Tuesday, March 9, 2010

'SKANDAL IRAN CONTRA' ANTARA UMNO PAS ?


kamu nak tahu apa bendanya 'skandal iran contra' ? ianya setaraf dengan skandal yang pernah menggoncangkan amarika, seperti skandal watergate,skandal aiskrim monica lewinski/bill clinton dll.

skandal iran contra adalah cerita luar biasa. pembaca harus memahaminya dari pelbagai sudut yang berbeza lalu digabungkan menjadi satu ceritera.

iran dan iraq pernah berperang sekitar awal 1980 dan diakhiri pada penghujung abad yang sama. iran pada waktu itu dibelakangnya adalah soviet union manakala iraq yang dipimpin oleh saddam di tunjangi oleh amarika (ronald reagen).

ini cerita adalah siri kelangsungan cold war atau perang dingin, perang yang akhirnya menobatkan amarika sebagai kuasa tunggal dunia selepas kejatuhan mikhael gorbachev (soviet union)..amarikan menjadi kuasa unipolar iaitu kuasa tunggal hinggalah ke hari ini.

skandal iran contra juga punyai kelangsungan siri-siri permusuhan sunah syiah. namun disebalik segala permainan politik di permukaan, rupa-rupanya amarika itu berwajah dua.

mereka secara sulit membekalkan senjata kepada iran atas alasan mahu kumpulan moderate di iran membebaskan 6 tebusan warga amarika yang ditahan oleh hezbollah di syria.

manakala di pihak iran, mereka memberikan minyak dan wang sebagai aturan sistem barter di bawah meja. wang yang amarika perolehi ini akhirnya digunakan oleh mereka untuk membiayai pula puak penentang anti sandinista dan militan anti komunis yang dikenali sebagai contras di nicaragua..

nampak jelas gambaran mainan tangan berselirat ini ?

hari ini sudah kita akui bahawa umno dan pas tiada mungkin nampak akan bersatu dari segi perjuangan politikalnya... konfidenkah kamu ? yakin kah kamu dengan teori ini ?

dari permukaan politik sudah amat jelas sekali. peluru berpandu balistik politik dilancarkan berselang seli ,tanpa mengira pagi petang siang dan malam.

aku mendedahkan skandal iran contra ala-ala politik malaysia ini kerana hidung politik aku sejak dua menjak ini sudah mencium bau-bau yang agak pelik.adakala harum baunya umpama kasturi di sorga,adakala hapak hingga bisa menyenakkan dua lobang hidungku yang ensem..

sebelum ini 3 dokumen tentang wali selipar telah aku dedahkan. aku nostalgiakan semula tajuk utamanya..pertama dokumen kek wali selipar,kedua projek pembangunan ladang karas seluar 10ribu ekar antara pmbk dan grandviews holding sdn bhd dan akhir sekali festival kelantan fest yang perbelanjaannya menelan jutaan ringgit..

3 dokumen ini langsung tak diendahkan oleh sprm kelantan..cukup pelik..

lagi bertambah pelik bilamana kali ini aku dedahkan sekali lagi rangkuman dokumen ke empat..projek usahasama bagi kondominium kelantan milineum park di jalan stonor kuala lumpur.

rakan usahasama pmbk dalam projek ini adalah prisinptek corporation berhad.

lokasi projek adalah di lot 265, berkeluasan 0.33 ekar di jalan stonor kuala lumpur. tanah ini adalah atas nama wali selipar yang menyepikan diri di hospital sekarang ini.

di atas tanah ini tersergamnya rumah rasmi kediaman menteri besar kelantan iaitu tok garu si wali selipar. sekiranya wali selipar datang atau cabut lari ke kuala lumpur dia akan lepak dan tidor-tidoran di sini.

cadangan projek di atas tanah ini adalah membina kondominium mewah 18 tingkat.RM 1,200 kaki persegi..

