Tuesday, July 27, 2010

LAGI BUKTI TERBARU KSSB REMBAT DUIT !






Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, hari ini, mendedahkan berlaku penyelewengan yang serius dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pembayaran royalti perlombongan pasir di Kambing Susu berdekatan Berjuntai Bestari.

Menurut Dr. Mohamad Khir, KSSB hanya membayar sebanyak RM 12, 000.00 (DUA BELAS RIBU) kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor antara Mei - Disember 2009 bagi permit melombong pasir sungai sepanjang 10 KM Sungai Selangor di mukim Sungai Tinggi - Serendah. Menurut kiraan kasar jumlah sebenar yang sepatutnya diterima oleh PTG Hulu Selangor ialah lebih RM 700 ribu.

Pada Mei 2009, KSSB membayar sebanyak RM 5, 400.00 bagi kebenaran mengeluarkan hasil pasir berjumlah 1800 meter padu di kawasan 10 KM bagi bulan Jun - Ogos 2009. Pada Ogos 2009, KSSB membayar lagi RM 3, 000.00 bagi kawasan yang sama bagi menyambung permit mengeluarkan pasir untuk 1 ribu meter padu pasir. Pada Oktober 2009 KSSB membayar sebanyak 3, 600 lagi untuk mengeluarkan 1200 meter padu pasir sehingga Disember 2009.

Namun berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh Dr. Khir, salah sebuah syarikat yang mendapat permit di situ Jendela Teguh Sdn Bhd telah membayar KSSB sebanyak RM 171, 400.00. Berdasarkan pembahagian royalti sebanyak RM 4 kepada KSSB dan RM 3 kepada PTG bagi setiap meter padu yang dikeluarkan (171, 400.00/7 x 3), PTG sepatutnya menerima tidak kurang daripada RM 73, 457.00 bagi permit pengeluaran pasir kawasan tersebut dari Jun - Disember 2009.

Yang lebih mengejutkan ialah jumlah ini merupakan untuk kawasan sepanjang 1KM yang diberikan kepada Jendela Teguh ini. Dalam masa yang sama terdapat atau 6 lagi kontraktor yang mendapat kawasan antara 1 - 2KM setiap satu bagi permit yang sama.

Jika dibuat kiraan kasar 1KM boleh menghasilkan RM 73 ribu, maka 10 KM boleh menghasilkan sekitar RM 730 ribu kepada Pejabat Tanah dan Hulu Selangor. MALANGNYA hanya RM 12, 000 yang dibayar kepada PTG Hulu Selangor.

Menurut sumber lagi, pada tahun 2010 Jendela Teguh telah membayar sebanyak RM 910, 000 kepada KSSB. Namun jumlah yang dibayar kepada PTG hanyalah RM 213, 000.00. Berdasarkan nisbah pembahagian, PTG sepatutnya menerima RM 390, 000.00.

Jumlah bayaran KKSB kepada PTG sebanyak RM 213, 000.00 merupakan jumlah keseluruhan perlombongan pasir di Kambing Susu ini. Namun jumlay yang dibayar oleh Jendela Teguh hanyalah untuk 1KM kawasan pengeluaran pasir yang peruntukkan kepadanya. Bayangkan apa yang terjadi kepada kawasan seluas 9 KM lagi. Satu sen pun tidak masuk kepada PTG. Siapa yang membahamkannya?

Penyelewengan di Kambing Susu ini sahaja sudah membabitkan jutaan ringgit. Tinjauan media massa di kawasan tersebut juga mendapati KSSB telah menutup aliran sungai dan melencongkan ke dalam lombong pasir miliknya. Ini menyebabkan semua hasil pasir sungai masuk ke dalam lombongnya. Sungai terputus dua dikerjakan KSSB.

Dalam masa yang sama tempat timbang lori hanya dilaksanakan oleh pekerja KSSB tanpa membabitkan pegawai PTG. Terdapat lori yang tidak melalui kawasan timbang kerana wujud dua jalan yang seiring, satu dengan penimbang, satu tanpa penimbang.

Ini merakyat ekonomi selangor atau merompak ekonomi selangor?
sumber mykmu

13 comments:

Anonymous said...

Lepas habis Bumi Selangor kemana puak fuckatan nak serakah pulak?

Apa kata pegi Bulan.. dah memang sedai berlubang pun!

Anonymous said...

wa ka ka ka tembelang gagap dah belubang sebesar kawah pasir yg dia korek.

padan muka kau khalid!!!

