Monday, April 5, 2010

PRK-P94 : NAJIB/MUHYIDIN..INI ILMU HISAB YANG MUDAH

Berikut dinukilkan beberapa perkara menarik berkaitan P.094 Hulu Selangor, untuk tatapan semua, khusus untuk pucuk pimpinan BN. Harapannya boleh membantu dalam memutuskan calon yang bakal dijadikan ayam sabung merampas kembali kerusi ini dari tangan PKR.


1. Keputusan PRU 2008:


P094 - HULU SELANGOR
Peratus keluar mengundi 75.24
Undi Rosak 1,466
Majoriti 198
1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979
2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177

N09405 - HULU BERNAM
Peratus keluar mengundi 73.69
Undi Rosak 318
Majoriti 3,549
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436

N09406 - KUALA KUBU BAHARU
Peratus keluar mengundi 73.20
Undi Rosak 549
Majoriti 448
1. WONG KOON MUN (BN) 6,555
2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107

N09407 - BATANG KALI
Peratus keluar mengundi 77.87
Undi Rosak 404
Majoriti 2,179
1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545
2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724


2. Majoriti yang diterima BN dari ketiga-tiga DUN berjumlah 6719, tetapi BN kalah 198 undi di kerusi Parlimen.(ulang baca..ini tanda protes melayu hulu selangor)


3. Terdapat 5981 pengundi memangkah BN di peringkat DUN tetapi tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.


4. Jumlah undi rosak 1,466, jauh lebih banyak daripada majoriti kemenangan PKR, 198.


5. Sejak PRU 2008, 9 PRK telah dijalankan. Tiada seorang pun calon yang kalah dalam PRU dicalonkan semula oleh BN.


6. Kemenangan PRK ini penting untuk moral BN, ketika PKR sedang porak-peranda!


tkasih bloger ustazsaid.

13 comments:

Unknown said...

very simple culculation....masih tak paham2 jugak kerrrrrrrrr....!!!!

Anonymous said...

Itulah fakta yang perlu kita lihat. Terima kasih Ustaz.

Semalam dalam penerbangan pulang ke KLIA, hati ku jadi tawar apabila membaca surat khabar Malaysia dalam penerbangan MAS. Apa, calon dari MIC akan di calonkan juga sebagai calon BN P94? Selepas apa yang ditulis dan di cakapkan dalam internet tentang kesediaan pengundi Hulu Selangor menyokong calon UMNO, rupa-rupanya semua hanya jadi sia2 belaka. Nampaknya DS Najib tidak bersedia untuk membuat satu keputusan yang berani. Keputusan yang bakal mencorak peta pilihanraya parlimen di Malaysia pada PRU 13 nanti.

Kalau dah DS Najib kata begitu, nak kata apa lagi bagi kita rakyat Hulu Selangor. Mungkin 1Malaysia lebih penting dari segala2nya!

Kesian aku melihat orang UMNO yang akan bertungkus lumus nanti. Umpama kita jadi orang munafik - lain di luar, lain di hati. Diluah mati emak, ditelan mati ayah.

Tolonglah DS Najib. Dengarlah rayuan terakhir dari kami pengundi BN di Hulu Selangor. Sila namakan calon dari UMNO di PRK P94 nanti.

Anonymous said...

persetankan dgn culculation yg dibuat oleh GAP yang tak faham bahasa politik. culculation dlm politik 2x5 tidak semestinya 10..bnyk faktor yg perlu diambil kira dalam perkiraan politik...inilah masalahnya bila org tak faham politik tapi nk berhujah bab politik...akan menyerlahkan lagi kedangkalan dan kebodohan mereka..dalam ayat yang paling mudah mereka ini JENIS TAK FAHAM BAHASA..kalau kuasa politik berada dlm tangan mereka maka dah lama negara ini akan huru hara, hancur, lintang pukang krn mereka mencampuradukkan politik dgn emosi, berhujah penuh rasa perkauman, mereka inilah yang menanam benih2 kebencian sesama kaum dan mereka jugalah yang boleh meretakkan hubungan baik dalam komponen yg disepakati sejak 1955..

bangsamalaysia

org sg choh said...

Undi rosak seribu lebih tu pun tanda protesle tu...nak undi bn tak berkenan dihati..nak pangkah pkr tak gamak dihati....

The longest mic prsiden in the history said...

PLEASE WRITE IN TAMIL. I CANNOT UNDRSTAND LA.

Anonymous said...

Ringan nk kata.. DS Najib pun nak jadi mcm Pak Lah jugak ka... TAK PEKA KEHENDAK RAKYAT!!!!!