laporan bernama pada 24 januari 2010 juga ada mengeluarkan kenyataan ketua umno bahagian kota baharu dato fatmi bahawa rumah kelantan telah dijual kepada seorang 'bisnesman' dan sedikit hasil daripada penjualan tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran negeri kelantan.

ya,seperti kamu ketahui ini negeri serambi fitnahi pimpinan si wali sebenarnya bisa bangkrapsi gara-gara kontroversi kontrak balak .dato fatmi menampakkan dirinya seolah-olah menyerang tapi sayang peluru kapur mana bisa membuatkan mangsa mati. kenapa fatmi tak menyebut siapa 'bisnesman' itu ?

nampak macam jelas tetapi sebenarnya ia belum mencecah tahap crystal clear,belum ke tahap laksana air yang membiru di pantai indah redang bisa menampakkan koral dan ikan nemo nya..

kenapa dato fatmi tak bagitahu siapa dia 'bisnesman' yang dimaksudkan ? kenapa kickdefella hanya berlegar kepada salahlaku arifahmi dan wali selipar sahaja ?

nah...tiba jawapan yang rakyat tunggu. kan aku dedah dan londeh satu persatu, biar rakyat tahu siapa wali siapa hantu.

arakiannya selama ini kita, ya kita..aku dan engkau berbicara mengenai pertembungan dan pendedahan siapa sebenarnya pas..tiba-tiba aku tersentak dengan penglibatan seorang pemimpin umno berstatus ahli parlimen yang aktif bersenyum-senyuman dan berkenyit mata dengan pas ?

apakah 'si dia' tidak tahu betapa jijiknya pas melacorkan maruah agama dan bangsa hingga dia bisa mengenepikan persoalan maslahan umat dan sanggup 'berkerjasama' secara iran kontra dengan pas dan seluruh angkatan keluarga wali selipar ?

kita di bawah begitu rakus melanyak pas, namun nunnnnn di sana dia secara senyap menandatangani perjanjian luar biasa berbaiah bisnes dengan almenantu dan wali selipar.

prinsiptek corporation berhad ini latar belakangnya.
founder (MD) dato; foo chu jong
chairman tan sri dato seri mohamad noor abdul rahim
pengarah-pengarah
foo chu pak,datuk nur jazlan tan sri mohamed,foo chew sam,toh puan ser hajjah nur rahmah bt hj mohd zain...

mohon datuk nur jazlan yang dikasihi dan disayangi dapat memberikan penjelasan..dato jazlan cayunk to garu ke ?

harap maklum pemimpin-pemimpin umno yang secara direct dan indirect bekerjasama dengan mana-mana pemimpin pakatan akan aku dedahkan dokumennya satu persatu ? apa satu persatu ? maknanya ada banyak lah gap ?...... gap kata syyyyy....tunggu.

13 comments:

Anonymous said...

tepat jam 3!!!

tamingsari said...

Salam Gap,

Agama suku politik suku. Pas suku bisnes suku. Depan maki hamun belakang salam 'ang pow'. Dunia Nik Aziz dunia hipokrit. Orang Umno sibuk buat duit,orang Pas sibuk cari duit. Yg jadi mangsa rakyat harta rakyat negeri Kelantan. Nik Aziz dan keluarga punya angkara.

Kerjasama dalam politik tak boleh. Sama-sama kerjakan harta boleh. Inilah kebijaksanaan pemimpin Pas dan kesetiaan berniaga pemimpin Umno. Tapi sebalik fikir, bisnes is bisnes.

YANG GAMBI said...

Salam GAP, syabas dan tahniah dengan pendedahan tuan..... kawan rasa malu dan teruja dengan pengkhiantan orang2 UMNO yg berkepentingan ini..... kita berhabisan mempertahankan mereka, sehingga dilebelkan bermacam-macam kejian, tetapi golongan pengkhianat ini hidup memementingkan harta dunia.... jahanamlah golongan pengkhianat ini...

Anonymous said...

