konvensyen BN menjanjikan kelainan. kata orang ada faktor WOW sepertimana yang telah digembar gemburkan oleh ku nan, setiausaha agung BN.
ada yang berkata lambang dacing bakal ditukar logonya supaya nampak lebih baru,dinamik. inilah faktor rebranding.
istilah marketing, kualiti sesuatu barang akan senantiasa kelihatan segar dan cukup fresh sekiranya logo sesuatu brand itu senantiasa diperbaharui.
adakah logo BN akan ditukar ? jika ya, aku ucapkan tahniah kerana sementelahan logo BN di tukar, pada masa yang sama juga ide menarik yang telah diluluskan semalam juga membawa erti yang cukup besar kepada siri kelangsungan perjuangan BN.
siapa sangka BN akan ada parti bersekutu!siapa sangka BN akan buka ahli gabungan!
siapa sangka BN akan raikan penyertaan NGO !
aku yakin dimensi perubahan ini sama sekali tidak akan menjejas hatta mengusik satu barang pun hak islam/melayu yang sudah tersedia termaktub dalam perlembagaan.
najib sudah bersumpah di depan jutaan umat melayu semasa perhimpunan agung umno yang lepas bahawasanya dia akan mempertahankan maruah islam/melayu sehingga akhir hayatnya.
kritikan pemimpin pakatan terhadap keputusan di atas jelas mencerminkan kebimbangan terhakisnya sokongan. hj hadi nampak yang paling gelabah.
1 comment:
Kupasan Menarik Dari Anak Nik Aziz!
http://nikabduh.wordpress.com/2010/11/18/berapa-kos-haji-mb-memahami-kesederhanaan-dalam-beragama/
Post a Comment