Anonymous said...

khalid gagap mengaku malu di sebabkan rahsia kerajaan negeri dah bocor. akhirnya ADUN DAPig punye keje!.

tapi jgn pecaya 100%!. skrg ni mereka sedar mereka dah semakin goyah. jalan terbaik utk perbaiki imej dlm masa singkat adalah ikut kehendak rakyat dulu.

mereka terpaksa cari kambing hitam utk menutup aib. mereka sanggup mengaku kesilapan mereka hanya utk menutup tembelang mereka yg lebih besar (dalam erti kata lain cuba cover-up khalid dari terus menjadi bahan lawak pakatan reput)

alang2 khalid meminta sprm menyiasat, ada baiknya dia minta siasat sekali keseluruhan pentadbiran negeri

Anonymous said...

bw pi mahkamahh....biag mahkamah hukum...jgn dok berhenti kat sini sj...

Anonymous said...

bw pi mahkamah...jgn berhenti takat ni saja....kami rakyat nak tau sapa perompak harta rakyat...

Melayu Pasir Gudang said...

Pendedahan demi pendedahan telah di buat, mana TINDAKKAN?.siapa yang boleh menyekat kegiatan ini kalau soal tanah dan galian negeri di bawah bidang kuasa kerajaan negeri?. PKR dan kuncu-kuncunya akan terus mengorek dan menyamun harta rakyat kerana mereka sedar hayat pemerintahan mereka tidak panjang. DALAM HAL INI YANG BOLEH MENGHUKUM HANYALAH RAKYAT SELANGOR SENDIRI.

Unknown said...

kalu Melayu masih x sedar diri x tahulah. Rami mereka yg berpelajaran tinggi tapi taksub membabi buta di Selangor ni...

hentam ajer said...

DIORANG KOREK KOREK... PASTU TOKEY DAPIG MAU BUAT ITU LAGUN ITU MACIAM SUNWAY LAGON.. NANTI SIAPA YANG KAYA LOR.. HALAP MELAYU.. KEH KEH.. KELIJA TALA MAU.. PERPALUAN PUN TAK MAU.. KAMI DAPIG SUKA LOR.. NANTI INI MALAYSIA AA KAMI MAU BIKIN LUBANG LAGI BUSAT.. KEH KEH..

jiwakita said...

SALAM....

UMPAMA NEGERI SELANGOR INI
DI DITADBIR OLEH PARA PENYAMUN,
PEROMPAK DAN PENCURI!!!

kulatlapok said...

ini kes serupa gak kaut batu kat batu pahat, pejabat tanah dapat royalti sikit, tapi batu yg dieksport ke singapura 3 kali ganda untungnya. mana ahli parlimen BN batu pahat sampai sekarang kes ini didedahkan langsung x buat kenyataan. 2x5 je. apa cerita bro..!! Masa Toyo memerintah dulu pun pejabat tanah dapat royalti macam tu gak. Nak bukti??? wa boleh kasi free ini bukti x perlu bayar.

Anonymous said...

Salam Gap.....

Alooo Melayu Pasir Gudang....kau duk diam2 aje lah.. jaga negeri johor tuh....jgn sampai tanah & pasir kat johor tuh tergadai lagik pergi ke Singapura ...Koridor Iskandariah, dengar katanya pon dah ramai warga singapura kuasai kawasan tuh....aku tgk dah makin besar kawasan singapura tuh.....dengar kata habis bukit2 ditarahnya, untuk dijual pasir & batu2 ke singapura....meluat lah aku tgk ayat2 kau nih....poyo tak kene tempatlah.....

Anonymous said...

ha tunjuklah kulat lapokk, apa lagi aku pun nak tengok, jangan cakap je

Unknown said...

HAHAHA! KUMPULAN SAMUN SETAN BERHAD (KSSB) DAH UNTUNG! SAMUN LAGI, LAGI DAN LAGI. KASI ITU LOBANG TEMBUS SAMPAI PERUT BUMI. AKU ANAK SELANGOR, AKU SUKA SANGAT PENYAMUN NI GALI LOBANG DALAM2. SOK, KITORANG PAKAT2 HUMBAN KORANG MASUK DALAM ITU LOBANG. AKU ISTIHARKAN MELAYU DALAM KSSB TAK ADA OTAK. BODOH SEBODOHNYA. KORANG ADA TANAH LAIN KE SELAIN TANAH MELAYU NI??? BANGSAT BETUL KORANG. SORI, AKU TULIS NI IKUT CARA AKU. AKU BUKAN TULIS BUKU TEKS SEKOLAH.