Maaf GAP out of topik

Assalamualaikum
muslimin dan muslimat sekelian dijemput hadir kemajlis ceramah agama sempena maulidur Rasul S.A.W di jalan H taman melawati {Laman Pengatin, bawah air terjun bukit mas)anjuran biro agama UMNO bahagian Gombak
Penceramah : utz Nor Gadut dari Johor,
masa selepas solat Maghrib
marilah bersama2 meramaikan majlis ilmu semoga kita diberkati allah.

t.q GAP Pak Ya

Anonymous said...

4 kes sudah bongkar pun masih buat dekkkkk jerrrr.... Apa cer nie????
Kata nak jerung. Nie jerung dah depan mata. GAP, agaknya ko kena pegi jumpa sendiri pengarah SPRM tu kot? Bawa sume fail2 @ doc2 yang ko ada.... Kelantan punya tak bleh harap. Takut tak dapat tiket ka syorga la tu....

melayulupalagi said...

SPRM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

jangan ada double standart......

siasat dengsn seadilnya....

Fuck-iez said...

haha.a...mmg tepat jam 3.

Anonymous said...

GAP,

Kan SPRM dah kata, kalau ada apa-apa maklumat buat aduan senyap-senyap kepada mereka.

Dan SPRM kata lagi, kalau dihebohkan dulu nanti siasatan untuk cari bukti lebih kukuh dah cair. Sebab semua bukti-bukti berkaitan akan dimusnahkan atau diubah untuk mengelak dari dijadikan bahan bukti dakwaan.

Fikir-fikir lah.

TQ n keep going.

zamsalam said...

..1Malaysia akhirnya 1Dunia..

..itulah moto Freemason..

..teori parti politik Malaysia UMNO PKR PAS DAP berkonspirasi ada kebenarannya..

..kita rakyat jangan emosi melihat gelagat mereka..

..ibarat menonton perlawanan bola sepak, rakyat adalah penonton yang bekerja untuk membayar gaji para pemain...!

..kalau suka tengok, puas hati la bayar tiket..

..apa yang penonton nak tengok itulah persembahan yang bakal dirancang..

..agresif, muslihat, marah, sakit, menipu, serangan, pertahanan dan aksi luarbiasa.. barulah penonton nak datang lagi tengok..!

..kisah politik mana2 pun hampir sama saja aksinya..

..kalau politik tak "panas" rakyat pun malas nak bekerja, tak ada hiburan... ok saja semua..

..teruskan pendedahan GAP...!

..nanti mana2 pemain yang kantoi, kita sebagai rakyat tukar saja dengan pemain baru..

..lebih rancak, lebih segar..!

..biar mereka corak warna politik Malaysia..

..rakyat jangan emosi!

..apa nak hairan, politik juga sumber cari makan diorang..!

zamsalam.sabah.

p/s - ada juga YB yang benar2 wakil kepada rakyat, tapi diorang ni bukan pemain kesebelasan utama..

Anonymous said...

Cuba link kan ISU ini kat blog si YB Nur Jazlan... apa komen dia..

KENA BUAT NIE...

Din.

Syamsul said...

Assalamualaikum GAP,

Tahniah di atas perjuangan anda. Saya ingin memberi komen mengenai SPRM. Jikalau tidak salah, SPRM akan mengambil tindakan jikalau ada laporan dibuat dengan mereka. Jikalau GAP ada dokumen-dokumen yang berkenaan dah sahih, moleklah GAP membuat laporan di SPRM. SPRM ni lebih kurang macam polis, ada laporan baru jalan. Kalau sahih dokumennya, terbukalah tembelang saudara kita tu.

Detguaq said...

Satu lagi liabiliti....

Berapa banyak sebenarnya????

Tentunya banyak, dan akhirnya tinggal ayam dan itik......

Anonymous said...

Doa minta hujan wali selipar yang kau kata tu dah makbul serta merta, he...he... tak lama lagi doa pecah perut pulak makbul....