Thursday, November 26, 2009

MCA SEORANG SAHABAT SEJATI

ini cerita pendek. mudahnya dianggap sebagai sejarah lama zaman persekolahan aku. dulu aku bersekolah menengah tinggi klang. dari awal pendidikan hinggalah ke form 5, aku sudah biasa bergaul dengan budak india,cina dan benggali..

memang pada zaman itu, sekolah tinggi klang dianggap sekolah lelaki paling popular sebaris dengan sekolah ACS dan lasalle..

kau sebut dari segi mana pun, ini 3 kelompok sekolah pasti bersaing sesama sendiri. samada dalam bentuk pancaragam,bola,hoki dll semuanya berlegar pada persaingan sesama sendiri.

konsep 1malaysia sememangnya sudah lama kami adaptasi..nakal memang nakal. ada kala kalau begaduh dengan budak sekolah lain, maka 1malaysia yang melibatkan melayu,cina dan india dari sekolah aku akan bergabung..haha.

gaduh ni bukannya apa..saja nak tunjuk hero. dalam kelompok gaduh yang kaki bertumbuk hanya 3-4 orang je. yang lain cuma merakyatkan program tersebut..

itu kenangan..maaf cakap la . dalam bab kutuk mengutuk ada masa identiti bangsa digelar melalui nickname popular. si butuh untuk melayu,lancau untuk cina dan pundek untuk india..kamu jangan terlalu sensitif akan panggilan ini..kerana panggilan inilah yang sebenarnya memesrakan perhubungan rakan sekelas aku..

hari ini sudah lebih 20 tahun kami berpisah..semalam aku terjumpa dengan seorang rakan sekelas aku. dia panggil aku, aku toleh dan nampak muka dia..rupanya tan teck leong..aku pun panggil dia lancau dan dia pun panggil aku butuh ! berborak sakan hampir sejam.. dia kata aku gemuk, aku kata kat dia lu punya rambut macam dulu jugak la bro, tegak macam kena karen..

aku punyai pengalaman manis dengan dia.. waktu sekolah dulu dia ni kaki supply video tape blue. sewa seminggu rm10 ..aku tukang cari penyewa. kalau gang-gang sekolah aku tak datang sekolah tu maknanya dia senyap-senyap tengok cite tu la..

itu pengalaman lama. waktu tengah naik meningkat remaja. apa pun dia banyak tolong aku masa belajar...

cerita bab tolong, aku teringat akan zaman reformasi 1998. melayu pada waktu itu hampir 80% menongkah arus.. ds najib pada piliihanraya 1999 hanya menang dengan undi majoriti 40-50 sahaja.. kerajaan BN pada waktu itu masih menang kerana mca dan mic menang solid ...

mca juga pernah membantu umno sewaktu krisis 1987.. ya memang adakala mca dilihat cuba untuk menekan umno pada saat sukar..tetapi dalam mainan politik itu perkara biasa..

hari ini mca sakit. mca seorang sahabat sejati untuk umno.. maka seharusnya umno sebagai sahabat menolong secara bersungguh untuk menyelesaikan masalah mca..bantulah selagi boleh untuk dipulihkan semula 'kesihatan' mca..

aku yakin mca akan pulih kembali hasil bantuan sahabat sejatinya umno. lepas ok bolehlah pegi minum-minum sambil bincang nak hadapi election. macam aku dengan tan teck leong, minum kat ah seng pekena air '5macam'.. !

banyak kupasan menarik mengenai krisis mca ada dikupas oleh rakan bloger kita, goh wei liang disini http://manifestogwl.blogspot.com/

7 comments:

parangpanjang said...

Assalamualaikum...

Dalam banyak-banyak kenangan yang GAP coretkan, 1 yang paling mengusik kenangan.

"AH SENG AIR 5 MACAM"

Dari tapak teksi stand sampaila tingkat 4 Plaza MPK. Bukan Tingkat 4 pejabat perdana menteri ye.

Aku Darah Anak Melayu said...

lame woo tak minum kat ah seng..
dah menetap di pulau pinang sekarang ni..

by the way..bro ni budak acs ni.. =p

GAP KEMBALI said...

parangpanjang
haha.ah seng macam tu jugaklah..pakai seluar katok dengan baju pagoda.

adam
acs ? haha kita kawan

Goh Wei Liang said...

Bro, MCA akan kekal bersama UMNO dalam Barisan Nasional. Beberapa bulan lepas, Datuk Seri Kong Cho Ha selaku VP MCA berkata

"MCA will sink or swim with UMNO"

Ini diterbit dalam akhbar The Star juga.

Itulah semangat setiakawan dan semangat sahabat sejati. Saya tahu, memang ada di kalangan ahli MCA yang entah gila apa benci UMNO.

Saya sedang berusaha cuba mengingatkan ahli ahli MCA dan rakan rakan komponen BN yang lain yang kami semua rakan UMNO dan UMNO rakan kita !

Itulah semangat BARISAN NASIONAL.

GAP KEMBALI said...

bro GWL

itulah semangat kita ! jom kita lanyak pakatan !

TakerRules95 said...

MCA = Mahu Cari Ampau

Dr.Sid said...

suka aku bc kisah kau ni gap. tergelak2. teringat zaman sekolah dulu juga. hehe