Melayu Pasir Gudang said...

anon 11.23am,

itulah yang aku maksudkan dalam komen aku pada tajuk "PRK- P94 ulangi strategi ini".

Perjuangan kita mati di bunuh oleh pemimpin sendiri. Pemimpin UMNO dah BUTA dan PEKAK. Tahniah ustaz said dan GAP, statistik inilah yang aku nak semua rakyat malaysia terutama pemimpin UMNO baca dan fikirkan. Jangan terlalu taksub menuduh melayu hulu selangor yang 53% itu berpecah 3. sebaliknya dengan statistik yang di keluarkan oleh bloger jalanan yang kau orang pandang sampah ini harus di jadikan formula untuk menyatukan melayu hulu selangor.

GAP dan Ustazsaid aku minta izin untuk copy artikel ini kedalam blog melayupasirgudang.

Anonymous said...

Kalau MIC jugak calon nya dengan alasan mereka dah ada formula yang harus di ikuti, mana pergi nya slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Renung2kan lah wahai pemimpin....

Anonymous said...

salam,
ilmu hisab UPSR je ni!
takkan lah DS najib ngan TS muhyidin tak leh nak lulus???

harap2 permintaan pengundi hulu selangor dipenuhi!

~kwn~

tamingsari said...

Kalau ikut hati memanglah nak calon Umno wakil BN. Tapi bila pikir yg bertanding calon BN tak kira bangsa pun boleh. Serba salah.Luah mati emak,telan mati bapak,kulum mati pucuk. Sesiapa nak calon melayu jugak kena sokong PKR. Itupun kalau tak muntah tercium bau kunyit.

Aku jenis patuh pada keputusan parti.BN menang kira kemenangan Umno jugak. Ye Tak? Dikawasan majoriti melayu kalau Umno kuat letak sapapun insyalah menang.

Kalau ada sahabat meninggal dunia kita selalu ucap pada keluarga arwah 'sabar,sabar'. Agaknya,orang Perak kata gamaknya kalau tetap calon MIC,bila Samyvellu jumpa GAP dan kata 'sabar,sabar' jangan GAP tubing dia pulak!

Saya dah mula kena penyakit sabar.

Anonymous said...

Taming Sari

Kami orang UMNO sebenarnya mahu calon UMNO. Apa yang mahu kami korbankan lagi? Lebih 40 tahun beb kami dah mendukong semangat Perikatan/BN dengan tabah dan sabar.

Pembetulan, sebenarnya orang Melayu bukan terbahagi tiga tapi empat. Gulongan atas pagar adalah gulongan kuasa ke4 yang boleh menjadi "king maker" terutama penduduk2 yang bermastautin di kawasan penduduk padat baru seperti Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Taman Bunga raya, Sg. Buaya dan tak lupa Bandar Utama, Batang Kali.

Mereka2 ini tidak akan membuang masa untuk ambil pusing tentag PRK Hulu Selangor jika wakil BN masih juga dari parti lama. Saya boleh gerenti, orang Melayu atas pagar ini tak kan keluar rumah di hari pengundian nanti. Saya berpeluang bercakap dengan ramai golongan ini dan jawapan mereka semuanya hampir serupa.

Saya doakan Dato Seri Najib akan tabah dan berani membuat keputusan yang terbaik.

Saya merasa amat takut akan padah akibat tindak balas pengundi Hulu Selangor jika "status quo" masih di kekalkan.

Tepuk dada, tanya selera.

tamingsari said...

ANON 12.58.
Calon Umno paling layak dan sesuai di H.Selangor.
1.Kawasan majoriti melayu.
2.Calon MIC/BN kalah PRU12
3.Sebelum itu Palanivel tak
buat kerje dgn betul.
4.Sentimen pengundi yg berkeras
mahukan Umno.
5.Dah lama sangat Umno bersabar.

Bagaimanapun, orang atas pikir pasal kongsi kuasa. Mic pikir pasal hak bapak dia.Kita pikir pasal nak menang.

Sy yakin maklumat perisikan dari agensi kerajaan tertentu akan membantu orang atas membuat keputusan. Kita lihat siapa lebih bijak dan memahami situasi. Orang atas atau kita. Dalam keadaan apa sekalipin sy tetap bersama Umno/BN. Benci tapi rindu.

jati selangor said...

MCA,MIC sudah jadi calun tapi semua kalah kali ini tolong lah bagi kepada UMNO tak guna tanya samy vellu bukan dia nak bela rakyat pun tanya lah denyut nadi rakyat di Hulu Selangor siapa calun yg mereka hendak sebagai wakil mereka jangan ikut sedap rasa saja nanti terkakang PRU 12 walau pun PKR menang tipis tapi dengan cara PR berpolitik sangat membahyakan BN.