Tindakan itu dilakukan Teng mengikut peraturan mesyuarat 44 (2) selepas bertikam lidah dengan Abdul Shukor.
“Saya perintahkan di bawah peraturan mesyuarat 44 (2) disebabkan YB degil, saya arahkan yang berhormat keluar daripada dewan selama satu hari,” kata Teng.
Abdul Shukor ketika itu ingin mengemukakan soalan berkaitan aktiviti kecurian pasir di negeri itu, namun disekat Teng.
Ketika ditemui di luar dewan Abdul Shukor mempersoalkan keputusan speaker kerana menolak untuk membahaskan isu kecurian pasir di Selangor.
“Saya mahu membahaskan isu kecurian pasir di negeri ini kerana mendapati terlalu banyak perkara yang tidak dimaklumkan terutamanya soal keuntungan dan kerugian.
“Rakyat hendak tahu kerana Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) kata banyak keuntungan tetapi tidak dimaklumkan secara lebih terperinci. Malah Menteri Besar seolah-olah tidak konsisten, kejap cakap untung banyak itu, kejap cakap untuk banyak itu, sebenarnya mana satu keuntungannya?
“Ini merupakan satu penipuan yang dilakukan kerajaan negeri,” katanya kepada wartawan di sini.Beliau berkata usul yang ingin dikemukakan itu adalah untuk kepentingan rakyat tetapi ditolak daripada dibahaskan.”Sebelum ini saya telah menyerahkan usul untuk membahaskan perkara ini dalam dewan tetapi ditolak kemudian saya serahkan lagi usul yang sama tetapi tiada jawapan diterima.
“Adakah usul ini tidak boleh dibincangkan dalam dewan? Adakah rakyat tidak berhak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Usul yang ingin saya bahaskan ini adalah demi kepentingan rakyat negeri ini,” katanya.
7 comments:
padan muka orang selangor!
Untung kat depa..buat apa rakyat..buat bocor perahu..
Tuan,
Sekarang Selangor mereka punya, apa nak dikata. Macam Penang la, Lim Guan Eng punya. Bukan senang nak menjadi pemimpin, bila ada pemimpin yang ikhlas untuk rakyat difitnahkan pula inilah akibatnya. Tunggulah PRU13 itu pun jika nak berubah. Sekarang boleh bandinglah BN bagus ke PR bagus. Apakah projek untuk rakyat telah dijalankan oleh mereka. Hangussss.
Depa nak korek lubang sampai tembus ke US, nanti senanglah CIFUT BABI terjun LUBANG BESAQ minta suaka politik ;)
GAP , adakala kita tegur yg tak baik tetapi bila Adun UMNO buat kerja spt ini lawan Pakatan ..credit harus diberikan ..
Syabas YB Shukor !! Dia ini YB BN kedua dihalau keluar oleh speaker selepas Ketua Pembangkang PP , Datuk Azhar Ibrahim .
Pembangkang selalu tuduh UMNO/BN tak demokratik kerana tak izin mereka bahas isu2 tertentu atau halau mereka keluar dari sidang DUN dan Parlimen di negeri2 yg dikontrol BN.
Tapi kini mereka pun buat benda sama, menghalau Adun2 BN/UMNO dari negeri yang mereka kuasai. Aku percaya kalau Phuckatan rakyat pegang kerajaan pusat, mereka akan kekalkan ISA, malahan akan dikeraskan ISA lagi bagi menutup mulut rakyat..
Jatuhkan Phuckatan Rosak!
dino.yp@gmail.com:
Betul betul, betul! Seperti kata Upin dan Ipin! Aku setuju dengan pandangan kau! Padan muka rakyat Selangor kerana undi Phuckatan Rosak di PRU12 dulu...termasuk aku yg undi mereka di Parlimen Puchong dulu!!Maklum saja aku tengah marah UMNO/BN dulu! Padan muka aku!! Hahaha! Tapi aku dah balik ke pangkal jalan, bukan macam penaksub2 PAS dan PKR yg masih tak sedar2..
Post a Comment