Wednesday, July 28, 2010

PENCEMARAN SERIUS SUNGAI SELANGOR ! (BAHAGIAN 1)



Negeri yang paling popular ketika ini adalah Selangor. Hari-hari ada sahaja liputan berkenaan kes isu curi pasir di Selangor. Aktiviti mengorek pasir ibarat seperti melombong emas di Selangor.

Masalah kecurian dan aktiviti pengkorekan pasir masih lagi gagal menemui tanda-tanda jalan penyelesaiannya. Masalahnya sampai bila isu curi pasir di Selangor ini akan berkesudahan?

Saban hari ada sahaja isu pasir didedah dan diperdebatkan bukan sahaja di dalam media, malah menjadi buah mulut dan perbincangan di warung-warung kopi.

Hari ini, media sekali lagi dibawa Ketua Pembangkang Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo melihat sendiri aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal berdekatan Lot Kambing Susu, Off Jalan Km 29.5 di Batang Berjuntai, yang bakal menyebabkan pencemaran yang serius di Sungai Selangor.

Kewujudan ban (benteng) sedia ada dan lencongan air sungai untuk proses pembersihan pasir telah menyebabkan sistem ekologi sungai tersebut terganggu dan mencemarkan alam sekitar apabila air sungai tersebut mengalir ke dalam pusat takungan air seterusnya pencemaran air akan menyebabkan kos merawat air meningkat pada masa depan.

"Lencongan air di sungai ini untuk tujuan pembersihan pasir bakal menyebabkan pencemaran bekalan air untuk Lembah Klang khususnya di Selangor bagi jangka panjang.

Satu klausa sepatutnya diwujudkan dalam terma kontrak melombong pasir agar sebarang kerosakan alam sekitar akibat perlombongan pasir diperbaiki oleh pengusaha mahupun KSSB.

Sungai yang tercemar perlu dibaik-pulih agar pihak pembekal air tidak perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk merawat air yang tercemar akibat perlombongan tidak bertanggungjawab begini.

Sungai Selangor merupakan salah satu sumber bekalan air untuk negeri Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong perlu turun ke sini untuk melihat pencemaran alam yang berlaku akibat perlombongan pasir tidak terkawal," katanya.

artikel dipetik daripada blog sahabat gunung.

2 comments:

Anonymous said...

daripada lombong terjun ke sungai pulak...mari kita selamat kan selangor daripada dirampas BN nanti.. masa BN dulu diorang dah rompak banyak sekarang mereka dah miskin dah x ada projek..MARI SELAMATKAN SELNGOR..

sahabat gunung said...

Bro, takkan nak salah BN plak, dah diri sendiri tak pandai mentadbir dan rakus membaham hasil bumi dan kemudiannya hasil dibawa lari kroni.... Lepas tu terpaksa ikut telunjuk DAP plak....

Heranlah dengan manusia-manusia yang berlindung di balik nama anonymous nie yang takde telo untuk memperkenalkan diri