Wednesday, November 3, 2010

KENAPA NALLAKARUPAN KATA 'DEMI KELUARGA' ?

 2 hari lepas dr asri suruh anwar berundur. alasannya kerana melihat hala tuju anwar makin tak tentu arah. takde matlamat yang ada hanya meliwat.

hari ini dr asri keluarkan lagi kenyataan. bukan sekadar anwar, malah dinasor lama dalam umno pun wajib berundur. ni aku setuju...

menjawap kenyataan dr asri, hari ini nallakarupan telah keluarkan kenyataan menyokong saranan dr asri.

jika dr asri suruh anwar berundur demi negara, nallakarupan pergi lebih jauh.

nalla suruh anwar berundur demi negara dan keluarga ? kenapa nalla cakap demi keluarga ?

siapa yang layak untuk menegur anwar selain orang yang pernah rapat dengan beliau selama 30 tahun, tak lain nallakarupan..
nallakarupan adalah manifestasi sahabat sehidup semati. ini fakta sejarah yang tak boleh di ubah. fakta sejarah ini jugak yang membawa perubahan kepada nallakarupan.

siang malam, 24 jam nallakarupan ada disisi anwar.

nallakarupan bekas ketua pemuda MIC pusat.sama naik nalla dengan anwar pada awal 1980 an.

dari situ anwar mengenali beliau.dari perkenalan rapat itu, nalla mengetuai syarikat magnum.

aku tak pertikai nalla mengetuai syarikat magnum, tapi aku pertikai bagaimana anwar boleh menggunakan wang magnum untuk dijadikan kempen politik nya. 

wang magnum ini yang digunakan oleh anwar untuk membiayai pejabat institut kajian dasar (IKD)  di bangsar. 

nalla anggap anwar sebagai rakan sehidup semati. ini hakikat. nalla pernah ditahan selama setahun di penjara sungai buloh demi 'semangat' persahabatan beliau. malah hukuman di tali gantung juga tidak pernah menggerunkan hati nalla demi mempertahankan sahabatnya.
ini nilai persahabatan. kita tolak dahulu akan pegangan politik sewaktu insiden ini berlaku.

tahukah kamu bagaimana keluarga anwar melayan keluarga nalla sepanjang dia berkelana di penjara sungai buloh ? wan azizah dan keluarga haram sesaat pun tidak pernah menjenguk keluarga nallakarupan walaupun satu minit di hari perayaan deepavali..

keluarga beginikah yang dianggap contoh ? nurul izah dalam akhbar sinar menggelarkan papanya dengan gelaran PAPA HEBAT ! tak salah anak puaka menggelarkan bapak puakanya dengan gelaran sedemikian.

hari ini nallakarupan sudah berubah akidah politiknya. 
 dia tak sanggup lagi begelumang dengan dosa maksiat pemimpin yang berpura-pura melakonkan watak islam.

aku pelik, nallakarupan pun boleh bezakan akidah politik songsang anwar, tapi tidak bagi pas. sungguh memalukan..

hari ini sekali lagi nalla sound tepat kat muka anwar. undurlah demi negara dan keluarga ?

kenapa nalla sebut keluarga ?  kebijaksanaan politik nalla ada nilainya. dia melemparkan soalan 'demi keluarga' dengan harapan keluarga anwar faham akan maksud tersirat dan tersurat..

PELIK ? 

berpuluh kali nalla sound tepat anwar, tapi kenapa sampai sekarang anwar tak mahu saman nalla ?KLIK SINI

3 comments:

irs-Hursaini said...

Bro..

IKD milik anwar tidakkah dapat dana dari KAS, iaitu pertubuhan dari German yg pro Israel?

Dalam web KAS ada IKD.

GAP KEMBALI said...

betul tapi duit untuk kos operasi.duit magnum beli bangunan IKD di bangsar. kamarudin jaafar setiausaha agung pas ada syer..nama syarikat tu nanti aku bgtau lupa.

dengar cite IKD dah pindah..

Abu Garcia said...

Nalla patut tulis buku la ...."100 dalil kenapa Anwar patut bersara" ....