ini kiriman email yang baru aku terima. seramai 6 orang ahli pergerakan belia 4B dari kampung siong baling kedah telah meninggal dunia akibat kemalangan bas ekspres di km38 genting sempah awal malam tadi.
berdasarkan maklumat,rombongan bas dari kedah ini sedang mengadakan lawatan ke genting. ini adalah nama-nama mangsa yang telah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri ini.
mohmad khairy mohamad marzuki 14 tahun
mohd amirul muhamat 13 tahun
mohamad firdaus rosedi 16 tahun
mohammad yusof akhit 16 tahun
mohd ridzuan husin 17
muhd fahmi abdul mustafa 17.
pengerusi biro ekonomi pemuda umno malaysia, datuk suhaimi shahadan antara pemimpin yang pertama hadir melawat mangsa-mangsa di wad kecemasan hospital selayang. lebih 14 mangsa yang cedera telah dirawat dan keadaan mereka dilaporkan stabil..
bantuan lanjutan akan diberikan oleh ketua pemuda umno selayang ini.aku mintak suhaimi shahadan gerakkan usaha untuk meringankan beban keluarga mangsa ni..
aku harap agar siasatan segera diadakan bagi menyiasat punca kemalangan. ini kali kedua kemalangan bas ekspres yang meragut banyak nyawa berlaku. kemalangan dulu berlaku di highway seremban yang meragut 12 nyawa.
kabar mengatakan pemandu bas ni takde lesen, betul ke ? siasat segera !
takziah untuk keluarga mangsa. moga tabah mengalami dugaan besar ini. alfatihah..
4 comments:
TANIAH DIATAS MAKLUMAT GAP !!
AL-FATIHAH !!
TAKZIAH KEATAS KELUARGA MANGSA.
KALUT..KALUT TAK HABIS2 BAS MAUT INI. tq bRO. Menteri Pengangkutan kena letak jawatan
Alfatihah...Seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital selayang...menjadikan jumlah mangsa yg tekorban seramai 7 orang- sumber dipetik dari ondscene.my<-blog terbaik!
Bas-bas ekspress dan pesiaran sepatutnya diwajibkan mematuhi standard ECE R66 demi keselamatan penumpang.
Selain itu, setiap kerusi penumpang wajib dipasang dengan tali keledar.
Had laju dan kemampuan pecutan bas mesti dikawal secara automatik dan direndahkan.
Kalau perkara sebegini pun tak boleh diberikan perhatian, sptmana kata Azizan Yaakob, Menteri Pengangkutan mesti letak jawatan.
p/s: Malang sekali bila jumlah yang mati akibat kemalangan bas ramainya melayu. Apakah faktor ini menyebabkan menteri tak berminat bertindak?
Post a Comment