lepas habis ucapan presiden umno aku terserempak dengan dato nallakarupan presiden MIUP ( malaysian indian unity party).
sempat borak dengan dato nalla tentang perkembangan terbaru kes anwar..dia gelak besar sampai dia cakap, 'saya sudah bagitahu bukan ?'..
namun apa yang menarik dalam perbualan singkat kami tadi dato nalla menganggap ucapan dasar presiden umno, ds najib antara yang terbaik pernah dia dengar.
kata dato nalla. cukup lengkap,tepat,jitu dan bercakap benar.
selaku presiden parti MIUP dia janji akan print kan teks ucapan dasar dan sebar kepada seluruh masyarakat india dalam malaysia !
malah dia juga berpendapat adalah wajar teks ucapan presiden parti umno ini dicetak dalam semua bahasa baik melayu,inggeris,tamil,cina,kadazan dll..
aku dengar secara penuh ucapan ds najib.jelas dia pertahankan isu melayu dan dato nalla anggap ia ucapan terbaik pernah didengari !
3 comments:
ok..tp mcmana plak ngan isu biasiswa jpa yg dah dikurangkan peratusan kuota bumiputra tu plak? suh najib tlg jawab gap..aku bukan apa cam x puas hati sejak2 dia kata si sepet tu warga yg setia..bukan pendatang la..panas hati aku!
pencinta kebenaran..
sebenarnya biasiswa kerajaan tidak berkurang pun utk Melayu, kat satu majlis perasmian mesyuarat umno bhgn, Dato Nazri dah menerangkan keadaan sebenar. Melayu masih ade biasiswa Mara n Petronas yg dinaikkan saban tahun. Satu lg, kalau dgr penjelasan Dato Nazri masa tu, pendirian ramai tentang Dato Nazri mungkin berubah.
@pencinta kebenaran
...baca dengan teliti ucapan tersebut, kerana ada maksud yang "tersirat"
saya boleh beri pandangan peribadi atas ucapan itu
soal betul atau tidak, perkara lain
give me your e mail address true my facebook
Post a Comment