ramai dah tahu pkr gaduh besar. gaduh kali ini lebih hodoh daripada pemilihan pkr sewaktu kongres di kemaman tahun 2000.
bila pkr ni gaduh besar secara tiba-tiba aku teringat kat pas dan dap. kenapa mereka senyap ?
sepatutnya dalam satu coalition (pakatan) mereka sewajarnya melontarkan kerisauan terhadap masa depan pkr. dalam ertikata lain, minta semua penyokong jumud pkr supaya bertenang.
tapi ini tidak berlaku. mereka sebaliknya senyap. senyap ini pernah menjahanamkan pkr tidak lama dahulu.
dulu masa kongres pkr di kemaman kumpulan abim dan bekas umno dalam pkr gaduh besar.
dek kerana perpecahan ini, ramai top leader pkr lompat parti masuk pas.
antaranya saifudin nasution,rahman othman,saari sungib,dr mohd nor manuty dan bekas presiden JIM.
dek kerana cubaan merompak pemimpin parti rakan yang dilakukan oleh pas ini,menyebabkan pkr hampir lumpur. nasib mereka baik bila anwar keluar dari penjara, dari situ datang lah balik beberapa mangkok hayun yang aku sebutkan kat atas.
hari ini ulangan tragedi berulang kembali. pas seperti anjing kelaparan sedia menunggu dengan penuh sabar untuk melihat kehancuran semula pkr. jika ini berlaku pada november nanti, beberapa pemimpin pkr yang dikenalpasti akan 'dipujuk' untuk menyertai kem pas.
ini projek jangkamasa panjang. pas tahu pkr sudah mendahului mereka dalam persaingan populariti politik. lebih haru setelah beberapa agenda perjuangan pas telah berjaya dipatahkan oleh pimpinan pkr. sepertimana pembatalan kes hudud dan negara islam.
pas tahu mereka sudah silap besar. jadi pergaduhan pkr ini merupakan blessing yang ditunggu oleh pas untuk memulihkan maruah politik yang telah dilacor teruk oleh segelintir pimpinan mereka.
No comments:
Post a Comment