Wednesday, October 20, 2010

PEMEGANG UNIT AMANAH (PNB) BAKAL UNTUNG BESAR !

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.
"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lalu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2020.

Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.


Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya.

Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

9 comments:

Dattebayo said...

"Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua."

aku x tahan baca.. dan terus ketawa... semua org pun leh paham... manusia ni bg betis nak peha.. dah bg peha, nak ermmm.. hahahahaha

usin said...

ramai yg berkata najib akan jatuh krn rosmah. ada yg berkata ada tangan ghaib yg meremote najib utk membuat keputusan. menara 20 tingkat akan siap 2020. 10 thn lg dr sekarang. maka org yg berkata spt di ats td kena tunggu 10 thn lg utk tengok najib lepas kuasa. lama tu... bg aku, utk kebaikan akan dtg, buat je. bg pemegang shm pnb dpt pulangan yg bagus. org yg xde saham pnb memangla jealous. tengok mahathir, dia rasa betul dia buat. hasilnya, hj hadi, pok nik, lim kit siang kemain senang tekan minyak kt highway. dulu masa nk buat dialah yg paling kuat melalak kata projek membazir. aku....makin muak dgn janji tipu nk tubuh negara Islam bila dh kwn dgn kapir.

Megat Alam Gempita said...

Fuckatan hanya tahu mengkritik, tapi bodoh tak tau buat kerja. dulu bukan sahaja KLCC, KLIA, Litar F1 dicemuh ttp Putrajaya pun PAS n DAP nak digadaikan.
Akai letak kat kepala lutut dan kepala tut...BN buat semua salah.
PNBkan aset bernilai Bumiputera yg pernah dimusnahkan oleh IMF dan Nuar jubuq 1998 dulu, para harbi DAP mana suka kalau ada projek nak tolong Melayu n Islam...rasis kunun.

Anonymous said...

Pandailah kau GAP! entah apa yg untung, twin tower petronas pun tak digunakan sepenuhnya nak buat pulak lagi tinggi. Rakyat dapat kontrak? Rakyat mana tu? Mrk yg tertentu shj kan? Bumiputra nak buka kedai? Cuba GAP survey kat KL berapa % premis perniagaan milik bumiputra? Kita tak mampu dgn sewa yg mahal lihat saja kat Suria KLCC.

M'sia tak memerlukan bangunan yg tinggi lg, yg perlu lebih lg adalah jalinan hiway utk menghubungkan KL dgn semua negeri. Dgn 5b LPT boleh disambung hingga ke Kelantan - majoriti rakyat akan mendapat kemudahan dibandingkan dgn bangunan 100 tingkat yg hanya gah dipandang.

Nak jaga hati rakyat tol tak naik 5 tahun tp 5b duit rakyat terpaksa dibayar kpd PLUS, apa ni GAP!! majoriti rakyat yg tak guna PLUS kena tanggung subsidi. Baik naikkan tol,duit yg 5b tu gunalah utk menyediakan jln altenatif bg pengguna yg tak mahu menggunakan PLUS.

hangkedee said...

jangan harapkan tinggi sahaja tetapi penglibatan orang melayu bumiputra mahu tinggi juga.Pemilikan perniagaan bumi di KLCC macamana?????sudahkah ada pergi ambik perhati....Pendatang nampaknya ramai la

Anonymous said...

dulu pembangkang kritik hebat jambatan p.p yang pertama, dah siap tup2 semua pembangkang gunakannya setiap hari...dah tak nak naik feri lagi....hipokrit sungguh pembangkang di malaysia....

Anonymous said...

ikut jejak langkah Firaun....mengerah keringat rakyat, rakyat tak dpt apa2...yg kaya, org2 tertentu sahaja yg kuat mengampu.....rakyat miskin terus teraniaya.....

Ms Pearl said...

100 tingkat untuk bumiputera and non bumi?

well GAP, KLCC bumiputera terpinggir sewa naik melambung tinggi
kedai makan kat KLCC yang ada kelantan delight and la cucur (dipinggir escalator je) - itu pun entah sampai bila bertahan?

hmmmmmmm takut warisan merdeka
hanya tinggal warisan dalam kenangan

Anonymous said...

Setiap seorang manusia yang mengkritik dan mencaci Dr Mahathir semasa cadangan sehingga pembinaan dan siapnya kereta nasional, Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, KLIA, Litar Sepang dan Kompleks Sukan Bukit Jalil adalah manusia yang menjilat najisnya sendiri apabila menggunakan kemudahan2 ini dan melawat tempat-tempat ini.

Woi....!!! Ni Menara Warisan 100 tingkat pun nak kritik lagi. Tak malu ke oi..nak jilat lagi najis sendiri??