patut mengubah sistem pembayaran wang bantuan mengikut jumlah tanggungan.. adalah tidak adil sekiranya seseorang yg terpaksa menyara 10 org cucu diberikan bantuan dgn jumlah yg sama seperti org yg menyara 5 org cucu.. sangat2 tidak adil..

diharap pihak media dpt mencari alamat & account no nenek ini utk memudahkan urusan penyaluran bantuan..

saye harap, badan2 NGO dpt memberikan satu memorandum kpd YAB PM Najib & Menteri yg menjaga JKM supaya peraturan agihan & jumlah bantuan dinilai semula mengikut kadar yg sesuai..

diharap pihak baitulmal, pengurusan wang zakat, JAKIM, majlis agama negeri, MP & ADUN semua kawasan dpt melaksanakan tugas yg telah diamanahkan.. sesungguhnya kemiskinan membawa kepada kehinaan.. maka, adalah lebih afdhal didahulukan bantuan kpd golongan fakir miskin sebelum membantu org lain..

sekian..


-chotz-
pemuda umno KL

Anonymous said...

kes bgni bukan salah sesiapa,cuma masyarakat semua trlmpau sibuk,juga rasa hormat dgn tidak cmpur pribadi org,2006 saya beraya d kmpung mertua,d sg siput (U),sewktu brkelah d dusun,trnmpk saya 1 pompuan dgn 4 budak,rasa seram sbb tmpt tu dlm hutan,smpai d rumah bru saya brtnye,samada mertua nmpk ke apa yg saya tgk d hutan,jwp nye pompuan tu d tnggal suami,tanpa rumah, dan nafkah
mereka idup dgn kutip buah dan pucuk2 hutan,anak2 nya x pernah sek,walau yg sulung brusia 11 tahun,
menyirap darah melayu saya,rasa nk jerit sekuat ati,tp sebagai guru pompuan menitis air mata saya.
atas jasa fmly mertua pompuan tu d pujuk dtg brjmpa saya,dan brjanji utk membantu nye.
d KL saya menghubungi wakil rakyat MCA kampung itu,tapi tak d layan,hati saya mendidih,saya hubungi biro pengaduan awam umno d KL,saya ceritakan semua.
hasil nye dlm 1 minggu umno KL mengarah kan bahagian sana menyediakan tapak utk
d buat rumah bg fmly daif itu.ha...
mula la masing2 cari salah siapa smpai kes tu terlepas ke meja umno pusat. ALHAMDULILLAH.. kini mereka dpt segala bantuan.saya pula sekarang ni di umno lembah pantai,bahagian Bukit Bakong.jawatan saya kecik je..tp semangat saya besar warisan dari dato maharajalela.

Anonymous said...

aku tak heran dgn cara kerja staff di JKM ni...ada satu keluarga rakyat MALAYSIA yg permohonannya ditolak sekali gus tak dapat bantuan dari JKM atas alasan kat rumah rakyat tu masak pakai tong gas.bingai punya JKM!!!!